Sila Tulis Buku Berilmu

by 10:30 AM 0 komen

Satu malam masa idea tengah mencurah...
"Hang tulis cerita pasal apa Mi?"
 "Err... tulis ikut suka je."
"Pasal apa?"
"Pasal.. campur-campur. Kawan, family, cinta..."
"Hang pernah hantar mana-mana ke?"
"Er..." 
And then lepas tu baru Aku Mahu Kamu disebut.

Last, pesanan penaja,
"Hang cubalah buat cerita yang berilmu sikit Mi. Hang tau tak kenapa banyak sejarah Islam kita tak tahu? Sebabnya inilah. Kita tak membaca. Orang kita cuma baca apa? Baca ini la... novel-novel cinta. Hang tengoklah, cerita yang melayu buat, cerita apa je? Sebab tu kadang-kadang saya rasa bersalah sangat nak baca novel cinta. Saya rasa banyak sangat lagi buku-buku yang berilmu yang saya tak habis baca."


Masa tu, I was like... kemam bibir je. Tak terjawab.Thanks anyway for your concern. Aku tahu niatnya suci murni tulus ikhlas.

Pesanan penaja tu diberi dalam keadaan yang sangat damai, jangan silap baca ayat atas tu dengan emosional.

Tapi... aku macam, okey... senyum dan angguk. This is university. Tempat orang berilmu. Maka jangan pelik please diketemukan dengan nasihat begitu.

Tapi tak nafikan, tetiba rindukan mereka sekeliling aku sebelum ni.

Geng 5 Akaun.
Kawan STAM.
SixSiblings.
Makcik-Pakcik yang super ohsem.
MSJ's.
Ibu dengan abah.
Those supportive persons.

Mereka yang bukannya semua minatkan novel tapi mereka tetap tunjukkan minat mereka tu tanpa perlu ulang skrip "buku awak tak berilimiah." Mereka yang berilmu jugak tapi tak perlu tunjukkan yang mereka mencari bahan ilmiah semata.

Pada aku--

Masing-masing punya cara.
Untuk bangunkan ummah.
Untuk majukan diri.

Dan untuk setengah orang (contohnya aku), aku memang dambakan barang yang berilmiah untuk tampung balik otak aku yang hampir kepada zero isinya ni. Tapi cara aku, bukan straight ke arah ilmiah iaitu dengan baca buku-buku motivasi, buku-buku tokoh islam, buku-buku sejarah islam yang tak terbongkar.

Aku tak mampu.

Aku pernah cuba tapi last tertidur.

Orang macam aku perlukan selingan dan ni salah satu cara selingan aku.

Awak ni, seumpamanya-
Seorang ibu tengah tegur ibu lain cara untuk didik anak dengan betul.
Atau seorang cikgu mengajar cikgu lain cara untuk ajar anak murid.

Ringkasnya, masing-masing punya cara. Selagi mana cara tu tak menyusahkan awak, please don't underestimate others.
Atau mungkin niatnya cuma menasihati? Membimbing? Yes, but please bukan dengan bahasa orang berilmu sangat.

It hurts.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment