Cerita Antara Kita 17

by 6:40 AM 4 komen




                Dari satu rak, Raina melangkah ke satu rak seterusnya. Mata ligat mencari, tangan ikut bergerak. Mulut terkumat-kamit dari tadi dok menyebut tajuk-tajuk novel yang terpampang di depan mata. Yang mana sedap didengar, yang itulah nanti akan disambarnya. 

                “Psst,” satu suara menegurnya dari sisi.

                Cepat dia menoleh. “Eh?” keningnya diangkat sebelah melihat Nash yang sedang tersengih di sisinya. “Bila sampai?”

                Nash sengih. Badan yang tadinya terbongkok ditegakkan semula. “Dah dekat sejam dah, tercegat kat sini dari tadi.”

                Raina menjuih. “Lipatlah kau.” Komennya perlahan sebelum sebuah novel fiksyen karya Sidney Sheldon yang tersusun cantik di atas rak itu dicapainya.

                Nash menjengah. “Tell Me Your Dreams.” Tajuk yang tertera pada kulit novel itu dibacanya. “Best ke?”

                Raina menoleh sesaat, dan bila menyedari cuma dada  Nash yang bertentangan dengan mukanya kini, tubuhnya dijarakkan sedikit dari Nash. Jari telunjuk naik menggaru-garu hidung sendiri. Cover. “The New York Times Bestseller. Kau expect apa?”

                “Kalau dah bestseller tu, five star lah kot.”

                “Dah tu, tak payah tanyalah best ke tidak. Aku ni pun baru first time sentuh novel si Sheldon ni.”

                Nash mencemik. Suara orang jual mahal lagi tu... heh. “Tapi kan, instead of The New York Times bestseller, why not kau cari Malaysian’s Popular best seller punya?”

                Kening Raina bertaut seketika sebelum wajah Nash dipandangnya. “Ada ke istilah tu?”

                “Ngek.” Komen Nash sepatah sambil hujung rambut Raina ditarik perlahan. Raina menepis cepat namun dia Cuma mencemik. “Maksudnya buku terlaris kat Malaysialah. Sokong industri tempatan.”

                “Wow.” Raina tergelak kecil. “Amazing.”

                “Well,” Nash menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada. “Aku kan jenis rakyat yang...”

                “Blablabla...” anak mata Raina juling ke langit bookstore. Telinga ni tak ready lagi nak mendengar sebarang perkataan yang boleh meloyakan tekak! Ingat aku beli novel omputeh ni tanda aku tak layan novel melayu ke apa? Heh. Aku ni penyokong tegar novel melayu tahu! Tapi kadang-kadang nak beralih selera, tak salah kan? Wajah Nash dipandang sekali lagi. “Contoh?”

                “Contoh?” Nash mengulang dengan kerutan di dahi. Tak faham.

                “Contoh buku yang kau kata Malaysian’s Popular Bestseller punya tu?” terang Raina.

                “Oh...” Nash mengangguk-angguk. Lantas, dia maju beberapa tapak ke depan. Menuju ke bahagian rak novel melayu. Satu demi satu novel disentuhnya namun tak satu pun menarik perhatian. Siap mencemik dengan kepala tergeleng lagi tu. Sebelum akhirnya bibir mengukir sengih. “Ni,” sebuah novel akhirnya dicapai sebelum disua pada Raina yang setia menanti dengan novel Sidney Sheldon tadi masih di tangan.

                Kening Raina bercantum. Mak datuk tebal! Novel apa tu?

                “I Love You, Stupid!” Bagai memahami, Nash membaca judulnya.

                Dari memandang kulit novel tersebut, mata Raina naik ke wajah Nash. Erk... belum apa-apa cepat dia berkalih ke tempat lain. Batang hidung digaru lagi. Menusuk kalbu pandangan yang Nash bagi! “Er... bolehlah. Yang ni pun macam gempak je. Kerja kau tu dah settle ke?” soalnya sambil menuju ke kaunter.

                Tak menjawab soalan, Nash cuma sengih menyenget sambil kaki melangkah mengikut gerak Raina. “I love you, girl.”

                Erk... Raina memandangnya sesaat sebelum fokus pada wajah cashier muda di depannya sambil tangan menggagau isi beg, mencari purse. Nyatanya cashier itu tidak membalas pandangannya, sebaliknya menjeling-jeling pada makhluk tuhan di sebelahnya ini. Ceh... tersenyum-senyum sendiri. Menggedik aje lebih. Aku buat kompelin baru tahu! “Berapa dik?”

                “Ada member card?” halus suara cashier itu bertanya semula.

