Cerpen: Thinking Of You!

by 9:56 AM 5 komen
3 May 2012
Thinking Of You!
Hanna pandang ke sisi. Memandang Alif di seat driver yang tenang mengawal stereng tanpa keluarkan sebarang suara pun dari tadi.

Hm... “Lif tak apply cuti lagi ke?”

Senyap.

“Nanti... kalau kursus tu habis awal, jadilah eh plan kita nak bercuti tu?”

Alif di sebelah dikerling lagi. Pun senyap. Cuma terdengar ketukan jari Alif di stereng tu. Tak tahu melayang ke mana fikiran dia.

Tangan Hanna mula bermain-main dengan beg tangan di riba. Tak sedap hati! “Lif kan dah janji hari tu...”

“... lagi pun dah lama kita tak bercuti. Sekarang ni masing-masing sibuk je...”

Tetap sama!

Lima belas minit perjalanan, Toyota yang dipandu akhirnya diparking di ruang yang tersedia di hentian bas itu. Alif menarik naik handbrake sebelum dia pandang Hanna di sebelah.

“Jom,”

Terkebil-kebil Hanna membalas pandangannya. Empat kali seminit kalau boleh dikira bunyi Hanna berdecit.

“What’s wong?”

“Ke tak jadi?” tanya Hanna separuh kecewa.

Kening Alif sedikit berkerut mendengar soalan Hanna. “Tak jadi?”

Hanna mengeluh sesaat.”Lif tak dengar ke Hanna cakap tadi?”

Alif menggeleng-geleng. Kesal dengan salah sendiri. Tapi untuk mintak maaf, terasa berat mulut ini. “Dah, jom. Semua dah nak naik tu. Karang kena tinggal naya.” Tanpa menunggu sesaat pun Alif keluar dari kereta. Laju langkahnya diatur ke bumper kereta dan mengangkut keluar dua beg pakaian Hanna. Satu kecik dan satu lagi besar gedabak. Haih. Dia tergeleng lagi. Ini macam nak tinggal aku terus jeh.

“Bukan Hanna kursus empat hari je ke?” tanyanya sambil membunyikan alarm isyarat locked keretanya. Tangan Hanna dipimpin menuju ke bas yang sedang menunggu.

“A’ah.” Hanna jawab ala-kadar. Tangan yang masih dalam genggaman Alif dijeling lewat ekor mata. Ni bukan pimpin orang panggil, tapi pegang! Tak ada feeling langsung.

“Dah tu bawak baju macam nak tinggal Lif terus je... nanti habis kursus call tau, biar Lif pergi ambik sendiri.”

Hanna tak menjawab. Malas. Jawab pun rasanya bukan ada kesan. Dari nada suara Alif pun dia tahu yang Alif Cuma bercakap ramah semata-mata tak nak isteri tercinta ni kecik hati. Tu aje.

Sampai di pintu bas, Alif hulurkan tangan. Tanpa bertangguh dia menyambut dan mencium tangan itu sebelum kakinya menjengket sedikit, nak berlaga pipi dengan Alif. Amalan biasa kalau nak berpisah jauh dan lebih dari sehari. Tapi reaksi Alif nyata membuatkan dia kaget. Alif mengelak siap dengan riak muka tak senang lagi.

“Lif...,”

Alif cuba mengukir senyum, menutup salah sendiri. Lantas tangannya bergerak membetul-betul tudung Hanna yang memang dah sedia rapi. “Naiklah, orang semua dah naik tu.”

Hanna angguk sekali sebelum dia berpusing naik tangga bas. Kecewa.

“Hanna...,”

Hanna menoleh tanpa suara.

Dan Alif Cuma mampu mengukir senyum tipis, kelu. Bila Hanna jongketkan kening barulah dia bersuara.

“Lif cinta Hanna, selamanya.”

Hanna Cuma menarik nafas panjang mengingatkan kata-kata perlahan dari bibir Alif sekejap tadi. Kata-kata macam tu jarang diucap Alif. Nak-nak time macam ni. Selalu kalau dia nak buat romantik ala-ala gatal macam tu pun di rumah je. Tak pun dalam kereta. Waktu-waktu senggang yang tak tahu nak diisi dengan apa, maka ayat-ayat jiwang gitulah yang selalu disebut. Konon nak buat orang terharu. Tapi sekarang Hanna bukan terharu Lif, Hanna tak sedap hati!

