Cerita Antara Kita 9

by 11:23 AM 3 komen
 

                Seorang sedang berlunjur kaki di atas lantai dengan belakang tubuh disandar pada sofa, menghadap laptop yang dipasang di atas Japanese table. Seorang lagi pula sedang bersila di atas sofa berbentuk L, menggoyang-goyang pensel Pilot di tangan. Kertas-kertas berterabur di atas lantai. Lagu XX dendangan XX jadi penghias suasana.

                Raiqal di muka pintu dapur tergeleng sendiri. Akhirnya dia menapak ke luar dan menyertai mereka. Dua mug berisi nescafe diletakkan di atas japanese table yang diguna Raina. Betul-betul menyebelah dengan laptop yang terpasang tu. 

                “Uit, karang tumpah mug ni kena ASUS aku kau nak ganti?”
                “Carefullah.” Senang dia menjawab.

                Fira di atas sofa memandangnya seketika sebelum melemparkan senyum kecil. “Thanks.”

                “No biggie.” Jawabnya ringkas sebelum berbaring di atas sofa yang menjadi tempat Raina bersandar dari tadi.

                Raina yang Cuma memandangnya sekali imbas tadi mula berkerut dahi melihatkan gaya santainya. Control + S ditekan serentak pada papan kekunci laptop, sebelum dia berpaling memandang Raiqal yang dah terpejam matanya tu. “Kau tak ada kerja ke?”

                Raiqal masih pejamkan matanya.

                “Hoih,”

                “Hm...”

                “Assignment tak ada ke? Santai semacam aje?”

                Raiqal buat dek.

                “Hoi...”

                Isy! Raiqal bangun akhirnya. “Nak pergilah ni! Orang nak rehatkan minda sikit pun tak boleh...” dia membebel kecil sambil menghayun kaki ke biliknya semula.

Fira cuma tertawa kecil. “Cutelah si Raiq tu...”

Jemari Raina yang baru nak aktif semula di atas keyboard terhenti sekali lagi. Spontan dia kalih ke belakang, memandang Fira yang sedang terkekeh-kekeh ketawa. “Hoih, laki kau baru tinggal kau semalam, dah semacam perangai kau ya?”

“Ala... relax la. Cute. Aku cakap dia cute. Normal apa. Kalau kau cakap dia tu abang kau, automatik aku akan tukar perkataan tu. Macho ke... handsome ke... tapi betullah, muka dia tu sedap dipandang. Orang kata muka suci.”

“Amboi memuji, aku yang kakak kandung dia ni tak pernah-pernahnya kau nak puji melambung macam tu.”

“Puji kau buat apa, dah kenal bertahun...” balas Fira sambil terus mengekek ketawa.

                Raina julingkan maa ke langit sebelum meneruskan kerja asalnya tadi.

                “Tapi kan Cha,” seru Fira terus. “Kau tak pernah pun cerita kat aku macam mana kau boleh berpisah dengan dia dulu.”

                Sekali lagi, Raina berhenti menaip. Tapi kali ni dia tak berpaling ke belakang, membalas renungan Fira. Tak tahu soalan Fira tu memerlukan jawapan yang macam mana. “Mama dengan papa aku divorced. That’s all.” Jawabnya senada. Sebab mereka bercerai, aku tak tahu.

                Fira terkedu. Spontan tangan naik menepuk dahi sendiri. Soalan tak lulus piawai! “Cha,” serunya perlahan.

                “Hm,”

                “Sorry.”

                Raina menarik nafas panjang sebelum berpaling menghadap Fira. Senyum. “Nothinglah. Kes dah berzaman pun, tak ada guna nak touching-touching bagai. Yang aku ingat, last aku dengan Raiq, dengan mama, masa aku darjah tiga. Masa tu Raiq dalam... tadika rasanya. And lepas tu, everything changed. Aku cuma dengan family Papa aje...” dia memandang Fira, yang nyatanya masih terkebil-kebil mendengar ceritanya.

                “Bersambung...” sambungnya sepatah.

                Ceh! Fira tersedar. “Hampeh.”

                Raina senyum hambar. Yep, ‘bersambung’. Apa yang masih tak diketahui...

                Kenapa mama dengan papa perlu bercerai?

                Kenapa mesti Raiq ikut mama dan aku ikut papa? Why not kami sama-sama buat rutin yang sama seperi kebanyakan anak-anak mangsa perceraian ibu bapa di Malaysia ni buat? Seminggu di rumah mama dan seminggu di rumah papa, dan begitulah seterusnya. Rasanya tu berganda lebih baik daripada aku harus membesar tanpa seorang mama dan adik. Aku percaya, Raiqal punya pendirian yang sama.

                Dan, kenapa kami mesti berpisah jauh? Raiq dan mama di Kelantan sementara aku dan papa di negeri orang ni?

                Selang lima minit, Raina mengeluh panjang. Stop it Cha, sekarang ni korang dah bersama semula. Bersyukurlah!

                Bunyi suara Taylor Swift menyentakkan Raina dari rusuhan hatinya sendiri. Spontan dia memandang Fira yang dah tersengih memandang skrin telefonnya.

                “Hello, assalamualaikum bang...” Fira menjawab sambil menapak masuk ke dalam bilik setelah bagi isyarat pada Raina.

                Ceh! Suara manja lagi tu. Raina menggeleng-geleng sendirian sambil bibir mula mengukir senyum. Turut bahagia melihat Fira bahagia. Lantas, telefonnya di belakang laptop pula dicapai. Nombor seseorang didail, sambil dia mula menggeliat lenguh.

                “Hello,” suara garau seseorang menjawab panggilannya.

                Raina tersengih sendiri. “Hai Abang Rif,”

                “Cha?” nada suara Rifqi di hujung sana kedengaran pelik. “Ada apa-apa malam-malam ni?”

                “Mana ada malam sangat pun, baru pukul 9:30.”

                “Iya, tapi ada apa?”

                “Saja, boring...” Raina menjawab selamba. Dalam hati, lain pula jawapannya. Orang rindu. Tapi nak diberi jawapan tu pada Rifqi, heh, mimpilah nak dapat respon yang menggembirakan. Jadi lebih baik dia pendamkan saja dalam hati jawapan tu.

                Di hujung sana, Rifqi tergelak sendiri. Cha... Cha... 

=======>sorry pendek. huhu. do comment kalo sudi. peace! enjoy reading!^_^

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. ala...awat x smbg part cha sembang ngan rifqi tu.....
    tiba2 rase nk tau plk,knp mama ngan papa cha cerai???

    ~Syahira_Ira~

    ReplyDelete
  2. Syahira_Ira: ;)

    NurAtiZa: thnx.. =)

    ReplyDelete