Aku Mahu Hanya Kamu 7

by 12:11 AM 0 komen


BAB 7
            “Kau kenapa Leh?” Amir merenung pelik wajah Solehah. Mereka yang turut di meja makan itu ikut memandangnya.

            “Kenapa apa?” Solehah membalas dengan nada yang tak kurang peliknya.

            “Dah tu, sengih je dari tadi?” Macamlah orang tak perasan. Dari awal masuk restoran ni tadi, sampailah sekarang, mulut tu tak lekang dengan sengih.

            “Oh,” Solehah memegang pipi sendiri yang mula memerah. “Nothing.”

            “Ek ena…” bahunya ditolak dua kawan sebiliknya, Nurul dan Auni.

            “Entah, malu-malu kucing pulak.” Cairo dan Asyraf ikut mencebik. Lain pulak tengoknya O-leh hai ni…

            “Tak de pape…” Solehah berkeras.

            “Kenapa O-leh?” Farhan mula menyampuk.

            Argh!! Kalau dah Paan join dia orang soal-siasat aku, memang cair! “Paan ni handsome ar kan?” Solehah sengih tak malu.

            Farhan yang tadinya lagi leka melayan Haikal dari mereka tersedak. Dan diikuti pula dengan Amir yang berleretan batuknya.

            “Lah, apasal pulak kau yang blushing ni Mir?” soal Auni mengundang tawa seisi meja mereka. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu. Jelas makin merahlah wajah Amir.

            “Tapi serius, memang dalam mimpi pun aku tak pernah harap tau tak dok semeja macam ni.”

            “Dah-dah la tu…” Amir mencelah. Jealous kot.

            Uh? Solehah memandangnya sebelum sekali lagi dia sengih. “Jat, hari ni aku betul-betul appreciate kau. Bukan senang nak rasa kawan baik Paan belanja weh.” Tuturnya bersahaja tanpa niat menyindir. Fresh orange dihirup perlahan.

Memang bersyukur tahap tak boleh luahkan la... orang lain yang dah berdekah-dekah ketawakan Amir tak dihiraukan. Sebelum ni nak berangan pun takut untuk saat macam ni, takut menangis tak berlagu. Siapa jangka aku boleh makan sekali dengan my hero? Argh!! Angah, kalau O-leh ada Canon, takkan O-leh lepaskan peluang bergambar hari ni. Baru Angah tau langit tinggi rendah.
            
 Amir pasang muka lagi. Cuma berterima kasih sebab aku kawan baik Paan? Huh. Dia menjeling tajam bila kaki Farhan menyepak kakinya dari bawah meja. Ni tak lain… hih. Kawan baik ke macam ni? Relax ar wei… Farhan hantar mesej melalui mata sambil sengih.

“Dah la tu,” kali ni betul-betul suara Farhan yang meredakan api cemburu Amir. “By the way, angah siapa?” Dah tak ada topic nak dibualkan, hal Lufya jugak yang disebut. Saja nak tukar topik.
            
 “Oh, my sis la. Dulu dia selalu cakap muka sebenar tak setanding muka dalam paper. Katanya, gambar selalu menipu. Tapi dah terang-terangkan, Paan memang handsome pun.”

            Farhan tersenyum tawar. Bukan tak suka dipuji… cuba cakap siapa tak suka dipuji? Cuma bila tengok muka kelat Amir tu, huu…kesian.

            “…lagi handsome dari Amir ek?” Cairo tak puas menyakat.

            Akhirnya Amir mendengus kasar. Ketawa pecah lagi.

            Tanpa sedar mereka, sepasang lagi mata lain yang memerhati mereka dari jauh. Membara jadinya hati si pemerhati melihatkan layanan seorang lelaki yang merupakan salah seorang dari mereka kepada seorang gadis itu. Akhirnya, si pemerhati mengorak langkah mendekati mereka.

            “Hoih,”

Masing-masing terkesima seketika melihat Najwa yang tegak berdiri di hadapan mereka. Bukan takut, tapi terkejut!
            
 “Wa! Jom la join. On the house tau…” beria-ria Solehah mengajak.

            Najwa bereaksi seperti mana yang dijangka, “You ni memang tak tau malu ek? Dulu I dekat dengan Asyraf, you dekat jugak. Sekarang bila I nak dekat dengan Abang Amir, you nak rembat jugak?”

            “Please. Mama aku beranak tunggal.” Cepat-cepat Amir membetulkan.

            “And excuse me cik kak… sejak bila you ‘dekat di hati’ I?”

            “Huh come on la Cap… no need to ‘i-you’ing here. You make my tekak luga walloya.” Cairo menyampuk kata-kata Asyraf.

            “Rojak kau Roll!” Mereka tergelak. Haikal pula terkebil-kebil melihat Aunty Lioness di hadapannya tu.

            Solehah menggeleng-geleng. “Wa… Wa… kalau kau berkenan sangat dekat mamat dua orang ni, ambil la. Jangan libatkan aku. Pandai-pandai la kau tackle, orang panggil uneducated namanya kalau benda macam tu pun kau nak aku ajar.”

            “Tapi aku rasa kan, kau ni tackle ke, tak tackle ke, sama banyak je. Tak de orang berkenan.” Auni pula menyimbah minyak.

            “A’ah. Bagi free pun aku tak nak.” Asyraf menyambung.

            “Wey! Kau quote ayat aku!” Amir terus menambah membuatkan Najwa menghentak kaki berlalu dari situ.

            “Ha blah. Sebelum aku bagi freekick.” Farhan menjuih. “Siapa tu? Lain macam je. Pakai baju mengalahkan mangsa tsunami Jepun.” Pakaian Najwa tadi diulang sia di minda. Hmm… tak payah describe la. Ikin meremang bulu roma je. Style minah saleh celup.

            “Budak U kitorang jugak. Tak tau camne boleh sesat kat sini. Kalau kat luar kampus memang tak payah cakap la pakaian dia.” Solehah menjawab ala-kadar.

            “Tu kitorang tau la… tiap-tiap hari suara dia je yang tergedik.” Cairo memintas.

            “Ex-schoolmate kitorang. Sama batch dengan kitorang.” Nurul menjawab.

            “A’ah. Dulu dia pernah serang O-leh bila tengok O-leh makan dengan Acap. Tak de kes lain la, dok tergilakan Acap la sejak dulu lagi.”

            “Huh! Tak de maknanya. Dulu musim aku, sekarang Amir, entah-entah esok lusa, Cairo pulak.”

“Na’uzubillah…” Cairo sengih.

Yang lain tergelak tetapi Asyraf cuma halakan matanya tepat ke wajah Solehah. Keningnya diangkat-angkat. Berdialog tanpa suara. Dan Solehah mula menunduk. Tahu apa yang nak dikatakan kawan baik yang seorang tu. Nasi Goreng Pattaya dalam pinggannya dikuis-kuis. Macam kacang lupakan kulit… kalau kat sekolah dulu apa-apa hal mesti Acap tahu.

“Ye la, orang dah ada kawan baru, bukannya ingat dengan sahabat lama ni…” Asyraf bersuara akhirnya dengan bibir menjuih sedikit.

Solehah mendongak, memandang rakan-rakan sekeliling yang mula sedar dengan keadaan mereka berdua. Wajah masing-masing mula mempamer riak muka sebelas.
            
 Soleahh garu kepala. Serba-salah!

“Pink betul hati kau Cap. Hal kecil je la…” suara Nurul melegakan Solehah.

Solehah mengangguk. Tak tahu apa yang dianggukkan. “Aku tak nak heboh la Cap, kau bukan tak tau si Wawa tu. Sejak dulu lagi anti degan aku…” dia bersuara perlahan. Hujung kain pengalas meja dtarik-tarik.

Yang lain tahan gelak. Tapi bila Asyraf sendiri dah mula pecah tawa, masing-masing bantai gelak tak ingat dunia. Siap tepuk-tepuk meja bagai. Solehah terangkat kening. Pelik.

“Kalut jugak kau Leh. No hal la, aku kidding je.” Asyraf sengih. Air mata yang mula keluar di hujung mata bahana ketawa terlalu kuat tadi diseka dengan hujung jari. Gila. Tak tahu pulak dia digeruni sampai macam tu!
            
 “Bongok la kau!” Solehah kembali bengkeng. Bikin malu orang aje. Huish. Wawa punya pasal la ni. Eh, kejap. Wawa?  “Weh… Jat! Gila handsome tahap apa la muka kau sampai boleh lagi dia ingat?”

            “Hmm… see the leg la. Dia buat sketsa langgar bahu semalam. Aku malas nak layan, pakai baju pun tak cukup kain, tak teringin aku nak tengok.” Amir mencebik.

            Tiba-tiba Haikal yang tadinya senyap cuba membuka mulut, ingin mengatakan sesuatu di luar jangkaan. Tetiba je macam ada mentol lampu menyala atas kepala dia… “Air-kal tak suka la aunty tadi. Tapi kalau Aunty O-leh Air-kal suka. Uncle Amir pun suka kan uncle?” jari telunjuk kiri dan kanan dirapatkan dengan senyuman nakal.

            Wajah Solehah berubah merah. Nurul dan Auni bertepuk tangan. Amir menggaru saraf tunjang. “A’ah ek. Kenapa aku boleh tak terfikir. So, Leh? On?” dia bersuara menutup malu.

            “No way!” Solehah menarik nafas lega mendengar suara Asyraf dan Cairo yang serentak membantah. Asyraf dan Cairo berpandangan sesama sendiri. Masing-asing pandang mereka, curiga. “Tak… maksud kitorang, kau tau sendiri la budak ni. Bukannya reti couple-couple ni. Kitorang takut bila dah couple nanti dia tak ingat yang dia ada kawan lain… asyik berkepit dengan kau.” Asyraf sengih. Habis jujur la. Wa tak nak hilang sahabat bro…

            Solehah turut sengih, “sayang jugak korang kat aku…”

            “Nuyu…” tiba-tiba satu suara menyapa. Serentak mereka berpaling. “eh, Ayie? Tadi cakap ada kerja. Buat apa kat sini?” Asyraf menyapa.

            “Aku baru balik library tadi. Singgah makan, ternampak korang. Ni yang aku datang. Mmm… Yu, jom teman aku jalan.” Nurul menggaru-garu kpala. Serba-salah dengan mereka yang lain. Tapi bila memikirkan Ayie, kesian pulak kalau ditolak. Bikin malu aje… akhirnya dia bangun sambil menarik handbagnya. “Jangan balik lagi. aku balik dengan korang.”

            Solehah mengangguk sambil turut berdiri memandang yang lain. “Tunggu aku jugak. Aku nak pergi ladies.”

            “Wait,” 

Solehah menoleh. Asyraf menunjukkan kunci LCnya, “tolong ambil helmet aku. Aku nak pasang cermin baru.” Anak kunci motosikal disambut baik.
                        #                                             #                                             #
            Jari telunjuk kirinya memutar-mutar kunci motosikal Asyraf, manakala tangan kanannya tergenggam kemas helmet Asyraf. langkahnya lenggang memasuki restoran tadi. 

            Tidak jauh di hadapannya, seorang perempuan sedang mengatur langkah laju ke arahnya. Di tangannya jelas memegang sebiji gelas yang penuh berisi air. Tanpa dipaksa, bibir Solehah mengukir senyuman nakal. 1… 2… shoot.

            Najwa melanggar bahu Solehah. Gelas ditangan yang sengaja disengetkan menumpahkan sedikit air. Niatnya agar tertumpah di atas baju musuhnya itu, tapi lain pulak yang terjadi. Solehah lebih pantas bertindak dengan menolak gelas itu ke arah yang bertentangan sekali gus membuatkan baju yang dipakai Najwa itu sedikit basah. Solehah ketawa puas dalam hati. Rasakan! Ada hati nak mandikan aku kat sini kan…

            Tiba-tiba wajahnya berubah. Rasa berdosa pula muncul bila melihat ‘aset’ Najwa agak terbentuk jelas dek kesan tumpahan itu. “Sorry.” Tu je yang terlahir di bibirnya. Takkan nak cakap tak sengaja, terang-terang tangan aku yang tolak gelas itu.

            Menyirap darah Njwa memandangnya. Sorry?! Just satu perkataan? “You dah buta ke? You mampu ke ganti balik baju I ni?!” Najwa menengkingnya. 

            Mereka yang sedang enak menjamu selera terhenti seketika. Cairo cepat-cepat bangun menuju ke ‘medan pertempuran itu’. Auni pula berubah riak melihat Cairo yang jadi begitu kalut. Cemburu menguasai diri. Mereka yang lain menggeleng-geleng kepala. 

            Solehah menjulingkan mata. Bosan. Dah keluar dah ayat-ayat watak ketiga dalam novel. ‘You mampu ke?’ erh! Boring dowh! “Kalau setakat buy one free one kat reject shop tu, tak payah la nak action sangat.” balasnya malas. Hilang terus rasa berdosanya. 

            “Berani you…

            “Apa?” kata-kata Najwa cepat dipotong Solehah. “Berani apa? Salah ke? Setahu aku kau ni memang model reject shop dari dulu lagi.” 

            Sejurus itu Cairo muncul. Solehah yang terkejut menoleh ke belakang, Auni dah menarik muka masam. Huh! This one belum settled lagi, another bala pulak muncul… “I can handle it.” Dia memberi isyarat mata agar Cairo beralih. Tanpa bayak songeh, Cairo menurut. Akur untuk sekadar menjadi pemerhati. 

            Najwa tersenyum sinis, “keliling pinggang balak you ek? Memang dasar keturunan perampas, bapak pulak memang tak cukup dengan satu. Gen perampas plus gen tamak, terhasil la zigot macam you. Keturunan tak sedar diri.”

            Berdesing telinga Solehah yang mendengar. Terasa darah menyirap di dadanya. Mujur dia bijak mengawal ekspresi. “Amboi cantiknya bahasa lu cik kak… sedangkan anak-anak ma aku pun takde nak telan panadol segala nak fikir benda tu semua, yang kau pulak menyibuk apa hal? Bapak kau tak cukup budget eh nak bayar insurans mulut kau? Kesian. Kerja apa bapak kau tu?”

            Jari telunjuk Najwa tepat dihala ke wajahnya. “Bapak-bapak jangan main!” 

            Hahaha! See? Siapa yang tak sedar diri sekarang? Solehah tersenyum. Nampak jelas senyuman yang berniat nak menyakitkan hati orang! Dan memang, hati Najwa bagai disimbah minyak masak yang mendidih di atas dapur. 

You lupa ke I pernah tarik rambut orang?” ugutan yang sengaja direka.

            “So what? Kau tahu aku pernah tumbuk perut orang pakai benda ni?” helmet di tangan digoyang-goyang. Najwa berubah raut wajahnya. Tahu yang dia tak mungkin menang. Dia mendengus sebelum berlalu pergi. “Dah, settled!” Solehah berpaling.

            Cairo merenungnya dengan muka blank. “serius kau pernah buat benda tu?”

            A’alah mamat ni… “Takkan aku nak biar je minah tu buat aku macam model syampu dove?” sebelum berlalu, dia menyambung lagi.  “Tapi serious, Izzat almost nak kena dulu.”

            Setibanya di meja makan, Auni pula mengangkat punggung berlalu sebelum sempat mereka duduk. Solehah angkat kening, buat muka innocent habis! Memang aku tak salah pun…

            Asyraf angkat bahu, “pergi la comfort. Tetiba je moody.”

            Solehah mengeluh. “Let her go, bukan Auni namanya kalau tak merajuk. Itu la orang panggil merajuk sayang.”

            Amir menjuih. “ ‘Takut hilang sahabat’. Macam tu gaya sahabat? Hm… apa orang kata, disgusting.” 

Bagaikan terkena electric shock, Solehah bangkit semula dari kerusinya mendengar kata-kata Amir.

            “Leh, kawal sikit.” Cairo cuba meredakan suasana tegang walaupun sedar dia punca sebenar. Caring tak bertempat.

            “Aku tau macam mana nak control diri sendiri.” Wajah tidak dialihkan dari merenung Amir. “Apa maksud kau?” Amir diam tidak menjawab, serba-salah pula jadinya. “Aku tanya apa maksud kau cakap macam tu?? Aku ada buat masalah ke?” Amir masih diam. Solehah mengeluh. “Aku ingat it’s the beginning of friendship kita semua. Tapi awal-awal lagi dapat detect, kita memang tak boleh jadi kawan pun. Spoilt.” Begnya disandang. “Aku blah dulu. Thanks belanja.”

 “Paan, orang blah dulu la. Cap, roll, jumpa nanti.” Dia mengatur langkah laju ke pintu keluar. Nurul yang baru sampai dan melewatinya pun tak dihiraukan. 

            “Leh! Nak ke mana?” Nurul menyapanya. 

            Langkah Solehah terhenti, “kau balik dengan acap la. Aku ada hal.” Kalau diikutkan, dia pun tak sedar sebenarnya apa yang dia cakap tu.

            “Orait.” Nurul sekadar mengangguk. Cuba memahami ada sesuatu yang tidak kena. “Angin kus-kus ke?” tanyanya sebaik sahaja punggung mencecah kerusi. 

            “Apa masalah kau Mir?” lembut nada Asyraf namun tetap mengerikan di pendengaran Amir. 

Amir mengeluh, “aku cakap sikit je. Yang dia tu nak besar-besarkan kes pehal?”

            “sikit tak sikit, kita dengar biasa la. Tapi dia tu memang pantang kalau orang cakap dia ada affair dengan siapa-siapa.” 

            “Sebenarnya… aku…” Amir mengetuk-ngetuk meja dengan jemarinya. “aku…” apa yang terbuku di hatinya di luahkan. Mereka yang mendengar bersahaja mendengarnya. Bagaikan dah tau awal-awal.

            “Sorry la, aku over action sikit.” Cairo bersuara. Mereka memandangnya minta penjelasan. “Actually, masa aku lepak dengan Pidaos hari tu, dia pesan kat aku suruh tengok-tengokkan O-leh. Aku tak boleh nak catch up maksud sebenar dia, tu yang aku kalut tadi. Nada dia berharap sangat hari tu, aku still tak paham.”

            “Pidaos?” Amir mengerutkan kening. 

            “Along si O-leh.” Asyraf menjawab bagi pihak Cairo.

            “oh… sorry la, aku pun emo tadi. Jom la balik, orang lain pun nak guna jugak meja ni.” Amir bangun akhirnya.

            “Cap…” Nurul menggaru-garu pipi dengan jari telunjuknya. 

            “Kau jangan nak goda aku pulak.” 
\
            Nurul tergelak, “kau balik dengan apa?”

            “Kau nampak helmet berjasa aku ni? Lagi mau tanya…”

            “habis tu…” 

            “Abang hantar la.” Farhan menguraikan kekusutannya. “kitorang naik kereta.” Kunci kereta diputar-putar sambil berdiri. 

Nurul ternganga. “serius?”

Farhan kerutkan kening. “iyalah. Kenapa?”

Nurul tarik sengih panjang. Aku dah boleh lawan kau O-leh!
           
 “Cap…”

            “Hisy! Apa lagi?” Amir tersengih, “nak nombor O-leh.”
##sory. skrg jiwa tgh kacau... sgala benda xmenjadi. so paham2 la eh klau my blog xprnh naik kat dashboard dgn other post slain dr cite alah ni... haha. Dalam pendrive tu ada je 2-3 bab novel baru...tapi plot dye mcm xkena. And yet,.. ayat berterabur habis. Mungkin ni mmg jiwa spm candidates. Kan? Some of uolz mesti ade yg baya2 aku an? Haha! Look at me. Jangan jadi seteruk saya. Bubye! Jemput komen sepatah dua eh...!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment