Start the journey. Me as a USIM Accounting student.

by 8:48 AM 10 komen

Hai hai hallo. Teringin nak membebel pasal USIM lah. Dah jadi siswi USIM, takkan membebel pasal tempat lain pulak kan. Cari pasal namanya. Keke. Tapi nak bagitau awal-awal. Tak ada gambar kat sini. Nak google copy-pasta pun tak boleh.

Sebelum tu intro—

Aku seorang student yang ambik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan sesi 2014/2015 kat sini. Universiti Sains Islam Malaysia. USIM. Fakulti Ekonomi dan Muamalat atau ringkasnya, FEM. (Aku diberitahu kat sini kalau korang sebut secara penuh, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, nanti kena gelak, tak tahu kenapa. Mungkin kedengaran agak formal. So untuk selamat, FEM saja ye.)

Kat USIM ni semua ada 4 kolej kediaman. Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah, Kolej Kediaman Accacia Avenue, and aku sendiri di Kolej Kediaman 1 (KK1).

Aku daftar 1 September itu hari. Means dah 9 hari aku kat sini. Memula tu agaklah. Agak weng, blur, frust dan segala benda yang tak digemari boleh aku describe untuk life aku. Bahaha. Dramatic.
Tapi tu hakikat.

Homesick. Ye, sila gelak.

Dulu bukan main dengar orang nangis sebab teringat rumah ni, rasa nak angkat sebelah kening dengan caption “hek elehhh.” Tapi sekarang takleh nak angkat kening sangat, baru tahu apa rasanya homesick. Nak-nak hidup kat sini, maaf kata, kalau mula-mula ni, memang agak jakunlah. Kalau tak ada kawan tu, memang terasa keterasingannya. Minggu Taaruf tu memang sepanjang rasanya aku nak ‘banjir’ je. Sebak. Kengkadang tak tahu pun sebak sebab apa. Teringat Abah. Ibu. SixSiblings. Kawan-kawan yang dah bawak haluan masing-masing. Dan bila teringat kat kawan, otak aku start nak fikir, “kat sini memang macam ni ke?”

Macam ni macam mana? Macam tu lah.

Aku dah terbiasa dah dari dulu, jalan sorang-sorang pun tak kisah. Makan sorang pun okey. Pergi tandas tak berteman pun no hal. Dah kenapa nak berkepit sepanjang masa, kan.

Dan pada aku, hidup dekat U memang sepatutnya macam tu.

Tambah sikit—

Lepas dapat result UPU itu hari yang bagitahu aku dapat USIM (atau mana-mana pun), aku dah exited gila nak bertolak. Sebab dah boring hari-hari rutin sama je. Nak jugak rasa pengalaman baru. Sebab dah cemuh dengan cuti berbulan-bulan. Sebab nak dapat kawan baru. Sebab, aku expect orang lain pun macam tu.

Bayangan aku macam tulah. Semua orang baru. Maknanya semua bersedia untuk buat kawan baru. Open.
Bukan Tamhidi dengan Tamhidi je. STAM dengan STAM je. Kelantanese dengan Kelantanese je. Dan matriks dengan diploma, pun. Faham… Kat tempat baru. Orang lain seorang. Kita berteman. Perasaannya memang nak havoc je lah sentiasa.

Aku Kelantanese, so statement ni memang dibuat untuk batang hidung sendiri jugak. Admit it. Mula-mula aku di tempat tu. Yang buat muka boring sebab berseorangan sedangkan yang lain havoc. Selang dua-tiga hari, dah jumpa geng Kelantan, geng MPI, geng STAM, so bias itu wujud. Assobiyyah itu ada. Walau tak keterlaluan. Masa tu baru aku nampak muka-muka yang boring berseorangan.

Muka boring, tapi jujur aku nampak coolnya dia.

Bila rasa nak sebak tu, SMS kakak. Adik. Kawan-kawan. Semua orang aku contact, nak cari teman berbual, tak nak terus melayan rasa nak banjir. Tapi dalam pada mengelak pun, 2-3 hari jugaklah nangis malam-malam. Malam-malam bukak laptop tengok My Pictures. View gambar musim raya, musim cuti. Nak tidur sengaja pakai headphone, pasang lagu syahdu. Sengaja. Sengaja cari pasal. Sebab bila air mata keluar dengan pakej hidung tersumbat-sumbat tu baru betul lega. Hoho.

Kakak aku kata, mula-mula tu memanglah. Nak-nak awak ambik degree. Latar masing-masing dah bercampur. Kitorang dulu pun macam tu. Tahan seminggu, okeylah, insyaAllah.

Both kakak aku UIA. Kak Ngah sama macam aku, lepasan STAM terus ambik degree. So menurut dia, dia fahamlah perasaan aku ni macam mana. Pernah kena. Kak Uteh pulak dulu CFS UIA kat Petaling Jaya dah, lepas tu sambung degree kat Gombak. Sebab tu dia pun boleh nampak benda tu.
Tapi katanya jugak, menurut pengalaman, duduk dekat U, nak tahan lama mana sangat amalan berpuak tu? Roommate aku pun ada luah. Duduk dekat U ni, memang independence tu sangat-sangat diperlukan. Nak berjalan sorang-sorang pergi mana-mana, tak payah nak malu sangat. Dia matriks, aku STAM. Pada aku bila budak matriks pun cakap macam tu, aku apaaalah lagi. Sebab paling tidak mereka pernah jugak merasa duduk so-called asrama ni. Sistem bukan sekolah tu mereka dah pernah rasa.

Tapi jujurnyalah, kat sini yang aku jumpa semua okey. Baik. Tak bermasalah. Tak sombong. Tak adalah kata bila Tamhidi jumpa STAM/Matriks tu nak juling je matanya. Kelantanese jumpa yang bukan sekufu dengannya tu nak menjuih je mulutnya.

TAK ADA.

Mereka semua baik.

Tapi certain masa je, orang-orang buat perangai tu. SETIAP orang yang rasa dia ada geng atau puaknya sendiri. Dan hakikatnya situasi tu bukan ada dekat USIM je. Dekat semua tempat. Kan? Jangan tak mengaku.

Bagi aku sendiri, walaupun dah dekat semua kenalan aku bagitau betapa perasaan aku membuak-buak nak balik Kelantan, melambangkan betapa aku tak suka kehidupan kat sini, jangan sepenuhnya percaya ya.

Sebab after all, banyak jugaklah yang patut aku syukurkan bila berada kat sini.

1 . KK1, tak teruk sangat (bagi yang selalu buat perbandingan dengan SI, KKNC apa semua bagai tu.) Bagi aku sendiri, dah cukup syukur aku dapat kat sini. Kafe ada. Wifi disediakan, walaupun kat bilik aku cilok-cilok macam chips more je kewujudannya. Daannn, tandas tak bermasalah. Tu benda penting bagi aku bila pergi sesebuah tempat. Ahah. Kalau tandasnya bermasalah, tak payah cakaplah. Bilik aircond dengan carpet ribu-riban regenya pun aku reject. Wifi laju tak payah nak loading pun aku tak pandang dah.

2 . Bas nak berulang-alik KK1 ke FEM pun tak sesusah yang lain. Kalau pun tak ada bas, jarak untuk berjalan kaki tu 15 minit je. Oh satu hal korang kena tahu, dekat USIM, tahun satu pulak, memang kena biasakan diri naik bas. Hokeh. Kalau larat berjalan tak apa. Tapi itulah, heee. Kat sini jalannya berbukit-bukit. Dan keluasannya bukan boleh buat main. Over bayangan aku bagi kan. Tapi jujurnya, aku rasa azam aku sebelum masuk sini, naikkan berat badan tu takkan berjaya. Sebab memang sentiasa exercise walaupun aku tak berniat pun nak exercise. Hohoho~

3 . Dan lagi, bila rasa kebosanan / weng kepala / serabut dok terperap dalam bilik, aku boleh keluar ke koridor dengan selamba badak je tanpa sibuk nak mencari tudung. Wakaka. Tu best. Tapi berhati-hati jugaklah. Sebab kaum adam ada dekat blok E. Heh.

4 . Roommates. Bilik kami okeylah, nak kata luas tu tak tapi dah cukup selesa. 4 orang satu bilik dan katil double-decker. Katil aku tingkat atas. Kadang bila rasa panas sangat walaupun kipas dah volume 5 tu, aku ambik bantal tidur atas tikar kat bawah. Bawah kipas. Nikmat. Jadi syukur di situ roommates semua tak cerewet bahaha. Sisi lain, memang aku bersyukur sebilik dengan diorang. Toleransi itu ada. Dan mesra, walaupun memula agak awkward. Aku pernah didedahkan dengan cerita sorang kawan yang biliknya cuma dikongsi 2 orang, sounds best. Tapi hakikatya kalau yang seorang tu dah bermasalah, maka bermasalahlah hidup aku satu semester. Hadoi. Tak sanggup.

5 . ETC. Macam-macam perkara yang hanya boleh dapat bila kau duduk seorang dan berjauhan dari rumah. Which— Kalau sebelum ni rasa sayang kau dekat family tu cuma sayang, sekarang dah jadi sayang dan sangat menghargai masa korang bersama. Dan orang bagitahu aku, kalau rasa rindu rumah, amalkan berzikir. Berselawat. Supaya hati tenang. Walaupun cara tu just… orang kata ‘kerohanian’ dan lebih prefer cara terang, yang boleh dinampak, bukan hanya rasa, tapi aku praktikkan jugak. So selawat dan berzikirlah. Automatik jugak doa kau dekat mereka bertambah kerap. Nak doa banyak-banyak, solat pun kena rajinkanlah kan. Dari situ hubungan kau dengan Allah semakin baik. Dah kenapa nak berdoa saja tapi amalan wajib kau sisihkan, kan?
Lagi-- Berdikari. Basuh baju. Dobi ada kat sini tapi sekali basuh RM3, kakaka. Baik sangatlah hati aku nak sedekahkan macam tu je.
 Belajar untuk buat bajet harian. Satu sem kau nak kena guna berapa. Yang ni kalau bagi aku, agak pecah kepalalah haha. Tak tahu cara. Tapi nak tak nak kena buat jugak.

Ada kawan aku, yang datang hari pendaftaran dihantar oleh kakak je. Lepas tu barang-barang pun, shopping kat Nilai terus. So rasanya kat situ aku patutnya bersyukur gilalah hari pendaftaran tu kaum-kerabat merajinkan diri join sekali. MAKA, NIKMAT TUHAN YANG MANA YANG BOLEH ENGKAU KUFURKAN, WAHAI MIMI? -,-

Psss: Tadinya aku bersemangat tulis entry sebab esok ada kelas 8 – 10 am jee. Tengah taip, tetiba Jaja call. Borak dengan Hakim, Abah, pasal kedai, Kelantan, cuti raya yang tak sure balik ke tak, sembang sampai hati rasa syahdu balik. Baru nak layan syahdu, dapat SMS, esok FEM ada program 8am to 6pm. Ha. Ha. Ha. Maka rasa syahdu dengan frust tu bercampur berjaya mewujudkan keinginan untuk layan banjir atas katil. Tekup muka bawah lengan. Kbai. 

Pss lagi, lain kali aku rajinkan diri update tentang USIM lagi kerap ye. Teruja, bila ada topik bahaha.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

10 comments:

  1. salam.saya usim jgak.first year degree jgak.fem jugak tapi marketing.and tamhidian.hehe.selamat berkenalan.kalau letak gambar boleh jgak kenal yg mana satu.heheh.kbai

    ReplyDelete
  2. buleh survive tak kak dok kos akaun kat usim?

    ReplyDelete
  3. so far so good. gehehe. insyaallah boleh survive, janji kuat. batch account kitorang ni terbiasa dgn nasihat dr senior...

    "first sem bolehlah lepak2 sbb CH sgt3 sikit. weekend balik tiap minggu pun ok. kelas hr jumaat siap boleh muat2 hari lain... tapi masuk second year tu tahun membunuh. kuat mental fizikal. kalau mampu survive second year, hebat. kalau mampu survive tanpa keluar air mata, lagi kelass. insyaallah kalau second year boleh lepas, third year kacang je."

    sekian. hehe.

    ReplyDelete
  4. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian wanita, tudung & telekung murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di ONLINE STORE
    atau PHOTO PRODUK

    ReplyDelete
  5. student tamhidi tahun ni boleh lg ke bwk kenderaan sendiri? mohon pencerahan

    ReplyDelete
  6. Ok tak kos perakaunan kat usim? Kalau degree pun kena belajar arab ke?

    ReplyDelete
  7. salam,kalau nak ambik degree dekat usim memang wajib ada bahasa arab? kalau takde usim tak pandang langsung ke?

    ReplyDelete