Aku Mahu Hanya Kamu 29

by 12:19 AM 4 komen
 

            Noriez dan Solehah santai melepak di atas pangkin dengan kaki bersila sambil bermain batu seremban. Memang santai sungguh gayanya. Gaya macam majlis yang penuh dengan meriah tu langsung tak bagi effect pada mereka.

Cute la diorang ni Kak O-leh...” Noriez mengutip batu seremban lalu dilambung semula sambil mengerling kanak-kanak itu. Tercuit hati bila melihat aksi kanak-kanak ribena di depan mata yang sibuk main masak-masak.

Kalau dia sendiri nak main macam tu memang haramlah. Masa kecik dulu pun siapa je cousin yang rapat dengan dia. Dah memang umi cuma ada dua orag adik-beradik. Amir aje la yang sanggup layan dia. Adik-beradik ayah pulak memang menetap di negeri lain, jarang sangat boleh balik. Untung je Farhan nikah hari ni ada yang boleh datang.

            “Tengok la pulak cousinnya...” Solehah sengih, buat muka cute. Pandangan turut dilemparkan ke tempat sama. Yaya dan Jaja, dua sepupu sebaya iaitu tujuh tahun yang rapat sejak kecil, lain mak lain bapak. Awan pulak, adik Yaya yang muda dua tahun dari kakaknya. Dan Akih, sepupu perempuan yang paling muda dengan gaya lelaki. Bila digelar tomboy, marah. Katanya tomboy tu golongan dilaknat sebab menukar fitrah kejadian. Pandai pulak tazkirah dengan usia 3 tahun tu, tapi apa lagi yang nak dipanggil kalau dah tak boleh berpisah langsung dengan t-shirt Ben10nya tu. Masa hari raya pulak, sibuk nak pakai baju melayu, sama dengan baju Awan.

Seorang hiris daun, seorang kacau tempurung, seorang pembukus, dan seorang pembeli. Cukup-cukup korum. Kalau ada Ayo, adik bongsu kepada Yaya dan Awan mesti lagi happening.

            Hmm... nasiblah. Orang lain kakak kahwin kena jadi pengapit, aku ditugaskan jadi babysitter tak bergaji. Tak patut... dari jauh ternampak lagi seorang-dua jurukamera dari akhbar entah apa sedang menjalankan tugas.

Solehah senyum lagi. Macam tak percaya je pemain bola idaman aku yang selama ni siap dalam frame tepi katil pun ada gambar dia, tapi sekarang dah selamat jadi suami angah dalam sekali lafaz. Bukan kes jealous ke apa, tapi tang ‘abang ipar’ tu macam susah nak percaya. Sebelum ni nak dapat title ‘kawan kepada Paan’ pun macam tak prnah ada dalam mimpi pun.

            “Leh!” Asyraf menghampiri pangkin yang mereka duduki.

            Solehah mendongak sebelum tersengih. “Tak menyibuk depan kamera ke? Boleh masuk paper.”

            Asyraf tak menjawab. Jeling pun tidak. Mata tiba-tiba fokus memandang gadis seorang lagi yang dah memerah mukanya. Solehah sengih lagi, “weh, Paan mana?”

            “Tengah layan wartawan...” mata masih tak dialihkan. Penghijrahan. Positif. I like.

            Asyraf menoleh bila sebiji batu seremban hampir terlanggar batang hidungnya yang tak berapa mancung. “Apa dia?” kacau daun betul la...

            Mak aih. Dia yang panggil aku, aku pulak kena marah? Sekeh kang. Yang kau tenung-tenung anak dara orang tu pesal? Nak je rasanya bagi ayat tu, tapi ada soalan yang boleh buat mamat ni lagi gabra. “Agak-agak la wei, terjerat baru tau.”

            Asyraf berubah riak. Asyraf memandang Noriez sekilas, mintak penjelasan. Tapi Noriez mengangkat bahu.

Haha! See? Muka orang gelisah. “Tak payah nak buat muka blank tu. Nak main sorok-sorok dengan aku ye...”

“Sorok? Sorok apa?” Asyraf tetap berdalih.

“Betul kau tak nak bagi tau?”

“Bagitau apa?”

“Okey, last chance. Nak terus terang or nak aku announce kat orang ramai?” Solehah angkat kening dengan senyum jahat.

            Peluh jantan dah mula meleh di dahi Asyraf. “Hai,” Amir muncul dengan senyuman. Fuh~ lega. Walaupun dah terang-terang ‘hai’ dan senyum tu cuma untuk perempuan FBI ni. Tengok tu, mata tak habis-habis dok tengok O-leh. Tapi tak pe, lu my saver Mir!

            “Nak ngaku ke tak?” sebiji lagi batu seremban melewati mukanya. Solehah terus memandangnya tanpa respon akan kehadiran Amir yang dah mendaratkan punggung tak jauh dari portnya.

            Asyraf gelak halus, “ngaku apa? Cakap apa? Cuba straight sikit. Main ayat balaghah macam ni mana aku nak paham.”

            “Oo... tak paham ye. Tak pe, nampak gaya kita kena panggil wali kedua Oyiez sendiri.” Mata melilau sekeliling mencari kelibat Farhan. Ha! Tu dia. Tengah bergelak sakan dengan angah, melayan tetamu yang mengusik. Dia menghela nafas, mengumpul kekuatan.“Far...!!”

            “Wait!! Aku ngaku!”

            “Ow, ow. Chop. Aku tak paham. Mengaku apa ni?” Amir pasang muka blur.

            “Acap... dengan Oyiez...” Noriez menjawab perlahan sambil tundukkan kepalanya bila Solehah langsung tak tunjuk gaya nak menjawab soalan Amir.

            Amir dah ternganga. “Biar betul korang? Cap?”

            “Apa dia...” Asyraf menjawab malas. “Sibuk aje la korang.” Dia menggumam kecil.

            “Tu la... lain kali try la nak main nyorok-nyorok dengan aku. Nasib baik aku tak heboh satu majlis. Dua-dua senget. Bukan nak cerita apa-apa...” Solehah membebel panjang. Saja. Kalau dia di tempat Noriez pun, la nak heboh-heboh? Mencemar duli.

            Sorry la Kak O-leh,” Noriez membalas dalam malu. “Tapi kitorang bukan declare apa-apa pun? Ha! Kan?” dia memandang Asyraf minta sokongan. Berubah nada suaranya bila dah jumpa pembelaan bagi diri sendiri.

Betul apa. Masa Asyraf datang jenguk Kak O-leh demam hari tu, memang dia ada bercakap dengan Oyiez kat dapur. Tak ada la dengan ayat ‘I love you’ tu. Rosak imej cool tu! Memang bercakap pasal hati ke hati. Face to face lagi. Tapi bercakap dengan lepak atas kaunter dapur dan kaki terjuntai ke bawah tu tak ke santai gayanya? Dengan Noriez yang sibuk mengacau air dalam jag. Takde aura hati ke hati  langsung.

Dan Acap bukanlah bangang sangat sampai nak keluar ayat ‘kita couple?’. Erh... aku baru 17 tahun kot. Ececeh bukan nak cakap 17 tahun tu muda gila-gila, tapi usia tu tak ramai yang boleh fikir rasional bab-bab ni. Ramai yang ‘kita couple’ dan lepas tu senang-senang ‘kita clash’.

So endingnya, Noriez cuma cakap “Masa Oyiez panjang lagi kan? Can we just drop the subject buat masa sekarang ni. Oyiez tak rasa Oyiez cukup besar untuk semua ni.” Ayat berlapik kepada ‘Oyiez pun SAYXXX Acap..’ Malu you! Lagipun takkan nak tiru aksi Kak O-leh dengan Abang Amir yang tak declare apa-apa pun dah macam-macam drama jadinya.

“Hmm...” jawab Asyraf ringkas sambil kepala dianggukkan.

Amir menghela nafas. Syukur. Selama ni dia tak hundred percent yakin yang diorang- Solehah dan so-called teman tapi mesranya, ni cuma BFF. Mesti ada mana-mana satu yang sangkut. Wuisy! Jahatnya otak. Kawan sendiri tuh. Bukan apa, otak ni bukannya boleh set jadi baik setiap masa kan? Buatnya betul Acap suka kat O-leh, tak ke naya. Nak bantah terus? Kawan tuh. Nak ‘let go’, euh... Makan hati berulam jantunglah. Tapi sekarang... relieved.

“Cap,” panggil Solehah tetiba. “Kau panggil aku tadi kenapa?”

“Owh!” Asyraf menepuk dahi. “Cikgu Ariffin datang.”

Ayatnya seringkas mungkin tapi tetap bikin wajah Solehah berubah riak. “Then what? Angah tu one of murid kesayangan dia, mesti dia datang...”

            Asyraf menggeleng-geleng. “At least mintak ampun la wei... mintak berkat sikit. Tinggal dua semester je lagi, tak pasal-pasal melayang jubah grad yang kau berangan tu.”

            “Kan dulu dah mintak maaf,” balas Solehah perlahan.

             “Penyu dalam sampan pulak budak ni...masa mintak ampun dulu kan Cikgu Ariffin tak ada.”

            Solehah diam.

            “Pergi la mintak ampun sikit. Tau la dosa tak besar. Tapi buatnya dia tak berkat?”

            Masih diam.

            “Degil la kau ni. Tak malu kat orang la dengan umur besar panjang still layan perangai keras kepala tu.”

            Solehah mendengus. Dijeling kiri kanan. Noriez dan mamat tu. Tengah tunggu babak seterusnya. Erh... memang malu. Tak makan saman. “Kat mana?” kakinya mula memijak tanah.

            Wallamak Cap... tabik aku. Amir tergelak kecil, cuba hilangkan rasa jealous. O-leh ni dengar sangat kalau Acap yang suruh. Mengalah jugak akhirnya...

            “Kat mana?” keras dia bertanya lagi bila dengar suara gelak tu.

            “Owh, tengah makan rasanya.” Asyraf duduk di tempat Solehah tadi.

            “Mangkuk betul kau. Yang landing kat sini lagi apa kes? Tadi bukan main suruh pergi.”

            “Lor...” kening Asyraf berlapis. “Pergi je la.”

            Solehah buat muka seposen. “Aku mana berani pergi sorang-sorang. Teman la wei...”

            Asyraf menggeleng-geleng, Tanda ‘tak mahu’! “Aku letih.”

            “Jom, aku teman.” Amir buat muka tak malu melompat turun dari pangkin. Bersiap-sedia nak bergerak.

            “Jom la Cap... takkan kau nak biar aku berpeluh kat sana. Sampai malam ni pun aku tak keluar suara kalau macam tu.” Solehah terus minta simpati. Langsung tak bagi respon pada Amir di sebelah. Buat macam cuma tiga orang kat situ, dan Amir ni halimunan yang langsung tak payah diberi perhatian.

            Amir mendengus. Kot ya pun marah jangan la buat tak layan macam tu.

Asyraf turut mendengus. Berdrama tak sudah. Dah orang nak teman tu, tak payah la nak jual mahal. O-leh ni tak tau ke yang kaum adam ni ada ego dia yang tersendiri? Buat gaya macam tu, ingat Amir tak tercabar ego ke kawan? Lelaki tu. Sebenarnya dia sendiri tak boleh nak agak, macam mana rupa bila ego Amir tercabar. Mana taknya, selama ni dok buat perangai mengalah dengan Solehah. “Jomlah!”
===========================         
“Assalamualaikum...” 

Cikgu Ariffin yang baru aje nak menyuap nasi ke mulut menoleh. “Eh, dari mana? Dari tadi tak nampak batang hidung pun?”

Solehah tersenyum tawar. Bangga sebenarnya. Dekat lima tahun tinggalkan alam menengah, cikgu still ingat muka aku. Heh. Jangan perasan. Mana tak ingat kalau rekod disiplin tu penuh dengan warna merah? Jangan-jangan bilik disiplin tu dah lama tunggu aku jenguk. Dia tak tau aku dah tinggalkan dia... haha merepek aje memanjang. “Ada cikgu. Diorang mintak tolong jaga budak.”

“Oo...” Cikgu Ariffin mengangguk. Dia menyambung suapan yang terjeda. “Awak study kat mana sekarang?”

“UM...”

“Asyraf?”

“Sama cikgu.” Asyraf yang dari tadi diam menjawab.

“Sama? Wah, kuat betul jodoh awak berdua ni ya?” dia ketawa mengusik membuatkan Solehah serba-salah. Cikgu ni sindir ke apa?

Dia berbalas pandang dengan asyraf.

Asyraf menjegil mata, dia buat muka tak nak.

Asyaf ketap bibir, dia menggeleng-geleng.

Asyraf buka mulut, buat bentuk sorry, dia garu dahi pula.

Dush... O-leh, kau memang. “Cikgu...”

“Cikgu sebenarnya kitorang nak mintak maaf.” See? Kan senang. Belum sempat habis ayat Acap dah kena potong dengan ayat yang dah macam machine gun dari tuan punya badan.

Dahi Cikgu Ariffin berkerut. “Maaf?”

“Maaf.” Solehah mengiakan. “Pasal dulu kitorang menipu cikgu. Banyak rekod merah.”

“Oh... ingat apa la.” ringkas jawapan Cikgu Ariffin.

Erk? “Cikgu... tak marah ke?”

“Ada pulak tak marah. Tapi since O-leh dah mintak maaf, okey. Cikgu maafkan.”

“Betul ke Cikgu?” senangnya?

“Iye... Cikgu pun tak ingat yang awak ada buat salah dulu. Awak ada rekod merah ke?” ketawanya pecah bila Solehah dah buat muka.

“Cikgu ni main sindir pulak... sebenarnya saya malu cikgu nak face to face mintak maaf.” Memang malu. Siapa tak malu bila kena rotan berduaan kat tengah dataran depan orang ramai atas kesalahan menipu cikgu?

Teringat pegalaman beberapa tahun dulu... bila Solehah ajak Asyraf ponteng kelas tambahan, Asyraf dalam bantahan ikut je. Tu first time bagi Asyraf buat benda tu. Biasanya ponteng kelas jek. Tapi yang first tu jugak la... maybe sebab Allah nak tunjuk yang amalan tu salah, tetiba dua nama lelaki dan perempuan tu dipanggil ke disiplin atas kesalahan apa lagi, memonteng la.

Dan masa tu, saling bantu-membantu je penyelesaiannya. Asyraf sebagai abang Solehah, dan Solehah sebagai kakak Asyraf. Dua-dua buat panggilan kat Cikgu Ariffin dan jelaskan sebab kenapa ‘adik’ masing-masing tak hadir ke kelas. Tapi, kebenaran tu dah tertera depan mata. Masa hari mesyuarat agung PIBG, bila disoal-siasat kat ibu bapa kandung masing-masing, Asyraf mana ada kakak dan Abang solehah tengah kat johor masa tu. Tak ke kantoi?

“Tak pe, cikgu paham. Dulu pun awak macam tu kan...” Cikgu Ariffin bersuara lagi  sambil sekali lagi tersengih. Sindir sungguh. “Tak bergaul sangat. Tapi mujur la, at least O-leh datang jugak mintak maaf. Ada peranan jugak la Cikgu ni...”

Solehah tersenyum lega. “Tak sangka mudah sangat nak mintak berkat...”

“Tu la kau, terlebih ‘buat drama’. Mesti kau imagine babak leleh terharu kan?” Asyraf dan Cikgu Ariffin serentak ketawa.

“Assalamualaikum cikgu...” Suara ni, macam familiar je. Mereka serentak menoleh.

“La... Amir?” Cikgu Ariffin jelas terkejut. “Baru tunjuk muka Amir ya? Dah lama menghilang tak bagi khabar... macam mana sekarang?” Teruja aksi Cikgu Ariffin bertemu murid kesayangan. Ye la kan, mamat ni mana ada buat perangai masa sekolah dulu. Getus Solehah sendirian.

“Kerja dengan Papa je cikgu... boleh la cukup-cukup makan setakat nak tampung bini sorang...” dia menjeling Solehah yang buat aksi menyampah.

“Bini? Amir dah nikah ke? Dengan siapa?”

“Nanti la majlis Amir jemput cikgu.” Jawabnya berahsia. Saja nak bagi minah tu lain-macam.

Jealous la aku tengok dorang.” Solehah berbisik perlahan tanpa sedar badan sikit lagi nak rapat dengan Asyraf.

“Ehem!” Amir tayang muka tegas. Bisik pun agak-agak la, tak payah rapat macam tu.

Solehah yang tersedar cepat-cepat betulkan duduk. Malu dowh ditengok orang. Apa punya muslimah aku ni... selalu je tak jaga limit sekarang ni.

Asyraf tergelak kecil. Marah erk? Kening diangkat sebelah. Saling bertelepati dengan Amir.

“Anana...” Cikgu Ariffin mengangkat-angkat kening. I got it.

Solehah tergelak. “Cikgu ni buat gaya orang muda la...”

“Heh apa pula buat gaya. Memang cikgu tak tua lagi. 36 tu boleh kira tua ke?” Cikgu Ariffin membela diri.

Solehah sengih. Muda memang muda. Masa sekolah dulu pun, pernah ‘ter’ jatuh hati kat Cikgu Ariffin. Cikgu yang boleh jadi cikgu disiplin dalam usia 31 tahun. Tu yang dulu acap sangat masuk bilik disiplin... sebenarnya main focus nak ‘cuci muka’ tengok muka cikgu. Tapi tak sangka pulak, dalam kehenseman muka cikgu, ada terselit sikap tegas. Fuh, masa tu terus luput nama Cikgu Ariffin dalam list ‘lelaki idaman’.

“Ni jawab soalan cikgu, kenapa Amir boleh ada kat sini?” sekali lagi kening Cikgu Ariffin diangkat-angkat.

“Lor... datang majlis la cikgu.” Selamba badak Amir menjawab.

“Tu tau la, yang kamu ni macam mana boleh tersesat ke sini? Setau cikgu kamu bukan berkawan pun dulu kan?”

Solehah tersenyum tawar. Nak jawab apa? Takdir. Ceh. Skema. Yang mamat ni senyap pesal?

“Dah la...” Cikgu Ariffin mencuci tangan. “Piya mana? Dari tadi berceloteh kat sini, tak jenguk pasangan mempelai pun.”

“Angah...” Solehah melilau sekeliling. “Entah, rasanya kat dalam rumah. Cikgu masuk je la...” Cikgu Ariffin mengangguk sambil berlalu setelah tangannya dicium dua lelaki di hadapan.


***************************

##untuk readers lama (heh), n3 ni xpernah siar pun sblom ni. ni fresh dr ladang punya. heh. enjoy reading k.


 kalau boleh, mmg ingat nak publish cepat2 je cerita ni sampai habis, byk kut cerpen yg sepatutnya published once this story tamat dibaca oleh korang, tp awal2 dah published. hekk.

tapi one day, dapat email dr satu sykt. kata yg cite ni dah lulus, tp untuk terbit, kena ikut urutan. heee. wink2. memang tuan punya email ni sendiri blur apa maksudnya,.. tp kalau ada apa2 lg, ai akan inform okaiss.


#lepas ni, ikut keadaan eh? nk post, kita post. kalau x pun, teaser akan ada kat page or fb akaun. kekadang, tuan punya cerita ni leka,. kalau ya, ingatkan yea.


##last but by no means least, komen. komen tu penambah semangat. heeeh. peace....

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. best citer ni..
    so keluar buku la kiranya kan???
    nant klu dah ada at pasaran jgn lupa gtau..
    x sabar na bli..
    btw taniah.. ada feedbacks dr syrkt tu..

    ___peace___

    ReplyDelete
  2. waaa!!
    akhirnya...!
    xsabar nk baca full story diorang...
    BTW tahniah...
    bila confirm keluar tu jgn lupa inform tau,.
    =)

    ReplyDelete
  3. asyu, hee. insyaAllah keluar. sy inform kat sini... tp tak tau bila tu... haha.
    neway thnx ya atas support.
    n, gud luck to u to0.
    ^________^
    lebar sengih tu, happy. haha.

    ReplyDelete
  4. erin, kikiki. lap air mata eden. huuu. okais2,. tggu ya. jgn jemu,.. peace. ^____^

    ReplyDelete