                “Tu...” mulut Raina memuncung, tanda member card sudah pun diberi. Terang-terang depan mata tu. Nampak sangat ralit buat kerja lain. Baru saja dia nak mengeluarkan duit, sekeping not RM50 disua padanya. Dia menjeling ke sisi.

                Nash sengih. “Novel Melur Jelita tu on me.”

                “Apa pulak?” Raina membantah cepat.                Kalau tentu nak belanja baik belanja semua sekali. Boleh jugak aku hulur senyum dengan ucapan terima kasih pakai suara lemak merdu ni!

                “Cepat sikit wak,” pinta Nash pada si cashier yang nampak blur di meja kaunter.

                Awak! Raina menjuling. Geli doh anak tekak ni. Keluar saja resit, cepat saja Nash mengambilnya sebelum tubuh Raina ditolak agar terus berjalan dari belakang. Menggesa.

                “Haisy, apa kau ni?”

                “Slow sangat kau ni. Kalau nak ikutkan sangat sehari ni saja habis kat dalam ni. Rimas!”

                  Raina mendengus. Dahi yang berpeluh dikesat dengan belakang tangan. Inilah malasnya keluar tengah-tengah hari buta ni. Panasnya membahang! “Kerja kau tu kat mana?”

                “Kerja?” Nash nampak blur.

                “Yeah, kerja. Kerja... kerja yang kau kata nak siapkan hari ni tu?”

                Ligat otak Nash mencerna sebelum tiba-tiba dia memetik jari. “Ohhh...” jawabnya sambils engih tersungging di hujung bibir. “Kerja tu. Haa, dah, dah settle dah pun.”

                “Lah, kalau dah settle, buat apa lagi? Balik ajelah.”

                “Eh...!”

                “Habis tu?”

                “Hm... cinema jom?”

                Mendengar cadangan Nash, mata Raina terus membuntang. Gilalah! “Cadangan lain tak ada ke?”

                “Apa masalahnya?”

                Raina tunjuk muka tak senang. Pawagam? Huh, dengan dia, memang tak serasi. Nak-nak kaum adam yang menjadi peneman, hui... impossible! Kalau Fira yang ajak, tak adalah sampai nak fikir dua tiga kali untuk kata ‘jom’ tu. “Aku tak minatlah tengok cerita senyap-senyap gitu. Aku kena ada bunyi. Karang kalau aku masuk dalam tu, pot pet kang kau jugak malu. Aku kalau tentu nak tengok wayang, hah, malam karang aku tutup semua lampu rumah tu. Bukak TV volume maximum. Baru betul...”

                “Whateverlah.”

                “So, ke mana ni?”

                Kriukk... tiba-tiba muncul satu bunyi. Cepat Raina kalih ke tepi. Memandang Nash yang tebalkan muka itu, matanya mengecil. “Kau dengar tak?”

“Dengar apa?” Nash siap sedia pasang muka pelik.

“Macam bunyi...”

Kriuukkk...

“Hah!”Jari telunjuk Raina naik ke atas. Fokus sungguh rupanya.

Akhirnya Nash sengih. “Makan jom.”

Mata Rain membuntang. “Tadi tu...”

Nash terus sengih, menghantar makna dalam senyumannya. Bagai nak kata yang soalan Raina itu tak perlukan jawapan lisan.

Tak menahan Raina tergelak besar. Plastik yang berisi dua buah novel tebal tadi dihempuk ke belakang tubuh Nash. “Tak senonohlah kau!”

 Menyeringai Nash dalam pada cuma mengelak dari terkena hempukan ganas tu. “Tangan terminator ke apa kau pakai ni Cha?”

“Jangan banyak bunyilah. Karang kebuluran kau kat sini yang nayanya aku. Nak makan kat mana ni?”

“Ada suggestion kedai yang best? Selera aku tengah besar sekarang ni.”

“Hm...” Raina berfikir-fikir. “Ada. Mi Cambo kat situ memang superb. Mi Cambo asli dari Kelantan. Yummylicious!”

Sebelah kening Nash terangkat. Kenang negeri kelahiran jugak budak ni rupanya. Dari loghat percakapan tu macam dah nak-nak hilang bunyi Kelatenya.

“Nak tak?”

“Mana?” sepatah Nash bertanya. Jangan kafe mamat tak semenggah tu sudah.

“Adalah. Kau follow aku.”

Follow? Dan-dan itu mata Nash menangkap LC biru putih di ruang parkir bookstore itu. Heh, patutlah aku volunteer nak ambil dari rumah dia menolak. Tak ada guna nampaknya helmet lebih yang aku bawak tadi. Tapi logiklah, dalam bookstore tadi duduk dekat sikit dia dah gabra semacam, nak expect dia nak membonceng motosikal dengan kau? Heh. Daniel... silap percaturan kau. “Okey.”

Melihat Raina yang pantas melangkah ke motosikalnya, dia menyeru lagi. “Yep,” Raina menyahut.

“ILY.”

“Menda?”

Sengih. “Nothing.”
 ===================================
                Keluar sahaja dari pintu klinik, Rifqi melangkah pantas menuju ke keretanya. Tak ada tempat lain yang nak dituju hari ini. Destinasi asalnya cuma klinik ini saja. Mencari bekal ubat. Semalam memang ajakannya sekadar ajak-ajak ayam saja, tapi entah bagaimana, bangun tidur pagi ni, temperature naik mendadak. Demam yang dah nak kebah semalam tiba-tiba menyerang semula.

               Melewati beberapa buah kedai di bahagian kirinya, dia cuma melihat sambil lalu saja. Tapi bila melewati sebuah kedai yang menjual hijab dan aksesori wanita, langkahnya terhenti. Tanpa melihat nama kedai, dia menapak ke dalam. Senyum yang dihulur gadis muda berseragam merah jambu di situ dibalasnya. Dalam demam ni, nak beramah-mesra memang susah. Mood hilang. Untuk tidak dituduh sombong, senyum ajelah yang dia mampu.

               “Cari apa ya bang?” ramah gadis muda itu menyapa.

               “Cari tudung.” Ringkas Rifqi menjawab sebelum dia tergelak kecil. Cuma untuk tak nampak terlalu kaku.

               “Tahu... tahu cari tudung. Setakat ni tak ada lagi yang masuk sini nak cari roti.”

Rifqi tergelak kecil. “Kalau ada yangmasuk tanyakan roti tu,suruh diorang pergi kafeabanglah. Macam-macam roti yang ada.”

“Wah, sempat lagi nak promote tu. Abang ni baker ke?”

“Tidaklah tahap baker profesional. Tapi adalah jugak sikit-sikit roti yang abang reti buat, abang buat. Yang tak reti nak buat, ambik yang orang buat aje. Nanti datanglah.”

“Ada special diskaun ke?”

“Wah... nak diskaun lagi tu. Abang jadi regular customer kat sini tak ada pulak dapat diskaun.”

“Saya lain bang, makan gaji kat sini. Kalau ni butik saya, tak agak-agak saya nak bagi diskaun pun.”

Rifqi cuma ketawa sebagai balasan. Tudung-tudung yang dipakai oleh patung-patung di hadapannya dibelek. Anak mata naik ke atas, cuba membayangkan wajah si pemakai dalam tudung di tangannya itu. Latas dia tersengih. Lawa. Sepatah itu yang muncul dalam benaknya.

“Kali ni abang nak tudung yang macam mana pulak? Selendang? Bawal? Ariani? Farida?”

               Rifqi tak menjawab. Tapi minda sibuk berfikir. Pink sudah... hijau lumut sudah... hijau muda pun sudah... biru? Pun sudah. “Hm, warna purple ada tak? Kalau boleh yang simple aje. Anggap untuk budak baru nak belajar.”

               “Purple, yang simple...” Pekerja ramah tadi mula bergerak. Jari telunjuk bermain-main di bibir sendiri. Mencari. “Purple yang macam mana tu bang? Kat sini ada banyak, depend on pemakai dia jugak. Cuba abang tengok yang ni, mana yang sesuai.” Ujarnya sambil mengeluarkan beberapa helai tudung dari dalam koleksi simpanan butik tersebut.

               Rifqi patuh. Dalam pada sibuk membelek, telefonnya berbunyi nyaring. Pantas dia meraba-raba poket jeans. Kepala diangguk sekali pada pekerja tadi. Bagai memahami, terus pekerja tadi mengukir senyum sebelum berlalu. “Hello, assalamualaikum.” Dalam serak dia menjawab.

               “Waalaikumussalam... Rif?”

               “Haa, mama. Kenapa ma?”

               “Kat klinik lagi ke?”

               “Ha’ah, baru sudah. Punyalah berjam dok beratur saja. Ambik ubatnya lima minit je.”

               “Hm, dah tu... bukan kamu seorang yang sakit.”

               Rifqi tergelak. Iyalah jugak. “Ada apa Ma?”

               “Tak ada apa. Cuma nak tanya malam ni Rif balik rumah ke tidur kat kafe?”

“Tak tahulah lagi ma. Ingat nak balik, tapi kalau tak larat... hm, tengok keadaanlah Ma. Kenapa?”

“Mama ingat malam ni nak buat makan-makan sikit. Tapi kalau Rif tak balik, Mama tangguh esok-esok aje.”

“Eh, kalau macam tu Rif baliklah malam ni. Tak payah sampai nak tangguh.”

“Tak adalah, bukan ada siapkan apa pun lagi. Plan aje dulu. Kalau jadi, jadilah. Kalau tak pun tak ada masalah.”

“Makan-makan sempena apa Ma?”

               “Hai, takkan kena ada benda baru boleh nak jamu orang makan? Kita kan dah lama tak buat kenduri kesyukuran. Rezeki yang Allah bagi tak berkurang, kita balaslah cara ni. Walaupun iya takkan terbalas, paling kurang adalah jugak manfaat rezeki kita ni kat orang lain.”

               Rifqi senyum segaris. “Hm, iyalah Ma.”

“Kira jadilah ni ya?”

“Ha, jadilah.”

“Jangan lupa ajak Ziad dengan Anis tu.”

“Iya, nanti Rif ajak diorang. Bukannya sah pun majlis tu kalau tak ada budak berdua tu kan?” Rifqi membalas. Maklum sangat dah dengan mamanya ni, kalau ada apa-apa, Ziad dan Anis tu tak pernah dilupakan.

               “Anis tu...”

               “Iya ma, iya. Nanti Rif jemput dorang.” Pintas Rifqi cepat. Bila nama Anis seorang mula meniti di bibir Mama, tanpa disertakan Ziad sekali, memang semahunya dia cuba mengelak. Petanda tak elok!

               “Haa, eloklah. Tak apalah, Mama letak dulu. Assalamualaikum.”

               “Waalaikumussalam.” Salam mamanya dijawab perlahan sebelum telefonnya disimpan semula ke dalam saku. Berpaling ke sisi, rupanya pekerja tadi sudah sedia tercegat di situ. Senyuman dihulur. “Yang ni eh dik.” Akhirnya sehelai tudung ungu muda yang dihiasi batu-batu kecil yang berkilauan di bahagian kepala menjadi pilihan. Punyalah lama membelek, tudung sesimple itu yang dipilih.

Setelah sudah, baru saja dia nak menapak keluar, dia diseru oleh suara gadis tadi. Dalam sengih dia angkat kening, bertanya. “Baki tak cukup ke?”

“Eh, tak. Abang ada kad tak? Tadi bukan main promote, takkan tak ada kad?”

“Oh!” Rifqi menepuk dahi. “Macam mana boleh lupa. Nasib baik awak remind, kalau tak abang rugi sorang customer dah. Ni kad abang, nanti datang, mesti ada diskaun punya. Bawak ramai-ramai.”

“Pasti.”

“InsyaAllah.” Rifqi perbetulkan.

“Oh, ya ya, insyaAllah.” Gadis itu sengih.

“Nama apa tadi? Karang kalau awak hantar orang lain kan tak aci pulak. Free-free aje dapat diskaun.”

“Kira.”

Rifqi mengangguk. “Kira. Okey, abang pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Dia menapak keluar dari kedai dengan senyum di bibir. Dalam kepala mula merencana sesuatu. Petang ni, tudung ni akan diberi. Malamnya, Cha akan memakainya di majlis kesyukuran di rumahnya. Membayangkan wajah Raina dengan tudung ini membaluti kepalanya, dia tersenyum sendiri. Manis.

Sampai saja di kereta, dia menekan alarm. Bersemangat sungguh hati ni. Namun baru saja kaki nak menapak ke dalam kereta, matanya menangkap bayangan seseorang di seberang jalan. Mengecil seketika matanya. Cha? Bersama... Daniel? Sedang gembira bergelak ketawa di gerai Mi Cambo di situ. Serta-merta nafas jadi tak menentu. Tanpa menunggu lebih lama, dia menghilang ke dalam perut kereta.
            
    Dan Nash yang memang menyedari kehadirannya di seberang jalan itu dari awal tersenyum sinis. Puas. 

#enjoy reading. qada' balik yg semalam.. hehhe... kalau rajin, do comment. peace.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. Rifqi kecewa ke?
    Raina ni pun satu....nape tak terus terang je dengan Rifqi kan senang....
    Kesian Rifqi....

    ReplyDelete
  2. hadoi...pening bce cite ni.sape nk jd hero ek???tp sye lg suke nash walaupon perangai die agk p0y0..hehe

    Syahira_Ira

    ReplyDelete
  3. pape pn biaq lh rifqi jer yg hero nyer...hehe

    ReplyDelete
  4. done follow sini no. 170
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete