Aku Mahu Hanya Kamu 15

by 1:25 AM 23 komen

Bab 15 
“Woi mangkuk!”

Lelaki asing itu tersentak. Tangan yang baru sahaja nak membuka zip slack Solehah terus terhenti tatkala tong yang penuh berisi minyak dilempar tepat pada kepalanya. Sepantas itu dia menoleh, dan sepantas itu juga tangan sasa Amir melekat di matanya. Pandangannya berpinar seketika sebelum langkahnya garang mendapatkan Amir. Kononnya nak membalas, tapi sekali lagi perutnya pula yang ditumbuk.

“Kalau kau jantan bukan ni caranya! Dia tak padan dengan kau la, pengecut!” Tengkingnya berang.

Kondisi yang tak bersedia membolehkan Amir mendominasi situasi. Ditendangnya perut lelaki itu, rambut serabainya ditarik kasar lalu kepalanya disembam ke tanah. Akhirnya, lelaki itu jatuh tersungkur.

Amir mencekak pinggang, puas. Nafasnya makin tak teratur. Turun naik tak menentu. Nokia E72nya dikeluarkan, bercakap-cakap sebentar, kemudian handphone itu dimasukkan semula ke dalam kocek. Sekali lagi, dia memandang lelaki itu yang dah tak sedarkan diri.

“Hah!! Pergi mampus kau!” Tubuh yang sememangnya layu itu ditendang lagi. Sakit benar hatinya bila Solehah diperlaku sebegitu rupa.  Tak lama menunggu, kereta polis tiba membawa lelaki itu ke balai.

Amir mendapatkan Solehah yang masih terbaring lemah di atas tanah. Baju yang dikoyak lelaki asing tadi nyata mendedahkan ‘aset’nya yang satu itu, dah membuatkan Amir serba tak kena. Apa lagi bila melihat seluar yang tidak berbutang  dengan zip yang separuh terbukak itu. Pantas Amir menarik blouse labuh itu ke atas sedikit, menutup kesan koyak itu. Seluar pula dibutangkan semula. Pandangan dialihkan ke wajah pula, matanya serta-merta jadi berkaca.

“Leh, bangun Leh. Please…” Solehah kaku. Amir tak putus asa, rerambut yang melekat di pipi Solehah dikuis lembut sebelum pipi gadis itu diusap perlahan. “Tolong Leh… kau tau aku sayang kau. Jangan buat macam ni.” Melihat Solehah yang masih tak bereaksi, setitis air matanya jatuh.

Tangannya diletak di belakang kepala solehah. Diangkat perlahan-lahan kepala itu. Jemarinya dimainkan di wajah gadis itu yang tampak tenang tidur. Mengusap-usap keningnya. Lalu ibu jari dibawa ke mata pula. Dan akhirnya, mendarat di bibir yang hanya dicalit lipbalm itu. Entah kenapa, rasa macam...

Lantas, lambat-lambat bibir Solehah dikucup. “Aku sayang kau Leh…” Sekali lagi, bibir yang masih suci seminit lalu itu dikucup. “Please bangun...” lagi sekali bibir Solehah menjadi mangsa nafsunya. Terlupa terus akan dosa pahala ajaran agama.

Sepuluh... dua puluh hingga tiga puluh saat berlalu, tiada tanda-tanda bibir nak dilarikan hinggalah akhirnya terasa pergerakan pada tubuh itu. Cepat-cepat Amir menjarakkan wajahnya. Kepala Solehah didaratkan berhati-hati. Dia cuba beriak selamba.

Solehah membuka mata dengan muka berkerut. Mungkin masih fobia dengan tamparan maut tadi. Di depan mata, Amir cuba mengukir senyum memandangnya. Automatic badan Amir ditarik ke dalam pelukan tanpa mempedulikan diri yang jatuh berbaring semula. Dia menangis perlahan. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. “Tolong aku jat…”

Amir yang awalnya kaget cuba menenangkannya. “Shyy, aku kat sini… jangan takut…” pujuknya sambil cuba menyeimbangkan badan. “Jangan takut. Kan aku ada…” Badan yang kini sedang menindih badan Solehah akibat ditarik tadi cuba diusahakan untuk bangun.

“Aku takut… mana dia Jat… Along…”

“Dia dah tak de… jangan takut… jangan nangis… kan aku ada…” perlahan Amir membisik ke telinga Solehah. Tangannya mengusap belakang Solehah. Kepala yang tersembam di dadanya itu pula dikucup lembut. “Aku ada…” ulangnya lagi.

Solehah menggeleng-geleng. “Aku benci dia Jat... dia sentuh aku. Aku benci dia...” tangisnya perlahan.

“Tak... dia tak sentuh pun... aku ada ni.” 

Damai terasa bila dalam pelukan begitu, Solehah mengeratkan pelukan. Dan Amir membalas dengan membelai lembut rambutnya. “Jangan takut, I’m here… aku takkan ke mana-mana. Aku takkan tinggalkan kau.”

 Ya Allah. Solehah tersedar. Dia beristighfar panjang. Lantas badan Amir ditolak kuat.  Ternyata baju Amir dah basah dengan air matanya. Ya Allah… apa O-leh buat ni… “Sorry Jat, aku, aku tak sengaja…” Semakin laju air matanya mengalir. 

 Amir tersenyum tawar. Kantoi sudah. “Jom balik.” Ujarnya sambil berlalu mengambil tong minyak tadi untuk diisi ke dalam tangki. Sedaya mungkin dielak dari melihat wajah Solehah. Pipi merah akibat tamparan si bangsat tadi… bukan! Bukan sebab tu, tapi bila tengok bibir yang basah dek perbuatan dia tadi… kesal tiba-tiba.

“Tudung aku mana?” terpaksa juga Amir menoleh pada Solehah yang sibuk mencari tudung di kiri kanan dengan tangan sedaya mungkin menutup dada yang terdedah.

“Hmm?” lagi mau tanya.

“Tudung aku.” Soalan diulang. Keadaan mereka sama, saling mengelak dari tengok muka masing-masing. 

 “Tak tau mana mamat tu campak.” Amir membuka pintu kereta dan tangan bagai mencari-cari sesuatu di dalamnya. “Ni,” akhirnya dia mengunjuk sesuatu. “Pakai ni dulu.”

 Solehah menyambut sweater Polo yang dihulur. Zip ditarik ke atas dan penutup kepala diketat dengan tali. 

 Amir menjeling Solehah di seat penumpang lewat ekor mata. Bibirnya spontan mengukir senyum senang. Lehernya terlindung, seurat rambut pun tak de chance nak menjenguk keluar. That’s why aku sayang kau leh…
===========================
“Jat…” dia bersuara dalam serak. “Sorry tadi, aku tak sengaja. Betul-betul tak sengaja.”    

Amir gelak kecil. Buat-buat gelak, menceriakan suasana. “Kau quote ayat aku tuh.”

“Tak, seriously. Aku tak de niat pun nak ambik kesempatan. Aku… tu memang habit aku.” Pandangan dilempar ke luar tingkap kereta.

Amir tersenyum tawar. Aku suka Leh… “Dah la, kau tak sengaja kan? Aku tak marah.” Tangannya bergerak mahu menukar gear. “Tapi aku suka…”

Kepala Solehah terteleng ke sebelah, memandang Amir yang cuma menarik senyum segaris bila sedar diri diperhati.

“Aku suka bila kau sebut nama aku tadi.” Dia membetulkan. “Dalam tak sengaja, dalam takut, dalam panic macam tadi, sempat jugak kau ingat aku. Aku suka jadi antara orang yang akan kau sebut tak kira bila kau susah or senang. Aku nak tersenarai dalam list tu. Tak kisah even though nama aku tercorot sekali pun…” tenang dia menuturkan dengan mata tetap difokus pada pemanduan.

Dada dah rasa senak. Namun dicubanya berlagak tenang, setenang Amir. “Kau tau aku bukan jenis kacang lupakan kulit kan? Friendship last and can never dies… takkan senang-senang aku nak lupakan korang semua.”

Kau tak paham Leh… I want more. Akhirnya mereka sama-sama mengunci mulut. Membiarkan kesepian mengisi suasana. Amir memutar volume radio, mengharapkan deejay menceriakan suasana.

“Kau nak ke mana? Bukan balik terus ke?” soalnya bila Amir dah selamat memarkir keretanya di lot parking One Utama.

“Kau nak balik pakai macam ni? Tak takut kena kaunseling dengan Paan?”

Ouh. Solehah mengangguk perlahan. “Then?”

 Pintu kereta dibuka, “tunggu sini. Aku cari baju kau.”

 Dia angguk mengerti. Gila. Cari baju tempat macam ni… kopak la duit aku. Sempat lagi dia berbisik dalam hati yang rawan.
===========================
 Cecair jernih yang mengalir dikesat dengan tangan bila Amir muncul di sebelahnya. Amir merenungnya, takkan tak habis leleh lagi. Dua paper bag dihulurkan.

 Solehah memeriksa isinya: blouse pink dengan tudung putih. Hm… tengok jenis kain pun dah tau jenis mahal punya. Belum pakai lagi ni. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu di sebalik blouse pink tu, serta-merta pandangannya menghadap muka Amir. Tajam. 

 “Asal?” Amir tayang muka suci.

 “Kau nak aku pakai benda ni?” soalnya keras. Gaun tidur bertali halus ditunjuk. Memanglah designnya cute, cute gila. Tapi seksa mata memandang dowh! Gila. Depan along pun haram aku nak pakai macam ni.

 “Eh,” Amir terkejut. “Tak!” Gaun itu dirampas. “Yang ni aku nak bagi orang. Kau ambik yang satu lagi tu.” 

 Solehah berubah riak, “bagi sape?”

 “Somebody.” Ringkas dan padat Amir menjawab.

 Solehah mendengus. Malas nak layan. Dia keluar mencari tandas awam, sebentar kemudian dia kembali dengan blouse pink di tubuh. Tali blouse diikat ke belakang. Sewaktu pintu kereta ditutup, Amir dah tersenyum sendiri. Sweet je O-leh pakai macam ni. Nampak sikit gaya anak bongsu… kalah Oyiez macam ni. 

 “Jat…” Solehah memandangnya setelah seat belt dikenakan. Berkerut dahinya bila Amir dok terseyum simpul merenungnya, “hello…?” tangannya dilambai tepat di depan muka. “Jat?”

Amir tersentak, “pehal?”         

 “Kau… ada kerja tak?” 

Kening dah terangkat sebelah. Biar betul? Tak pernah-pernahnya dia bagi soalan macam tu. Biasanya aku la yang sibuk mengajak. “No. Office hour dah lama tamat. Why?”

“Aku… kalau free la… boleh tak… err…”

“Kau nak apa sebenarnya? Sejak bila kau takut kat aku ni?” Amir dah tergelak.

“Aku ingat kita tak payah balik lagi boleh tak?”

 “Then nak ke mana?”

Solehah angkat bahu. “Tak payah ke mana pun tak pe. Aku just nak relax dulu. Nanti jap-jap agi baru balik. Kau tak marah kan?” 

 Amir melihat jam di tangan. 6 petang. Ni boleh kira lewat ke? “Dah solat?”

Solehah angguk. 

 “Okay.” Amir membuka pintu kereta nak melangkah keluar.

 “Nak ke mana?” cepat Solehah menyoal.

 “Tadi cakap tak nak balik lagi? Jom la keluar.”

 “Aku duduk dalam kereta je kot. Just nak relax.” Amir angguk mengerti.
==========================
Amir bersila di seat pemandu sambil menghadap Solehah yang menyandar di seatnya. Mata merenung jauh ke depan. Kosong. Kenapa Amir cakap kosong? Sebab kat depan tu cuma tempat parking kereta yang dah kosong. Dari tadi macam ni la Solehah, menyandar dan merenung. Langsung tak hiraukan Amir yang tak letih merenungnya sejak setengah jam lalu.

 “Leh...” baru je amir ingin bersuara, cepat-cepat Solehah memintas. 

“Jat, please. Sound too rude, tapi serious, aku kena bersendirian.”

Amir mengangkat kening sebelah. Way to thank me uh? Dia buat muka minta explanation.

Please... aku takut, aku takut terlepas laku lagi.”

Oh! “okey.” Amir keluar dari kereta menuju ke pintu masuk One Utama. Solehah menghantar langkahnya dengan pandangan mata. Aku tau kau understanding Jat... lima minit kemudian, pipi kembali basah. 

Ya Allah... apa aku dah buat? Menyesal. Kenapa peluk Izzat? Mana hilang limit kau O-leh? Bila Amir sentuh bahu, kau marah. Sedangkan tu tak sampai separuh dari kes peluk ni. Ni kali pertama kau peluk boy ajnabi. Abah dengan Along pun entah zaman bila kau pernah peluk. Terlalu lama sampai kau tak boleh nak lupa.

 Kepala digeleng-geleng. Aku tak salah. Aku tak sengaja. 

 Hahaha! Terasa diri diejek.  Tak sengaja? Dalam peluk, dalam sedih, dalam takut, nama dia yang kau sebut Leh... tu tak sengaja namanya? 

Tak... aku tak salah. Aku tak tau kenapa aku sebut nama Izzat...

Habis macam mana dengan mimpi tu?

Argh!!! Wajah diraup kusut. Teringat mimpinya waktu pengsan tadi. Kenapa boleh mimpi macam tu? Aku dengan Izzat...

 Admit it solehah, kau sengaja. Kau memang nak peluk dia. Kau memang nak dia kiss kau.

 Ya Allah... aku cakap tak!!! Takkan pernah aku mintak lelaki ajnabi buat macam tu kat aku! Aku peluk dia sebab... sebab...

 Jawab la. Kenapa? No answer? Obviously. Kalau la Along, Angah, Ibu, Abah tau benda ni...

 Tolong hambaMu ini ya Allah. Jangan sampai diorang tau. O-leh takut.

“Ehem!” Solehah tersentak. Amir dah kembali ke posisinya dengan sengih di bibir. Di tangannya membawa satu teddy violet yang sederhana besar. Setinggi haikal yang usianya tujuh tahun. Tengok dari colour tu macam tau je nak buat apa tengan the teddy... Pintu Honda CRV dilock sebelum badannya dibawa bersandar di pintu itu. Kini menghadap Solehah...

 Ya Allah. Buruk siku ke kalau O-leh tarik balik pujian tadi? Izzat memang payah paham!

 “Sudah-sudah la lelehnya. Ni, gerenti tak terlepas laku.” Teddy bear tadi diletak atas ribaan Solehah. 

Aku dah agak. “Abah tak bank in lagi la duit bulan ni... sewa rumah pun tak langsai lagi. Baju dengan tudung ni pun ntah bila aku bayar.”

Amir pamer muka tak puas hati. Dia ingat taik hidung aku macam garam dalam laut merah tu ke... “Aku ikhlas. Tak payah bayar okey?”

“Aku tak nak orang kata aku pisau cukur.” Tegas dalam perlahan suaranya.

“Okey, senang cerita kau anggap je aku beli ni kat bundle. Plus aku pakai duit gaji sendiri la... bukan duit mama or papa. Jangan risau.”

Lama Solehah merenung teddy bear di atas riba. Akhirnya, teddy ditarik ke dalam pelukan. Semakin lama semakin erat. 

Amir menggeleng-geleng melihat kondisinya. “Leh, it’s okey to cry. Tapi tak baik pendam sensorang.”

Solehah tetap sama. Menangis. “Aku rasa macam...” akhirnya dia bersuara dalam muka diselindung teddy bear. “Aku ni kotor sangat.” Muka disembunyikan di sebalik teddy, malu bila perkataan ‘kotor’ disebut. Aku kotor...

Amir mengucap panjang. “Apa kau cakap ni? Mamat tu tak sempat buat apa-apa Leh, jangan risau.”

Kepala digeleng-geleng. “Bukan... bukan pasal tu...”

Then?”

“Aku...” ayat terjeda seketika. Kusut. Tak tau nak cakap apa. “Jat... sorry jat,” akhirnya. “Aku tatau macam mana aku boleh buat macam tu tadi. Entah mana limit aku, tak de niat sikit pun nak ambik kesempatan. Sorry and sorry, tolonglah jangan marah aku... betul aku tak sengaja... aku tak tipu...” semakin laju pula air mata mengalir.

It’s okey la... kau tak sengaja kan...”

“Masa pengsan tadi, aku mimpi.”

Dada Amir tiba-tiba terasa sesak mendengar perkataan itu. “Tak tau macam mana aku boleh mimpi macam tu... aku tak pernah imagine pun benda macam tu sebelum ni... aku takut... aku mimpi kita, aku dengan kau Jat...” Teddy dipeluk semakin erat. “Ya Allah... aku kotor... O-leh kotor...”

Perlahan-lahan Amir membetulkan posisi badan, tidak lagi bersandar di pintu. Tidak lagi menghadap Solehah. Malu. Takut. Kesal. Aku dah khianat kau lleh, aku gagal control diri aku...  aku takkan buat kalau tau kau sedih sampai macam ni... “Leh...”

Solehah menoleh bila mendengar panggilan sayu dari sebelah.

Sorry.” Ringkas. Kedua-dua belah tangan memegang stereng, mencari kekuatan.

Sorry? Kenapa?”

Everything. Kalau aku isi minyak awal-awal... mamat tu takkan sampai. Kalau aku cepat sampai, kau takkan pengsan. Kalau aku mengelak, kau takkan terpeluk aku.” Kalau aku kuat iman, takkan bibir kau jadi mangsa...

“Jat, promise aku. Jangan heboh. Aku tak nak diorang tau...”

Amir senyum tawar. “just two of us, it’s our secret.”

Solehah diam. Akhirnya dia menyandar di seat. Mencari ketenangan. Dia menoleh bila enjin kereta dihidupkan. “nak ke mana?”

“Dah senja ni, aku hantar balik.”

Kepala digeleng laju. “Tak nak... aku takut nak berhadapan diorang. Aku rasa macam aku dah khianat dorang.”

Amir menoleh seketika, kening diangkat sebelah. “Then kau nak bermalam kat sini? Dengan aku? Tak takut?”

“Kau takkan buat benda pelik kan? Kau tak jahat kan...” fikiran dah jadi tak rasional.

Aku tak jahat, nafsu aku yang buat aku jahat. Jangan buat aku rasa bersalah, Yang. “Jangan nak mengarut. Aku hantar balik. Sekarang nak jumpa yang macam malaikat bukan senang...” tegas dia memutuskan.

==>> sorry. a bit kotor. =( dah cuba edit, tp part tut-tut mmg xleh buang. ganggu jalan cerita. huhu.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

23 comments:

  1. xde kotor mna pun
    biase jer..
    cite best ni

    ReplyDelete
  2. huhu...izzat...nseb kau smpai cpat...haihh..
    best2...=D

    -KSJ-

    ReplyDelete