Cerita Antara Kita 25

by 8:45 PM 2 komen


#aku xminat bab ni sbenarnya, tapi tau tak. tengok moto ni mata aku jadi terpaku. 
grrr.

            “Berhenti... berhenti kat sini.” Raina menyuruh bila melihat Ford putih milik papanya sudah tersadai di laman rumah itu. Papa dah sampai! Cepat-cepat dia turun dari motosikal Nash. Tangannya naik memegang bahu Nash, bergantung untuk mengelak dari terjatuh. Nash selamba saja menggoyangkan sedikit motosikalnya dan Raina yang hampir terjatuh berpaut padanya cepat. Nash ketawa mengekek. Merah mencuka muka Raina menahan marah. Laju saja lengannya naik meliku kepala Nash yang masih dilindungi helmet. Sudahnya, lengannya sendiri yang senak. Raina mendengus. Orang tengah tak sedap hati ni ada jugak yang nak buat sesi lawak ke derr...!

            Terteleng-teleng kepala Raina mengintai ke dalam rumah, takut-takut papa keluar. Dalam kalut dia nak menanggalkan ikatan topi keledar, terasa kepalanya ditarik. Dan laju je tangan Nash bertugas melonggarkan ikatan topi di kepalanya. Raina terkedu seketika. Nak beromantika pulak ke? “Tak...”

            “Done,” pintas Nash sambil menanggalkan topi keledarnya dan diletakkan ke dalam raga motosikal. Tangannya naik membetulkan rambut Raina yang sedikit kusut. Raina mengelak tak senang. “Aku ada seorang makwe, tahu?” ujar Nash tiba-tiba.

            “Huh?” kening Raina terbentuk hairan.

            “Dia tu cantik,” sambung Nash lagi, selamba dengan tangan sibuk mengetuk helmet di dalam raga.  “Tapi... kalau dia layan aku selayaknya makwe layan pakwe, lagi terpikat hati aku.” Itu kata terakhir yang masuk elok dalam kepala Raina sebelum tanpa sedarnya motosikal Nash sudah pun jauh berlalu.

            Raina masih tercegat di situ. Tangannya naik memegang dada yang terasa lain macam. Abang Rif... Abang Rif... stay there, please. Jangan sampai orang lain ambil tempat Abang Rif di hati Cha.
============================
            Raiqal terjaga tepat pukul 12 malam itu. Memang kebiasaannya begitu. Paling tidak dia akan bangun meneguk segelas air. Teraba-teraba dia dalam gelap. Sememangnya, setiap inci rumah ini sudah dihafal elok dalam kepalanya. Tapi, bila Raina buat perangai malas nak pasang lilin bila TNB buat kacau nak potong elektrik tengah-tengah bulan ni, itu yang nanar sebentar dia di sini.

            Eh, tapi iya ke TNB buat hal? Rumah jiran-jiran elok je terang-benderang tu? Kalau ya pun Cha malas, bukan ke papa kata nak tidur lewat malam ni? Nak tengok Mega Movie katanya.

            “Cha...” panggil Raiqal akhirnya. Tak larat nak menggagau dalam gelap. Lagi pula, rasanya ada something wrong dengan rumah ni. Terasa ada perabot yang beralih kedudukan. Ringan tulang sangat ke Cha malam tadi sampai sanggup alih perabot ke sana-sini? Huh... dia mendengus lemah bila panggilan pertamanya tadi tak disahut. Tidur mati ke apa? “Cha..!”

            Pun tiada sahutan.

            “Papa!”

            Klik! Sekelip mata ruang itu terang. Raiqal kaku seketika melihatkan apa yang terbentang di depan matanya sekarang.

            “Allah selamatkan kamu...” serentak suara Raina dan papa bergabung, membingitkan malam yang sunyi. “Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Raiqal Ammar Bin Rafizi... Allah selamatkan kamu!!”

            Raiqal masih kaku. Tak tahu reaksi bagaimana yang diharapkan dua insan penting dalam hidupnya ini. “Tiup lilin,” arah Raina bila dia dan papa sudah tegak betul-betul di hadapan birthday boy.

            Raiqal patuh. Sekali tiup, terpadam semua lilin yang dinyalakan di atas kek sederhana besar itu. Yang menarik perhatian, kek berhiaskan hero pujaannya, Power Rangers! Dalam tak sedar Raiqal tersenyum sendiri. Blur... malu... terharu... Semua bercampur menjadi satu perasaan dalam hati ini dan tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Bukan tak pernah diraikan begini, bahkan di Kota Bharu dulu, setiap kali majlis ulang tahunnya mama akan pastikan paling tidak pun satu kucupan kudus singgah di dahi ini. Tanda kasihnya mama terhadap anaknya yang ini.

            Kali ini, walaupun ulang tahunnya ini disambut tanpa mama di sisi, rasa teruja itu tak pudar langsung dengan kehadiran dua insan di hadapannya ini. Malah, mungkin lebih istimewa.

“Terima kasih Cha, pa...” ucapnya setelah kek yang cantik berlatar Power Rangers tadi selamat dihadam di dalam perut. Menzahirkan rasa hati yang menghargai.

            “Ceh...” Raina tergelak mengekek. “Syahdu la pulak kau ni. Dalam muka sememeh lagi tu.”

            Raiqal sekadar sengih sebelum menunduk seakan mengiakan. Cover malu!

            Rafizi yang dari tadi menjadi pemerhati sembunyi senyum melihatkan lagak Raiqal. Tak berubah-ubah!  Sejak kecil, memang Raiqal jenis yang penyegan begini. Pendiam. Gaya senyumnya pun nampak lebih ‘sopan’ kalau nak dibanding dengan senyuman Raina. Entah gen dari siapa yang melekat padanya itu. “Mama ada call?” Entah macam mana, soalan itu terpacul dari bibirnya.

            “Hah?” Raiqal nampak blur dengan soalannya.

            Rafizi berdehem. “Maksud Papa, mama ada wish dah ke? Ke kami yang pertama?”

            “Oh, belum lagi. Mama dah tidur kut. Katanya kerja petang hari ni, lelah sungguh.”

            Hmm... Rafizi mengangguk tanpa keluarkan sebarang suara. Kerja petang, kerja pagi, kerja malam... terasa dah lama tak sebut perkataan-perkataan itu.

            “Kerja apa hari ni?”

            “Misi.” Adawiyah ketawa spontan.

            Mengenangkan kenangan itu, bibir Rafizi tersenyum sendiri. Rindu terasa mencengkam dada. Melihat Raiqal dan Raina yang seakan faham gelojak hatinya, Rafizi terus bangun dari sofa. Bahu anak terunanya ditepuk perlahan. “Jom,” ajaknya.

            Raiqal nampak blur. Lebih-lebih lagi melihat Raina ikut bangun mengekori langkah papa. “Pergi mana malam-malam buta ni pa?”

            “Banyak bunyilah. Ikut aje...”

            Raiqal akur. Sampai di luar rumah, mulutnya terus menganga luas. Motosikal Yamaha 135LC dengan padanan warna merah dan putih diparkir tak ubah seperti model promosi terhangat di pasaran itu dipandang tak berkelip. Lambat-lambat, dia menapak mendekatinya. Tangannya naik membelai ‘hadiah’ itu. Untuk seketika, wajah papa dan Raina dipandang silih berganti, sebelum dia memandang motosikal itu semula. “Serius ni pa?” tanyanya perlahan. Seakan memahami atas tujuan apa dia dibawa menonton ‘pameran’ motor di tengah-tengah malam ini.

            Rafizi senyum. Dia menyeluk ke dalam saku sweater dan anak kunci motosikal baru itu dikeluarkan sebelum dilayangkan di udara. “Untuk Raiq, happy birthday. Kami doakan semoga umur Raiq sentiasa diberkati ALLAH.”

            Raiqal tergeleng sendiri. Terasa seakan mimpi nak dapat hadiah sebegini. Nak-nak daripada... papa? Ma, serius Raiq tak pernah bermimpi pun!

            “Dah... dah, tak payah nak test power tengah-tengah malam ni. Memekik-melolong satu taman ni karang marahkan Raiq. Kalau iya tak sabar pun, pagi esok aje rasmi.” Laju Rafizi memberi amaran bila melihat Raiqal dah tunjuk gaya nak mencuba pelbagai aksi di atas seat motor.

            Raiqal sengih. “Iyalah pa.” Seat motor ditepuknya geram dan anak kunci di tangan dicium lama sebelum dia mengikut langkah Raina dan Papa masuk ke dalam rumah. Baru saja dia nak melambungkan tubuh ke atas tilam empuk biliknya, telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbit itu dan tanpa melihat skrin, terus dia menjawab panggilan itu.

            “Assalamualaikum, ma!” sapanya teruja. Dari tadi lagi dia tunggu panggilan dari Kota Bharu ini sebenarnya.

            “Waalaikumussalam. Lah, Raiq tak tidur lagi? Tengah study ke ni?” tanya Adawiyah berbaur hairan. Sebenarnya tadi sudah berkali-kali dia menelefon anak teruna yang seorang ini, tapi suara orang perempuan yang menjawabnya. Straight saja perempuan itu membaca skrip yang ditugaskan. Dia nak bertanya tentang Raiqal pada si perempuan itu pun, dah sah-sah dikata sewel nanti. Perempuan mesin, nak menjawab macam mana sangat? Mahu tiga kali jugalah macam tu. Sekarang ni ceria bertenaga sangat suara Raiqal ni apa pasal pula?

            Study... Heh, rajinlah sangat. Raiqal sengih sendiri. “Dah tidur tadi, terjaga tengah-tengah malam . Dahaga. Terus tak dapat tidur.”

            “Oh, dah ada peningkatanlah Raiq sekarang ya?” Adawiyah tertawa halus. “Dulu kalau rasa dahaga sikit selalu aje kejutkan mama, buat Milolah, Horlickslah. Sekarang ni pandai aje bangun cari sendiri.”

            “Dah tu, mama tak ada kat sini. Takkan Raiq nak call mama malam-malam buta suruh pos air tu kat Raiq? Kalau logik, dah lama Raiq buat macam tu ma.”

            Adawiyah tergelak lagi. Teringat kenangan masa Raiqal masih bersekolah dulu. Tengah-tengah malam buta pun dia sanggup menggagau cari mamanya, gara-gara tak dapat tidur. Nak minumlah... minta tolong picitkan kepala yang peninglah. “Iyelah... Cha dah tidur?”

            “Dah kut. Baru aje masuk bilik. Papa pun sama.”

            “Emm, Cha sihat?”

            Tak boleh tahan, akhirnya Raiqal tertawa juga. Tapi dalam tawanya terasa ada hingus yang tersekat di rongga hidung. Sebak. “Ma cakaplah ma telefon kenapa ni sebenarnya? Kalau nak tanya khabar Cha, petang tadi baru aje mama call dia kan? Jangan ingat Raiq tak tahu...”

            Lama talian sepi sebelum akhirnya berbunyi juga suara Adawiyah. “Macam mana? First time sambut birthday dekat luar?”

            “Hmm, seemed like perfect. Tapi kalau mama ada, lagi perfect.”

            “Kalau bab bodek memang Raiqlah juara.”

            Raiqal ketawa kuat. “Nak tahu something tak ma?”

            “Tahu dah... dapat motor baru, kan?”

            “Lah, mana tahu ni?” Raiqal mengeluh seakan-akan kecewa.

            “Mama bukan ada putera aje, puteri pun ada. Dah takdir Allah menentukan puteri mama tu jadi Astro Awani bergerak, mama nak kata apa lagi? Beria-ria dia gambarkan motor tu tadi, sudahnya dia MMS aje gambar tu kasi mama. Amacam, berkenan?”

            “Huisy, bukan setakat berkenan, tangkap cintan lagi Raiq ma! Hitam metallic tu...”

            “So, kalau tahap tangkap cintan tu, dah cakap terima kasih ke?”

            Erk... Raiqal sengih tak sudah. Belakang lehernya digosok-gosok. Dah cakap ke tadi?

            “Haa... lama menyepi tu, belumlah kan? Kalau orang tegur kata orang layan macam budak kecik. Dah besar panjang pun tak reti nak berterima kasih lagi?”

            “Esok, esok pagi Raiq ucap ma,” ucapnya melafazkan janji. “Hm, ma,”

            “Ya?”

            Untuk seketika, cuma kedengaran hela nafas Raiqal di corong telefon. Hatinya berbolak-balik samada mahu menuturkan apa yang bermain di hatinya ini atau tidak. Akhirnya, dia menghela nafas panjang. “Mama dah call papa?” soalnya terus.

            “Huh? Call papa?” Adawiyah mengulang soalannya dalam versi bercakap sendirian. “Kenapa? Papa ada nak bagitau apa-apa ke?”

            “Tak adalah, cuma... tadi, papa ada tanya pasal mama.” Dalam makna kata-katanya itu. Membawa harapan yang menggunung. Mudah-mudahan saja mama mengerti.

            “Hmm,” Adawiyah sekadar mengangguk-angguk sahaja. “Eh, dahlah. Dah lewat ni, Raiq tak tidur terus ke malam ni?”

            Berubah wajah Raiqal sedikit mendengar kata-kata Adawiyah. “Mama dah nak tidur ke?”

            “ Iyalah, letih sangat dah badan mama ni.”

            “Without...” Ayat Raiqal tergantung. Sengaja nak mama mengerti sendiri maksudnya.

            Tapi belum sempat mamanya membalas, ada suara lain yang menyampuk perbualan mereka. Suara lelaki. “Hai, lama berborak tapi abang tak dengar ucapan ‘happy birthday’ atau seumpamanya pun dari tadi?”

            Permintaan hati Raiqal akhirnya difahami tetapi bukan oleh mamanya. Keningnya bertaut pantas. Pak Su Afiq?! “Pak Su Afiq pun ada kat situ ma?” soalnya laju, teruja.

            “Iya... ada ni,” meleret suara Adawiyah menjawab sebelum telefonnya diserahkan kepada Afiq yang baru sahaja muncul di rumah itu dengan dua biji muk di tangan. Afiq menyambutnya laju sambil muk yang baru sahaja nak mencecah ke bibirnya diletakkan ke atas meja kopi.

            “Assalamualaikum,” sapa Afiq selamba.

            “Waalaikumussalam! Pak Su! Kat mana ni?” Terus Raiqal mengasaknya dengan soalan. Pelik. Kalau pagi atau tengah hari logiklah juga Pak Su datang menjenguk mama di rumah. Tapi ni... waktu burung hantu berjaga ni. Bukan masanya untuk Pak Su Afiq buat kawalan.

            Afiq tertawa halus. “Kat rumah nenek kamulah ni. Jangan bimbang. Pak Su tak buat lalok pergi kacau mama kamu kat rumah malam-malam macam ni. Mama Raiq adalah yang kacau Pak Su kat rumah ni. Tak lena tidur Pak Su dalam bilik, tu yang keluar join korang sembang ni.”

            “Oh...”

            “Legalah tu?” duga Afiq dalam gelak yang tak sudah. Wajah Adawiyah di depannya dipandang dan langsung dia tak mengalihkan pandangannya bila pandangannya dibalas oleh wanita itu. Siap dijongket lagi sebelah keningnya. Tapi Adawiyah sekadar diam tak bersuara. “Haa, Raiq. Ni mama suruh wish happy birthday ni. Tak wish awal-awal tadi, sebak sangat agaknya tu.” Usiknya bersahaja dan dia sedar usikannya itu berasas.

            “Happy birthday aje?” soal Raiqal tak percaya. Mama biasanya, kalau setakat selamat ulang tahun, selamat hari jadi dan happy birthday, katanya tak perlu sangat. Yang penting apa yang disusuli selepas itu.

            Semoga panjang umur.

            Semoga murah rezeki.

            Semoga sihat selalu.

            Tapi yang selalu mama sebut, “Semoga umur Raiq sentiasa diberkati. Umur pendek pun tak apa, asalkan umur tu bermanfaat. Kata orang, hidup ni memang sekali, tapi kalau hidup yang sekali tu kita gunakan sebaiknya, insyaAllah kita puas dengan hidup itu. Dan bagi kita orang islam, hidup ni ada dua episod. Permulaan dan kesudahan. Permulaan tu ada yang lama, ada yang singkat, tapi kesudahan kita selama-lamanya. Kalau permulaannya kita isi dengan benda baik, atau buruk tapi sempat kita ubah jadi baik, insyaAllah, kesudahannya kita akan dapat nikmati sebaiknya. Tapi kalau sebaliknya, sendiri mahu ingatlah.”

            “Mama ada kat situ lagi ke Pak Su?” tanya Raiqal tak lama kemudian.

            “Haah, ada ni. Tapi itulah... sebak semacam aje mukanya. Raiq sembang lain kali ajelah dengan mama ya? Sekarang ni layan Pak Su borak aje dulu. Pak Su pun kesepian jugak ni. ” Afiq berseloroh.


            Di luar bilik, Rafizi yang awalnya berniat nak menyampaikan sesuatu kepada Raiqal kini tersandar pada pintu bilik itu. Apa yang nak disampaikan itu pun seakan sudah luput dari mindanya. Afiq? Adawiyah dan... Afiq? Untuk beberapa minit, dia memejamkan mata. Seharusnya, dia sudah dapat menjangkakan hal ini. Tapi kenapa tetap wujud perkataan ‘tak rela’ dalam hati ni? Ya Allah, inikah sudahnya?

p/s: maap. lama tak apdet.
p/s lagi: smoga enjoy kali ni. mintak tak lupa jalan cerita ye. heheh. 
p/s terakhir: support saya dgn tekan button like and yess, one comment means thousands to me.
p/s lupa nak cakap: jumpa kat pwtc nanti ye. 

=)

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. hayaa!!! ada org dah salah faham ni. msti ada kisah dsbalik perpisahan mak ayah berbudak2x ni.

    ReplyDelete
  2. setiap yg berlaku ada yg tersembunyi. ekeke. dah rupa pengacara mistik dah. cerita ni sempoi2 jah walaupun xsesempoi mana. xde misteri2 pun ya. hehe. thnx reading anyway. =)

    ReplyDelete