Jangan Pergi Gadisku - Part 3

by 11:52 PM 0 komen



Seminggu berlalu. Aku masih punya perangai yang sama. Melepak di tadika ini. Tak jadi isu sangat aku di sini, tidak membuang masa tak tentu halalah sebenarnya, sebab banyak darpada masa aku yang terisi dengan mengajar budak-budak ni. Kenapa aku suka datang sini, macam aku kata, sebab banyak sangat golongan ribenanya!

Nak-nak si Amnah ni. Makin lama hubungan kami makin rapat. Macam kakak dengan adik. Sampai Noriez pun kadang-kadang merungut, kalau aku ada, Amnah dah tak hiraukan cikgu asalnya tu. Aku cikgu bagi dia. Aku? Banggalah sekejap. Tapi bila bercerita bab Amnah, yang secara tak langsungnya akan berkait dengan bab Amsyar, ada satu tabiat baru yang memang baru muncul dalam diri aku ni. Aku sedar, dan Noriez pun sedar. Malah, Noriez yang menyedarkan aku!

Setiap kali jam 12 tengah hari, waktu pulang budak-budak, aku automatik akan masuk ke dalam dan menyorok. Macam sekarang ni lah!

“Heidi...” suara Noriez memanggil aku. 

“Hm...” aku Cuma menjawab pakai suara anak tekak. Noriez di belakang aku, aku jawab pun tanpa memandang muka dia. Pandangan aku lempar ke luar tingkap. Pandangan pelik pada Amnah dan Papa dia di luar. Amnah sudah keluar, habis apa yang ditunggu lagi? Aku soal diri sendiri. Pelik. Biasanya bila Hyundai Accent milik Amsyar dah muncul, dia keluar pun tak sampai lima minit untuk bertegur-sapa dengan Noriez. Ada hari-hari tu, dia tak keluar langsung. Tahap busy sangatlah tu. Tapi hari ni...? Aku cuba lupakan soal Amsyar. Dan soalan lain keluar di minda aku. 

Kenapa aku berperangai macam ni?

Aku tak ada jawapan.

“Kau memang nak menyorok macam ni terus ke?” Noriez menyoal lagi.

“Apanya...?” soal aku semula, tak faham akan soalannya.

Noriez mendengus. Laju dia menapak mendekati aku dan bila sudah berdiri bertentang dengan aku, dia menyilang tangan ke dada. “Kau ni, kalau suka, kata suka. Kalau berkenan, buat cara berkenan.”

Aku tergelak sinis. Mula faham apa yang Noriez nak sampaikan. “Gaya cakap macam aku ni lelaki je kan? Senang je. Suka, berterus-terang. Berkenan, masuk meminang. Kan? Eh Yiez, kau pernah dengar tak, perigi cari gayong?”

“Alahai!” Noriez tahan gelak sinisnya. “Kau ni banyak sangat baca novel ni... tak pun tengok drama. Kuat sangat berpegang pada adat. Bukan benda salah pun Di kalau kau start dulu pun. Abang Am tu duda, bukan laki orang. Kalau hati dah jatuh suka, nak salahkan siapa? Aku?”

“Hah, kau.” Sela aku laju. “Selama ni punyalah syok aku dok bercerita dekat kau, tak sekali pun kau cakap yang Amsyar tu kawan abang kau. Kalau kau cakap sikit, tak adalah aku kena kejutan macam ni.”

Noriez mula tersengih sedikit, mengaku salah. “Tapi sebab kau dok bercerita kat aku saban hari tulah, aku tahu yang perasaan kau pada abang Am tu bukan takat minat je, tapi lebih. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang, abang Am tu dah berhenti dari bola pun, kau still minat tahap tak hengat kat dia? Aku bestfriend kau Di, aku tahu apa dalam hati kau tu.”

“Kalau kau tahu pun, kau boleh buat apa?”

“Aku tak boleh buat apa, tapi paling kurang aku dah bagi nasihat kat kau. Pergilah. Jangan nanti menyesal pulak.”

Aku tak dapat nak tahan, tergelak jugak. Overlah tu sampai menyesal pulak. Ingat ni drama hindustan ke apa?

“Aku serius Di.”

“Yeah right.” Mata aku juling ke langit. “Tu,” aku muncung pada Amnah dan Amsyar di luar yang seolah-olah sedang menunggu sesuatu. “Kenapa tak balik lagi tu?”

“Dia tunggu kau lah tu.” Jawab Noriez selamba.

“Hah?” dari tersandar di dinding, badan aku menegak. Terkejut. “Ulang balik Yiez.”

Noriez mengeluh. “Keluarlah. Amnah excited sangat nak kenalkan kau kat Papa dia tu.”

“Lah... kenapa pulak?”

“Kau yang ikat hati dia sampai macam tu, lepas tu bila Amnah dah jatuh sayang kat kau, kau nak hampakan dia pulak. Keluarlah. Abang Am pun nak tahu siapa yang buat Amnah jadi seceria tu.”

“Tak nak...!” aku berkeras. Memanglah, kali ni aku mengaku yang tahap kematangan aku jauh berbeza dari Noriez. Tapi biarlah. Yang aku tahu, untuk bertentang muka dnegan Amsyar, rasa tak bersedia lagi. 

“Hisy!” Noriez akhirnya keluar. Aku selak langsir, mengintai. Dan jelas, riak wajah Amnah yang kecewa menyapa mata aku. Aku mengeluh. 

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment