Cerita Antara Kita 6

by 8:28 PM 4 komen



Esoknya, dia dan Raiqal breakfast di kafe Rifqi. Hari ni giliran Raiqal pulak kalut-kalut. Kelasnya start pukul 8 pagi. Selesai saja makan, terus dia angkat kaki berlalu. Raina jugak yang relax. Memang sengaja pun dia join sekali ke sini, sedangkan kelasnya pukul 10 karang. Sengaja nak tatap muka handsome ni dulu. Lepas tu, dia akan isi masa di library sebelum kelas start.

“Semalam kenapa lambat?” tanya Rifqi sebaik saja Raiqal keluar dari pintu kafe.

Raina yang masih khusyuk menghantar langkah Raiqal dengan pandangan mata fokus padanya kembali. “Apa?”

“Semalam... lambat, kenapa?”

Raina mendengus. Teringat insiden yang menjadi faktor dia lambat ke sini petang semalam. Heh, bikin hati panas aje. Tak payah nak dikenang sangatlah. “Alah, lambat berapa minit je pun, Abang Rif tu tak boleh sabar sikit.” Ceh! Pembelaan yang langsung tak boleh dipakai akal. Lambat setengah jam dah tak boleh dipanggil ‘sekejap’ apalagi dengan Rifqi ni. Dia ni punctual mengalahkan dekan aje tugasnya.

“Nak tunggu for what kalau sejam boleh hangus macam tu aje. Lain kali biar tau hargai masa. Hidup ni biar kita yang kejar jam, nak harapkan jam tu tunggu kita, dalam mimpi pun taklah.” Bila Rifqi dah mula sesi kaunseling, maka tak ada lain yang dia akan buat selain daripada diam saja. Malas nak membantah.

 “Dah nama pun lambat kan?” Rifqi soal lagi.

Memang tu soalan, tapi Raina tak ada nafsu nak menjawab. Terus menghirup air nestum buatan tangan Rifqi khas untuk dia ni. Nikmat! Itu saja yang mampu dia komen sekarang. Air tangan Rifqi memang superb! Tengok air nestum ni la... jarang ada yang pandai buat air nestum yang betul-betul kena dengan selera tekaknya. Mulanya memang dia buat muka masa Rifqi tolak gelas ni kasi dia cuba dulu, tapi lepas telan seteguk, memang lentok.

Bila ditanya sendiri kenapa dia sukakan air yang dibuat Rifqi tu, Rifqi akan pasang muka mengalahkan perogol bersiri dan cakap, “sebab Abang Rif taruk ubat guna-guna...” Tak sampai setengah minit kemudian, dia ketawa sendiri. Entah apa yang lawak.

“Kenapa?” soalan sama daripada Rifqi mematikan lamunan Raina. Rifqi mengangkat kening. Tangannya disilang ke atas meja sambil matanya tak putus memberi isyarat agar soalannya dijawab. “Orang tanya boleh pulak dia buat muka toya macam tu...”

“Malas la nak cakap pasal tu Abang Rif...” Raina leretkan suara. Malas sungguh. Cap putih Rifqi di atas meja dia ambil, lalu dipakaikan ke kepala sendiri. Ngee... dia tersengih sendiri. Terasa diri ni separuh daripada ‘keluarga’ di sini jugak. Teringin dia nak ‘pakai’ cap ni suatu hari nanti. Sebenarnya memang dah lama dia pasang harapan nak kerja di sini, cari duit lebih sikit, tapi Rifqi pun tak pernah offer. Baik tak payah. Nanti dikata orang ambil kesempatan pulak. Dia lepak-lepak di sini pun dah ada mulut busuk yang mengata sesuatu yang tak sedap didengar. Tapi sengaja dia tulikan telinga. Nak dengar kata orang aje selalu, baik tak payah hiduplah kan?

“Malas?” Rifqi menjegil. Hujung cap di atas kepala Raina ditarik sedikit, jadi tertutup mata Raina. “Orang macam punguk rindukan bulan dok tercongok kat sini tunggu dia, boleh dia nak tutup kes senang-senang.”

Raina tarik sengih. Cap tadi dia jatuhkan semula dari atas kepala dan diletak di tempat asal. “Biar orang jadi bulan eh? Abang Rif jadi punguk.” Sebelah keningnya dijongket. Siapa tak nak gentleman macam ni?

“Main-main.” Komen Rifqi sepatah.

“Iye la...” jawab Raina malas. Tak naklah mengarut lebih-lebih, nanti dia bukak cerita tentang tunang dia tu. Pantang orang bergurau sikit, mula la nak sebut tunang tak tunang segala. Sebelum dia sebut, baik aku mengalah. Haish, buat aku jealous.

“Ke.na.pa?” soal Rifqi lagi.

Raina mendengus. “Dah lambat la Abang Rif, nanti karang orang datang lagi eh.” Ujarnya sambil meneguk habis air nestum di dalam gelas.

Mata Rifqi mengecil tiba-tiba. “Ada orang ngurat Cha eh?” tekanya spontan.

Dan jelas kespontanan itu membuatkan Raina tersedak. “Na’uzubillah la Abang Rif, orang macam tu nak tackle Cha...”

Rifqi tersengih kemenangan. Orang macam Cha ni kena adjust-adjust clue sikit aje, lepas tu dia sendiri yang akan buka cerita. “Apa yang mamat tu dah buat ni, sampai Raina Aisyah pun boleh terkenang-kenang ni. Cer citer sikit.”

“Bukan ngurat la Abang Rif!” Raina menjegil. Aku ni pantang sungguh bab-bab ngurat segala ni. Kalau yang mengurat tu mamat handsome depan mata ni, bolehlah tahan. Ni, spesies tempoyak basi tu? Alahai!

“Okey, okey then.” Rifqi angkat kedua-dua belah tangan ke atas. “Tapi at least story la sikit, kasi abang tau pucuk-pangkal.”

Raina mendengus lagi. Kalau diikutkan malas nak buka hikayat Nash Ahmad Daniel tu, buat cuak aje. Tapi entah kenapa mulutnya tak bekerjasama dengan akal. Lambat-lambat dia mula buka cerita. Dari A sampai ke Z, tanpa sedar tak jauh dari mereka ada mata yang sedang memerhati dengan mulut terkumat-kamit mengajuk katanya. Annoying!
===========================================
                “Der,” bahu Nash ditumbuk sekali. Dia menyeringai. Sakit doh! Bila berpaling, muka si bestie, Reza yang menghiasi mata. 

                “Sakit ngok.” Komennya geram.

                “A’alahai...” Reza ketawa sakan. Sejak bila kawan aku jadi golongan ‘adik-adik’ ni? Tepuk sikit pun dah nak menyeringai bagai. Padanlah Cha tak nak ambik dia jadi anak ikan!

                Nash Cuma memandang pakai ekor mata Reza yang mengambil tempat di depannya betul-betul di meja batu itu. Tak lama, Izzudin dan Muiz pula yang mendekati. Masing-masing ambil tempat memenuhi kerusi batu yang kosong.

                “Derr...” kali kedua bahu Nash ditumbuk. Kali ni suara Muiz yang menyeru. Nash kalih sedikit, menjauhi Muiz. Tapi tetap buat don’t know.

“Weh, Daniel...” belum sempat Izzudin pula nak menumbuk, Reza sudah menghalang.

“Member kita ni, sekarang ni kita kena panggil macam ni... derr,” Reza mencuit bahunya dengan jari telunjuk. Gaya golongan ‘adik-adik’ menyapa sesama mereka. Takut karang tepuk kuat-kuat lagi, menjerit sakan kawan ni. Naya!

                Hisy! Nash menggenggam erat Blackberry di tangannya. Aku nak relax-relax ambil angin segar sikit pun tak boleh. “Apa?”

                “Haaa...” Reza mendabik dada. “Kan aku dah kata.”

                “Kau nak apa ni?” Nash menyoal senada.

                “Wuisy, gila tone kau pakai. Bikin seram.” Balas Muiz disambut ketawa dua yang lain.

“Weh,” Reza menundukkan kepala. Mendekatkan mulut ke telinga Nash. Muiz dan Izzudin ikut menunduk. “Kau cakap apa dekat dia kelmarin, sampai berkerut habis muka dia tu?”

                “Yang kau sibuk apasal?” Tanpa memandang muka tiga orang sahabatnya itu Nash membalas.

                “Kau... kau tak cakap benda nonsense kan?” Izzudin buat gabra. “Kau jangan wei, kita ni ada iman lagi. Cha tu kau tengok aje macam tu, tapi tiang lima waktu tak tinggal tu. Silap kalau kau buat benda nonsense kat dia.”

                “Wei... wei... amenda kau ni?” akhirnya Nash alihkan perhatiannya dari Blackberry di tangan. Kawan apa jenislah ni. Orang lain membela bagai nak rak, aku kawan baik dunia akhirat ni dia nak syak bukan-bukan.

                “Dah tu, kau berahsia semacam tu apa hal?”

                “Aku punya sukalah.”

                “Walaweh... kacang lupakan kulit eh kau?” Reza menunjal kepalanya sekali.

                Nash mengelak. Kepala-kepala jangan main. Kepala bayar insurans ni.  “Mana kau tahu tiang lima waktu dia tak tinggal?” dia melencong soalan. Heh, agaklah aku nak percaya pun. Pakaian gaya macam tu nak kata tak tinggal solat? Tidaklah nak kata teruk sangat pakaian mak cik tu, tapi, setahu dia, pergi kelas hari-hari, Cuma dengan jeans dan t-shirt atau kemeja sajalah yang dipakai Cha. Tudung, jangan tanya, sekali pun tak pernah dia tengok si Cha bertudung. Pamela tu sendat tak sendat t-shirt dia pun, tudung tak pernah tanggal.

                Memanglah ramai aje kat sini yang freehair macam Cha. Tapi peliknya, Cha tu, sekeliling dia, semua pakai tudung. Tidak ke dia rasa janggal?           

                “Selalu jugak nampak muka dia dekat masjid tu.”

                “A’ah.” Muiz lekas menyokong. “Si Raiqal tu pun selalu. Bukan takat selalu rasanya, Maghrib dengan Isyak jarang sangat dia tak ada kat situ.”

                Heh. Pergi masjid tapi berduaan macam tu buat apa? Huargh!! Geram! Aku ni nak condemn semua ni kenapa? Sebabnya satu ajelah! Nak buat benda lain, terbuat benda lain! Nak mintak phone number, terbagi ayat sinis tu. Mau tak tegang mengalahkan mak nenek muka Cha semalam?

                “Relax la bro. Jangan sebab perempuan mood jadi swing macam ni. Kau ni pun,” Reza merangkul bahunya. Nash masih buat dek. Geram jugak dengan tiga mangkuk ayun di kiri kanan ni. Dah berapa lama dia minta suruh adjustkan Raina Aisyah tu untuk dia, tapi hasilnya? Habuk pun tak ada.

                “Shyy,” jari telunjuknya dihala ke bibir bila Muiz bagai nak membuka mulut. Ada sesuatu yang menarik perhatian sekarang ni. “Gang,”

                “Yeah?”

                “Kau nampak tak apa yang aku nampak?”

                “Apa?”

                “Tak nampak, biar aku kasi clear.” Cepat dia bangun, meluruskan badan. Laju langkah diatur ke sebuah meja batu yang dihuni seorang perempuan di situ. “Hai Pam,”

                Pamela yang sedang leka membaca majalah angkat muka.

                Dan Reza, Muiz dan izzudin di meja tadi menepuk dahi masing-masing. Aku ingat nak start setia pada yang satu dah!
==> peace. jangan lupa komen. =) pada yg kata "malas nk buat akaun google, songeh..." & "like pun cukup.." & "saya tak komen pun sy still sokong cik writer" tu, hehe.. blog ni ada sediakan ruang anonymous ye.. hee.. sonang ajo.. pilih dekat 'comment as' tu, and pilih... tapi sebenarnya, saya lagi suka kalau awak tulis jugak nama di situ, w/pun tanpa guna google akaun.. hehh.. paling kurang taulah syaa sape yg sebenar-benarnya menyokong...

akhir kata, enjoy reading!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. lamaanya nk tunggu satu2 entry... rindu dah..huhu.. neway n3 kali ni pun mcm bese, x menghampakan...
    ur da best cik writer!

    ReplyDelete
  2. best!nk lg..nape dh lm x kuar n3 br?

    Syahira_Ira

    ReplyDelete
  3. line tenet slow tahap ciput.. huhu..
    t try publish next chap dlm masa terdekat..
    peace.

    ReplyDelete
  4. cik anthem, teehee... u made me blushed.. heehh...

    ReplyDelete