Aku Mahu Hanya Kamu 12

by 12:54 PM 2 komen
Bab 12           
Solehah melunjurkan kakinya melebihi panjang sofa. Telinga disumbat earphone. Sengaja dipekakkan telinga dari mendengar bebelan ibu dan abahnya terhadap Firdaus. Kadang-kadang suara Lufya yang menyampuk.

Firdaus tayang muka boring. Dan Solehah, langsung tak bersuara. Firdaus terus membela diri, “dah berapa kali Along nak cakap? Along tak salah, tak salah, tak salah. Apa abah ingat Along ni jahil sangat ke?”

“Abah yang jamin Along tau tak?” suara abah mula meninggi. Mungkin dah mula naik angin melihat gaya selamba badak anaknya. “Beribu duit habis nak jamin Along, and Along boleh buat muka toya macam tu? Along ingat abah ibu kerja gaji sepuluh ribu sebulan? Ingat senang nak urus segala hal untuk sampai sini? Ingat senang angah nak cuti semata-mata datang sini? Cuba appreciate sikit.”

Firdaus yang memang dah terbiasa dimarah begitu sekadar menyandar pada sofa bersahaja. Lagak santai walaupun dalam hati terselit rasa bersalah. Memang dia tahu semua bukti menjurus ke arahnya. Yang tau cerita sebenar, antara dia dan Mazlan sahaja.

“Memang benda tu ada dengan along, tapi bukan along punya. And along tak terniat pun nak ada kaitan dengan benda tu. Along cuma tak fikir panjang masa tu. Kalau Along explain pun, sama aje. Semua orang tetap salahkan along kan?”“Along tak explain, mana Along tau orang tak boleh terima? Atau Along memang dah bersedia dipersalahkan adik-adik?” Ibu ikut taktik Mazlan, main psychology.

Firdaus mengeluh. “It’s just, along terpaksa, along rasa salah along yang buat Mazlan jadi terkurung macam tu. Along yang report dorang lepak kat bengkel. And sekarang dia memang jadi buruan. Dia main psychology…”

“Yang along nak rasa bersalah kenapa? Pengedar macam dia bukan patut rasa macam tu?” Lufya pula menyoal.

“Dia…” ayat tergantung. Malas nak pasang ayat jiwang-jiwang. ‘Along sayang adik segala…’ “Dah la, yang penting sekarang, along tak salah. Abah pun dah nampak kan, along negative masa urine test tu? Dah terang-terang la bah… along malas nak cerita. Membazir air liur. Kalau cerita pun, benda dah jadi. Tutup kes ya?”

“Habis tu kenapa along gabra semacam hari tu? Siap suruh O-leh balik?” akhirnya Solehah menyampuk. Earphone ditanggalkan.

“Pasal along ingat tu geng kaki kuda yang berdendam dengan along pasal report diorang kat polis. Lepas along tengok dia bawak keluar gari tu, baru along lega sikit. Sebab kita memang tak salah.” Firdaus memandang Solehah. Wajah selambanya tadi hilang. Sedih bila adik-beradik pun tak percaya… “O-leh pun tak percayakan Along?” Solehah mengangkat bahu. Firdaus beralih pandang pula, melihat Lufya. “Angah?”

Lufya menarik nafas, “kitorang tak tau. Along tak boleh salahkan kitorang. It’s just… kat Kelantan pun along dah banyak kali kena cekup kan? We need something to convince ourself.”

“Tapi kat Kelantan tu pasal along bersubahat mencuri motor. Tak de kaitan dengan najis ni. Lagipun tu masa along bawah umur lagi, 16-17 tahun gitu. Tambah pulak along salah pilih kawan. Sekarang along dah lebih 20 tahun. Kawan pun cuma dengan si Cairo tu, kawan O-leh jugak budak tu.” Wajahnya mula kusut. Lufya dan Solehah masih diam.

Firdaus mengeluh, “Along waras lagi. Along pun ada otak, ada rasa malu kat adik-adik along. Tengok korang boleh masuk U pun along dah rasa menyesal sebab tak study betul-betul dulu, dok obsess dengan motor tu. Takkan la along nak tambahkan rasa kurang percaya family kat Along?”

Abah dan ibu akhirnya mengeluh. “Dahlah, kitorang percayakan along.”
            
“Kitorang pun!” serentak Lufya dan Solehah bersuara meyakinkan Firdaus.   

Bibirnya tersenyum lega. “Along ingat nak balik Kelantan la.” Solehah tersentak. Mereka memandang Firdaus.  

“Kalau kawan-kawan lama cari?” Ibu menyuarakan kerisauannya. 

“Along stay kat kampung la, dengan Tok Mek. Bukak workshop kat sana. At least boleh ganti sikit-sikit duit abah tu.”

Abah memandangnya. “Along, abah marah bukan sebab duit abah habis. Tapi sebab perangai along. Along jangan silap faham pulak.”

Firdaus tergelak kecil. “Tau la bah… cuma Along rasa memang along patut ganti pun. Silap along sebab tak fikir panjang. So Along kena la bertanggungjawab.”

Ibu mengangguk sekali. “Habis tu bengkel yang kat sini?” 

“Along ingat nak tutup je. Customer pun tak ramai, nyawa-nyawa ikan je. Kalau kat Kelantan, ada problem pun senang nak settle, sini susah. Dok tempat orang, tak senang orang nak percaya. O-leh okey ke duduk sorang-sorang?”
            
Lambat-lambat Solehah mengangguk. “Bila lagi nak belajar hidup sorang…”
            
“Ikut suka along la.” Abah memberi keizinan. “Along pun dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri. Masa kecik dulu kitorang terlalu manjakan along, maybe sebab tu along jadi macam tu dulu. Sekarang tanggungjawab along, jaga diri sendiri.” Abah menepuk bahu anak terunanya.

“Long…” kening Firdaus terangkat seketika mendengar suara manja Solehah. Apa hal? Isyarat mata diberikan. 

Solehah sengih. “Straight la… kenapa nak balik Kelantan? Siap stay dengan Tok Mek lagi…” 

Lufya dah sengih mendengar soalan Solehah. Tambah lebar sengih bila Firdaus dah bagi renungan maut. Sejak bila O-leh pandai tebak-tebak Along ni Ngah… takkan retinya kalau takde yang ajar. Firdaus tengok depan pula, ibu dan abah buat renungan tak mengerti. Firdaus susun ayat… “kan along dah cakap, kat kampung jauh dari kawan…”

And dekat dengan Kak Huda kan?”


Firdaus bangun menuju ke bilik. Malas nak layan, atau sebenarnya takut nak layan. Ibu abah depan mata, tak pasal-pasal minggu depan rombongan meminang sampai depan pintu rumah Huda. 

“O-leh pergi cari nasi ek? Ibu tak masak lunch hari ni.” Solehah mengangguk sambil bangun mecari tudung.

Firdaus menoleh. “O-leh nak pergi sendiri ke?” berkerut dahi Firdaus melihatnya. Solehah mengangguk, “Along tak payah keluar la. Orang kampung dok heboh lagi pasal tu. Diorang tak tau cerita sebenar, lama-lama nanti reda la kot. O-leh boleh jalan kaki, exercise.” Dia tersengih.
         _____________________________________
“Mamak! Tapau nasik goreng lima bungkus. Cepat sikit!” terkejut beruk empat lelaki itu melihat Solehah yang melabuhkan punggungnya di salah satu sudut kedai mamak itu. Termenung. 

Cairo memandang Asyraf, Asyraf membalas. Mereka mengangguk. “Kitorang pergi panggil dia jap ek,” mereka berlalu meninggalkan Amir dan Farhan di meja itu. 

“Leh!” Solehah berpaling. Dia tersenyum hambar.

“Betul ke apa Cairo cakap?” Tanya Asyraf.

“Apa yang dia cakap?” 

“Orang kampung cakap along kau kena cekup sebab edar ‘kuda’?” teragak-agak Asyraf menjawab.

“Setengah betul setengah salah.”

“Kau boleh straight tak?” akhirnya Cairo hilang sabar.

Solehah mengeluh, “dia memang kena cekup. Tapi bukan dia yang edar, just disyaki. And sekarang dah free.”
             
“Oh…” Asyraf dan Cairo mengangguk. “Dia pernah cakap dulu…” 
            
“Duduk la. Berlambak kerusi tu.”
            
“Jom la pergi sana. Diorang tengah tunggu.” Solehah melihat tempat yang ditunjuk Asyraf. Paan dan Izzat… tanpa banyak soal dia melangkah mengikut mereka.
            
“Kenapa Leh? Muram je…” Farhan menyapanya. Kerusi di meja sebelah ditarik lalu disua kepada Solehah. Solehah hanya diam, tak ada mood nak bersuara. Cuma senyum pada Farhan atas kerusi yang dihulur.

Fine, don’t say anything. Diorang je kawan kau kan?” Amir mula berjauh hati. Solehah melihatnya lama sebelum mengeluh. Kemudian dia menggeleng-geleng lalu bangun ingin pulang. “Mamak! Berapa?” Not RM10 dihulurkan dua keping tanpa meminta baki. Segera dia berlalu tanpa pamitan. 

“Tak habis-habis kau ni Mir.” Asyraf mula membebel.

“Pidaos kena cekup, hari ni baru bebas.” Cairo menjelaskan.

Farhan dan Amir jelas tersentak. Terus mereka bangun mengejar langkah Solehah. “Leh, jom. Paan hantar.” Solehah tanpa banyak soal, menurut.
 _______________________________________
“O-leh okey ke? Relax ek?” Farhan memutar stereng.

Aku ni dah terlebih relax gayanya… “O-leh okey. Along pun dah bebas. Just sedih, Along nak balik Kelantan. Tinggal O-leh sorang-sorang.” Matanya dipejam.

Sorry.” Amir memandangnya melalui cermin kereta.

“Tu je yang kau tau kan? Sorry. Memang senang hidup kau.” Sinis nadanya membalas. Farhan sekadar menjadi pemerhati.

“Aku tak terniat pun nak serabutkan kau. Tak sengaja.” Solehah masih diam, matanya terpejam. Amir menoleh ke belakang, “Leh…”

“Eh kau boleh diam tak?! Aku tengah kusut ni! Cuba kau tengok Paan tu, tak boleh diam macam tu? Susah?” suaranya keras. “Sejak first kita jumpa balik, sampai sekarang, tu je ke vocab dalam kepala kau? Sorry. Tak sengaja. Tak terniat. Muak aku dengar.” Amir terkebil-kebil memandangnya. 

Farhan mematikan enjin bila melihat Cairo dan Asyraf berhenti di hadapan sebuah rumah sederhana besar itu. Solehah membuka pintu kereta. “Paan, jom ar naik. Family ada kat dalam.”

“Tak pe ke?” Farhan teragak-agak. Takkan parents dia tak mengamuk bila anak dara bawak seangkatan anak teruna balik rumah.

“Tak pe kot… Assalamualaikum!” Solehah menjenguk ke dalam rumah. “Bu, kawan O-leh datang.”

“O-leh,” Ibu bersuara panjang. 

“Diorang kawan along jugak bu…” diorang kawan Cairo, Cairo kawan Along. Kira ada link la tu… 

Lufya muncul dari dapur. Terkejut dia melihat pemuda-pemuda yang berderetan di ruang tamu itu. Nak cakap rombongan meminang, rumah ni ada dua orang anak dara je. Tambah berkerut dahinya melihat Farhan yang mengukir senyum memandangnya. Mata ditenyeh sedikit. Ni kan… 

“O-leh? O-leh ni biar betul?” Farhan tergelak melihat lagak kakak solehah itu. Lagi kuat tenyehan di mata bila melihat Amir yang menyusul di belakang Farhan. Eh, ni kan… “ni bukan ke mamat yang cakap O-leh gedik masa sekolah dulu tu ke?” soalnya tanpa corner.

“Oh…” Farhan toleh ke sisi, memandang Amir yang sekadar sengih tawar. “Eh? Jadi tu la kesnya. Memang mulut kau sejak dulu tak dibayar insurans agaknya.” Gumamnya sendiri. “memalukan keturunan betul…”

“Ngah, jaga la imej sikit.” Solehah pasang suara selamba melangkah masuk ke dapur. “biasanya ayu semacam je…” 

“Eh! Cairo! Jom la naik. Ajak diorang naik.” Firdaus yang baru keluar dari bilik menyambut mereka.

Farhan garu tengkuk. Pelik. Ramah semacam family ni. Baru jumpa pun boleh je diajak naik tanpa tanya soalan lain…

Solehah berlalu ke dapur. Selang 20 minit, dia keluar menatang sedulang air. Di ruang tamu itu, macam-macam yang didengar. Cairo dan Asyraf yang berbual-bual dengan along. “So sure la kau balik Kelantan?”, “bengkel?”, “stay sana terus?”

Farhan pula berbual-bual dengan Ibu, Abah dan Angah. “Piya study kat mana sekarang?” eh-eh dia ni, aku bawak nak jenguk Along, Angah pulak jadi sasaran.

“Dah habis study dah, baru lepas grad. Sekarang kerja kat HRPZ…” layanlah pulak Angah ni. 

“O… habis tu along…” ha! Baru betul niat tu. Dulang air perlahan-lahan mendarat di atas meja. Eh? Kenapa rasa macam tak cukup sorang je? Dia mendongak, Amir tayang muka sebelas membalas pandangnya. Mata bertentang mata. Hm… kesian. Orang lain sibuk beramah-mesra, dia dok sorang-sorang. Tu mula la tu nak buat muka seposen. “Sorry la tadi, aku emo sikit.” Akhirnya Solehah membuka ruang antara mereka. Biarlah… apa salah sekali-sekala beralah.

Rumah sunyi seketika. Solehah menjadi perhatian. Mereka memandangnya minta penjelasan. Amir sudah tersengih. Huh! Solehah mendengus. “Puas la hati kau kan?” dia melangkah ke dapur semula. Tidak menghiraukan pandangan mereka.

ps: baca dan komen. ^_^ thnx! have fun!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: