Cerita Antara Kita 11

by 11:32 AM 1 komen



                “Intai siapa bang?” Anis menyergah perlahan.

Rifqi yang tercegat di pintu dapur kafe itu terkial-kial sendiri. “Tak ada siapalah.”

Anis ketawa kecil. Lenggang dia melangkah menuju ke kaunter kafe. “Dengan kitorang pun nak aci nyorok ke bang?”

                Dari dalam dapur, tukang buat air, Ziad tergelak sinis. “Orang dah kata tak ada siapa tu, maksudnya tak ada siapalah Nis. Kau ni menyibuk aje.” Anis ikut tertawa.

                Rifqi menjeling kedua-duanya tajam.  Terasa dipermain. “Eh, korang ni, abang bayar gaji bukan buat melepak-lepak macam ni. Buat kerjalah.”

                “Kitorang ni pekerja contoh la bang, kalau ada kerja dah lama kitorang sapu kasi licin. Ini tengah tak ada kerjalah nak mengusik bos ni.” Anis menjawab selamba.

                Rifqi mengintai ke luar. Pelanggan memang penuh satu kafe tapi nampaknya keadaan terkawal. Bunyi loceng tanda ada pelanggan yang masuk ke kedai berbunyi. “Hah, tu ada customer, pergi buat kerja.”

                “Alah, tak payah Nis. Tu tugas abang tu.” Ziad membalas acuh tak acuh sebelum menghilang ke dalam semula.

                Rifqi menjegil. “Eh, budak ni. Potong gaji tu kara...” ayatnya terjeda bila melihat pelanggan yang baru masuk ke kedai itu. Cha!

                “Abang Rif!” Raina melambai-lambai sambil menuju ke meja yang kosong. Mengambil tempat di situ.

Rifqi sengih. Yad... Yad. Understanding. Lambaian Raina dibalas sebelum dia menghilang ke dapur. Selang beberapa minit, dia keluar semula dengan gelas berisi air nestum di tangan. Kerusi yang tersedia tu disorong melalui celah paha dan dia duduk. Mug yang berisi air nestum tadi disua pada Raina.

Raina tersengih sendiri. Memanglah, dia ni dah angau. Tengok gaya Abang Rif duduk itu pun dah buat dia tergoda. Mug yang disua Rifqi tadi dicapai. Ni yang dia suka, Abang Rif ni understanding. Dia sampai Abang Rif buatkan air. Tak macam Nash. Air bekas dia minum dikasinya. Huh.

“Lama tak dengar khabar?”

“Hm...” Hilang habis semangat Raina bila ditanya tentang kehilangannya sebelum ni. Fikirannya automatik melayang, teringat time-time rehat sebelum ni diisi dengan apa. Dengan Nashlah! Nak ke mana-mana asyik tarik lengannya. Sampai nak lunch pun, dia tarik Raina ke kedai mamak. Ajak datang kafe ni, dia tak nak. Tak ada class! Tu dia yang kata. Tapi aku tengok kafe ni berganda-ganda lagi aman dari kedai mamak yang dia selalu bawak tu. Petang semalam, memang ingat nak datang sini, tapi tak jadi bila keluar saja dari dewan silat tu dia terserempak dengan Raiqal, yang waktu itu memang sudah mahu pulang ke rumah. Cancel sajalah!

“Oit.” Seru Rifqi senada.

Raina panggung kepala. Terkebil-kebil membalas pandangan Rifqi.

“Apa?”

“Datang sini tunjuk muka tak segar tu, baik tak payah. Abang banyak kerja lagi ni.”

Raina mengeluh. Kecik hatilah macam ni. “Kalau Cha datang, banyak je alasan Abang Rif nak mengelak kan? Kalau tunang abang tu, tuang kerja hari-hari pun no hal. Tak apa pulak? Uh.”

Kali ni giliran Rifqi yang terkebil-kebil. Emo semacam ni kenapa? “Kenapa pulak ni? Marahkan orang lain, abang yang jadi mangsa.”

Tadi mengeluh, sekarang Raina mendengus pula. “Dahlah. Malas nak layan!” Dia bangun, nak balik. Tapi tak sempat, laju lengan bajunya ditarik Rifqi, isyarat suruh duduk semula.

Huh! Dia akur tapi masih diam. Acah aje pun. Takkan sanggup nak tinggalkan air beraroma dia ni. Saja nak tengok Abang Rif pujuk ke tak. Hee... jahat kau Cha.

“Dia kacau Cha lagi eh?” soal Rifqi. Keningnya terjongket sebelah.

“Siapa?” soalan Rifqi dibalas dengan soalan juga. Malas nak bercerita. Teringat drawa swasta yang ditonton semalam. Heh, bikin loya tekak aku.

“Eleh. Penyu dalam sampanlah.”

Spontan dia ketawa. Suka-suki dia aje nak tukar peribahasa nenek-moyang tu. “Tak adalah.” Jawab dia ringkas. Bibir gelas didekatkan ke bibirnya sekali lagi. Yummylicious.  

“Hai, membela nampak.”

Eh? Terus Raina angkat muka, memandang Rifqi yang sedang tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja tu.

“Membela apanya?”

“Eleh. Tak payah main aci nyorok la dengan abang. Cha tak cerita pun abang tahu pasal Cha dengan mamat tu.”

Raina pelik. Watak utama sekarang ni si Nash tu rasanya, tapi kenapa dia dapat rasa sesuatu yang tak enak dari gaya Rifqi berkata-kata tu. “Mamat mana ni Abang Rif?”

“Nash Ahmad Daniel tu lah!”

Hah, betul dah tu.

“Habis tahu apanya?”

“Cha dengan dia sekarang kan?” soal Rifqi lambat-lambat.

“Aisy!! Abang Rif! Simpang malaikat 44. Cha tak nak orang macam tu. Mendera mental namanya.”

Rifqi mencebik. “Yeah right.”

Raina menjeling geram. Didoa lagi yang bukan-bukan tentang aku. Mahunya termakbul doa tu, tidak ke naya hidup aku.  “Yang abang ni dok kenen-kenen Cha dengan mamat tu, langsung tak ada rasa jealous eh?”

“Jealous apanya. Kalau tunang tercinta abang yang ada scandal logiklah abang mogok tak makan 100 hari 100 malam.” Rifqi tayang muka sardin.

Raina diam. Rasa macam nak menangis. Nak meraung-raung kat sini. Tapi malulah. Lagilah dia buat perbandingan antara aku dengan tunang dia tu. Dan sah-sah lah aku kalah! “Sampai hati...” gumamnya perlahan.

“...kau, pergi kepadanya. Makan hatiku, bila kau berkata, patah hati, dengan hubungan kita. Hancur hatiku, Raina Aisyah...”

“Abang Rif!” aku menjegil geram. Perasaan suci murni aku ni dibuat main.

Rifqi tertawa panjang sebelum pandangannya jatuh pada muka Raina yang dah keruh semacam tu. “Cha,” serunya.

Raina menjeling, tak layan. Dah buat aku sakit jiwa sekarang nak main menyeru aku dengan suara lembut mendayu-dayu macam tu. heh, haraplah. Orang pun ada sahamlah.

“Cha...”

Raina berterusan mencebik.

“Cha sayang...!” Akhirnya lengan baju Raina ditarik Rifqi.

Hisy! “Tak payah nak pujuklah Abang Rif!”

“Uh. Bila masa entah orang nak pujuk.” Rifqi tertawa lagi.

Eleh. Jual mahal lagi tu. “Habis tu dok panggil orang tu apa hal?”

“Tu...” Rifqi menjuih mulut ke belakang Raina. Dalam terpaksa Raina menoleh juga. Dan sudahnya, mata dia terbeliak.

Nash dengan muka singa dia menuju ke arah mereka, tercegat di sisi Raina. “Ikut aku!” Lengan Raina dipegangnya.

“Apanya ni?!”

“Bangunlah, ikut aku! Jangan banyak cakap,” Nash masih tercegat. Tegang mukanya, takut orang nak menengok.

Rifqi dah mula panggung kepala, buat gaya menonton drama. Haish. Nash ni lah, buat drama Hindustan swasta kat sini!

Raina pandang Nash sebelum wajah selamba Rifqi dijelingnya. Akhir sekali dia pandang ke meja sebelah. Ada kerusi kosong!! Cepat-cepat dia tarik menggunakan sebelah tangan dan suakan kepada Nash. “Hah, duduk. Hilangkan peluh tu.” Kerusi itu ditepuk-tepuk.

Nash makin menjegil. Bulu roma Raina dah menegak, takut sungguh tengokkan Nash ni. Sebelum ni adalah jugak gaya lelaki idaman walaupun kasar dia layan aku, tapi tak setegang sekarang muka dia.

“Abang Rif...” Raina cuba tarik simpati tapi kata-katanya dipintas cepat.

“Stop membebel kat sini. Dah berapa jam kau duduk sini, tak puas-puas lagi? Asyik menghadap muka mamat ni siang malam, tak berkembang otak tau tak? Bangun, bangunlah aku cakap!”

“Air aku tak habis lagi ni.” Raina pasang muka sebelas.

“Fine!” Mug di tangan Raina dicapai Nash sebelum dia meneguknya rakus. Tak sampai setengah minit, mug yang kosong tu diletak di depan Raina. “Puas hati?”

Wow. Mata Raina mengecil. Tak percaya. Aku ni kalau air secawan pun dah mustahil boleh telan dalam setengah minit, paling koman pun seminit lebih. Inikan pulak air nestum ni. Tahu air tu sedap, aku iakan, tapi takkan tak ada rasa loya dalam tekak dia tu bila teguk air spesies ni dengan kelajuan tu. Huish. Kali ni aku tabik spring dekat Nash. Juara Fear Factor nih!

“Jomlah!!”

Kekaguman Raina yang menggunung tadi hancur berkecai sekelip mata. Sesedap rasa dia tengking aku kat sini. Terus dia bangun, tegak menyaingi ketinggian Nash. Rifqi yang melihat, nak ketawa pun ada. Dah sah-sahlah Cha kalah. “Jom!!” jerit Raina nyaring di telinga Nash. Biar dia tahu apa rasanya selama ni dia dok menjerit-jerit di telinga aku ni.

Rifqi pecah tawa.

===> do comment. >_< enjoy reading!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. hahaha...abg rif ni ske cha jgk ek..
    ~Syahira_Ira~

    ReplyDelete