Cerita Antara Kita 22

by 10:11 PM 2 komen


                “Mama kirim salam,” ucap Raiqal pada Raina sebaik saja panggilan ditamatkan.

                Salam yang diberi Raina jawab dalam hati. “Uncle Afiq tu sepupu mama kan?” Proses recall semula.

                “Hm,” jawab Raiqal sepatah. Pada Raina, memanglah Uncle Afiq itu sepupu mama dan ayah sepupu mereka. Tapi bagi dia sendiri, Uncle Afiq itu lebih dari seorang ayah. Sejak dia kecil sampailah besar panjang ni, Uncle Afiq selalu di sisi dia. Nak kata mengalahkan papa tu, memang papa sah-sah kalahlah. Tapi jujur, peranan Uncle Afiq selama ni walaupun cuma sebagai ayah sepupu, cukup buat dia merasa dihargai.

                Pernah dia terdetik, kan bagus kalau Uncle Afiq bertukar jadi ayah ke... baba ke, sounds nice. Uncle Afiq sendiri pernah cerita tentang kisah ‘cinta’ dia dan mama dulu. Siap pernah melamar lagi. Tapi mama menolak. Itu sebelum mama dan papa bernikah. Lepas mama dan papa berpisah, sekali lagi Uncle Afiq mencuba nasib. Pun, reject lagi. Sekarang ni, tak tahulah perasaan Uncle Afiq masih pada mama atau tidak. Dua kali kena reject tu, takkan Uncle Afiq secekal tu? Tapi harapan Raiqal sendiri sejak dia kecil, kalaupun ya Uncle Afiq akan bernikah, perhatian dan kasih-sayang Uncle Afiq pada dia takkan sedikit pun berkurang walaupun bakal isteri Uncle Afiq tu bukan mama.

                “Raiq dengan Cha ni balik masa mana?” Rafizi muncul mendekati mereka.

                Raina mencemik. “Papa tu nak startlah tu... weekend ni Pa. Takkan tak boleh nak spend masa dengan kitorang?”

                Raiqal angkat kening. Kenapa? Sibuk sangat ke papa selama ni?

                Rafizi tertawa kecil. “Papa bukan halau korang pun, duduk ajelah dulu. Papa keluar kejap aje, nak jenguk site. Lepas tu nak jumpa Pak Cik Syed kejap, ada hal katanya.”

                “Lepas tu balik masa mana? Malam?”

                “Lah, ada pulak. Sekejap aje pun...”

                “Iyelah, kitorang tunggu sinilah dulu. Nanti kalau kitorang nak balik, Cha call papalah.”

                “Okey, got to go. Dah dua kali call Pak Cik Syed ni,”

                “Papa kerja apa?” tanya Raiqal sebaik saja kelibat Rafizi hilang dari pandangan.

                Raina sengih. Sejak dulu, kalau orang tanya pasal tu, memang dia blur nak jawab apa. Dalam borang sekolah pun, dia akan isi ‘bekerja sendiri’. Klise! “Entah, tak ada istilah khusus. Banyak sangat kerja papa buat... busy memanjang.”

                “Oh...” Raiqal mengangguk. Lupa nak bagitau papa, mama kirim salam!


Bab 15
                Hujung minggu lagi. Raina di kafe Rifqi, menghadap laptop dalam gaya malas.

                “Lama tak nampak muka?” Itu soalan sapaan Rifqi padanya tadi.

                Raina cuma sengih mengiakan. Memang lama sungguhlah, dua-tiga minggu ni serius dia sibuk memanjang. Datang ke kafe ni pun, sekali dalam seminggu aje. Kena pulak masa dia datang Rifqi pulak tak ada. Huh... chips more. Ini pun baru lepas submit assignment yang Dr. Fazley mintak, sebab tu boleh duduk goyang kaki kat sini walaupun dah nak-nak gaya ular kekenyangan pun ada. Terlebih relaks!

                “Sibuk sikitlah Abang Rif,”

“Sibuk dengan assignment?”

“Assignment, society, presentation lagi... lelah.” Rifqi angguk dengan mulut mencemik. Raina kerutkan kening. “Tu yang tunjuk muka tak puas hati tu apasal? Cari gaduh ke?”

“Tak adalah. Kalau tentu sibuk dengan study, abang tak kisah. Takut sibuk dengan pakwe baru je...”

Pakwe baru? Berlapis dahi Raina nak mencerna kata-kata Rifqi tu. Namun tak lama, dia tersengih sendiri. Rifqi yang dari tadi memandang ke tempat lain asal bukan muka Raina itu diintai sedikit mukanya. “Alalala... sweetnya Abang Rif. Dah cem ke?”

“Cem?”

“Cemburu!”

“Huk aloh! Tak memasal... orang ada tunang, nak jealous pekebendanya lagi.”

Dalam menyampah dengan jawapan yang diterima, nak tergelak pun ada. ‘Huk aloh.’ Tagline aku tu! Tapi kan, bab tunang-menunang tu, tak payah mention pun tak apa rasanya bang!

“Daniel macam mana sekarang?” Rifqi soal lagi bila Raina kembali diam. Cuma jemarinya yang ligat bermain dengan cursor di skrin laptop.

Daniel? Uh, janggal pun ada dengar orang panggil Nash macam tu. Dah terbiasa dok sebut Nash-Nash aje. Tiba-tiba dengar Daniel, alahai... KL sangatlah pulak. “Okey je, tak demam apa pun. Kenapa?” Uit, mendoa pulak. Ampun, tersilap!

Rifqi menggeleng. “Nothing,” jawabnya ringkas.

Raina mengangguk. Terus dia menatap kembali skrin laptop. Layan e-novel dari blog penulis kegemaran. Namun tak lama, melihat Rifiqi yang masih tercongok di depannya sedang fokus tak berkelip pada mukanya, perhatiannya teralih. “Abang Rif sambung ajelah buat kerja, Cha tengok muka Abang Rif dari jauh pun dah lepas rindu ni.” Sengih.

“Ada abang kata abang dok sini sebab nak temankan Cha ke?” Rifqi angkat sebelah kening.

Raina menjuih. “Abang Rif ni makin hari makin kerek ar.”

Kalu tadi mencemik, kemudian angkat sebelah kening, kali ni Rifqi lakukan kedua-duanya serentak. Makin menampakkan kekerekan dia. Baru Raina nak membuka mulut menegur, Rifqi dah terlebih dahulu bangun meninggalkan dia. Apron dan cap putih dia disambar sekali.

Oh, okey. Dia banyak sangat kerja kut tu. Raina pujuk hati sendiri. Masa ni, babak sweet yang hero dalam e-novel yang dibacanya buat untuk menarik hati si heroin dah tak ada dalam hatinya. Hambar! Kenapa Abang Rif tu lain macam eh? Itu yang bermain di mindanya.

Tak lama dia bermain dengan hati sendiri, tiba-tiba kerusi di depannya ditarik. Lantas Raina angkat muka. Lah!

“Kau buat apa kat sini?”

Nash menjuling. Kenapa mesti soalan klise tu yang ditanya? “Study!”

Raina tergelak dengan silap sendiri. Tapi, agaklah. Nash Ahmad Daniel nak study time-time merdeka gini? Heh. Melihatkan muka sememeh Nash dan kesan peluh yang melekat di bajunya tu, dia dah dapat rumuskan.Baru lepas train budak agaknya. “Bertuah aku ada kawan serajin kau.”

“Boyfriend!”

Giliran Raina menjuling. Nak jugak dia title tak semenggah tu. “Whatever.” Dia tunduk kembali.

“Weh, esok keluar jom?”

“Ke mana?” Raina menggerakkan kepala sedikit dalam pada mata masih memaku pada skrin laptop. Mood membaca kembali!

“Movie...”

“Nanana... aku tak nak masuk panggung.”

Nash menjatuhkan kepala. Iya tak iya jugak. Movie dengan Cha, memang tak boleh ngam! Kata Cha, dalam panggung tu, dalam gelap-gelitanya, dalam tempat duduk yang bercampur laki-pompuan tu, kena pulak movie hari tu movie orang putih! Hah, memang beraya sakanlah kan.

Hek eleh. Dengan aku, berderetan alasan yang dia bagi. Dengan Fira, siap bergelak-ketawa lagi lepas keluar panggung tu. Ingat aku tak pernah nampak ke apa cik adik?

“Then kau teman aku pergi kedai buku ajelah. Aku ada nak cari buku sikit.”

Tak menunggu lama terus Raina mendongak. Memandang tepat pada muka Nash yang sedang menunggu jawapan tu. Bukan perkataan ‘teman’ yang buat dia terkujat begitu. Mengenali Nash, yang dia tahu setakat ni, memang jenis stok KKS! Nak buat apa pun berteman. Yang tak tahan aku je yang boleh teman, geng dia tiga orang lagi tu tak pulak diajak.

Tapi, perkataan ‘kedai buku’ yang dia tertarik sangat tu. “Let say, kalau aku kata alright, then novel apa yang kau nak belanja aku?” Raina tunjuk muka tak malu dalam sengihnya.

“Kau Kekasihku.”

“Amboi!” Pecah tawa Raina. Spontan aje tu keluar tajuk dari bibir Nash. Memang dah lama target nak baca novel tu ke apa? Jiwang gilak. Tapi... Kau Kekasihku tu, best kut!

“Okey, kita jumpa kat sana esok eh?” Mata sengaja dikelipkan dua kali.

Nash tergelak. Laju aje dia tu kalau dengar pasal novel. Jari telunjuk naik menunjal perlahan dahi Raina dah Raina menepis pantas. Tak senang. Kemudian matany aturun menatap dada skrin lagi.

Hailah... Nash tahan sabar. Aku kat depan ni boleh dia buat dek, inilah yang orang kata kesan buruk perkembangan teknologi canggih. Waktu bersosial tu boleh hilang ditelan keseronokan melayan gajet yang ntahpape. “Menda yang kau tatap khusyuk sangat tu?” soalnya sambil tangan bergerak menarik laptop putih Raina menghadapnya. Tak sempat Raina nak menahan.

“What the...?” Mata Nash terbuntang luas. “Kau baca benda tak senonoh eh Cha?”

“Mangkuk hayun kau! Jangan nak fitnahlah ngok.”

“Dah tu ni apa benda ni?”

Kening Raina bertaut. “Apanya?” Laptop di hadapan Nash ditarik semula menghadapnya. Terpampang banner iklan yang memanglah sungguh tak senonoh untuk tatapan gadis perawan macam dia ni.

ABANG GAGAH ISTERI SAYANG!

Eceh. Gilalah. Bikin tercalar maruah aku aje tatap benda ni. “Tu ads la ngek.”

Nash makin menjegil. Kena dua das dia hari ni. Tadi ngok sekarang ngek pulak. Adehlah... “Ads tak ads pun, kalau kau tak jenguk blog mengarut mana nak jumpa ads iklan macam ni...”

“Huk aloh... jangan nak berlagak suci sangatlah derr. Dalam paper harian pun ada iklan macam ni tahu? Siap ditempek penuh satu muka surat lagi. Besar gedabak untuk tontonan orang macam kau.”

“Macam aku?” Nash menjegil. “Macam aku apa?”

“Yalah, stok KKS macam kau.” Raina tayang muka ada-aku-kisah dengan jegilan yang diberi Nash.

“Kau... heh!” Sekali lagi tangan Nash naik nak mengenai muka Raina, mujur kali ni sempat dielak. Jari telunjuk Nash sempat ditahan dan dipusingkan semula mengenai dahi tuan punya jari.

Raina sengih. Siap gelak puas hati lagi tu. “Kepala kepala tak mainlah der, ni kepala bayar zakat tahu?”

Nash mencemik akhirnya. Raina angkat bahu. Anak panah bawah pada papan kekunci ditekan, sempat lagi matanya memandang sekali lalu pada banner iklan di blog penulis favouritenya tu. Heh. Zaman sekarang ni, jangan nak mengaku otak tu suci sangatlah. Dalam internet ni tak payah tanya, semua ada. Tinggal tekan keyword aje. Kadang-kadang tu kita tekan benda lain pun, eh keluar jugak ‘benda’ tu dekat search engine. Atas kekuatan diri aje samada nak go on click atau back saja.

Tapi sebenarnya, tak payah susah-susah nak langgan internet semata-mata nak kotorkan otak dengan semua ni. Pagi-pagi beli paper, belek-belek sikit, hah, terpampang! Dunia... dunia...

Ziad mendekati mereka dengan nota kecil di tangan. “Minum bro,” ujarnya ringkas pada Nash. Dingin.

Perhatian pasangan tadi beralih. Raina lagilah. Memang sejak awal lagi dia dah seriau semacam dengan mamat Ziad ni. Pandangan dia tu... haisy! Tapi kali ni, memandang mata Ziad yang memang bagai nak beritahu sesuatu padanya, buat dia tertanya. Sesuatu tanda protes. Heh, entahlah. Raina memandang sekeliling, mencari kelibat Rifqi. Takkan menghilang terus? Tapi memang benar, lesap!

^_^ enjoy reading. psss, yang dah dapatkan Aku Mahu Kamu, thanks a LOT! Selamat membaca dan kalau rasa ada yang kurang, maaf. saya akan baiki lagi. heee... Untuk yang tanya macam mana nak dapatkan sebab kat kedai buku berhampiran tak ada, tekan SINI. make sure dah daftar ahli, BOLEH DISKAUN RM3, DAN POSTAGE FREE. hehe. kalau belum ada akaun, ikut panduan yang dia kasi.  
oh ye, do comment ya. peace.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. aik?????
    ziad suke cha ke??
    or x puas ati dgn cha sbb..x lyn rifqi sgt??
    mnela tau..hehehe

    ReplyDelete
  2. agak2 yg mana satu betul? hehe.

    # tp utk pencerahan, tukang tulis ni tak suka sgt dengan heroin yg byk sgt peminat. huahaha.. oberr sgt nampak. hikks.

    ReplyDelete