AKu Mahu Hanya Kamu 22

by 4:39 PM 1 komen



             “Mushroom soup?” soalan semula Puan Rina membuatkan dua gadis di depannya berpandangan sesama sendiri. Amir dah terangguk-angguk menjawab soalan mamanya.

            “Boleh ke mak su?” tanya Noriez tak sabar.

“Er... kalau mak cik sibuk, tak pe. O-leh tak kisah.”

“Tak...” Puan Rina tergeleng-geleng menafikan. “Actually petang ni mak cik penat sikit. Baru lepas berkebun tadi. Nanti malam ni je la ye? Sekali dengan dinner.”

“Okey,” laju suara Amir menjawab tanpa sempat mendengar persetujuan Solehah dan Noriez. Puan Rina mengangguk lemah sambil berlalu ke dalam rumah.

“Apa kes ni Jat... suka-suki dia je! Malam ni turn aku masak la...” Solehah mula berang.

“Tak pe Kak O-leh. Umi kan ada...”  sokongan Noriez membuatkan mata Solehah mencerun. Budak ni! Kalau tak mengenangkan aku yang paksa join sekali datang sini, mati aku cepuk. Noriez hanya sengih melihat gaya Solehah.

“Tak pe, biar aku urus.” Amir mengeluarkan Nokia e72 lalu didail nombor seseorang. “Hello! Paan...”

“Hm... dari tadi aku dah agak kau akan call jugak. Apa dia?” selamba suara di hujung talian menjawab.

“ Mama aku  penat la sekarang...”

“Dah agak. Ayat berlapik kau guna tu...”

Amir sengih sendiri. Memang kawan baik yang memahami. “Aku hantar diorang esok je la ek?”

Farhan senyap seketika berfikir sebelum bertanya semula, “mak su tak keluar malam ni?”

“Tak pe, kalau mama keluar aku suruh Oyiez ikut sekali.” Sengih lagi bila Solehah dah mula bercekak pinggang.

“Kau pernah rasa freekick kat muka kau tak Mir?” tambah selamba ayat Farhan bagi.

Amir ketawa kuat. “Dah yang kau bengap sangat tanya soalan macam tu pehal? Mama kat rumah la... esok ek?” akhirnya Farhan bagi greenlight. Amir tersenyum sambil menyimpan handphonenya ke dalam saku seluar. “Settled. Kan aku dah cakap, bagi Abang Izzat kau ni, semua beres.”
             #                                              #                                              #

“Oyiez mana weh?” Amir melabuhkan punggung tak jauh dari Solehah. Solehah diam, khusyuk menonton Tricky Brain. “Weh...” Amir terus memanggil.

“Shyy, Stephen Chow tengah trick madu dia.”

Uh? “Menda kau merepek ni?” Sejak bila ada mazhab lelaki dapat madu? Tambah pelik sejak bila bini pakcik tu kahwin dua?

“Tengok aje la... jangan kacau.” Amir melemparkan pandangan ke skrin televisyen. Apa specialnya? Setakat Stephen Chow mengelak dari bagi Andy Lau ambik darah dia. “Cerita apa ni?” sekali lagi dia memekak.

Solehah mendengus. Pengacau! Tapi sebentar kemudian dia tersenyum, teringat wajah poyo Stephen Chow. “Handsome la kan mamat berdua ni... apple of my eye.”

“Ew...” Amir mencebik. “Aku lagi macho. Apa yang kau suka sangat dengan diorang ni?” soalnya cuak. Jealous.

“Aku suka...” Solehah buat gaya berfikir dengan mata terpejam. Aksi orang angau. “Aku suka Stephen Chow, sebab dia selamba badak. Lawak spontan. Handsome. Aku suka Andy Lau sebab dia handsome and romantic. Tapi paling aku suka pasal diorang... bila diorang bukak langkah kung fu tu, memang tak payah cakap la. Terbaik punya, nak-nak dengan aksi Stephen Chow tu.”

“Eleh... kau tak tengok lagi aku belasah mamat tu dulu.”

Solehah berubah riak melihat Amir. “Kau janji tak mention pasal tu lagi...” datar suaranya berbaur amaran.

“Okey.” Amir rasa bersalah, tapi bibir spontan mencebik bila sekali lagi Solehah fokus pada skrin tv. “Stephen Chow tu dah tahap pak cik pun kau cakap handsome?”

“Kalau kau dah dapat title pak cik tu pun aku yakin Stephen Chow lagi handsome dari kau.” Tanpa nada bersalah Solehah membalas.

“Suka hatilah!” Solehah tahan gelak melihat muka Amir yang dah nampak aura anak tunggal.

“Kau pergi la salin baju tu, naik rimas aku tengok.” Amir bersuara lagi.

“Kau ni...” akhirnya tumpuan Solehah beralih bila iklan Libresse tersiar. “Kalau aku cakap kau bangang, kau marah. Kan aku datang tadi sehelai sepinggang, nak tak nak lepas mandi kena pakai baju ni je. Mana aku tau ada jugak orang yang buat keputusan tak ikut tuan punya badan kat negara yang mengamalkan sistem demokrasi ni...” Oyiez jugak la untung. Bawak baju siap-siap. Macam dah agak ada pakej 2 hari 1 malam kat sini...

Amir tak melayan. Mentang-mentang la mama papa ada kat atas senang-senang dia kutuk aku. Nasib baik guna bahasa Balaghah.

            “Entah apa orang luar label aku ni.” Solehah terus mengomel sendirian.

            Amir menoleh. Kesian la pulak... “jangan risau la. sebab mama papa ada kat rumah la aku berani bawak korang datang. Kau jugak yang nak belajar sangat kan?”

            “Hmm...”

            “Lagi pun kalau diorang tak de kat rumah, mesti aku bawak kau pergi pejabat kadi dulu kan? Senang sikit malam-malam tak de gang...” ayat merapunya terhenti bila Solehah merenungnya tajam. “...guan.” Amir sengih menyambung.

            “Aku tengah-tengah rimas ni kau jangan buat kecoh.”

            “Mana ada kecoh kalau dah jabat tangan Tok Kadi dulu.” Solehah dah bangun ingin naik ke bilik, makin dilayan makin teruk yang macam ni. Tapi belum sempat dia melangkah, Amir mendahuluinya. “Okey, jangan ar marah. Nanti aku pergi ambik baju tidur Oyiez, rasa-rasanya ada dalam bilik tamu yang satu lagi.” Dia memanjat tangga tanpa sempat Solehah membalas. Berselisih pula dengan Noriez yang baru siap mandi di tangga, pantas tangan dilekat ke bibir sendiri, buat gaya ‘shyy’.

            Noriez kerutkan kening. “Apa hal tu?” dijongketkan keningnya kepada Solehah. Solehah hanya mampu mengangkat bahu.
                         #                                              #                                              #

           “Nah,” dia meletakkan di ribaan Solehah sambil duduk bersahaja tanpa menghiraukan muka Solehah yang mula memerah. Noriez di sisi Solehah tergelak kecil.

Solehah merenung kain di atas riba. Macam kenal je... gaun tidur yang dibeli dulu! Dah la nipis, singkat pulak! Aku tak reti la pakai tali-tali macam ni! Minah tu pernah tidur sini ke? Kalau ya pun nak beramah-mesra dengan Pakcik zani and Makcik rina, takkan la sampai pakai benda macam ni? Jangan-jangan Izzat dengan dia dah...? Esy! Izzat bukan macam tu la! Tapi mana tau, lelaki kan ada 9 akal, tapi nafsu dia satu je? And satu tu cenderung kat benda tu la.

Argh!!! Sakitnya hati! Spontan gaun tidur tu dicampak ke muka Amir, “aku lebih rela pakai baju berendam air jeruk sebulan dari pakai benda ni! Ntah perempuan mana kau bagi pakai, and then senang-senang kau nak aku pakai. Huh! Tak teringin.”

Amir ketawa kuat melihat wajah merah membahang solehah. Jealous la tu. Macam la aku tatau apa yang kat kepala otak tu... “Hak! hak! Gaun tu tak de orang rasmi lagi la. Aku tak sempat nak bagi ‘dia’ dulu, ada masalah sikit.” ketegangan di wajah Solehah jelas makin kendur, mungkin dah terpujuk.

“Aku saja je nak sakat kau tadi. Ni baju kau, hehe jangan ar marah weh.” Amir tersengih sambil memberi pijama ungu kepada Solehah.
             #                                              #                                              #

“Oyiez tak tau pun Oyiez pernah ada pijama tu Abang Amir?” mereka melihat Solehah yang turun dengan riak selesa. Betul-betul suitlah gamaknya pijama tu. “Macam mana badan Kak O-leh boleh sama dengan badan Oyiez?” Noriez bertanya lagi.

“Kan Abang Amir dah warning tadi, shyy.” balasnya perlahan.

Sebaik sahaja Solehah duduk di sisi Noriez, Puan Rina dan Encik Ezany pula yang menuruni tangga sambil berbual serius membuatkan Amir tak senang duduk.

“Amir, papa think we need to talk.”

“Er... mama pergilah prepare dinner dulu dengan diorang.”

“Tau pulak segannya,” Puan Rina sempat membebel sebelum berlalu. Solehah pula membuntuti Noriez walau hatinya tertanya-tanya.

So, dengar suara macam dah boleh agak apa yang papa nak cakap. Amir rasa ada nak jelas anything ke?” dalam tegas Encik Ezany menyoal.

“Pa, Amir mintak maaf. Amir janji lepas ni amir kerja betul-betul.”

“Amir datang office just untuk mengelamun selama tiga bulan, Ana cakap Amir buat ala-kadar sepanjang Papa kat Hong Kong, and now senang-senang Amir nak cakap ‘sorry’? Senangnya hidup Amir?”

Huh! Dasar s/u busybody.

“Papa dah lantik dia jadi pemerhati Amir sepanjang tempoh percubaan Amir nak kerja betul-betul as an architect, ingat tu.” Cepat Encik Ezany mencerna apa yang difikir anaknya.

Amir mengeluh, “Pa... I’m sorry. Actually masa tu Amir ada problem dengan kawan Amir. Amir... amir dah...” tersekat-sekat ayatnya. “Betrayed her.” By kissing her...

“O-leh?” Encik Ezany memicingkan anak matana.

Anggukan Amir membuatkannya mengeluh. “Amir... Papa bukan nak halang perasaan Amir. Papa pun suka tengok perubahan Amir. Sebelum ni Papa fikir anak kami ni tak de nafsu, kawan perempuan kamu, cuma Oyiez je la. Tapi sekarang Papa nampak Amir dengan dia di masa depan. Tapi Amir pun kena ingat, walaupun syarikat kita tak mega, tapi papa cuma ada Amir sorang je nak warisi syarikat tu. Jadi tolong jangan campur-adukkan urusan kerja dengan personal. Be profesional.”

Amir cuma mengangguk-angguk mendengar ceramah papanya. Bila Encik Ezany selesai kaunseling, dia mendongak. “Project kat Ulu Langat tu... Amir dah jenguk. Tak de masalah, cuma barang belum sampai. Maybe esok lusa.” Khabarnya lancar.

Saja nak khabarkan yang dia dah ada prestasi. Punya la malas dua hari lepas nak ke sana, tapi gagahkan jua. Ingat nasihat Paan selalu, kita hidup ni semua ada masa depan. So baik kita yang usahakan agar masa depan kita sendiri tu cerah.

Papanya mengangguk. “Kat Seremban?”

Adus... ada jugak ke? “Er... nanti la Amir jenguk. Rasanya tak de masalah.”

Encik Ezany pecah ketawa. “Nampak sangat... kat Seremban mana ada papa serah kat Amir lagi project tu.”

La, main uji-uji pulak... Amir garu kepala.

“Cuma nanti papa nak Amir buat kertas kerja untuk project kat situ. And pergi jenguk site sebelum cuti seminggu yang Amir mintak tu. And kali ni papa nak Amir yang buat kertas kerja tu, bukan Ana.”

Amir mengangguk melihat papanya yang sibuk membelek majalah. Again, membelek, bukan membaca. Papa... papa... kenapa tak dibaca aje? “Oh ya,” Amir fokus semula bila Encik Ezany kembali bersuara. “Papa pernah dengar ada orang cakap, orang kaku ni, orang yang tak biasa dengan perempuan ni, bila dah bercinta, romantiknya berlebihan. So sebelum apa-apa, papa nak warning sikit, behave yourself. Nafsu tu jangan dibuang, tapi kena kawal.”

Amir tersenyum tawar. Too late Pa... tapi Amir akan pegang nasihat papa lepas ni. “Amir masuk dapur kejap pa,”

Wait,” sekali lagi dia dipanggil.

“Papa ni kenapa tersekat-sekat ni?” Amir tergelak. “Papa ada benda lagi ke nak bagitau?”

“Papa just nak cakap, papa tak suka Amir ambik half day tanpa sebab penting.”

“Pa,” Amir protes. “O-leh demam hari yang ketiga, papa cakap tak penting?”

Encik Ezany ketawa lagi. Makin kuat. “Orang tengah angau kaki luka sikit pun penting. Dahlah, nanti kalau mama siap, suruh mama datang kejap.” 

##komen yeah. peace!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: