Sampai di rumah Papa, sengaja Raiqal melengah-lengahkan masa. Nak parkir motosikal pun dijadikan hal. Raina dari awal sampai tadi sudah meloncat turun dari motosikal dan menyerbu naik rumah. Bukan dia ditinggalkan, tapi memang sengaja Raiqal mintak Raina berlalu dulu. Nak kunci motor, kononnyalah!
Dan sekarang,
motor sudah dikunci, tapi dia masih terkial-kial sendiri. Tadi, melalui celah
pintu yang sedikit terbuka itu dia boleh nampak Raina yang erat mendakap tubuh
Papa dan dibalas Papa. Dia yang menjadi penonton cuma mampu tersenyum hambar
sebelum menghela nafas panjang dan mengatur langkah menaiki tangga rumah batu
bercat coklat muda itu.
“Raiq, naiklah.
Lamanya nak kunci motor pun.” Raina memanggil setelah lama menunggu.
“Mangga lupa letak
kat mana.”
“Habis tu dah
kunci ke belum tu?”
“Dah, lama tu
sebab carilah.”
“Oh...” Raina
mengangguk-angguk. “Eh, yang kau tercegat kat muka pintu tu kenapa? Masuklah.
Bilik kau kat tingkat dua, kat hujung sekali. Ada nama kat pintu tu betullah
tu.” Arah Raina sebelum menghilang ke dapur.
Meninggalkan dia dan Rafizi saja di ruang tamu itu.
Raiqal senyum
sendiri. Bilik dah tersedia, siap ada nama lagi di pintu. Terasa jugak diri ni
dihargai. Tapi, kenapa semacam ada rasa kosong dalam hati ni? Kepalanya
digeleng sekali. Bersyukurlah Raiq. “Assalamualaikum Pa,” dia menapak mendekati
Rafizi selangkah sebelum tangannya dihulurkan. Bila huluran tangannya
bersambut, cepat dia tunduk mengucup tangan itu. Lama. Dari dulu dia
mengimpikan untuk mencium tangan seseorang yang digelar bapa ini, walaupun
waktu itu impian itu hanya sekadar angan buat dia.
Kini, setelah angan itu menjadi nyata, bukan selalu dia mendapat peluang itu dan bila waktu begini tiba, pastilah dia tak mahu mensia-siakannya. Bagi Raiqal, ini detik keemasannya! Lama menunduk, akhirnya dia tegakkan tubuh semula. Baru dia nak berundur mengambil beg galas yang dibawanya tadi dan berlalu ke bilik, tubuhnya dipaut kemas oleh Rafizi. Raiqal kaget sejenak sebelum lambat-lambat dia membalas dakapan itu. Terasa tepukan tangan beberapa kali di belakangnya, membuatkan dia tersenyum. Raiq rindu Papa, Pa. Akhirnya, dakapan erat itu terlerai. Senyum diukir menghiasi bibir, cuba melawan rasa gugup yang muncul.
Kini, setelah angan itu menjadi nyata, bukan selalu dia mendapat peluang itu dan bila waktu begini tiba, pastilah dia tak mahu mensia-siakannya. Bagi Raiqal, ini detik keemasannya! Lama menunduk, akhirnya dia tegakkan tubuh semula. Baru dia nak berundur mengambil beg galas yang dibawanya tadi dan berlalu ke bilik, tubuhnya dipaut kemas oleh Rafizi. Raiqal kaget sejenak sebelum lambat-lambat dia membalas dakapan itu. Terasa tepukan tangan beberapa kali di belakangnya, membuatkan dia tersenyum. Raiq rindu Papa, Pa. Akhirnya, dakapan erat itu terlerai. Senyum diukir menghiasi bibir, cuba melawan rasa gugup yang muncul.
Tanpa suara,
Rafizi cuma mampu membalas senyum itu sebelum bahu Raiqal ditepuk lagi sambil
kepalanya digerakkan sedikit, isyarat kepada Raiqal untuk berlalu ke bilik.
Dalam senyum
menghiasi bibir, Raiqal akur. Di sebalik langsir dapur, bibir Raina ikut
tersenyum. Pelupuk mata terasa basah tapi cepat disekanya. Jangan nak berdrama swasta
sangatlah Cha.
=================================
Sekali lagi, dia
berdiri tegak. Mata tak berkelip, tapi bibir terasa ringan nak melebarkan
senyum yang baru nak pudar tadi. Papan tanda yang terlekat di pintu itu dibaca
sekali lagi. Penuh penghayatan.
Putera: Raiqal
Ammar
Tadinya minda
terasa membeku sejenak, tapi akhirnya
dibuat dek saja. Terus saja memulas tombol pintu bilik dan menapak masuk ke
dalamnya.
Masuk ke dalam,
sekali lagi dia terpaku. Cadar katil yang hampir serupa dengan cadar katil di
rumah sewanya bersama Cha itu menggariskan bunga-bunga senyum di bibirnya.
Cadar berlatar-belakangkan kumpulan pujaannya suatu ketika dulu, Power Rangers!
Heh... I’m old enough Cha. Tak lama lagi masuk umur 19 tahun dah. Bukan 9
tahun!
Namun di sebalik
semua itu, dia berterima kasih juga. Dia tahu dan dia sedar, bilik ini bukan
bilik tetamu. Bukan bilik yang dikemaskan beberapa hari sudah untuk menjadi
persinggahannya buat sementara waktu, bukan. Tapi ini memang bilik yang
disediakan khas untuknya. Frame yang diletakkan di sisi katil itu buktinya.
Sebelum ni gambar yang terpampang muka seorang lelaki berkaca mata bingkai
hitam itu cuma terhias di dalam album gambar di rumahnya di Kelantan. Entah masa
bila pula Cha merembat. Tidak pula dia sedar.
Dan di dalam frame
yang sama, gambar seorang gadis muda dilekatkan bersama. Huh... nak jugak dia
menempek. Gadis muda seiras wajahnya. Kena pula dengan kaca mata yang hampir
sama rupa dan bentuknya tergantung di hidungnya. Kakak-adik berspek old school!
Lama dia melayan
blues, hingga tidak sedar azan maghrib sudah berkumandang dari masjid
berdekatan. Pantas dia bangun, menuju ke kamar mandi untuk mmberihkan diri.
Setelah selesai semua kewajipannya pada Sang Pencipta terlaksana, akhirnya dia
melambungkan tubuhnya di atas tilam itu. Tak sampai seminit, matanya terpejam
rapat.
====================================
“Raiq tak siap
lagi ke Pa?” tanya Raina malamya.
Rafizi yang baru
saja masuk ke ruang makan itu terjeda sebentar. Dia memandang sekeliling
sebelum fokus pada Raina kembali. “Raiq? Tak bangun tidur lagi ke? Ya Allah...
dah nak Isya’ ni.”
“Dah, masa Maghrib
tadi dia dah keluar. Lepas tu dah tak muncul-muncul. Papa
pergilah tengok, ajak dia turun makan sekali. Cha pun dah siap masak ni.”
“Hm, yalah.” Baru
Rafizi nak bangun berlalu, namanya diseru si anak itu. “Ada apa?” tanyanya
sambil duduk kembali. Dari nada suara Cha tu, tahu dah soalan yang akan
diutarakan tu akan memerlukan masa untuk mereka ‘bersoal-jawab’.
Raina sengih.
Serba-salah sebenarnya untuk mengutarakan soalan yang berlegar dalam benaknya
ni, tapi kalau tak diluahkan, rasa terbeban! “Papa...”
“A’ah...” Rafizi
mengangguk-angguk, cuba mendorong si anak yang nampak teragak-agak untuk
meneruskan soalannya.
Raina menggigit
bibir sendiri. Kesal. “Papa... hm, Papa...”
“Papa - what?”
Meja makan itu ditepuk separuh kuat.
“Papa tak ada plan
nak turun Kelantan ke?” laju aje soalan lengkap itu meluncur dari bibir Raina.
Lantas Raina sengih, sengih serba-salah bila melihat raut wajah Rafizi yang
mula berubah. “Pa...” serunya berharakat. Memujuk. “Cha ajak suka-suka aje,
kalau Papa tak nak pun tak apa.”
Rafizi menghela
nafas berat. Akhirnya, persoalan ini ditimbulkan jua. Memang benar telahannya
sebelum ini, takkan selamanya Cha boleh terima saja keadaan keluarga mereka ini
tanpa mengemukakan paling tidak pun sekali sesi soal-jawab. “Kan Cha dah pergi
masa cuti hari tu?”
“Ya... Cha dah
pergi. Tapi tu Cha pergi sendiri, without you. Itu pun, sekadar seminggu
lebih.”
Rafizi menyandar
pada kerusi. Pujukan anaknya itu dibiar berlalu dibawa sepi.
“Pa...”
Wajah bersungguh
Raina dipandang lama sebelum dia tertawa kecil bila Raina mula mengerdipkan
matanya berkali-kali. Buat muka yang tak comel mana tu jadi comel di matanya. “Cha
ni, sebenarnya nak cakap yang cuti nanti Cha nak turun Kelantan lagi kan?
Sengajalah, nak melencong-lencongkan soalan?”
Kening Raina
terangkat serentak. “Papa bagi ke?”
Rafizi memaniskan
senyum yang terasa hambar. Kepala Raina digosok-gosok perlahan walaupun si anak
cuba mengelak malu. “Pergilah.”
“Papa... tak
ikut?”
“Nantilah,”
“Papa tak rindu
Mama?”
Senyum lagi.
Rindu, sangat rindu. Tapi Papa tak mampu nak berhadapan dengan Mama, sayang.
==> Enjoy reading. comment does make me happy. ^_^ hikk. peace.
best..^_^..nape familiy cha pisah ek???
ReplyDeleteuhm... alasan klise barangkali. hikk.
ReplyDeletekeep on reading ya.. ^_^ peace.