Ada apa dengan Alfa Syamimi?

by 5:41 AM 4 komen
Assalamualaikum!

So here we are. Untuk dengar (baca actually) aku membebel pasal sejarah aku dalam bidang ni. To be honest, this is my hobby. Sebelum ni aku just tulis psl ni semua dalam kertas conteng je, and then hilang.

Lepas tu tulis balik, and then hilang lagi.

Sampai aku rasa, one day aku boleh tunjuk kat cicits aku semua kertas tu. Biar dorang tau macam mana nenek dorang ni masa remaja. Kehkeh. Nak post dalam blog pasal semua tu memang serius taklah kan? Haha. Macam ada je yg nak baca. Tapi one day bila aku bukak notis kat FB and terpampang satu line tu yang kata Kak Mia tag aku dalam satu post, tersengih sorang-sorang aku. Kalau pun tak ada yg nak baca, tapi sah-sah akan ada seorang yg baca apa aku membebel selama ni. Thanks Kak Mia! ==>> It is just a mukaddimah you know?

Tapi...

Kalau tanya kenapa aku pilih bidang ni, aku sendiri pun sebenarnya nak angkat bahu dengan muka blur tu.

Tapi kalau tanya macam mana aku boleh terlibat dengan blog-p2u-novelis bagai ni... aku ingat.

Ingat masa form 3 dulu, selalu orang tanya "Cita-cita awak apa?" Masa tu aku selalu jawab dengan confidentnya, "Tengok atas aliran lah."

Masa tu dalam mind aku cuma:

  1. Kalau aku masuk sains, aku jadi doktor.
  2. Kalau masuk aliran akaun, agak sendiri lah. Tak payah bagitau pun korang sedia maklum kan? 
Antara dua tu je dalam minda aku. Masa tu tak terlintas pulak dalam kepala apa aku nak jadi kalau aku masuk perdagangan pulak. 

And after that, result PMR keluar, and aku dapat sains. Konon-bangga-lah-kejap-masa-tu. Tapi 1st day in the class, serius menjakunkan aku. Kiri-kanan-depan-belakang semuanya muka ala-ala doktor yang aku nampak. Muka budak cerdik.

Kalau ada yang tak tau, aku paling tak suka situasi yang meletakkan aku di tengah golongan-golongan genius. Itu sangat menampakkan ketidakpandaian aku.

Bukti?

Masa darjah 4 dulu, aku pernah duduk kelas 1st. Ada sorang kawan-meja-sebelah a.k.a kawan baik aku tak bawak buku and dia mintak aku teman dia sebagai geng tak bawak buku jugak, aku dengan sadisnya angguk and ikut dia ke depan. Join dorang yang tak bawak buku and guess what i got for that?

"Kalau setakat you three tak bawak buku I boleh tahan, tapi kalau you, Syamimi tak bawak jugak, I have to think it twice. why? because saya ragu-ragu samada awak akan revise semula ke tak di rumah apa yang saya akan ajar hari ni."

Sedih? sgt sedih. masa taip ayat ni pun aku rasa nak nagis. tapi aku sengih je masa tu...... 

sadis, kan aku?

 [[ masa darjah 4 tu tarbus yang aku pakai senget ke atas, anak rambut aku keluar berjuntai, and tudung aku senget 45 darjah. aku paham kalau cg boleh buat persepsi macam tu pun. ]] penampilan tu penting... kan?

AND, masa aku form 4 tu, dalam kelas 1st tu, again, aku faced benda sama. cikgu tanya aku "boleh survive ke dalam kelas ni?" dengan muka ragu-ragu. muka runsing. Tapi kali ni memang aku iakan lah apa yang teacher kata. Dalam kelas tu aku sorang je yang dapat C dalam science, thats why teacher sazila tanya aku either aku boleh go on ke tak dalam kelas tu.   

bukan salah teacher, i know. 


aku yang bongok dan tak yakin dengan diri sendiri, tak pasal-pasal, pergi mintak turun [pindah] pergi kelas akaun. Sedangkan masa tu aku tau, mok yi, ibu, kak ngah semua nak aku dalam sains. ibu tak ada la cakap tapi pernah tahun lepas (lepas dah berbulan aku di kelas akaun), ibu kata "nanti lepas spm uda xnak buat medik kat mesir?"

ibu dah tahu yang aku tukar masuk akaun tapi dalam mind ibu masih set yang aku di kelas sains.

masa tu memang aku kecewa la, bukan kecewa dengan soalan ibu. tapi kecewa dengan keputusan aku yang terburu-buru and tak mendapat sepenuh persetujuan dari ibu.

FINISH ABOUT ALIRAN PLEASE. bukan hal besar pun sebenarnya, kan? Science or account or even perdagangan, it's our efforts that determine our life. bukan aliran or kelas or whatsoever!

tapi masa form 4 tu lah... hm. Don't know how to say.

Untuk sedapkan hati aku, aku kata umur tu memang umur bagi students muhasabah diri. aku kept thinking tentang masa depan aku masa tu.

Mana taknya. FRUST.

Masa kelas dulu [science], teacher zainara masuk kelas, speaking straightkut! Sebelum keluar, dia mintak students siapkan satu essay 'Myself'. Essay tu pulak tak nak pakai ayat-ayat PMR dah, beliau nak ayat taraf novel. Punyalah excited nak tulis aku masa tu.

I know that nobody are there to listen to my story, but i think it is important for me to know about myself deep bla bla bla... ==>> contoh mukaddimah cikgu bagi.

Tapi itulah, tak sempat aku nak merajinkan diri, aku dah pindah kelas. Yang sedihnya, 1st day aku di kelas baru tu, students dok tengah siapkan homework BI yang teacher dorang [teacher baru aku] bagi.

tahu apa dia?

Bina lima ayat berdasarkan perkataan yg beliau bagi. serius masa tu aku frust gila. konon tak sesuai dengan jiwa lah. Bukan sebab tak setaraf dengan otak aku, tapi sebab terasa sangat rendah cikgu letakkan taraf kami, sedangkan students kelas akaun tu tak kurang kut pandainya [tak maksudkan aku].  Mimi... mimi.

masa tahun tu lah aku aktif menconteng kertas ni. conteng pasal rasa hati aku. [admit it. i'm too jiwang at that time. kehkeh. ] 

pernah sekali tu, dalam buku kecik PLKN yg mok yi kasi kat aku, aku tulis satu ayat 'aku dah tau apa aku nak jadi... aku nak jadi novelis'. Ayat yang ditulis saja-saja sebab suara cikgu masa tu sangat slow, tapi one day sorang classmates baca and buat main kat aku dengan muka annoying... 'saya tak berani hadapi cabaran, jadi saya tak nak jadi polis... saya xminat sains, jadi saya xnak jadi doktor... saya... saya nak jadi novelis...' 

Kalau korang tukar 'saya' tu jadi 'aku', takde ar geli sangat nak dengar. Saja je si pembaca tu buat onar pergi baca macam tu depan lebih lima orang classmates lain.

Yes. That person is wahida. Dia nak org panggil dia wawa. So untuk puaskan hati dia, panggil wawa je la ek? kahkah! 

lepas dia buat main kata-kata aku tu lah, hati aku start nak serius sikit. masa tu musim kitorang passing novel kat sekolah. kebetulan sampai turn BPMA by Areila Sahimi, and memang dah habit aku bila baca novel aku jenguk penghargaan and biodata penulis dulu, terpampang perkataan PENULISAN2U kat situ. 

guess what?

lepas tu, masa orang dok hadapi ujian bulan march, aku dok angau fikirkan babak-babak antara o-leh and izzat.  

yes, i am. 

aku dah start menggila dengan novel. aku start tulis cerita first aku yang pasal o-leh and izzat tu masa bulan 3 tahun 2011, habis bulan 7 x silap aku. Masa tu, masa budak-budak buat halaqah kedai kopi masa cikgu mesyuarat, aku dok terlentok atas meja belakang sekali [[tempat aku]] menulis cerita ni. tak kisah dah budak-budak terpekik melolong tepi telinga aku. masa tu musim aku menggila. kahkah. lagi pun kipas memang berpusing atas kepala aku betul-betul kut, memang tak payah cakaplah ideanya macam mana. haha.

  

habis satu bab, aku bagi classmates baca. [[dorang mintak, bukan aku offered! aku tau malu jugak weh!]] 


and ni musim aku mengedit lepas classmates buat muka tak puas hati tengok ending yang aku buat. well, bulan 7 tu bulan trial bagi SMU candidates, logiklah aku stop dengan ending bodo macam tu. kehkeh.  


Mimi (misha), wahida (wawa), syerah, huda, and sam, pembaca tetap yang aku ingat masa tahun lepas tu dorang je yang selalu berkunjung kat tempat aku and mintak buku tu. Thnx sebab sanggup lebarkan bibir masa baca benda atas tu. nak ucap depan-depan serius aku xreti...! Lagak dorang tu buat aku rasa yang cerita aku ni sangat best sampai lah satu masa time mengedit balik cerita tu untuk masukkan dalam blog, kepala aku tergeleng dengan sendiri. 

INI KE APA YANG AKU TULIS SELAMA NI?! malu bergandax2!

tapi apa yang buat aku nak nangis...

korang yang baca. 
[all those yang aku sebut tadi.]
and korang yang cakap "salute la kau ni..."
and awak yang ikut menulis novel jugak dalam kelas tu. [[ bukan nak kata aku jadi inspirasi korang, tak langsung. ]]
and... korang yg dah bagi aku pengalaman berkawan dan pengalaman tu aku jadikan babak dalam cerita-cerita aku espeially untuk Nuyu-o-leh-oni. 

ps: ##experience is the best teacher of life!

ekcelly aku dah pernah tulis novel dulu, masa form 3. tapi lawak sikit lah. tiap kali aku nak tulis, aku kena bukak diary. [[[membukukan kisah hidup kot!!]]  tapi sempat sampai 6 bab je. 6 bab untuk 5-6 bulan. kehkeh. pastu hilang entah ke mana folder tu dalam pendrive aku. tetiba ghaib. Alhamdulillah for that. kalau tak sure sekarang ni aku kena bawak diary tiap kali menghadap ms word. haha!

Okeh. Okeh. aku boleh agak Kak Mia tengah menguap untuk yang ke-berapa kali sekarang ni. lari tajuk dah aku ni!

sinopsisnya...

aku masuk bidang ni sebab ==>>aku tak tahu apa impian aku sebenarnya.

tapi tu dulu...

sekarang ni, aku rasa, ada banyak lagi sebab aku pilih bidang ni. sebab-sebab yang logik. 

1. sebab bagi aku watak-watak sekeliling aku ni tak pernah ada dalam buku. tugas aku untuk hidupkan dorang dalam dunia yang aku minat. dunia yang KITA minat. 

2. sebab aku nak share apa dalam mind aku dengan orang lain. terlalu banyak dan aku tak minat simpan benda sorang2. macam n3 ni lah. patutnya terperap dalam kertas conteng je, tapi aku tak suka biarkan sesuatu tu terperap walaupun yes, mesti banyak yang kata "a'alah... sejarah hidup apa pulak neh?". do i care. kan? bukan aku nak share kisah hidup aku, tapi aku nak share pengalaman hidup aku. BEZAKAN.


3. Sebab there are too many bad side of myself. aku harap sangat aku dapat memotivasikan diri aku melalui penulisan. bila ibu membebel pasal ada salah sorang family aku yang abaikan mak dia yang sakit tua, mak dia masuk wad and anak orang lain yang kena stay sampai malam sedangkan anak dia berderetan tidur nyenyak senyenyak-nyenyaknya, aku cuba untuk buat satu cerita pasal tu. pasal mak yang terabai. walaupun tak menjadi, tapi paling kurang aku akan ada rasa malu untuk buat benda sama di masa depan. 

memang tak ada yang nak jadi macam tu, tapi bila keadaan menyempitkan hidup kita, bila pilihan yang kita ada adalah untuk berpihak pada yang tak betul, tak mustahil untuk kita jadi macam anak derhaka tu kan?

harap Allah jaga diri kita dari jadi anak derhaka.

4. kalau Yuna kata dalam setiap gambar, ada lagu. Aku akan kata, dalam setiap huruf, ada kenangan.


and i love memory. that's why aku sangat suka baca [tunas], RADHA and those books yang menceritakan kenangan lalu.

5.  suasana dalam novel-drama-alam real sangat berlainan. ada satu babak dalam hidup kita, tak leh nak gambarkan dalam drama atau pun tulisan. Pun, ada benda indah yang kita gambarkan dalam penulisan, tapi kita tak leh nak hayati keindahannya dalam alam real. Aku try menulis untuk cuba menghayati apa yang sukar untuk aku hayati bila baca aje cerita orang.

6. Classmates aku selalu kata "best ar mimi, mak dia ada minat sama". maksudnya ibu pun peminat novel jugak. Ada almari khas untuk simpan buku-buku koleksi dia. ada buku agama, ada buku politik, and ada jugak terselit novel. Tapi aku tak rasa aku menulis sebab tu. Minat tu memang dah tersemai bila aku suka mengkhatamkan novel-novel ibu tu.

tapi, korang tau novel apa yang ada dalam almari ibu?

salina by a.samad.said. rintisan rasa. taks elamanya kemarau. Pendek kata novel lama-lama by penulis berpengalaman. Ibu siap kata dia tak suka cara penulisan novel sekarang. Boleh bayangkan tak macam mana aku sengih masa ibu kata macam tu?

so, one of impian aku dalam menulis ni, adalah untuk buat satu cerita yang betul-betul kena dengan selera ibu. cerita kampung yang keindahannya memang tergambar dalam tu. takat ni masih tak berjaya, tapi aku cuba.

6.  terlalu banyak and mesti tak terkira berapa banyak kali Kak Mia menguap kalau aku teruskan menulis. hehe.

Ini bukan entry yang Kak Mia nak, saya tahu. tapi saya baru sedar yang saya lari tajuk lepas semua ni saya siap taip. so...  huuuhu. untuk rombak balik semua ni, sayang lah Kak Mia. kehkehkeh.

bukan tiap masa jemari saya laju menaip entry. ini pun lepas berminggu Kak Mia bukak segmen tu baru saya terbukak hati nak taip. heheh.

p/s: tentang aliran sains akaun perdagangan segala tu, aku tahu semua tu cuma ada dalam kepala budak kecik je. budak tak lepas SPM lagi. Kan? Sekarang ni orang ada macam-macam jalan nak berjaya, kan? Bukan depends kat aliran je. And i know its too sensitive  bagi sesetengah pihak bila pihak dia dibandingkan dengan pihak yang lain. untuk makluman, aku bukan sedang membuat comparation between kelas akaun and kelas science. aku tak kata budak sains tu the most genius and budak akaun ni yang kedua lepas sains. Budak akaun pun ramai yang bijak kut. Amni tu, add math dia. Fuh~... Aya, akaun dia, terbaik. Bagi aku orang yang boleh memeningkan kepala dengan PRINSIP AKAUN tu kan, sangat lah ohsem. And AYA, u did it. huhu. tapi, budak yang boleh memeningkan kepala dengan BIO, FIZIK, and KIMIA pun, sangat memelikkan aku. kenapa? sebab aku langsung tak boleh absorb semua tu. jadi korang sangatlah genius di mata aku! And perdagangan, jelaslah kan. sekarang ni yang berjaya is ahli perniagaan. Novelis pakat dok buat bussinessman sebagai hero. korang tak bangga ke? berniaga tu pekerjaan antara pekerjaan mulia yang disebut dalam holy Quran weh!  or hadis sharif. Itu yang aku belajar. be proud of yourself!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. part yang ibu mimi cakap 'tak berapa suka baca novel sekarang' ya, akak pun pernah alami situasi tu bila kawan akak pun cakap macam tu, tp akak senyap je sebab masa tu dia belum betul2 tau yg akak pun menulis, huhu.. ;p

    well.. bila org cakap macam tu kita tak boleh nak marah tapi kita cuma boleh senyum dan fikir, apa yang sepatutnya kita buat supaya org2 'lama' ni akan suka dengan apa yg kita tulis. Kan? hewhewhew

    ReplyDelete
  2. well, kiranya sy dah bg respond yg terbaek lah kan?
    senyum selebar-lebarnya. haha.

    ReplyDelete
  3. Good luck ya.

    Jemput singgah ke blog kami ^__^

    ReplyDelete
  4. join jgk. baca eh http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/01/segmen-miakaftiya-kenapa-aku-pilih.html :')

    ReplyDelete