Cerita Antara Kita 10

by 12:33 PM 2 komen
 

Dah banyak hari sejak peristiwa dia dihadang jalan di depan pintu kelas oleh Nash hari tu berlalu, tapi muka Nash jarang nak hilang dari mata dia. Malah makin berani dia sekarang ni. Dalam kelas, konsentrasinya terganggu bila Nash dengan suka relanya offer diri jadi bodyguard tak bergajinya, berkepit di sebelah dia sepanjang masa. Bila dia pandang Fira si sebelah kirinya, Fira Cuma angkat bahu lepas tangan. Heh! Yang buat Raina cuak, pantang lecturer dapat phone call, mulalah Nash nak mengalih wajah dari muka lecturer ke muka Raina, nak mengungkit pasal Pamela Anderson dia tu. 

Di luar kelas pulak, ke sana-sini dia pergi diheretnya tangan Raina sekali. Kadang-kadang, sampai berani dia tunggu di pintu ladies semata-mata tak nak Raina lari. Katanya, dia takkan senang-senang bebaskan Raina selagi Raiq tak lepaskan Pamela. Mendengarkan itu, Raina membentak. Boleh pulak dia samakan situasi aku dengan Pamela ‘Anderson’ gedik tuh? Tapi Nash, tetap dengan muka innocentnya.

“Nah,”  tergesa-gesa dia ke tempat Nash selepas tamat kelas Dr. Abbas hari ini. Mujur, hari ni dia sempat tarik tangan Jiji untuk isi ruang kosong di sebelahnya. Jadi terpaksalah mamat dengan muka tempoyak basi sucinya tu cari tempat lain. Tu tadi, tapi sekarang aku tetap kena faced dia sorang-sorang lepas Fira dapat panggilan dari Abang Firas, suaminya tadi. Malang nasib badan!

“Apa tu?” Nash yang tengah mengemas barang ke dalam beg mendongak, membalas pandangan mata Raina yang sedang berdiri tu acuh tak acuh.

“Bacalah!” Raina menyinga. Punyalah luas skrin Sony Xperia aku ni, boleh dia buat rabun ayam macam tu. Karang kalau Allah Taala tarik balik hikmat melihat tu, baru nak tergapai-gapai!

Nash mendengus sekali. Orang tengah lorat ni dia nak ajak bersembang. Sony Xperia di tangan Raina dicapai sebelum isinya diperhati.

Raiq pun ada tastelah Cha... orang tak layan minah macam tu. =p Buat rimas adalah. Haha!

Raiq-Cha? Heh. Naik mual tekak aku. Dah kecik tu buatlah gaya budak kecik, tak payah nak jalin hubungan dengan orang tua. “So,” dia fokus pada Raina kembali. “Selama ni korang buat kerja ni la? Sedap, makan daging saudara sendiri?”

Erh! Kedua-dua belah tangan Raina naik menekup kepala sendiri. Bercakap dengan Nash ni, pakai bahasa tibet gamaknya baru dia faham.

“In the other words, aku just nak cakap yang aku tak ada masa nak layan kau mengintip diorang lagi.” Tak tipu. Sebab tak pernah termaktub dalam impian aku untuk masuk U semata-mata nak temankan orang mengintip orang. Yang tak tahan orang yang diintip tu adik aku sendiri. Tambah buat aku bengang orang tu Nash Ahmad Daniel sendiri!

“What?” Kali ni Nash memandangnya tanpa riak. Soalan ‘what’ yang ditanya tadi pun tak disertakan dengan nada menyoal, lebih kepada sinis. “Ingat aku nak bawak kau dating ke hari ni? Sorrylah kalau aku hampakan kau. Aku kena train budak hari ni.” Dia senyum segaris sebelum mencapai begnya dan terus berlalu.

Raina menggenggam tangan sendiri. Geram.

“Oh..” Nash berpusing ke belakang semula. “Tapi kalau kau nak teman aku train budak pun aku no hal. Okey je. Aku paham, orang kalau tak biasa berpisah dengan aku macam tu lah gamaknya.”

Erk?!
=============================
                “Hiyark!”

           “Hiyark!”

           Adeh... bingit telinga aku. Dalam dewan penuh dengan budak-budak beruniform hitam yang sedang tunjuk skill masing-masing. Mata Raina meliar. Bila orang yang dicari tetap tak dapat dikesan, kakinya maju ke depan setapak, terus mencari.

                “Hoih,” satu suara memanggilnya.

Raina tersentak.

Nash tersengih sinis. Kan aku dah kata, tak payah aku nak mengheret tiap masa, last-last dia sendiri yang akan datang dekat aku. “Cari aku?” soalnya sebelum menyilang tangan ke dada.

“Erk...” mata Raina masih meliar. “Raiq ada?”

Spontan, senyum Nash mati. Heh! “Tak wujud!”

“Dia pergi mana eh?” Kali ni Raina berbahasa.

Nash pandang sekeliling. Dua-tiga pasang mata sudah mula menjeling-jeling mereka. Dia fokus pada wajah Raina semula, sebelum dia mendengus lagi. Akhirnya, tangan Raina ditarik ke dalam dewan, menuju ke arah deretan kerusi panjang yang tersedia di situ. Bahu Raina ditolak sekali dan Raina terduduk di situ. Terkebil-kebil dia sendiri. Sebelum berlalu, sempat Nash tinggalkan sebotol air minuman yang tinggal setengah isinya buat Raina. “Minum kalau dahaga.” Tuala kecil yang diguna buat menyapu peluh juga disangkut di bahu Raina. Handphone, jam tangan, semua harta yang dia ada ditinggalkan pada Raina. “Terlanjur kau ada ni, tolong jaga barang aku kejap.” Ujarnya sebelum berlalu.

Raina masih terkebil-kebil. Seminit, dua minit... kata-kata Nash terngiang-ngiang semula. “Tolong jaga barang aku kejap.”

Eh?!

“Hoih, mangkuk!” laungnya cepat. Bila Nash menoleh, dia menjegil luas. “Kau ingat aku tak ada kerja ke?”

Nash tergelak kecil. “Kau tunggu Raiq kat situlah mangkuk. Kejap lagi dia datang.” Heh, haraplah. Entah dia datang berlatih ke tidak hari ni, kau tak tahu. Batang hidung pun tak nampak.

Mendengarkan kata-kata Nash, Raina akur. Dia duduk kembali. Hal penting ni. Hari ni skru lutut ni terasa longgar semacam, tak larat nak berjalan kaki balik. Itulah, pagi tadi buat action bila Raiq tanya kenapa tak tunggang basikal tu. Action dia jawab kata nak exercise. Sekarang, tanggunglah. Sekarang ni, niat di hati nak balik sekali dengan Raiq je, tak kisahlah pukul berapa pun. Tapi Raiq pula buat hal, telefon ada dimatikan, terpaksalah dia menapak ke sini dengan lelahnya. Tapi bila tiba, dia pula menghilang!  

Menung punya menung, tiba-tiba matanya terpaku pada satu batang tubuh yang tercegat di depannya. Sedang membelakangi dia. Tegap. Sasa. Tapi belakang badan dia berpeluh. Sampai melekat-lekat seragam silat yang hitam tu kat badan dia. Adeh... tu la yang aku lagi suka. Nampak yang dia guna habis kudrat yang ada. Tapi bila dia toleh ke belakang...

Erk... spoiled! Si Nash kut! Raina bantai gelak. Meroyan apa aku hari ni sampai boleh ada lambang hati kat biji mata bila tengok Nash. Dah tahap serius dah ni. Aku kena balik. Tak pun ke kafe, jumpa Abang Rif. Baru la segar sikit.

Hampir lima belas minit menunggu, Raiqal masih tak muncul-muncul. Baru saja dia nak bangun, tiba-tiba mata menangkap bayang seorang perempuan mendekati Nash. Peluh di dahi Nash dilap-lap dengan tuala yang dia pegang. Raina cuma tengok tak berkelip. Tak jadi nak bangun. Tuala kecil yang ditinggal Nash di tepi dia sebelum start training tadi ditarik-tarik geram. Tuala sendiri dah ada nak menggatal dilap orang lain lagi. Erhh! Sakit mata aku tengok. Nak buat drama pun bajet la weh!

“Hai.” Tiba-tiba satu suara menegurnya. Suara lelaki. Asalnya sengaja tak dilayan, nak tengok berapa lama Nash menikmati sentuhan minah gedik tu. Tapi dari ekor mata, dia perasan yang mamat yang cuba nak beramah mesra tadi masih di tepinya. Pandang dia pulak tu. Macam setia menunggu sapaannya dibalas. Last-last dia berpaling juga.

Lah, si Izzudin ni rupanya. “Hai!” Raina balas senyumnya.

“Baru ke?”

Dalam lima saat Raina fokus semula pada Nash, barulah dia perasan yang kawan satu kepala dengan Nash tadi masih sedang menyoal.Dia menoleh semula. “Apa dia?”

“Baru ke kat sini?” Izzudin buat muka peramah.

“Oh, tak. Tak adalah. Tunggu adik aku.” Raina menjawab lagi. Dengan Izzudin atau Muiz, dia tak ada masalah sangat sebenarnya. Tapi Reza dan Nash Ahmad Daniel tu, itu yang bermasalah! Mulut tu semedang nak kena cili. Si Nash itulah terutamanya.

“Eh?” Izzudin angkat sebelah kening. Pandangan mata Daniel yang tajam dibalas. Dari jauh, dia angkat sebelah keningnya. Bhai, kau tak cakap ke adik dia tak ada hari ni?

“ ‘Eh’ kenapa?” soal Raina pelik.

“Eh, tak ada... tak ada...” Izzudin menggeleng-geleng.

Raina angkat bahu. Tak ada niat nak bertanya lebih lanjut. Hajat di hati nak teruskan je aktiviti asal menonton orang training, tapi mata ni masih sakit rasanya. Dia pandang Izzudin yang sudah duduk tak jauh di sebelahnya, diam aje dari tadi. Patutlah, tengah menyandar. Hilangkan lelah agaknya.

“Letih ke?”

Uh? Nampak dia tersentak sebelum menoleh memandang Raina. Pelik kut, tadi aku yang jual mahal. Raina cuma sengih. Dah boring, aku tegurlah.

“Huh, mau tak letih. Berpeluh habis badan ni.” Izzudin kebas-kebas bajunya. Nampak sangat panas berpeluh.

“Minum ar.” Raina suakan botol Nash tadi padanya.

“Eh?” Izzudin angkat kening, teragak-agak. Terkenangkan sahabat yang masih memerhati tak jauh dari mereka tu. Berasap habis agaknya.

“Ambiklah, hilangkan dahaga tu.”

“Hm...” Izzudin angguk sambil mencapai botol yang aku sua. “Thanks.” Sekali-sekala nak mengacah Daniel tu best jugak.

Raina cuma mengangguk. Tak apa-apa. Nash punya. Haha! Dapat pahala free Nash hari ni. Sudah minum, Izzudin suakan semula botol itu kepadanya. Tanpa songeh dia menyambut, siap tolong tutupkan lagi. Izzudin masih dengan muka lelahnya. Kesian. Agaknya macam mana la kalau Abang Rif yang aku cinta tu lelah macam ni. Sayu aku tengok. Kalau Abang Rif boleh je aku tolong lapkan peluh tu, ini bukan Abang Rif, ni geng satu kepala dengan Nash weh. Sedar sikit! Tapi... idea nak tolong lapkan peluh Abang Rif tu, nice. Ngee... Gatal kau Cha.

“Nah,”

Tangan Izzudin terhenti dari mengibas. Dari memandang tuala yang dihulur, mata dia naik ke muka Raina. “Apa?”

“Tualalah. Lap peluh.”

“Tuala siapa ni?”

“Tak guna pun lagi. Ambik jelah. Bukan guna pun.” Tuan dia dah ada tukang lap peluh persendirian doh.

“Eh, takpe.” Izzudin menolak cepat. Sudah, baik terlebih pulak cinta hati kau ni Daniel. Aku datang nak acah-acah aje kot tadi, nak test mood Daniel. Tapi sekarang, nampak gaya meletup habis Daniel lepas ni.

Raina julingkan mata ke langit. Nak main tarik tali macam ni, ni yang aku malas. Last-last dia letak tuala itu di atas kepala Izzudin, menggosok-gosok sikit rambut dia yang basah dengan peluh tu, kemudian barulah disangkut di atas bahuny.  “Now dah ada yang guna.” Dia ketawa. Lawak tengok rambut Izzudin yang berserabai. “Pakai je lah. Aku nak blah dah. Nak jumpa cinta hati.”

“Eh...?” Izzudin nampak pelik. Jarinya diangkat. Sekejap menuding pada Raina, sekejap pada Nash.

Raina memandang ke tempat yang ditunjuk. Nash sedang bercekak pinggang memandangnya. Entah apa lagi yang tak kena. “Oh please? Mamat tu bukan taste aku okey. Dengan kau pun handsome kau sikit. Haha! Dada!!”

Dia berlalu keluar akhirnya, meninggalkan Nash yang dah merah membahang mukanya tu. Biarlah, kalau pun tak boleh balik sekali dengan Raiq, suruh aje Abang Rif tolong hantar. Heh! Kalau tak boleh jugak, well, apa guna Allah bagi kaki kalau tak dimanfaatkan, kan?
 =============================
                “Der... der... chillax la weh.” Izzudin dah ketawa sakan. Tumbukan demi tumbukan yang diberi Nash ditepis satu per satu. Inilah gayanya bila orang dalam angau. Orang tengah sakan ketawa pun dia boleh tumbuk lagi.

               “Kau ni...” kali ni Nash berhenti menumbuk, tapi kepala Izzudin masih dipegang geram. “Kau ni, kawan jenis apa hah? Dah tau yang tu aku chop dulu, kau tak payah nak kacaulah. Eii...” Dush!

               “Wei... relax aku kata. Kau ingat aku nak sangat ke si Cha tu? Alahai... petik jari berduyun datanglah. Tak lalunya aku nak ambik member punya.”

               “Oh, bercakap pandai! Dah yang depan-depan mata aku tadi tu apa? Drama show?”

               “Alah, aku lelah aje. Sebab tu aku pergi rehat, tak tau yang dok tercongok kat situ awek aku...”

               Nash menjegil.

               Cepat Izzudin angkat kedua-dua belah tangan ke atas. Tersimpul lidah tadi tu... “Dak aih... dak aih... awek kau.”

               “Bakal awek.” Tekan Nash lagi.

               Izzudin terus ketawa. “Amboi kau, yakin benar gamaknya.”

               “Ni Daniel okey.”

               “Habis tu, Pamela tu apa cerita?”

               Nash terdiam lama. Iya jugak. Sebelum ni memang dia boleh masuk kategori buayalah jugak, tapi Pamela tu ada tempat dia sendiri. Tapi, Cha tu pun dah bertempat lama dalam hati ni! “Pamela lain cerita.” Putus dia akhirnya.

               “Pulak.” Komen Izzudin sepatah.

==> enjoy reading. kalau rajin do comment. >_<

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. laa...si nash ni suke kat cha rupenyer...fira je ke yg tau raiq tu adek cha???klu mcm tu mmg ari2 la si nash ikut cha..hahaha.
    ~Syahira_Ira~

    ReplyDelete