Bila dia membuang pandang ke luar cermin bas, nyata Alif dah tak ada di tempat tadi. Gaduhnya nak balik, orang tak hilang dari mata lagi. Sempat lagi dia merungut. Tapi rungutan dalam hati dia tiba-tiba berganti dengan degupan kuat bila melihat Alif nun di hujung sana sedang dipimpin tangannya oleh seorang wanita muda, yang mungkin tua dua-tiga tahun dari dia dan sebaya dengan Alif sendiri.
Alif...!
# # #

Dari tadi apa yang dibebelkan Encik kat depan tu, dia pun tak tahu. Panjang sangat ceramahnya. Inilah yang paling dia benci bila kursus. Tak payahlah kata-kata aluan tu panjang sangat, straight forward sudahlah! Masa pun jimat!

Kalau hari-hari macam ni, entah bila boleh habis kursus ni. Entah bila jugak Lif boleh tunaikan janji.
Lif? Janji? Hm.. mimpilah kut.

“Teringin nak honeymoon lah.”

Masa tu mereka sama-sama ada di sofa rumah. Sedang menonton filem orang putih entah apa tajuk dia, mungkin sebab tu tiba-tiba Alif mention pasal honeymoon. Mood gatal dah timbul.

“Hanna susah nak apply cuti sekarang ni, kerja tengah bertimbun.”

“Weekend ni?”

“Ada kursus, kan Hanna dah cakap.”

“Balik?”

“Kursus seminggu je pun, lepas tu bos dah janji nak bagi cuti kat staff. Tapi depends kat Lif lah kalau nak pergi mana-mana pun, Hanna tengok sekarang Lif yang sibuk semedang. Bukan Hanna.”

Dari ekor mata, Hanna nampak hujung bibir Alif yang sedikit senget. Senyum mengalah!

“Bunyi macam jauh hati je...,”

“Ask yourself,”

“Pulau Perhentian okey?”

Uh? Spontan Hanna angkat kepala dari paha Alif. “Again..?” Dan Alif Cuma angguk dalam senyumnya. Tak sampai sesaat, bergegar rumah itu menadah jeritan gembira dari Hanna.

“Hanna...”

Hanna panggung kepala. Banyak mata memandangnya kini. Ceramah sudah tamat dari tadi rupanya. Seorang pemuda asing berpakaian seragam yang tercegat berdiri di depannya dipandang. Sejambak ros ungu dalam dakapan pemuda itu juga menjadi perhatian. Secret admirer uh? Cheit!! Laki kau nak taruk mana Hanna oih? “Ya?”

“Cik Hanna kan?”

“Puan.” Tekan Hanna geram. Tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni dia sensitif sangat kalau bab rumah-tangga ni. Rasa macam semua orang nak kata dia ada suami tapi hidup terabai!

“Oh, sorry. Puan,”

“Ada apa?”

“Kiriman bunga, sign puan.”

Bunga? Terkebil-kebil Hanna membaca kad yang terselit tanpa menghiraukan pemuda yang sedang menunggu itu.
You are my sunshine, my only sunshine. You make me happy, when skies are gray.
p/s: The other night dear, as I lay sleeping, I dreamed I held you in my arms. But when I awoke, dear, I was mistaken. So I hung my head and I cried.
 
# # #
“Hanna lama lagi ke kat sana?” Soalan dari hujung talian itu Cuma dilayan nak tak nak oleh Hanna.
Tika itu dia sedang mengemas barang-barang ke dalam bagasi. Yup! Kursus dah tamat! And know what, ini hari ke enam. Dah lebih dua hari kut! Tapi apa, ada ke dalam tempoh enam hari dia di sini Alif telefon? Biar aku jawab, nope! Kalau setakat sejambak ros ungu setiap kali sebelum lunch tu, doesn’t mean anything Lif. Mula-mula bolehlah kata Hanna teharu, merindu... tapi kalau lima hari berturut-turut cuma itu yang jadi penghubung rindu, bukan panggilan dari tuan punya badan sendiri, forget it!

“Hanna...?”

“Hm,”

Akhirnya Hanna cuma terduduk di birai katil. Tak mampu bersuara. Hati merindu, tapi ego menghalang. Apa perlu dia suarakan segala yang dibantah dalam hati itu kalau langsung tak membantu? Malah memalukan!

“Dapat bunga tu?”

“Bunga apa?” Hanna menyoal semula sedangkan matanya kini tepaku pada sederet ros yang tersusun kemas di sudut bilik.

“Tak ada dapat bunga langsung ke?” Alif tanya dengan nada... pelik.

“Tak baik membazir Lif.” Ujar Hanna perlahan.

Dari hujung sana, Alif tergelak kecil. “Lif membazir untuk orang yang Lif sayang, tak terasa apa pun.”

Hanna senyum segaris. “Kenapa lama tak call?”

“Rindu?”

“Wife mana tak rindukan hubby dia?”

“Sorry... Lif busy sikit. Ada problem.”

“Dulu-dulu kalau ada problem makin keraplah Lif balik rumah. Tak pun telefon Hanna. Konon tengok Hanna boleh tenangkan fikiran. Dengar suara Hanna boleh lapangkan dada. Sekarang dah rasa serabut?”

“Come on dear, Lif tak nak kacau Hanna kursus. Serabutkan lagi mind Hanna. Tapi seriously, seminit pun Lif tak pernah berhenti dari teringatkan Hanna, you know? Tiap-tiap malam Lif tidur Cuma bertemankan bantal Hanna. Pagi, bila Lif nak bagi morning kiss, baru Lif ingat yang Hanna tak kat sisi Lif. Lif sedih, rindu, tahu?”

Hanna diam tak membalas. Tangannya perlahan-lahan mencapai teddy bear kecil dari dalam beg, teddy bear hadiah dari Alif sempena anniversary mereka tahun lepas. Dan sekarang, hari ni, genap setahun umur teddy bear ini.

“Lif rindu Hanna.” Suara Alif berbunyi lagi. Hanna nak membalas, nak meluahkan yang dia juga sedang merindu, tapi bunyi bising dari belah sana membuatkan dahinya berkerut. Patient tak patient segala yang disebutnya. Ada suara yang menyapa Alif, tapi dibalas dengan ‘shyy’ yang perlahan dari Alif. Dahi Hanna makin berkerut.

“Lif kat mana ni?”

“Dekat tapi jauh dengan Hanna.” Alif berteka-teki.

“Orang tanya seriuslah...”

Alif tergelak kecil. “Lif kat...”

“Abang...” satu suara menyapa Alif. Hanna tahu, suara tu menyapa Alif, untuk Alif, bukan orang lain. Hanna mengetap bibir. Kuat! Teddy bearnya didakap, juga kuat!

“Lif call Hanna kejap lagi okey sayang, bye. Love you!” Dan lepas tu, tut-tut. Hanna nak membuat panggilan semula, nak beritahu Alif yang kursus dah tamat, nak menamatkan musim merindu, tapi rasa sakit yang tiba-tiba mencucuk di perut membantutkan hasratnya. Sakit, sakit sangat!
# # #

Alif gelisah. Bangun duduk bangun duduk dia dari tadi. Ruang legar hospital ini dah boleh dihafal dek mindanya barangkali, bila fikirkan berapa kali dia mundar-mandir dari tadi. Telefon di tangan langsung tak dilepaskan dari tadi. Kusut!

Sebelah minda dia fikirkan wanita separuh umur yang terlantar sakit dalam wad itu, sebelah lagi dia fikirkan isteri yang tidak menjawab panggilan dari tadi.

“Kamu kenapa, Lif?”

Alif toleh ke sebelah. Soalan ibunya Cuma dijawab dengan keluhan berat. “Hanna.”

Jelas, Puan Aisyah, ibunya membalas dengan dengusan tanpa komen apa-apa.

Alif mengeluh lagi. Kali ni mengeluh kerana kesal dengan sikap ibu yang jelas-jelas tidak menyenangkan. Sekarang ni nampak jelas betapa renggangnya hubungan ibu dengan Hanna. Kalau dulu, tak pernah dia risau akan timbul isu mertua vs menantu dalam rumahtangga ni. Sebab sebelum kahwin lagi, Puan Aisyah dah tunjuk jelas betapa dia menyenangi Hanna.

Kalau dalam sebulan tu, ada sekali Hanna bangun lambat, dan Alif menegur, tetap Hanna dibela ibu. “Kerja isteri ni bukan ringan, sekali-sekala buat salah pun kena marah.” Begitu kata ibu dulu walau dalam nada berseloroh. Dan mereka Cuma ketawa selepas tu.

Tapi sekarang, pantang buat salah sikit, ada la bunyinya. Walaupun bukan terang-terang, tapi tetap mengecilkan hati Hanna dan hal itu dalam kesedarannya sendiri!

Semua tahu, ibu bukan jenis memilih. Dan bukan jua dalam kategori mertua diktator. Bukan jenis ibu yang suka-suka marah orang, tegur orang ni. Tapi kali ni, Alif tahu. Sikap ibu ni bersebab. Semua sebab zuriat! Ibu dah tak sabar nak menimang cucu agaknya.

“Sudah-sudahlah tu, kita datang ni nak berziarah.” Suara ibu menegur lagi bila sekali lagi dia menekap telefon ke telinga.

“Dari semalam Hanna tak angkat fon bu,” Alif membela jujur.

“Habis tu yang dok bergayut kat luar tu apa? Ke ada orang lain?”

“Tu la lastnya, petang semalam. Lepas tu Alif call tak ada yang angkat terus. Alif takut ada apa-apa je,”

“Ada la kerjanya tu. Dahlah, kamu ni ibu tengok berkepit dua puluh empat jam. Pantang berpisah sikit. Tapi sampai sekarang tak ada hasil pun.”

“Bu...,” Dah adatlah berkepit tu, kami dalam mood honeymoon lagi! Baru dua tahun kut!

“Tengok, orang cakap pun salah.” Puan Aisyah tarik muka. “Ibu ni kalau boleh nak jugak rasa ada cucu, tak terliur ke kamu tengok abang-abang sepupu kamu tu.”

“Belum ada rezeki lagi, nak buat macam mana. Adalah hikmahnya Allah buat sesuatu tu.” Alif dah mula nak bangun, malas nak mendengar isu sama berulang-kali.

“Tuhan dah tunjuk jalan depan mata, kamu buat buta. Itu masalahnya.”

Langkah Alif statik.

“Tu, Hawa, cantik, manis, sopan, ada agama, bertudung lagi. Cukup pakej. Kena dengan selera kamu. Tunggu apa lagi?”

Alif lemparkan pandangan ke hujung koridor. Memandang gadis manis yang menjadi topik perbualan mereka. Memang cantik, memang manis, memang sopan. Cukup pakej. Dan dia sedar, Hawa pun berharap pada dia. Dia sedar dengan layanan yang dia dapat selama ni. Tapi tak semua yang sempurna tu perlu dipilih untuk diri-sendiri. Ketidaksempurnaan Hanna dah cukup menyempurnakan dia, itu yang penting. Lagipun Hawa bukannya tahu ‘Abang’ dia ni dah ada isteri, kalau tak takkan sanggup dia dekat-dekat macam sekarang. Dia tahu Hawa, Hawa bukan sejahat tu.

“Alif dah ada isteri bu.”

“Ibu tahu, sebab tu ibu tak pernah mintak kamu ceraikan Hanna. Ibu pun sayangkan Hanna. Dia baik. Tapi tak salah kalau kamu...”

“Ibu sendiri tahu jawapan Lif kan?” pintas Alif perlahan.

“Islam menghalalkan Lif.” Puan Aisyah membalas tegas. “Jangan Lif nak mengharamkan yang halal. Ibu Cuma ada kamu seorang je. Fikirkan Lif.”

“Kalau lepas kahwin, ditakdirkan kami tetap tak dapat anak, macam mana? Ibu nak Lif tigakan Hanna pulak? Kalau sampai cukup quota pun Lif tetap tak ada rezeki, macam mana? Kalau masalah ni sebenarnya berpunca dari Alif, ibu nak Alif buat macam mana?”

“Keturunan kita tak pernah ada yang mandul, Alif!”

Alif mengetap bibir. Takut kalau-kalau dia terbiadap dengan ibu sendiri.

“Paling kurang Lif berusaha. Takkan selamanya Lif nak duduk dan tunggu je, takkan tak ada keinginan kamu nak dipanggil papa, babah, ayah macam orang lain?”

“Kita kena adil, bu. Doktor dah kata kami masing-masing tak ada masalah. Cuma tinggal usaha, dan tawakal. Lif usaha, tapi bukan dengan cara ni. Tak adil untuk Hanna, tak adil untuk Hawa, dan tak adil untuk Lif sendiri. Lif mintak maaf.”

Puan Aisyah akhirnya menghembus nafas berat. “Ibu mintak maaf, mendesak sangat.”

Alif cuma senyum dalam wajah lesu, menyenangkan hati ibunya. “Ibu duduklah, Lif nak ke tandas kejap.”

# # #
“Lif,”

Alif yang baru selangkah menapak keluar dari tandas tersentak. Dia angkat muka yang basah, membalas pandangan wanita yang sedang bersandar pada dinding itu. “Hanna?”

Hanna Cuma angkat sebelah kening, menunggu reaksi seterusnya.

“Hanna buat apa kat sini?”

Spontan Hanna tergelak. Gelak geram. Tu aje? Tak ada pelukan, tak ada wajah excited, tak ada welcome kiss? Cuma dengan muka blurnya menyambut kepulangan orang?

Alif ketawa. Faham dengan renungan Hanna. Terus dia mampir pada Hanna, menekup kedua-dua pipi Hanna dan mencubitnya geram. “Isteri saya buat apa kat sini?” soalnya sebelum tangannya dihulurkan, bersalaman.

“Rindu.” Tetap Hanna bersuara sambil mengikut langkah Alif. Memang dia rindu. Dan rasa rindu tu makin bertambah bila dia terdengar perbualan Alif dengan si ibu mertua tadi.

“Dear, ni hospital tau? Bukan taman tasik ke apa, yang boleh Hanna buat alasan untuk hilangkan rindu jadi Hanna datang sini. Orang datang sini, bersebab. Tell me.”

“Hanna pengsan semalam, tapi roommate ada kerja. So hari ni la dia bawak Hanna jumpa doktor. Lepas tu, Hanna nampak suami Hanna, so Hanna suruh roommate Hanna balik dulu. Sebab Hanna nak jumpa suami Hanna dulu. Hanna rindu. That’s it.”

Hanna jujur. Tak menipu. Tapi dia tak cerita yang dia ternampak Alif bersama ibu mertuanya, tak disebut yang dia terdengar setiap patah perbualan mereka. Perbualan itulah yang buat dia nekad untuk tunjukkan muka depan Alif sendiri, walaupun awalnya dia cuma bercadang mengintip mereka dalam diam, sampailah dia nampak sendiri muka ‘dia’ yang senang-senang pegang tangan suami orang tu depan mata.

“Hanna pengsan kenapa?” Langkah Alif terhenti.

“Nothing serious. Doktor kata letih sangat, tak cukup rehat.” Hanna menjawab dengan senyuman manis terukir di bibir. Terbang-melayang rasa tawar hati sebelum ni. Lif sayang Hanna? Hanna lagi sayang Lif! Nak dia jerit kuat-kuat kenyataan itu.

“Kita nak ke mana ni Lif?”

“Jumpa Ibulah.”

“Oh, ibu ada sekali.” Hanna mengangguk konon dia tak tahu. “Lif buat apa kat sini?”

“Buat apa? Tunai hajat lah.”

“Isy...!”

Alif menyeringai sakit. Lengan yang pedih diusap-usap. “Dah tu tanya lagi buat apa kat tempat macam ni...”

“Orang cakap kat sinilah, hospital ni. Buat apa..”

“Nanti Hanna tahu. Tu, ibu tengah tunggu. Jom.”

# # #

“Nek Jah belum sudah ke bu?”

Puan Aisyah berpaling, sebelum dahinya berkerut hebat. “Kamu pergi mana tadi?” soalnya bila memandang Hanna yang tersenyum manis di sisi Alif.

“Hanna pun ada hal kat sini tadi bu, terserempak dengan abang Lif.” Hanna menjawab sendiri sambil tunduk mencium jemari Puan Aisyah.

Alif tersengih sinis, menyindir! Mentang-mentang dah kena sound dengan ibu hari tu, cepat je dia taruk ‘abang’ kat aku.

“Hanna sakit ke?” spontan Puan Aisyah menjamah dahi Hanna. Okey je.

“Tak adalah, letih sikit. Ibu buat apa kat sini?”

“Nek Jah dah sudah operate ke bu?” Alif tanya sebelum sempat Puan Aisyah menjawab.

“Dah, baru je sudah. Tu yang ibu ingat nak masuk dulu, tapi dah ternampak kamu tadi. Masuk sekalilah jom.”

“A’ah. Ibu jalanlah dulu, nanti Lif masuk.”

“Hm,” Puan Aisyah cuma membalas perlahan. Faham sangat.

“Nek Jah tu siapa, Lif?” Hanna mendongak memandang Alif.

“Nenek angkat kita.”

Jelas berkerut seribu dahi Hanna mendengarnya. “Hanna tak tahu pun Lif ada...”

“Kita.”

“Yes, kita. Kita ada nenek angkat?”

Alif senyum. “Jom, mesti Nek Jah suka boleh tengok isteri Lif.”

# # #

“Assalamualaikum...”

Tiga pasang mata memandang mereka sambil bibir masing-masing terumat-kamit menjawab salam. Jelas raut masing-masing berubah. Ibu dengan muka serba-salahnya, Nek Jah dengan muka blur, dan Hawa, entahlah. Tak ada tafsiran.

“Lif...”

“Nek,” tegur Alif sopan tanpa lepaskan Hanna dari pegangannya. “Ni Hanna nek, isteri Lif.”

“Hanna...,” bergetar suara Nek Jah bercampur dengan kehampaan. Wajah sugul Hawa dikerlingnya.

“Ya nek..,” Hanna tunduksekali lagi, menyalami tangan Nek Jah sebelum dihulurkan tangan bersalaman dengan Hawa yang duduk sebelah kanan katil Nek Jah . Hawa ikhlas, tapi dia yang tak ikhlas, dia sedar itu. Selesai sudah, dia menarik Alif rapat padanya. Tanpa disua dia memautkan semula sebelahtangan mereka. Sengaja!

Alif sembunyikan senyum. Faham. Dia memandang Nek Jah, konon tak nampak sketsa si isteri tadi. “Nenek dah okey ke ni?” tanyanya sambil menarik semula tangan yang masih dalam genggaman si isteri. Hanna tarik muka.

“Dah rasa segar sikit sekarang ni. Berkat doa kamu semua agaknya.”

“Alhamdulillah nek.” Masing-masing senyum. Terasa canggung.

“Hanna ni, tak pernah nampak pun sebelum ni. Ke mana?”

“Oh, Hanna ada kursus nek. Ni baru baliklah.”

Nek Jah terbatuk kecil sambil kepalanya terangguk-angguk. Spontan Hanna mengurut belakang tubuhnya. “Nek sakit apa ni, nek? Dah operate pun batuk lagi ni. Doktor tak cakap apa-apa ke?”
Nek Jah ketawa kecil.

“Operate tadi tu pasal Nek Jah appendix Hanna. Batuk-batuk ni biasalah, sakit tua. Hanna nanti tua pun macam nilah, ya tak nek?” Alif selamba melingkarkan tangan ke bahu Hanna yang sedang duduk di katil belah kiri Nek Jah, konon tanpa sedar yang lain, tapi jelas masing-masing berubah riak. Hanna lagilah, muka kemenangan yang dia pamerkan.

“Hanna ni pucat semacam aje, ada isi ke?” Nek Jah mengusik. Tapi cukup untuk buat Alif batuk tak henti-henti.

Hanna kalut, Hawa ikut kalut. Botol minuman milik Nek Jah dicapai Hanna, tapi Hawa lagi laju menyuakan gelas kaca yang sudah terisi dengan air kepada Alif. Alif dalam sesak dada hanya menyambut. Hanna mengetap bibir. Sudahnya, dia hanya bangun dan mengurut-urut dada Alif. Hawa mematung, tahu yang dia tak boleh nak buat apa-apa dah. Tanpa sedar, rupa-rupanya Puan Aisyah dan Nek Jah terkebil-kebil memandang mereka.
# # #

Nek Jah tidur. Puan Aisyah keluar ke kafe. Dan kini Cuma tinggal mereka bertiga. Alif dan Hanna di satu sudut, dan Hawa di satu sudut. Hawa bangun akhirnya. “Abang...”

Hanna bangun dari kerusi sebelum Alif ikut bangun. Ketiga-tiganya senyum. “Hawa dah nak balik ke?” Alif berbahasa.

“Ingat nak keluar kejap. Abang dengan Hanna duduklah dulu eh, kalau ada apa-apa call Hawa.”

Alif mengangguk-angguk. “Ha, yalah.”

Hawa angguk lagi, tanda okey. Sesaat, dia pandang Hanna. Senyum. Hanna membalas. Akhirnya dia keluar.

Hanna masih senyum. Aku kenal senyuman dia, senyuman mintak maaf!

“Tak surut lagi?”

Hanna tersentak. Sengih mengusik Alif dipandangnya. “Apa?”

“Jealous.”

“Eleh,”

“Nek Jah batuk dia urut belakang, suami batuk laju je dia urut dada. Tidak ke orang kata pelik tu. Saja je nak menunjuk,”

Hanna buat muka toya. “Suka hati ar.”

Alif ketawa. “Hanna buat apa sebenarnya kat sini?”

“Lah, kan orang dah cakap. Hanna pengsan tadi.”

“Ya ke? Kenapa Lif macam dapat rasa sense of... secretive sekarang ni? Muka Hanna pun lain. Hanna sakit eh?”

Hanna angkat bahu. “Lif tak rindukan Hanna ke?”

“Ada pulak, siang malam orang ingatkan dia.”

“Habis tu, kenapa tak pergi jemput Hanna. Macam tunggul Hanna kat sana.”

Alif nampak kelam. Tak faham. “Apa, jemput? Oh. Oh god. Ya Allah. Lif tak ingat langsung pasal tu. Seriously, Lif banyak sangat benda dalam kepala. Langsung tak ingat hari tu. Sorry sayang.”

“Takpe, bos Hanna ada buat jungle trekking jugak, buat relax lepas kerja.”

“Lif,”

Alif angkat muka. “Yeah?”

Hanna merenung jauh ke wajah Nek Jah, sebelum dia pandang Alif semula. Yakin, salah satu masalah berat dalam kepala tu ada kaitan dengan Nek Jah. “Nek Jah ni siapa Lif? Kenapa suddenly, kita ada nenek angkat? Cara Lif dengan Nek Jah tadi, macam dah lama kenal. Tapi kenapa Hanna tak kenal pun?”

Alif menghembus nafas. Rasa bersalah masih membelit diri. Setapak-setapak dia melangkah mendekati Hanna di kiri katil Nek Jah. “Lif pun baru kenal Nek Jah.”

“Baru, baru bila?”

“Dua-tiga bulan ni.”

“Dua-tiga bulan yang Alif muram ni?”

Alif tunduk. Sebelah tangan dimasukkan ke saku jeans, sebelah lagi merangkul bahu Hanna. Pandangannya jatuh pada wajah Nek Jah. “Sorry.”

“Kenapa?”

“Lif jumpa Nek Jah dekat bus stop msa tu. Dia batuk kuat. Lif bawak dia balik rumah, ikut arah yang dia tunjuk. Anak dia enam orang. Semua dah besar panjang. Semua baik-baik. Ramah-tamah. Tapi masing-masing blame each other bila Lif kata jumpa Nek Jah dekat bus stop. Tak lama lepas tu, Nek Jah warded. Pun, anak-anak dia harapkan Lif yang jaga. Tengoklah hari ni, kalau tak Hawa, Liflah yang jaga.”

“Hawa tu siapa?”

Alif menghela nafas. “Cucu Nek Jah. The only one cucu Nek Jah.”

“Jadi apa yang buat Lif kusut sangat selama ni?”

“Nek Jah sayang sangat dekat Hawa tu. Lif tahu, dia suka kalau Lif dengan Hawa ada something... you know, kind of relationship. Plan orang tua-tua, Hanna fahamlah kan? Selalu dia bagi hint suruh Hawa teman Lif ke mana-mana. Lif nak kenalkan Hanna kat dia. Tapi Lif takut dia kecewa bila tahu Lif dah ada isteri. Isteri yang Lif cinta.”

Memandang Hanna yang terkebil-kebil tak membalas, Alif mengeluh lagi. “Dengan permintaan ibu lagi sekarang ni, cukup untuk buat Lif messy kan?”

“Kalau kata... kalau, Hanna kata kalau, kalaulah Hanna tak jadi isu kat sini, Lif terima Hawa ke?”
Alif buat muka tak senang. “Cukup dengan Hanna seorang. Lif dah lebih dari bersyukur. Lif tak perlukan Hanna yang nombor dua.”

“Kan Hanna kata kalau Hanna tak jadi i...”

“Masalahnya Hanna isteri Lif. Lif suami Hanna. There must be Alif and Hanna in no matter what.”

“Tapi ibu...”

“Kita faced ibu sama-sama.” Alif angguk, senyum, dan menarik Hanna makin rapat ke sisinya. Hanna akur.

“Excuse me,” seorang doktor perempuan menegur.

Serentak kedua-dua mereka kalih ke belakang. Terkebil-kebil mereka menunggu kata-kata seterusnya. 

“Eh, Puan Hanna kan?”

Alif pandang Hanna. Hanna sengih dalam nada serba-salah. “Yes.”

“Oh, jadi nilah suami puan..”

“Alif.” Alif perkenalkan diri. “Kalau boleh tahu..,”

“Lif, ni doktor yang check Hanna tadi.” Tanpa diminta Hanna menjelaskan.

“Oh!” Alif mengangguk.

“Doktor Lufya.”

“Ha, ya-ya.”

“So... tahniahlah Encik. Jaga isteri Encik baik-baik, waktu macam ni memang kena banyak bersabar. Isteri banyak ragam.”

Alif blur. Cuma terangguk-angguk dari tadi.

Doktor Lufya tergelak. “First ya?”

Alif angguk lagi.

Doktor Lufya pandang wajah Hanna sambil tersenyum lagi. "Biasalah. First-first ni memang blur sikit. Husband saya dulu pun macam ni lah lagak bila saya disahkan mengandung."

Hanna tergelak. Alif cuma garu kepala.

“Kalau macam tu, saya keluar dululah ya. Take care, mummy to-be.” Doktor Lufya bersalaman dengan Hanna sebelum dia menapak keluar.

Alif pandang Hanna. Minta penjelasan. Mummy to-be?

Hanna sengih. Lambat-lambat dia keluarkan sekeping gambar dari beg, lalu disua pada Alif. Dalam ketar tangan Alif menyambut. Lima saat, dia pandang Hanna semula. Hanna angguk.

“Ya Allah...!” Tubuh Hanna pantas didakap kemas. Seluruh wajah Hanna dikucupnya. Tak henti-henti hatinya melonjak syukur. “Alhamdulillah, syukur. Syukur. Thanks sayang. Ya Allah...”

“Lif, Lif, calm down.” Hanna mengelak lembut. Lemas.

Alif merenung wajah Hanna. Berbalam-balam. Jelas, matanya berkaca. “Kenapa tak bagitau?”

“Surprise.” Sepatah Hanna membalas.

“Lif... Lif... tak tahu nak cakap apa.”

“Don’t cry.”

Tubuh Hanna ditarik kembali kedalam pelukan. “I’m speechless.”

“Stay macam ni untuk beberapa minit dah cukup buat Hanna. Hanna rindukan Lif yang ni. Dah lama Hanna tak rasa Lif peluk Hanna macam ni.”

“I’m sorry.”

“Tak apa, hari ni Hanna dah dapat balik suami Hanna.”

Pintu bilik terbuka lagi. Spontan pelukan mereka terlerai. Wajah Doktor Lufya yang tersenyum malu terjengul sekali lagi. “Sorry, tadi tegur Puan Hanna terlupa tujuan sebenar ke sini. Ini time periksa patient sebenarnya.”

“Oh, silakan, silakan doktor. Kami pun nak keluar sekejap ni.”

“Okey, take care.” Doktor Lufya mengangguk.
# # #

Hanna tersenyum malu. On the spot dia didakap bila Alif sampaikan berita gembira itu kepada Puan Aisyah tadi. “Bu...”

“Ibu nak pergi buat sujud syukur. Alif, kamu jaga isteri kamu ni baik-baik. Ibu pergi dulu ya, Hanna.”
Hanna angguk menghantar langkah Puan Aisyah.

“Sayang,”

“Yeah?”

“Thanks.”

Hanna pandang Alif yang masih dengan muka terharunya.

“Lif, anak ni anugerah Allah. Syukur padanya, bukan Hanna.”

Alif senyum. Dahi Hanna dikucup sekali lagi. “Syukur, Allah kurniakan anak ni pada kita. Kurniakan Hanna untuk Lif. Thanks. Sebab Hanna sanggup jadi isteri Lif. Sanggup kandungkan anak untuk Lif.Ni...” perut Hanna yang masih kempis disentuh lembut. “Ni, tanda cinta kita. Bukti kasih-sayang kita. Pengikat hubungan kita.”

Hanna senyum jua. Tangan Alif yang masih di perutnya disentuh. “Ni, tanda cinta Hanna dan Alif. Bukti kasih-sayang Hanna dan Alif. Pengikat hubungan Hanna dan Alif. Thanks bukan Cuma untuk Hanna, tapi jugak untuk Lif, sebab dah melengkapkan hidup Hanna.”

“Hanna...”

“Hm...”

“Happy second anniversary.”

Hanna mendongak. “Hanna ingat Lif lupa.”

Lif tetap senyum tanpa alihkan tangan dan pandangan mata. “Lif takkan lupa tarikh kita disatukan. Happy second Anniversary to our marriage. Lif tak nak berjanji, sebab Lif takut tak mampu nak tunaikan janji tu suatu hari nanti. Lif Cuma nak berdoa, semoga hubungan kita sampai ke syurga. Mendapat restu dariNya. Menuju ke jalan yang diredai.”

Pandangan mata masing-masing saling bertaut. Ada senyuman yang terukir di bibir Hanna. “Amin.” Bisiknya perlahan.
-2 May 2012-
-00:06 a.m.-
 Tema asal utk novel ni? Seorang ibu tua yang ada ramai anak, tapi orang luar yang kena jaga makan pakai dia. Isnt it weird?
Tapi xsangka, lepas sebulan taip, ini hasilnya. Rasanya lebih memberatkan cerita suami isteri la kan? Haha. Saya tak pernah kahwin, pun tak pernah bercinta. Jadi sepuluh jari disusun kalau ada one of babak dalam ni tak kena dengan real life of husband and wife.

 P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace. 

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

  1. gitu r laki.x dapat anak mesti nak kahwin lain..
    skrg payah nk cari laki yg setia..huhu
    cerpen ni best sangat..

    ReplyDelete
  2. best.....:) mmg susah skrg nk cri llaki yg setia........

    ReplyDelete
  3. oh my.kdg2 cmpr tangan org tua yg menyebabkan rumahtangga porak peranda..tp sebagai anak kita perlu hormat ibubapa...

    ReplyDelete
  4. zietyrahman: heheh. sbenarnya da baca byk kali part alif and his ibu tu,..da buat dialog sebaik mungkin. thnx utk teguran awk.. sy try ubah lain kali. pape pun thnx tegur eh!

    the 3 anonymous,... ^____^ kan lagi baik klau uolz tulis nama kat bwh. hehe. rasa xpuas ucap thnx juz utk 'anonymous'. pEace...!

    ReplyDelete