Cerita Antara Kita 1

by 10:48 PM 1 komen


Bab 1
                Kalau dia kata empat bulan yang sedang dia alami ini merupakan cuti yang sangat ‘best tak terkata’, mesti akan ada yang angkat kedua-dua belah kening dan sengih sinis kan? Well, cuba tampil ke depan siapa yang tak suka cuti, kan? Tapi, kalau kata cuti semester empat bulan yang dia sedang nikmati, malah hampir saja tamat tak lama lagi ni merupakan cuti yang sangat dia syukuri berbanding cuti-cuti lepas, barulah ada yang tertanya-tanya apa sebabnya, kan? 

                Dalam empat bulan ini, dia ditemukan semula dengan Raiqal dan mama. Dua orang ahli keluarga yang jelas sangat tidak lengkap hidup dia dan papa kalau tanpa mereka.

                Bagaimana? Susah nak diperincikan satu per satu. Cukuplah bila kata, laman muka buku tu ada jugak jasanya buat dia sekeluarga. Nampaknya dia kena belajar menghargai ciptaan kreatif Mark Zuckerbergh tu instead of memandangnya cuma pakai ekor mata saja, seperti sebelum-sebelum ini.

                Ceritanya, panjang...

Suatu hari, Fira ke tandas tanpa log out facebooknya. Waktu itu, Fira sedang tengok wall rakan dia yang entah siapa namanya. Ops, bukan Raina menggeledah! Tapi memandangkan Fira log in facebook itu di  laptopnya, dan dia pula hari itu tergerak hati nak log in facebooknya yang dah berzaman tak dijenguk tu, maka Raina hadapkan juga muka ni di skrin laptop itu. Tapi, entah macam mana, punyalah besar skrin ASUS tu, mata ni lebih memilih untuk hinggap di ruang yang tercorot dalam wall rakan Fira tu. Matanya hinggap pada ruang ‘friend’. Dan ternyata, apa yang dia nampak, menyentakkan hatinya sendiri.

                Raiqal!

                Iyalah. Bukan adik dia saja yang ada nama tu, dia tahu itu. Tapi itu...

                Raiqal Ammar!

                Tak cukup dengan itu, ditambahkan lagi nama papa di belakangnya. RAIQAL AMMAR RAFIZI jadinya! Maka bermula dari situlah semuanya.

                Dan sekarang, Raiqal di sini. Di depan mata Raina sendiri.

                Entah apa perasaannya sekarang ni. Gembira? Mungkin. Teruja? Lagilah, siapa yang tak teruja bila mengenangkan dia akan duduk serumah dengan si adik buat pertama kali setelah hampir berbelas tahun tak bertemu mata. Hari tu pun, bila Raina ke Kelantan dengan izin papa untuk bertemu mata dengan mama dan Raiqal, tidaklah sampai menghabiskan cuti di sana. Papa yang berkeras melarang. Kata Papa, nak bertemu mata, papa izinkan. Tapi menghabiskan cuti empat bulan di negeri orang tu, no way! Raina sebagai anak, turutkan sajalah.

Tapi sebenarnya, di sebalik rasa gembira dan teruja tu, ada terselit sedikit rasa tak senang dalam hati ni. Kenapa? Entah. Nak disuarakan, tak tergamak. Rasa sangat tak patut dia sebagai kakak kandung satu mama dan satu papa ada rasa begini terhadap adik sendiri.

                Sudahnya dia angkat bahu saja. Malas nak panjangkan isu yang tak patut diberi perhatian sangat ni. “Macam mana? Suka?” Raina pandang Raiqal akhirnya. Dari tadi Raiqal cuma diam sambil mengembara ke sekeliling rumah ni. Rumah bukan luas sangat pun, tapi mata tu kalau boleh setiap inci rumah ni nak diperhati.

                Raiqal angguk perlahan sambil beg Adidas yang disandangnya sejak awal muncul di pintu rumah tadi diletak di atas katil biliknya. “Okey.” Jawabnya ringkas.

                “Okey je?” Raina kerutkan kening sambil menyilangkan tangan ke dada bersandar pada pintu biliknya.

                Raiqal senyum sebelum duduk di sebelah begnya tadi. Tilam katil yang dihiasi dengan gambar Ultraman, hero zaman dia kecil-kecil dulu itu ditepuknya perlahan. Senyum di bibir masih tersungging.  “Okey, Raiq suka. Thanks.”

                “Haa… baru betul.” Raiqal sengih puas hati. “Bilik ni sebelum ni si Fira tu yang duduk, Fira, kenal kan?”

                Raiqal pandang kakaknya itu dalam beberapa saat dengan muka kelamnya. “Fira… yang selalu Cha sebut tu?” soalnya lambat.

                “Haa… betullah tu. Dulu dia yang duduk bilik ni kalau abang Firas ada kerja luar. Tapi tak apalah, nanti kalau dia datang lagi, dia share bilik dengan aku je. Bukannya bermalam-malam pun. Cuma sekarang ni depend kat kau je lah, selesa tak bilik ni. Kalau ada masalah rogerlah.”

                Kali ni lama Raiqal merenung Raina, seolah ada yang nak disuarakan tapi tak terkeluar. Raina menunggu tapi sampai beberapa minit pun, tak ada yang keluar dari mulutnya. Sudahnya Raina biarkan saja, malas nak ambil kisah. “So how? Okey?” Raina ulang soalan sama. Nak pastikan Raiqal Ammar, adik yang dirindui itu dapat keselesaan first class di sini.

                “Oh… okey.” Raiqal jawab cepat, seolah baru tersedar. “Okey je… Raiq tak kisah bilik macam mana pun, ada ni pun dah kira bersyukur.”

                Raina senyum dan angguk beberapa kali mendengar katanya. Dia adik aku, dan aku kakaknya. Tapi tak tahu kenapa, mendengar tutur katanya, melihat gaya sopannya, seolah ada perbezaan yang sangat ketara antara kami. Raina senyum hambar mengenangkan hal itu. Mesti sejuk hati mama membesarkan Raiq…

                “So… esok, pendaftaran pukul berapa?” Raina menyoal lagi.

                Raiqal yang baru saja nak berbaring menelentang tu pandangnya semula. “Pendaftaran?”

                Raina angkat sebelah kening mendengar soalannya. Takkan baru sehari sampai dah lupa niat asal kot? “Ha’ah. Pendaftaran. Bukan esok ke?”

                “Oh… pendaftaran.” Raiqal angguk pula. Dalam diam dia tergelak sendiri. Aku datang sini ada sebab ke? Bukan saja-saja? Raiqal... Raiqal... excited sangat ke boleh duduk serumah dengan Cha? Correction, Kakak Cha!

“So… esok, pukul berapa?” 

                Raiqal geleng kepala. “Lusa baru pendaftaran. Esok tak ada hal apa pun. Saja mama suruh datang awal, takut ada yang tak siap lagi senang, ada masa nak siapkan. Tak nak kalut-kalut.”

                “Oh…” Raina tersenyum hambar mendengar katanya. “Caring betul mama dekat kau kan.”

                Raiqal yang baru saja mengeluarkan isi-isi kecil dari dalam backpack sebelum diletakkan di atas meja lampu di sebelah katilnya mendongak. Dalam tiga saat dia ikut senyum. “Kalau tiba turn Cha pun mama akan caring macam tu jugak. Sila-silap mengalahkan Raiq lagi.”

                Yeah right. Raina julingkan mata tanpa sedar. “Haa... satu lagi, LC dekat luar tu, pakai untuk pergi kelas. Maksudnya, no need nak naik bas or teksi segala la.”

                Dalam tak sedar Raiqal tersengih. Dah namanya pun LC, motosikal, nak pakai buat apa lagi? Mula-mula dia tercegat kat luar pintu rumah ni tadi lagi dah boleh agak sebuah motosikal yang tersadai kat luar tu diguna untuk bergerak ke mana-mana. Tapi, transport yang satu lagi tu dia musykil sikit... “Kenderaan Ali Baba kat luar tu Cha punya ke?”

                Terangkat kening Raina. “Amboi kau... tu basikal berjasa tau tak? Aku pakai time malas nak pergi isi minyak. So lepas ni, aku bonceng kat belakang ajelah eh bila ke kelas.”

                Raiqal cuma mengangguk. “Esok Cha ada hal ke? Kalau tak ada hal Raiq ingat nak mintak Cha bawak Raiq pergi kafe tu.” Raiqal tukar topik.

                “Kafe mana?”

                “Alah… yang Cha selalu sebut tauke dia tu. Apa nama dia? Rifqi?” Raiqal sengih. Sengih mengusik!

                Sekali lagi, Raina julingkan mata ke langit. Gaya juling cover perasaan tu. “Mana. Aku yang selalu sebut ke kau yang memandai tebak?”

                “Samalah tu. Kalau 24 jam berkepit phone dengan orang tu mana orang tak menebak…” Rifqilah tu kan, orang kedua yang Cha call semasa di Kelantan tempoh hari, bercerita tentang dia dan mama. Orang pertama, semestinya Fira, sahabat dunia akhirat tu, bak kata Rainalah. Tapi papa, tak tahu jadi orang keberapa yang Cha call untuk sampaikan berita gembira tu.

                “Menjawab.” Sepatah Raina membalas.

                Raiqal sengih cuma. “Kira jadilah ek. Raiq ingat nak test makanan kat situ, kalau kena dengan tekak, kira jadi regular customer kat situ ajelah. Malas nak cari kedai lain.”

                “InyaAllah.” Jawab Raina ringkas. Heh, tak payah ‘kalau kena dengan tekak’, makanan kat situ, memang sangat kena dengan tekak sesiapa pun jua! Baru nak berlalu keluar, namanya diseru lagi. Dia berpaling dan angkat sebelah kening, bertanya.

                “Sewa rumah ni, kira macam mana?” soal Raiqal. Sejak awal Raina bagi cadangan untuk tinggal sebumbung di rumah sewa ini lagi sebenarnya dia tertanya-tanya tentang sewa bagai ni. Kalau sampai kopak duit yang mama bagi untuk bulan pertama ni lagi, nayalah.

                “Oh… itu, don’t worry, papa yang settle. Sebab tu aku lagi suka duduk sini, tak payah susah kepala nak asing duit belanja bayar rumahlah, belanja makanlah, itulah, inilah. Menyusahkan! Duduk sini, papa aje yang settlekan bayaran.”

                “Papa?” Raiqal fokus pada Raina tiba-tiba.  

                Dalam tak sedar Raina ukir senyuman melihat reaksinya itu. “Yep, papa. Papa aku, papa kau, papa kita.”

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: