Aku Mahu Hanya Kamu 4 [edited!]

by 9:52 AM 0 komen




Bab 4
            Barisan novel-novel baru di atas rak direnung satu per satu. Sayang kalau nak dihabiskan RM20 tapi isinya hampeh! Tapi kalau tak pilih mana-mana sebijik karang boring pulak minggu-minggu awal kat kampus nanti. Hm… dia mengeluh lemah sebelum sebiji novel yang betul-betul menarik perhatian dia dari tadi dicapainya. Dah nekad! Ucapnya dalam hati sebelum dia mengatur langkah ke kaunter.

Tapi dendangan suara Westlife dari corong Nokia E71 menyentakkan dia. Wusy… dia tersengih sendiri. Bikin malu je bercakap sorang-sorang. Pasal novel pun nak dijadkan kes. Lantas punat hijau di telefonnya ditekan. “Hello, Assalamualaikum…”

            Di hujung talian, Asyraf menjawab salamnya. “Kau kat mana?”

            “Hm… kat bookstore, tengah bayar. Kau datang sini la, aku tunggu kat pintu masuk.” Not RM50 dihulurkan kepada cashier yang bertugas.

            Alright, sorang?”

            “A’ah. Don’t know budak berdua tu menghilang ke mana.” Baki novel yang disua di ambilnya.

            “O… okey. Nanti aku pergi. Chow!”

Solehah sekadar mengangguk sambil berjalan keluar dari kedai buku dengan membimbit beg plastic di tangannya. Purse yang siap diguna dimasukkan dalam kocek belakang seluar. Namun purse yang dimasukkan tercicir di luar sedarnya.

“Woi…” Asyraf muncul. Di tangannya membimbit paperbag berisi helmet yang baru dibeli. Bau kedai lagi. “Dah complete belum?” Solehah menggeleng sambil tersengih membuatkan dia bercekak pinggang, “Yang oi, kita dah dok berlegar kat sini dah dekat 3 jam kau tahu? Pak Guard yang jaga parking tu je yang tak kenal kita…” Metafora. “Yang lain dah naik muak agaknya dengan muka kau. Takkan tak siap-siap lagi?”

“Baru sebijik novel…” Masih tersengih. “Jom teman aku, aku nak cari beg. Tengok beg aku ni dah lusuh semacam.” Asyraf menurut dalam lelahnya.

Dari jauh, seorang pemuda mengutip dompetnya yang tercicir tadi. Berlari-lari anak pemuda itu mengejar Solehah untuk mengembalikannya, namun hasratnya terjeda bila melihat pemilik dompet di tangannya itu. Mulutnya ditekup sendiri, tanda tak percaya yang amat.  Akhirnya, dia memutuskan untuk terus mengintip pergerakan mereka dari jauh.

Solehah dan Asyraf yang tidak sedar diri diperhati terus berbual kosong sambil membelek-belek beg yang dirasakan agak menarik. “Alang-alang leh, beli je la handbag.”

Solehah mengerutkan wajah, tanda seksa yang teramat. Dan memang itu pun yang ingin dikatakan… “tak nak aku! Menyeksakan. Berpeluh ketiak.”

Asyraf mula keluar aura mak cik-mak cik… “pastu mula la mengadu tak de kawan perempuan la. Siapa yang nak buat kawan kalau pakai pun tak de gaya gadis melayu terakhir. Setakat tudung dengan blouse macam tu, Mak pun boleh la Nyah!” sempat lagi dia berjenaka, tak mahu niatnya disalah tafsir.

Solehah tergelak, “sesuai gaya kau tu. Hm… apasal? Kau pun dah boring kawan dengan aku?” balasnya dengan gaya sayu. Hampir sahaja pecah tawa pemuda yang sedang mengintip dari tadi, tapi cepat ditekup mulutnya sendiri. Namun senyumnya jelas tergambar, tidak dapat ditahan. Tak berubah-ubah lagi… pasif. Detik hatinya.

Don’t worry Leh! Dia boring, kitorang still kawan kau.” Auni  muncul bersama Nurul dan dua roommate Asyraf.

Solehah dan Asyraf serentak memandang mereka. Ada kerutan di dahi kedua-dua mereka bila melihat beg plastic yang dibimbit mereka… jeans, t-shirt, tudung, dan macam-macam lagi yang kononnya ‘keperluan’. “banyaknya ‘keperluan’ korang?”

Mereka tersengih. “Aku memang tak boleh beli semua ni masa dulu, membebel tak cukup bakul mak aku nanti.” Auni membela diri.

Solehah tidak membalas. Tak mahu biarkan yang lain tertunggu-tunggu. Sebiji beg dicapai pantas sebelum koceknya diraba-raba. Riaknya berubah tiba-tiba, “korang, purse aku hilang.” Perlahan benar suaranya. Takut juga ditertawakan customer lain, nak shopping tak cukup budget. Siapa tau?

Mereka terkejut, “hilang kat mana?”

“Kalau aku tau aku tak cakap hilang.” Datar dia menuturkan dengan wajah blank.

Asyraf menggeleng-geleng. “Meh sini beg tu, aku bayar. Kau pergi cari dulu kat bookstore tadi…”

Solehah menurut perintah. Tidak lama, dia kembali dengan wajah sugul. “tak de la. Aku dah cari merata, kat rak novel, kat kaunter, kat tempat aku jawab call kau pun tak de. Ni yang buat aku nak leleh tak cukup baldi ni… banyak kad dalam tu wey.”

Report polis je la wei…” Cairo mula bersuara.  Runsing juga kalau-kalau Solehah mula menunjukkan lagak anak bongsunya. Solehah diam tidak menjawab, sekadar diam. “jom la pergi restoran. Cacing aku dah mengamuk.” Dia menyambung.

“Aku mana ada duit spare…” teragak-agak Solehah bersuara.

On the house. Jangan risau.” Nurul menyedapkan hatinya.

“Ala… beg ni pun Acap yang bayar. Malas aku nak hutang-hutang ni, aku blah dulu la…”

“Agak-agak wei,” Auni menyampuk. “kita datang sekali, balik pun sekali ar…” Ayie turut bersuara, “kalau kau nak balik pun, ada tambang ke?” lebih kepada peringatan.

“Kena tambang ke?” dia bertanya bodoh. Yang lain menepuk dahi, dah mula nak buat perangai tak betulnya.

“Okekeh,” Asyraf mula bersuara, tak nak panjang-panjang kes. “Beg tu kira aku balas jasa kau la jadi awek aku dulu…”

“…and makan ni, aku belanja. Kalau kau nak kau belanja aku balik nanti, okey?” akhirnya Solehah akur.

Setibanya di restoran…

Solehah buat muka cute. “Yu… fresh orange satu ek?”

“Pemalas betul. Ye la, makan?” Solehah menggeleng. “save budget. Aku kunyah double mint ni pun dah rasa macam baru lepas buka puasa.”

“Hiperbola la kau.” Asyraf menjuih. “Er… weh!” dia memandang Cairo dan Ayie yang ingin berlalu membuat pesanan.

“Yang kau ni pehal? Kau jangan wei, aku tak songsang eh.”

Asyraf mendengus mendengar kata-kata Ayie. Tapi mukanya diceriakan semula, “aku nak Kiwi dengan Mi Hong Kong eh? Malas la…”

“Memang kena la korang.” Keempat-empat mereka berlalu ke kaunter meninggalkan Solehah dan Asyraf di meja mereka.

“Leh!” Asyraf dah mula bosan. “Lepas ni kau nak pergi mana?”

“Balik la bangang. Aku tengah-tengah pokai ni jangan bagi soalan tu kat aku…”

“Tak nak beli kasut?”

“Kasut? Sandal aku dah tercabut tapak ke?” dia tunduk melihat sandal dikakinya. Okey je…

“Mana tau kot-kot kau teringin nak high heel punya.” Asyraf sengih.

Solehah menjulingkan mata ke atas. “Tak de maknanya.” Dia angkat punggung. “Aku pergi ladies jap.”

            #                                             #                                             #
Baru saja selangkah kakinya menaak ke dalam tandas, tudungnya disentap. Mau saja tercabut pin yang dipakai. Dia lantas berpaling, patutla… Najwa bercekak pinggang menghadapnya. “you ni tak paham-paham ke? Asyraf tu I punya!”

A’alah… baru seminggu jadi siswi dah nak ber’I’ ‘u’. “excuse me?” dia buat muka innocent. “kitorang bestfriend la Wawa. Kan aku dah cakap…”

“Kalau kawan tak denya makan berduaan macam tu! I hairan la apa yang dia hadap sangat dengan you ni… kaya? Mak bapak bukan dato’ datin pun. Cantik? Cantik I lagi I guess. Seksi? Huh! I yang sama gender ni pun rimas tengok tudung saji u ni…”

Solehah merenung Najwa atas bawah. Dah mula berasap… “at least ‘tudung saji’ aku ni tak ganggu hidup orang, except kau. Kalau kau rasa terganggu, get away of me. Nak sangat Acap tu? Ambik la. Ingat aku hadap sangat? Cuma masalahnya sekarang, dia tu ada hati ke kat kau?” sempat lagi dihadiahkan senyuman sinis sebelum berlalu. Hasratnya yang ingin ‘tunai hajat’ tadi terbatal dengan sendiri.

Dia kembali ke meja makan. Tapi tidak lama, dia bangun semula. Tengah-tengah berang ni memang tambah pantang kalau ada orang seret aku join diorang berkhayal kat alam jin. Langkahnya laju diayun ke meja seorang Mat Saleh yang berambut perang dan bermata biru.

Excuse me sir. I don’t know what’ve you practice in your country. But here, the sign ‘no smoking’ means, no smoke, no cigarette. Got it?”

Mat saleh itu tersentak, “sorry. Kat luar panas sangat.”

La… Mat Saleh celup rupanya. Seorang pemuda berkaca mata hitam di meja sebelah tergelak. Yang ni lagi satu, bukannya ada matahari pun kat sini. “any problem?” datar dia menyoal.

Nothing.” Dalam nada sama mamat berspek tu jawab.  

Baguslah! Kalau ada masalah pun bukan hal aku nak pecah kepala tolong fikir… Dia berpaling semula, dilihatnya mamat saleh itu membuang rokok ke atas lantai restoran lalu dipijak baranya.

Solehah menggeleng-geleng. Macam orang tak bertamadun! Dia berlalu kemejanya. Pemuda ber ‘spek’ tadi kini telah menanggalkan kaca matanya dan merenung Solehah yang melalunya. “apa tengok-tengok?” Solehah menjegilkan mata sebelum cepat dia berlalu ke meja sendirinya. Punggungnya dilabuhkan di kerusinya. Lima orang rakan yang tadinya hanya memerhati tingkahnya kini bersuara.

“apsal kau leh?”

“ada orang separuh waras cakap aku pakai tudung saji…”

“la…” ujar Ayie. “ingat apa. Biar la dia, mulut orang bukan boleh tutup pun.”

“minum la air tu, tinggal kau sorang je ni.” Solehah akur, tangannya menarik gelas lalu dihirup perlahan-lahan. Matanya merenung mamat berspek-di-siang-buta tadi dari jauh. Rasa macam kenal je…

“kau okey ke tak ni?” suara Asyraf menyoal. Dia mengangguk dengan mata masih tak dialihkan. Asyraf menarik gelas di tangan Solehah.

 Solehah terkejut, “nak buat apa tu?”

“nak minum? Air aku dah habis.” Bersahaja suara Asyraf.

Pantas Solehah merebut gelasnya kembali, “order sdn bhd!”

Asyraf sengih. “kira okey la tu… kalau kau ‘let go’ je aku minum, memang tak okey.” Ketawa pecah.

            #                                             #                                             #

 “cap…” Asyraf menoleh. “kalau ada orang suka tahap tak ingat kat kau, macam mana?” Asyraf berkerut dahi. Nurul, Auni, Cairo dan Ayie yang sedang berbual turut terhenti.

Huh!? “Dengan kau pun seratus lapan puluh darjah berpusing otak aku, kau nak tambah pecahkan apa kes?”

Solehah tersenyum lega. “I love the answer.  Good. Aku pun tak suka kalau kau dengan si Wawa, ambil je la Auni ke… Nurul ke…” dia tersengih sambil mengangkat tangan ‘surrender’ bila Ayie sudah menunjukkan kepalan penumbuknya. 

“gila kau! Kau bagi soalan tu sebab kau nak match aku dengan Wawa? Adooo… merana hidup aku.”

Solehah angkat bahu. “meh sini jap aku tengok helmet tu…”  helmet baru Acap diputar-putar. Berkilat dowh~ Acap ni kalau kenal rapat dengan Along, memang boleh masuk kepala ni. Satu kepala dua-dua.

Namun belum sempat setiap inci diperhatikan, bahunya ditepuk dari belakang, “excuse me miss?” dia refleks. Berpusing ke belakang, helmet Asyraf dihalakan ke perut pemuda yang menepuk bahunya itu.

Namun sebelum sempat menyentuh baju pun, tangan Asyraf laju menahan tindakannya. “helmet aku!!!” helmet di tangan Solehah dirampasnya.

Pemuda asing itu kaku. Dompet Solehah ditangannya disuakan. Mata Solehah terus sahaja terbeliak melihatnya. “bila masa kau rembat purse aku ni ha?” dompetnya dirampas.

“tak… sebenarnya…” tergagap-gagap dia menjawab. Langsung tak expect Solehah overaction sampai macam tu sekali.

“Leh! No need la tengking macam tu, buat malu je orang tengok.” Mereka saling menenangkannya namun tak dihiraukan.

“Mir! Ke mana tadi? Suka-suka hati je buat chips more macam tu.”  Seorang lelaki yang sebaya dengan pemuda asing tadi muncul besama seorang gadis manja yang tengok gaya macam masih budak sekolah menengah. Gaya macam baru nak naik form 1 aje. Bersama mereka juga seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan tiga atau empat tahun. Ni bukan ke…

Solehah melopong, “Farhan!!!” dia menjerit dengan suara terkawal. Control ayu walau sikit pun tak de gaya ayu. Teruja benar bila melihat pemain bola sepak Succses FC yang dipujanya kini di depan mata. Tapi dia berpaling bila tiba-tiba terasa kepalanya ditunjal perlahan. “Apa hal?” soalnya pada Auni yang cuma pasang muka suci.

“Farhan wak lu. Tengok muka pun aku tahu dia ni tua dari kita…”

Solehah mencebik, “ek eleh tu pun jadi isu. Along aku pun aku tak panggil abang… plus bukannya salah pun kan Paan?”

Yang lain mencebik lagi. Baru first time jumpa dah berani ‘Paan’ segala. Huh.

Farhan cuma mengukir senyum. “No biggie. Mir, apa hal ni?”

Pemuda yang dari tadi diam pandang Farhan. Tersenyum kecut dia menjawab soalan Farhan. “Tadi purse dia jatuh, aku tolong bagi balik.”

Solehah mencebik., “ye sangat la tu… kitorang blah dulu la. Karang kalau terlewat bukannya apek driver taxi tu tunggu.” Tangan Nurul dan Auni cuba ditarik tapi langkahnya dihalang. Terus dia tak jadi nak melangkah. Wajah pemuda yang namanya Amir tu dipandang geram.

Amir pasang wajah berharap. “Okey. Sebagai tanda ‘sorry’, what if kitorang hantar balik?”

“Balik?” Solehah berubah riak. Dari mencuka jadi berseri-seri. “Serius? Naik Lancer Paan?” gambar Farhan dengan Mitsubishi Lancer putih miliknya yang terlekat dalam album gambar selama ni terbayang di minda. Gi-lak. Aku naik kereta Paan? Unbelievable!

Farhan tersengih kelat. Kesian bila tengok muka berharap gadis yang tak dikenali tu. Beria benar! Tapi dia datang ke sini tadi pun naik CRV putih Amir tu je, jadi… “Muat ke Amir?” ragu-ragu Farhan bertanya bila melihat enam penuntut di depannya.

“Eh tak. Kitorang lelaki naik motosikal. The girls ni je yang naik taxi.” Ayie menyampuk membuatkan Asyraf mengetuk kepalanya. Suka-suka hati bapak dia aje nak benarkan anak orang ikut stranger

Farhan yang memahami kerisauan Asyraf mengangguk sambil memutuskan, “okey. Kalau macam tu. Biar kawan-kawan awak ni balik dengan kitorang. Kita tukar phone number sebagai jaminan keselamatan. You can count on us, okey?”

Lambat-lambat Asyraf akur. Solehah segera membuka mulut ingin membantah, namun terbantut bila melihat Nurul dan Auni yang telah membolos masuk Honda CRV yang ditunjuk lelaki yang dipanggil Amir tadi. “Kereta siapa ni?” Dia bertanya malas walaupun dah dapat agak. Farhan cuma ada Lancer putih! Jadi milik siapa lagi kereta ni kalau bukan penyangak ni punya.

Don’t worry. Awak anggap je ni kereta Farhan.” Sesudah sahaja menjawab, memang Amir rasa macam nak ketuk kepalanya sendiri.

“Anggap?” Maksudnya betul la kereta kau. “Tak hingin aku!” terus dia melangkah lenggang menuju ke bus stop berhampiran.

Farhan mengetuk kepala Amir, “Yang kau ni ‘betul’ sangat kenapa?” nak mengayat tu buat la cara mengayat…

“Tersasul la…” Amir memandang Auni dan Nurul, memberi isyarat melalui mata untuk mengajak Solehah turut bersama mereka. Auni yang memahaminya segera melaung nama Solehah membuatkan dia berpaling, “apa hal?”

“Jom la naik, si apek tu bukan tunggu kita pun. Kita dah lambat sepuluh minit.”
            #                                             #                                             #
“nama abang Farhan.” Dia tergelak sendiri. “tu tak payah cakap la…” bukan nak riak, tapi takkan ada lagi orang tak kenal Farhan si penyerang succses FC. “yang belakang tu adik Abang, Noriez. Yang kecil tu nephew, Haikal.” Noriez tersenyum mengangguk. Solehah menjeling sekilas melihat Haikal di ribaan Noriez. Cute. Dulu-dulu pernah dia fikir tu anak Paan, masa Paan masuk paper sambut Family Day Sukses FC.

“Saya Nuyu…”

 “Panggik Oni jek.”

Sesi taaruf bermula. Sesekali Amir di sebelah Farhan dan Solehah di belakang dijeling mereka. Masing-masing diam dari tadi. Takkan tak nak introduce diri kot..? Setelah lama diperhati begitu, barulah Amir tersedar. “Saya a…” hasratnya ingin memperkenalkan diri terbantut bila matanya menangkap mata Solehah yang sedang merenungnya dalam melalui cermin pandang kereta. “Apa hal? Aku handsome ke?”

Aih? Farhan ternganga. Tak pernah dengar Amir buat ayat tolol macam tu dengan girls. Kalau ada pun just dengan Oyiez cousin terchenta tu.

“Aku rasa muka kau ni macam familiar la.” Jawab Solehah perlahan. Otak ligat bertugas tapi still, blank. Nurul dan Auni mula bantai gelak. “A’elah kau ni. Kok ya pun berkenan jangan la pakai ayat kuno tu nak mengayat…”

Solehah menggeleng, “tak. Aku swear, aku kenal kau. Tapi… entah ar kat mana.”

Amir tersengih penuh makna. “Tadi kat restoran? Kau herdik aku.”

 Solehah menggeleng lagi. Dahinya jelas berkerut. Amir tersenyum lagi, “Izzat Emir.”

Satu nama yang disebut itu memang membuatkan Solehah terpanar. “Izzat?” soalnya semula. “Kau?”

Your only ‘Abang Izzat’ lah.” Amir angguk.
            #                                             #                                             #

“Hai…” perlahan suara itu menyapa namun tetap membuatkan Solehah yang sedang tekun mengulang kaji di Taman Sains tergamam. Macam mimpi je… ‘abang kaku’ idaman sekolah tegur aku.

“Er… hai.” Dia memandang sekeliling, banyak lagi meja lain. Tapi tak pe, mengalah la… “Saya ambil tempat abang izat ke? Sorry, nanti saya blah.” Adus, bukan main control ayunya, siap ber‘abang’ lagi, memecah tradisi aku! Tapi tersasul jugak perkataan ‘blah’ tu... Dia bangun sambil mengutip buku-bukunya yang berselerak diatas meja, kemudian berlalu.

Tanpa dijangka, Amir menghalang laluannya. “Boleh kita cakap kejap?” Mesti la!!! Namun dalam hati Cuma. Zahirnya, Solehah hanya mengangguk. “Tak nak duduk dulu? Rasanya sejam pun tak cukup ni…” ujar Amir sambil melihat jam.

Wah, peluang keemasan! Solehah duduk semula di kerusinya, berhadapan dengan Amir. Bukunya dibuka semula, konon mengulang kaji sambil mendengar apa yang akan dikata Amir. Namun setelah beberapa lama Amir sekadar diam. “Kalau macam ni, dua jam pun memang sah la tak cukup Abang Izzat.”

Amir tersedar, dia senyum. “Kenapa panggil ‘Abang Izzat’?” lari terus dari topic sebenar.

Riak solehah jelas berubah, “Kenapa? Tak boleh ke? Habis nama abang apa?”

“Tak de lah. Saja Tanya. Biasanya orang panggil Amir je. Panggil je la apa pun, tak de halnya…”

Solehah mengangguk, lurus. “Abang Izzat nak cakap pasal apa?”

“Oh!” cepat Amir kembali ke niat asal. “Abang… saya…” huh! Dia mendengus. “aku dapat UKM. Nanti satu family aku pindah dari Kelantan. Stay sana terus.” Putusnya membuatkan Solehah sedikit tersentak.

Bukan kerana ‘UKM’, tapi kerana ‘aku’! Izzat sama perangai dengan aku ke? Anti-abang? “Congratulations…” ringkas balasan Solehah. Tapi apa hal sampai kena face to face nak inform benda tu? Rasanya kalau si Izzat hantar mesej via facebook pun tak logic. Diorang tak pernah kenal kot!

Amir menggeleng, “lari topik. Sebenarnya nak tanya,…” dia mencari-cari ayat yang sesuai. “Kau suka kat aku kan?”

Huh?  “Apa dia Abang?”

“Okey. Macam ni la… aku just nak nasihat. Hubungan kat alam sekolah ni jarang yang kekal lama. Banyak yang clash tanpa sebab pun ada…”

So?” datar Solehah menyoal. Cuba mengawal perasaan.

So jangan berangan la nak couple ke, apa ke dengan aku.” Hakikatnya, Amir sendiri pun tergamam dengan ayat sendiri. Tapi alang-alang dah terkeluar tu… “PMR dah nak dekat. Lepas tu SPM pulak. Jangan nak fikir benda-benda macam tu. Result tu nanti biar flying colors…”

Niatnya nak menasihati, namun dek kerana bahasanya yang tidak bersesuaian, lain pula jadinya. “Abang Izzat…” Solehah mengumpul tenaga. “Kalau tak mengenangkan saya ni masih junior Abang, dah lama title ‘abang’ tu saya buang. And muka Abang Izzat yang kononnya pujaan ramai tu dah lama lebam tak cukup kapas nak sapu. Abang ingat saya hadap sangat dengan muka Abang Izzat?”

Amir kaget mendengar jawapan berani dari Solehah. Solehah terus menyambung, “saya ni junior, tambah pulak girl. Dah jadi trend junior suka mencuci mata tengok muka-muka handsome abang senior. So saya mintak, Abang Izzat tak payah la perasan sangat keh? Entah-entah kat sekolah ni tak de seorang pun yang betul-betul suka kat abang, semua tu Cuma suka muka abang je. Tapi untuk pengetahuan Abang Izzat jugak, muka abang tu sebenarnya tak de la handsome sangat. Cuma sekolah kita dah tak de stok muka lain, sebab tu diorang hadap sangat dengan abang. Tergedik-gedik… ” pandangannya kini sudah tunduk memandang buku. Menyambung kerja asalnya.

“abang izzat tak payah la risau, saya tak pernah pasang angan nak bercintan dengan orang macam abang ni. Not my taste. Perasan.skema.” sepatah-sepatah disebutnya sifat yang dibencinya itu. Perasan skema. “sekarang Abang Izzat boleh blah, ni tempat saya.” Dah tak de control ayunya, terang-terang tunjuk perangai buruk siku. Dan amir menurut. Dan itulah kali pertama dan terakhir mereka pernah berbual.
#                                             #                                             #
            “Kenapa diam?” Solehah tersentak mendengar suara Amir. “aku jadi one of best students dalam PMR dengan SPM.” Laju dia menuturkan namun masih sempat di pendengaran seisi kereta.

Mereka tergelak. “Kenapa kau ni Leh? Don’t show off ek, tak baik.” Nurul menasihati.

Solehah menggeleng, membela diri. “Aku just nak kau tau tu je. And problem aku settled.
            
 “Kau still kecil hati ek?” Tanya Amir. “Aku just cabar la, nasihat. Tak de niat lain.” Nurul, Auni, Noriez dan farhan berpandangan. Sketsa apa ni?

            Solehah tidak menjawab soalan Amir, sebaliknya dia pandang Farhan. “Farhan, orang nak mintak stop kat sini boleh tak? Biar orang ambil cab je la…”

            Spontan Auni mengetuk kepalanya walaupun antara mereka Nurul menjadi penghalang. “Kepala otak kau! Nanti apa kitorang nak jawab kalau kena soal dek Acap? Kau tu lepas tangan je la kerjanya…”

            “Acap tu yang pakai cap tadi ek? Yang pegang helmet?” soal Amir. Nurul dan Auni mengangguk. “boyfriend?” soalnya lagi berjauh hati.

            Ni yang aku pantang ni. Tak boleh Nampak orang rapat sikit. Namun jawapannya tetap, “hmm…” sengaja dia nak Amir anggap ‘nasihat’ agar tak bercintan zaman sekolah dah pun dia ingkar!

            “Taklah.” Cepat Auni memotong. Solehah menjelingnya tajam namun tidak dihiraukan, “diorang bestfriend. Sejak form 3 lagi.” Dia membalas pandangan Solehah, “hari tu kau yang cerita macam tu, betul kan?” Dia sengih.

            “Hmm…” malas dia mahu bergaduh. Amir pula tersenyum sendiri. Mereka kekal berdiam diri, mendengar perbualan yang lain sepanjang perjalanan.

Setelah tiba, mereka turun sambil mengucapkan terima kasih. Solehah turut mengucapkannya, tapi hanya kepada Farhan dan Noriez. Juga Haikal. Mereka berlalu, tapi Solehah terpaksa berpatah balik bila namanya dilaung separuh kuat. “Siapa panggil orang tadi?”

Amir angkat tangan. “Aku,”

“Ingat lagi nama aku…” komen Solehah ringkas.

“Eh mesti la.” Amir cuba sengih.

“Apa hal?”

“Nak phone number.” Amir pasang muka toya dengan handphone tersedia di tangan

 No. Need. Aku tak nak kacau hidup orang handsome macam kau ni, nanti tak pasal-pasal down pointer kau.” Sinis nada Solehah membalas. “Farhan, Noriez and Haikal.” Too formal. “Dada…” wajahnya diceriakan. “Panjang umur jumpa lagi.” Dia berlalu tanpa menghiraukan Amir.

Amir pula terkulat-kulat bila disindir begitu. Bila dia menoleh ke tepi, Farhan pula yang memberi renungan-minta-penjelasan darinya. “Aku tak pernah dengar pun kau bercakap dengan girls macam tu sebelum ni?”

Amir mengeluh panjang sebelum memandang lagi langkah penuntut-penuntut yang mula memasuki pagar itu. “Dia budak yang aku cerita kat kau dulu.”
# do komen! 0_o

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment