Aku Mahu Hanya Kamu 20

by 7:37 PM 2 komen

 
“Cerita apa?” Farhan membaringkan tubuh di atas sofa. Menggeliat seketika.

 “Spongebob dah nak habis. Waiting for Upin-Ipin. Hari ni Demi Metromillenium bahagian dua.” Tanpa menoleh pada empunya badan yang bertanya, dia menyuap Biskut Kapal Terbang Merah ke mulut.

“Hisy. Harapkan umur la. Demam dah okey?” Farhan kalih wajahnya sambil mencapai remote controller di atas meja.

“Kuno la Paan.” Solehah tergelak kecil. “Orang siap dah boleh ke kuliah la...”

 “Hm... dua tiga hari ni sibuk sikit.”

 “Dah beres?”

“Dah... nasib baik la Umi tak banyak songeh. Hari ni boleh relax sikit.” 

Solehah menjuih. “Lah, Umi pulak yang banyak songeh. Dia yang nak nikah.”

“Oyiez mana?”
            
 “Dalam bilik. Balik jumpa kawan tadi terus tidur. Letih sangat gayanya.”

Farhan mengangguk. “Paan dengar cerita ada orang buat drama hindustan live hari tu?” dia tersengih.

Solehah menjeling. Nak kutuk aku la tu! “Nonsense. Siapa la banyak sangat pahala sampai sanggup sebar fitnah tu.”

“Tapi kan, bagus jugak hero drama tu paksa-paksa macam tu. Kalau tak sampai sekarang heroin ni terbaring atas katil lagi. Penakut... nampak garang sangat.”

            
“Dah habis?” Solehah menyindir.
            
 “Belum, tolong ambik handphone.” Pintanya sambil menunjukkan Sony Ericson di atas meja kopi di depan mata.
            
 Solehah di sofa sebelah menurut lalu menghulurkannya tapi Farhan tak menyambut. “Tolong cari kat contact, ‘drama king’. Call jap, ada hal. Paan letih sangat.”
             
Solehah kerutkan kening. Apa ke pelik sangat namanya... tapi tanpa banyak songeh dia menurut.

“Hello!”
            
 “Hello, Encik Drama K...” eh? Dia menatap skin telefon. Izzat? Pandangan ditala ke sebelah, Farhan dah sengih angkat bahu. Handphone ditekap semula ke telinga, “Hello...” suaranya berubah nada. Farhan dah menekan perut, menahan tawa dari meletus. “Paan nak cakap.” Solehah berkata lagi tapi handphone tetap di telinga.
            
 “Helo? Paan? Apa hal?” suara Amir berbunyi lagi lepas beberapa saat.
            
 Solehah tersentak, “op... jap-jap.” Handphone dihulurkan tapi Farhan yang dah tak tahan akhirnya pecah ketawa. “Hello... a, Mir. Aku tak de pape hal, Drama Queen ni aku rasa nak sangat bercakap.”
             
“Nak cakap tak payah call, aku dah ada depan mata.”

Solehah tersentak. Berderau darahnya mendengar suara yang  jelas tu, sedangkan handphone masih di telinga Farhan. Pantas dia berpaling, adus... Amir tersengih di muka pintu.
            
 “Tak nak ajak masuk ke?”
===========================
“Datang buat apa? Rasanya tiga bulan tu lambat lagi.” Alahai... lembutlah suara, kesian dia.
            
 “Jangan cakap tiga bulan, setengah bulan pun lambat lagi. Yang kau call pasal?” Amir duduk di sofa berhadapan Solehah.
            
 “Dah... dia dah mula shooting episod dua.” Farhan membelek-belek Akhbar Metro di tangan.
            
Amir memandang Farhan di depannya, “Paan, aku ada beli something. Khas untuk dirimu. But before that, kau kena make sure main jauh-jauh okey? Jangan kacau orang tua nak bercakap.”
            
 “Apa dia?” Farhan angkat kening. Akhbar Metro dilipat. muka  excited.
            
 Amir lantas mengeluarkan kad tambah nilai bernilai RM30 dari saku slack. Farhan ketawa sakan, “kau memang cousin yang paling understanding la Mir. Malam ni gerenti licin punya la.” Tanpa disuruh Fahan menghilang ke  dalam bilik. Tangannya mengibas-ngibas kad penuh semangat.
            
 “Eee... ingat Angah tak de kerja lain dari layan dia tu.”
            
 “Tak pe, demi Paan. Semua kerja pun tolak tepi.” Laung Farhan dari jauh.
            
 “Bagus,” Amir melaung. “Macam tu la baru orang tua sayang.” Tidak menunggu lama, pandangan difokus semula ke depan. Merenung Solehah lama.
            
 Solehah berlagak selamba. Mata ditala ke skrin tv, Salleh a.k.a Sally tengah ketawa  puas. Tangan sendiri sibuk menyuap biskut kapal terbang ke mulut walaupun tahu Amir masih tak berkelip memandangnya. “Nak?” akhirnya dia menegur.
            
 “Papa dah confirm cuti aku.” Dia tersengih, tanpa menjawab tawaran Solehah.
             
“Cuti?” wajah Solehah jadi kelam. Muka penuh semangat Amir ditenungnya. He’s very unreadable. Kadang-kadang dia ting-tong, kadang-kadang pulak dia transforms jadi penggoda hati aku. Like that day...
            
 “Cuti, nak pergi kampung kau.”
            
 “A’a la kau ni...” spontan Solehah ketawa. “Angah tak ajak pun, muka tembok betul.”
             
“Biar la, Angah tak ajak, take that aku attend wedding cousin aku je senang.”

Biar betul? Dia panggil Angah ‘Angah’? Bukan ‘Angah kau’? Memang buat aku cair!

“Lagi pun aku ada agenda lain jugak.”

“Apa dia...?” dalam nada malas Solehah bertanya.

“Jumpa family mertua.” Amir bersahaja menyambar remote di sisi sofa.

Solehah tersentak. Dijeling sekilas Amir di tepi. Mertua? Hm... dasar lelaki! Aku dah cakap Leh, kau degil. Stop daydreaming.

Amir yang tak menyedari perubahan wajah Solehah menggosok-gosok perut, “weh, ada nasi tak?”

Tanpa dipaksa Solehah tergelak, hilang wajah muram tadi. “Memang betul la muka tembok.”

“Ada tak...” Amir menggesa. “Aku tak keluar lunch tadi, banyak sangat kerja. Malam ni papa balik, hal office kena settle semua...”

“Dahlah, pot-pet pot-pet. Ada tu, tinggal bukak tudung saji je.”

“Adat menerima tetamu ke tu? Kau tak belajar PAI ke PMR dulu?”

“Yang kau tu beradab sangat ke datang rumah orang mintak nasi?” bidas Solehah pula.

“Ala... jom la teman aku. Tak best la makan sorang-sorang. Cepatlah! aku lapar ni.”

Hisy! “Jom la!” Solehah mengalah. “Sepatutnya badan kau ni masuk book of record. Makan mengalahkan jentolak buruk.” Dia membebel sendiri sebelum berlalu ke dapur diikuti Amir.
 
== harap ada yg still ingat dekat both Izzat n O-leh, Paan n all of them. Lama xupdate. Nty komen yeah. peace!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. Mesti la ingat.... xsbar tggu next entry...
    jgn lama2 sgt tau... penat tggu huhu

    ReplyDelete
  2. mesti ingat punya tapi next e3 janganla lambat sangat ye cik penulis... :).

    ReplyDelete