Cerita Antara Kita [ Intro ]

by 8:00 PM 1 komen


                Dia kaku. Skrin laptop di hadapannya yang tertera akaun facebook milik rakannya dipandang tak berkelip.
                Raiqal.
                 Raiqal = Raiq?
                Tapi ramai kut yang ada nama tu. Bukan dia saja.
                Tapi ni...
                Raiqal Ammar. Raiqal Ammar Bin Rafizi.
                Spontan, bibir terketap sendiri.
                “Cha. Cuti bila?” suara papa di corong telefon bagaikan di awan-awangan saja.
                “Pa, cuti ni Cha nak pergi Kelantan, boleh?”
                “Buat apa?” suara papa bertukar ton. Ton pelik.
                Dia tak menjawab, tapi jemari terus ligat menggerak-gerakkan cursor di skrin laptop. Mencari kalau-kalau ada maklumat lain yang dia perlukan.
                “Ada program lagi ke kali ni? Sem lepas pun burn macam tu je cuti Cha, takkan kali ni sibuk dengan society lagi... kesian Papa kat sini.”
                “Pa,” seru dia perlahan, tidak mengendahkan soalan papanya.
                “Papa ada ni...”
                “Turun Kelantan jom?” pinta dia berharap.
                “Buat apa?” sekali lagi papa utarakan soalan yang serupa, tapi berlainan nada.
                “Jumpa mama. Jumpa Raiq.”
 ==> peace. =)

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: