Cerpen: Dalam Hati Ada Taman

by 8:53 PM 6 komen

Idea- November 2011
17 Disember 2011
Dalam Hati Ada Taman
                “Nak apa?” Aku pasang muka kerek pada dia. Lelaki yang selama ni memang haram nak perasankan kewujudan aku di kelas ini dan tiba-tiba hari ni terbuka hati nak tercegat di depanku.

                Kecik hati? Oh no. Never. Sebenarnya bukan dia tak pernah perasankan aku, tapi aku yang malas nak jadi peramah sangat.

                Dia masih dalam posisi sama. Menyandar di pintu kelas dengan tangan bersilang di dada. Lagak action. Dari tadi matanya ligat naik-turun-naik-turun menganalisis batang tubuhku. Seram-sejuk aku jadinya. Apatah lagi mengenangkan keadaan kami ini makin mencuri tumpuan banyak mata-mata di kelas ini. Macam mana orang tak tengok, kalau pintu keluar masuk dah dihalang mamat sorang ni.

                Lalu jam Polo di tangan kukerling. Ah! Mesti dah berpeluh ketiak Abang Rifqi kat kafe...

                “Nash!”

                Jelas dia tersentak. Nampak sangat sedang melamun. Semakin tajam matanya memandangku bila mendengarkan panggilan namanya. Do I care? Dah sah-sah dalam sijil beranak mak-bapak taruk nama tu, tak mau mengaku pulak. Dok bangga suruh orang panggil Daniel.

                Aku menjuih. Segaja membakar hatinya. “Kalau setakat nak tayang muka tempoyak basi kau tu kat sini, baik tak payah. Bertimbun lagi kerja aku.”

                Heh. Merayu dekat mamat ni... bukan terselit pun rasa ihsan dalam diri dia.

                Nash tegakkan badan. Tapak kaki yang tadinya menyentuh daun pintu kini ditekap ke lantai. Dan tangan yang tadinya bersilang kini diseluk ke dalam kocek. Lantas perlahan-lahan dia mendekatkan jarak antara kami. Semakin aku berundur, semakin dia hampir.

                “Kau nak apa?” soal aku akhirnya. Cuba sembunyikan riak gabra dengan jegilan mata yang tak berapa luas ni.

                Dia senyum sebagai jawapan. Senyuman sinis. Dan tanpa siren dia mendekatkan mukanya denganku. “Stay your Raiq away from my girl.” Senafas dia menuturkan.

                Dalam ketar aku dah mula tersengih. Nak bantai gelak pun ada. Tak sangka semua ni disebabkan ‘Pamela Anderson’ tu. Dan aku, jelaslah tak nak kalah. Lalu dengan berani aku mendongak. Angkat kening sebelah membalas renungannya.

“Takkan dengan junior pun presiden kalah kot...?”

Semakin dia mencerlung tanpa keluarkan suara. Dari gerak bibirnya, jelas dia nak membalas. Tapi mungkin... tak ada modal. Haha!

“Asal? Dah kalah dengan anak buah sendiri? Kira terror jugak la Raiq tu kan? Title ‘presiden’ kau pun dah di hujung tanduk, sekarang dah nak lenyapkan title pakwe Pamela Anderson tu pulak. He is really... make me proud.” Main emosi kejap.

Dia menegak semula. Aku menghela nafas lega biar pun muka Nash kian tegang.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku.”

“Or what?” Aku mencebik lagi. “Nak pecat aku dari MPP tuh? Oh yeah. I will sujud syukur 3 hari 3 malam kalau betul macam tu.” Balasku tanpa sikit pun rasa bersalah.

Siapa yang tahan dapat pengerusi yang macam ni? Dah la PPSGN yang adik aku aktif tu si Nash ni jadi presiden. Lepas tu MPP yang aku ‘have to’ join ni pun dapat dia as a pengerusi. Huh. Apalah malang aku adik-beradik.

Dia menarik nafas. Jelas dah tu muka tahan marah. Kepalan tangan yang berbentuk penumbuk tu jadi buktinya. Baru aku sedar, rupanya best buat orang marah.  Ha ha! “Aku tak nak jadi dayus...”

Oh my. Now dia tengah mengugut dengan ayat berlapik la?

“Cuma tu je yang aku nak kau tau... stay the hingusan boy away from awek aku.” Putusnya sebelum membuka pintu kelas dan berlalu.

Tapi tak sampai sepuluh langkah dia menapak keluar dari kelas, kaki aku lagi laju menyaingi langkahnya.

“Sehingusan-hingusan dia pun ramai yang terkejar. Tapi kau, kesian. Nak meraih perhatian pun siap kena mengugut bagai. Sedar la sikit.” Bisikku ke telinganya sebelum aku ketawa lepas. Lagi geli hati bila aku toleh ke belakang dan melihat langkah Nash mati sambil matanya tajam merenungku.
____________________________________________________
Abang Rifqi? Dia bukan abang aku, jauh sekali seorang boyfie. Abang rifqi Cuma seorang senior yang aku kenal sebagai pekerja sementara di kafe ini. Motif dia kerja di kafe, aku tak tahu. Nak cakap dia orang miskin, tak. Kaya pun taklah, Cuma sedang-sedang saja. Selama ni aku tegok makan pakai dia tak ada la berjimat sangat kalau nak kata daif sangat. Mungkin sebab dah lama dia kerja di sini... jadi sayang nak tinggalkan. Ada chemistry, bak kata orang.

Biasanya kalau Fira ada kelas, Abang Rifqi la yang temankan aku makan waktu aku rehat. Itu pun kalau tak clash dengan jadual dia jugak. Jarang sekali aku bertukar teman. Dan mengenangkan itulah... aku makin lajukan langkah menuju ke kafe. Tak nak dia tertunggu.

Tapi setibanya di kafe, meja yang biasanya menjadi tempat kami kosong. Hampa! Perut yang berlagu ini perlu diisi... bila kukalihkan muka ke kaunter, wajah Abang Rifqi yang tersengih memandangku sambil menyenduk kuah ke dalam pinggan pelanggan menyapa mata.

Baru je aku nak mendekatinya, dia menggeleng-geleng dengan tangannya diangkat serta jarinya dihala ke muka jam di pergelangan tangan sebelah lagi.

Alah! Abang Rifqi hafal jadual aku! Nak memonteng sikit pun tak boleh...dengan hati yang membengkak, aku hentakkan kaki ke kelas seterusnya.
___________________________________________________________

“Semalam kenapa lambat?” tanya Abang Rifqi esoknya.

“Lambat berapa minit je pun, Abang Rif tu tak boleh sabar sikit.” Ceh! Pembelaan yang langsung tak boleh dipakai akal. Lambat setengah jam dah tak boleh dipanggil ‘sekejap’ apalagi dengan Abang Rifqi ni. Dia ni punctual mengalahkan dekan aje tugasnya.

“Nak tunggu for what kalau setengah jam boleh hangus macam tu aje. Lain kali biar tau hargai masa. Hidup ni biar kita yang kejar jam, nak harapkan jam tu tunggu kita, dalam mimpi pun susah.” Tu dia!! Abang Rifqi dah mula sesi kaunseling.

“Dah nama pun lambat kan?”

Tu soalan rasanya. Tapi aku tak ada nafsu nak menjawab. Terus menghirup air nestum buatan tangan Abang Rifqi khas untuk aku. Nikmat! Tu je yang mampu aku komen sekarang walaupun tak sampai setengah jam tadi aku dah telan sebungkus roti vanilla dengan semug vico panas.

Air tangan Abang Rifqi memang superb! Tengok air nestum ni la... jarang ada yang pandai buat air nestum yang betul-betul kena dengan selera aku. Mulanya memang aku buat muka masa Abang Rifqi tolak gelas ni kasi aku cuba, tapi lepas telan seteguk, memang lentok.

Bila aku tanya sendiri kenapa aku sukakan air yang dia buat, dia akan pasang muka mengalahkan perogol bersiri dan cakap, “sebab Abang Rif taruk ubat guna-guna...” Tak sampai setengah minit, dia ketawa sendiri. Entah apa yang lawak.

“Kenapa?” soalan Abang Rifqi mematikan lamunanku. Dia mengangkat kening. Tangannya disilang ke atas meja sambil matanya tak putus memberi isyarat agar aku menjawab. “Orang tanya boleh pulak dia buat muka toya macam tu...”

“Malas la nak cakap pasal tu Abang Rif...”

“Malas?” Abang Rifqi menjegil. “Orang macam punguk rindukan bulan dok tercongok kat sini tunggu dia, boleh dia nak tutup kes senang-senang.”

Kini aku menarik sengih. “Biar orang jadi bulan eh? Abang Rif jadi punguk.” Aku angkat kening sebelah. Siapa tak nak gentleman macam ni?

“Main-main.” Komennya sepatah.

“Iye la...” jawabku malas sebelum dia bukak cerita tentang tunang dia tu. Pantang orang bergurau sikit, mula la nak sebut tunang tak tunang segala. Sebelum dia sebut, baik aku mengalah. Haish, buat aku jealous.

“Ke.na.pa?” soalnya lagi.

Aku mendengus. “Dah lambat la Abang Rif, nanti karang orang datang lagi eh.” Ujarku sambil meneguk habis air nestum di dalam gelas.

Mata Abang Rifqi mengecil tiba-tiba. “Ada orang ngurat Raisha eh?” tekanya spontan.

Dan jelas kespontanan itu membuatkanku tersedak. “Na’uzubillah la Abang Rif, orang macam tu nak tackle Cha...”

Abang Rifqi tersengih kemenangan bila aku mula buka cerita tanpa kusedari. “Apa yang mamat tu dah buat ni, sampai Rania Aisyah pun boleh terkenang-kenang ni. Ce citer sikit.”

“Bukan ngurat la Abang Rif!”

“Okey, okey then.” Abang Rifqi angkat kedua-dua belah tangan. “Tapi at least story la sikit, kasi Abang Rif tau pucuk-pangkal.”

Aku mendengus lagi. Kalau diikutkan malas nak buka hikayat Nash Ahmad Daniel tu, buat cuak aje. Tapi entah kenapa mulutku tak bekerjasama dengan akal. Lambat-lambat aku mula buka cerita. Dari A sampai ke Z, tanpa sedar tak jauh dari kami ada mata yang sedang memerhati dengan mulut terkumat-kamit mengajuk kataku. Annoying!
__________________________________________________________________

Hari demi hari berlalu, tapi wajah Nash tak pernah berlalu. Malah mungkin makin kerap dia menggangguku. Dalam kelas, konsentrasiku terganggu terganggu bila Nash tanpa rasa segan merampas tempat duduk Fira di sebelahku. Fira pula, cuma angkat ‘peace’ sambil berlalu tinggalkan kami BERDUAAN! Yang buat aku cuak, pantang prof dapat phone call, mula la dia toleh kat aku nak mengungkit pasal Pamela Anderson dia tu.

Kadang-kadang, sampai berani dia tunggu di pintu ladies semata-mata tak nak aku lari dari dia. Katanya, dia takkan senang-senang bebaskan aku selagi Raiq tak lepaskan Pamela. Mendengarkan itu, aku membentak. Boleh pulak dia samakan situasi aku dengan Pamela ‘Anderson’ gedik tuh? Tapi Nash, tetap dengan muka innocentnya.

“Nah,”  tergesa-gesa aku ke tempatnya selepas tamat kelas Prof Abbas hari ini. Mujur, hari ni aku sempat tarik tangan Fira untuk isi ruang kosong di tepi aku. Jadi terpaksalah mamat dengan muka tempoyak basi sucinya tu cari kerusi lain. Tu tadi, tapi sekarang aku tetap kena faced dia sorang-sorang lepas Fira dapat panggilan dari Abang Firas, suaminya.

“Apa tu?” Nash yang tengah mengemas barang ke dalam beg pandangku acuh tak acuh.

“Bacalah!” Aku menyinga.

Nash pandangku pelik sebelum Nokia E71 di tanganku diambilnya.

Raiq pun ada tastelah kak Cha... orang tak layan minah macam tu. =p Buat rimas adalah. Haha!

“Oh!” Menjegil mata Nash tiba-tiba. “So selama ni korang buat kerja ni la? Sedap, makan daging saudara sendiri?”

Argh!! Spontan aku tekup kepalaku sendiri. Bercakap dengan Nash ni, pakai bahasa tibet gamaknya baru dia paham.

“In the other words, aku just nak cakap yang aku tak ada masa nak layan kau ngintip dorang lagi.” Tak tipu. Sebab tak pernah termaktub dalam impian aku untuk masuk U semata-mata nak temankan orang mengintip orang. Lebih-lebih lagi aku diheret mengintip adik aku sendiri. Tambah membuatan aku bengang orang tu Nash Ahmad Daniel sendiri!

“What?” Nash pandangku tanpa riak.

“Ingat aku nak bawak kau dating ke hari ni? Sorrylah aku hampakan kau. Aku kena train budak hari ni.” Dia senyum segaris sebelum mencapai bagnya dan terus berlalu.

“Tapi kalau kau nak teman aku train budak aku no hal. Okey je. Aku paham, orang kalau tak biasa berpisah dengan aku macam tu lah lagaknya.”

Erk?!
______________________________________________________________
Aku tarik nafas sekali, kemudian perlahan-lahan aku hembus keluar. Sudahnya, aku tercongok jugak kat hall ni. Menonton latihan bebudak silat. Atau lagi senangkan, bila aku kata menonton Nash latih budak.

Huh!

Entah jin apa yang merasuk sampai aku boleh ikut je langkah dia tadi. Kalau ada faedah tak apa, tak kisah sangat. Tapi ni, tercongok kaku sorang-sorang. Nash, sejak sampai tadi langsung tak layan aku. Sekadar bagi air botol buat aku hilangkan dahaga. Rasa bersalah la tu kot, curi lunch time aku dengan abang hensem. Sebab tu dia ringankan tangan jugak bagi aku air tu. Tapi yang tak tahannya, air mineral yang dia tak habis kut! Nampak sangat tak ikhlas.

Menung punya menung, tiba-tiba mata aku terpaku pada satu batang tubuh yang membelakangi aku. Tegap. Sasa. Tapi belakang badan dia berpeluh. Sampai melekat-lekat seragam silat yang hitam tu kat badan dia. Adeh... tu la yang aku lagi suka. Nampak yang dia guna habis kudrat yang ada. Tapi bila dia toleh ke belakang...

Erk... spoiled! Si Nash kut! Aku bantai gelak. Meroyan apa aku hari ni sampai boleh ada lambang hati kat biji mata bila tengok Nash. Dah serius dah ni. Aku kena balik. Tak pun ke kafe, jumpa Abang Rif. Baru la segar sikit.

Baru aku nak bangun, tiba-tiba aku nampak ada sorang minah datang dekat pada Nash, dan lap-lap peluh di dahi Nash dengan tuala yang dia pegang. Aku Cuma tengok. Tak jadi nak bangun. Tuala kecil yang Nash tinggal kat tepi aku sebelum start training tadi aku tarik-tarik. Geram. Tuala dah ada nak menggatal dilap orang lain lagi. Erhh! Sakit mata aku tengok. Nak buat drama pun bajet la weh!!

“Hai.”

Ada suara tegur aku. Suara mamat. Asalnya aku tak layan, nak tengok berapa lama Nash menikmati sentuhan minah gedik tu. Tapi dari ekor mata, aku perasan yang mamat tadi masih di tepi aku. Pandang aku pulak tu. Macam setia menunggu aku balas sapaan dia. Last-last aku toleh jugak ke tepi.

“Hai!” Aku senyum.

“Baru ke?”

Dalam lima saat jugak aku fokus pada Nash balik, barulah aku perasan yang dia ada soal aku lagi. Aku toleh semula.

“Apa dia?”

“Baru ke kat sini?”

“Oh, tak. Tak adalah. Teman member je.”

“Siapa?”

Aku pandang mamat yang tegur aku ni lama. Dia balas, dan senyum. Hm, ada saham lagi. Tapi yang nak ramah guna taktik lama dengan aku apa hal.

“Tu.” Last-last aku juihkan juga mulut pada Nash.

“Oh, awek Daniel ke.”

Aku angkat bahu. Tak ada niat nak menafikan. Hajat di hati nak teruskan je aktiviti asal menonton orang training, tapi mata aku ni masih sakit rasanya. Aku pandang mamat tepi aku, diam aje dari tadi. Patutlah, tengah menyandar. Hilang lelah agaknya.

“Letih ke?”

Uh? Nampak dia tersentak sebelum menoleh memandang aku. Pelik kut, tadi aku yang jual mahal. Aku Cuma sengih. Dah boring, aku tegurlah.

“Huh, mau tak letih. Berpeluh habis badan ni.” Dia kebas-kebas baju. Nampak sangat panas berpeluh.

“Minum ar.” Aku suakan botol Nash tadi pada dia.

“Hm...” Dia angguk-angguk sambil mencapai botol yang aku sua. “Thanks.”

Aku Cuma angguk. Tak apa-apa. Nash punya. Haha! Pahala free Nash hari ni. Sudah minum, mamat tu suakan semula botol tu pada aku. Aku sambut dan tolong tutupkan. Mmat tu masih dengan muka lelahnya. Kesian. Agaknya macam mana la kalau Abang Rif yang aku cinta tu lelah macam ni. Sayu aku tengok.

“Nah,”

Tangan dia terhenti dai mengibas. Dari memandang tuala yang aku hulur, mata dia naik ke muka aku. “Apa?”

“Tuala lah. Lap peluh.”

“Tuala siapa ni?”

“Tak guna pun lagi. Ambik jelah. Saya tak guna pun.”

“Eh, takpe.”

Huh. Nak main tarik tali macam ni, ni yang aku malas. Last-last aku letak tuala tu atas kepala dia, gosok-gosok sikit rambut dia yang basah dengan peluh, kemudian barulah aku sangkut atas bahu dia.

“Now dah ada yang guna.” Aku ketawa. Lawak tengok rambut dia yang berserabai. “Pakai je lah. Saya nak blah dah. Nak jumpa cinta hati.”

“Eh...?” Dia nampak pelik. Jari dia diangkat. Sekejap tuding kat aku, sekejap pada Nash.

Aku pandang ke tempat yang dia tunjuk. Nash tengah bercekak pinggang memandang aku. Entah apa lagi yang tak kena. “Alah. Mamat tu bukan taste saya. Dengan awak hensem awak lagi. Haha! Dada!!”
_______________________________________________________________
Aku sampai ke kafe, nampak Abang Rifqi tengah layan pelanggan lain. “Abang Rif...!”

Dia menoleh sebelum angkat tangan dan mendekati Kak Anis, rakan sekerja dia dan bercakap-cakap sebentar. Entah apa yang dia bualkan. Terkumat-kamit je mulut bila aku perhati. Lepas tu, dia menghilang ke dalam kafe. Selang beberapa minit, dia datang padaku. Kerusi yang tersedia tu disorong melalui celah paha dan dia duduk. Mug yang berisi air nestum disua pada aku.

Aku sengih. Memanglah aku angau. Aksi dia duduk pun boleh buat aku tergoda. Mug yang disua aku capai. Ni yang aku suka, Abang Rif understanding. Aku sampai dia buatkan air. Tak macam Nash. Air bekas dia minum dia kasi aku. Huh. Nasib baik aku tak minum tadi. Boleh isi perut dengan air tangan Abang Rif.

“Lama tak dengar khabar?”

“Hm...” Hilang habis semangat aku bila ditanya kehilangan aku sebelum ni. Automatik fikiran aku melayang teringat time-time rehat sebelum ni. Dengan Nash lah! Nak ke mana-mana asyik tarik lengan aku. Sampai nak lunch pun, dia tarik aku pergi kedai mamak. Aku ajak datang kafe ni, dia tak nak. Tak ada class! Tu dia yang kata. Tapi aku tengok kafe ni berganda-ganda lagi aman dari kedai mamak yang dia selalu bawak tu.

“Oit.”

Aku panggung kepala. Terkebil-kebil membalas pandangan Abang Rifqi.

“Apa?”

“Datang sini tunjuk muka tak segar tu, baik tak payah. Abang banyak kerja lagi ni.”

“Ala... kalau Cha datang, banyak je alasan abang kan? Kalau tunang abang tu, asyik tuang kerja aje. Tak apa pulak? Bos tak marah? Uh.”

Kali ni giliran Abang Rifqi yang terkebil-kebil. “Kenapa pulak ni? Marah orang lain Abang Rif yang jadi mangsa.”

“Dahlah. Malas nak layan!” Aku bangun, nak balik ke bilik. Tapi tak sempat, Abang Rifqi yang lagi laju menarik lengan baju aku, isyarat suruh duduk semula.

Huh! Aku duduk tapi masih diam. Aku acah aje pun. Takkan aku nak tinggalkan air beraroma dia tu. Saja nak tengok Abang Rif pujuk tak aku ni.

“Dia kacau Cha lagi eh?” soal Abang Rifqi. Kening dia jongket sebelah.

“Siapa?” Aku tanya semula. Malas nak cerita. Aksi dia kat hall tadi terimbas semula. Huh!!

“Eleh. Penyu dalam sampan ar.”

Spontan aku ketawa. Suka-suki dia aje nak tukar bahasa nenek-moyang tu.

“Tak adalah.”

“Hai, membela nampak.”

Ek? Elok-elok aku hirup air nestum tu, terus aku angkat muka. Memandang Abang Rifqi yang sedang tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.

“Membela apanya?”

“Eleh. Tak yah main aci nyorok dengan abang... Cha tak cerita pun abang tahu pasal Cha dengan mamat tu.”

Aku pelik. Watak utama sekarang ni si Nash tu rasanya, tapi kenapa aku dapat rasa sesuatu yang tak enak melalui apa yang Abang Rifqi kata tu.

“Mamat mana ni Abang Rif?”

“Nash Ahmad Daniel tu lah!”

Hah, betul dah tu.

“Habis tahu apanya?”

“Cha dengan dia sekarang kan?”

“Aisy!! Abang Rif! Simpang malaikat 44. Cha tak nak orang macam tu. Mendera mental namanya.”

Abang Rif mencebik. “Ya lah tu.”

Aku Cuma menjeling. Geram. Didoa lagi yang bukan-bukan tentang aku. Mahunya termakbul doa tu, tak ke naya hidup aku.  “Yang abang ni dok kenen-kenen Cha dengan mamat tu, langsung tak ada rasa jealous eh?”

“Jealous apanya. Kalau tunang tercinta abang yang ada scandal logiklah abang mogok tak makan 100 hari.” Dia menjawab selamba.

Aku diam. Rasa macam nak menangis. Nak meraung-raung kat sini. Tapi malulah. Lagi la dia buat perbandingan antara aku dengan tunang dia tu. Dan sah-sah lah aku kalah!

“Sampai hati.” Gumam aku akhirnya.

“Cha,”

Aku jeling. Tak layan. Dah buat aku sakit jiwa sekarang nak main menyeru aku dengan suara lembut mendayu-dayu macam tu.

“Cha.........,”

Aku mencebik lagi.

“Cha sayang...!” Akhirnya dia tarik lengan baju aku.

Hisy! “Tak payah nak pujuklah Abang Rif!”

“Uh. Bila masa entah orang nak pujuk.”

Eleh. Jual mahal lagi tu. “Habis tu dok panggil orang tu apa hal?”

“Tu......” dia juihkan mulut ke belakang aku. Dalam terpaksa aku menoleh jugak. Dan sudahnya, mata aku terbeliak.

Nash dengan muka singa dia menuju ke arah aku, tercegat di sisi aku. “Ikut aku!” Tangan aku dipegangnya.

“Apanya ni?!”

“Bangunlah! Ikut aku! Jangan banyak cakap,” Dia tetap tercegat. Tegang mukanya, takut aku nak tengok.

Abang Rifqi dah mula panggung kepala, buat gaya menonton drama. Haish. Nash ni lah, buat drama hindustan swasta kat sini!

Aku pandang Nash, kemudian pandang Abang Rifqi semula. Akhir sekali aku pandang ke meja sebelah. Ada kerusi kosong!! Cepat-cepat aku tarik guna sebelah tangan dan suakan pada Nash.

“Hah, duduk. Hilangkan peluh tu.” Aku tepuk-tepuk kerusi tu.

Nash makin menjegil. Bulu roma aku dah menegak, takut sungguh tengokkan Nash ni. Sebelum ni adalah jugak gaya lelaki idaman walaupun kasar dia layan aku, tapi tak setegang sekarang muka dia.

“Abang Rif...” Aku cuba tarik simpati tapi ayat aku dipintas.

“Stop membebel kat sini. Dah berapa jam kau duduk sini, tak puas-puas lagi? Asyik menghadap muka mamat ni siang malam, tak berkembang otak tau tak? Bangun, bangunlah aku cakap!”

“Air aku tak habis lagi ni.”

“Fine!” Dia capai mug di tangan aku, lalu diteguk rakus. Tak sampai setengah minit, dia letak mug yang kosong tu depan aku. “Puas hati?”

Yu... mata aku mengecil. Tak percaya. Aku ni kalau air secawan mustahil boleh telan dalam setengah minit. Paling koman pun seminit lebih. Inikan pulak air nestum ni. Tahu air tu sedap, aku iakan, tapi takkan tak ada rasa loya dalam tekak dia tu bila teguk air spesies ni dengan kelajuan tu. Huish. Kali ni aku tabik spring dekat Nash. Juara Fear Factor nih!

“Jomlah!!”

Menungan aku berkecai. Hisy! Aku bangun, tegak menyaingi ketinggian dia. Nak ketawa pun ada, dah sah-sah la aku kalah! “Jom!!” Aku jerit di telinga dia. Biar dia tahu apa rasanya selama ni dia dok jerit di telinga aku.

Ketawa Abang Rif pecah.
________________________________________________

“Kau nak bawak aku ke mana ni Nash?” Aku tanya dengan nada bosan.

Sungguh. Berjam dia bawak aku berlegar kat kampus ni. Habis round taman dia bawak aku ke library pulak. Kat situ aku tak apa, boleh menelaah sikit. Tapi tak sampai seminit aku terpisah dengan dia dekat library tu, dia tarik tangan aku lagi, ke kedai mamak pulak. Entah berapa lama pulak aku tercongok kat kedai tu, kerjanya cuma merenung orang makan. Lepas tu, aku tak ingat. Lagi senang, malas nak sebut. Aku frust sekarang ni. Terpaksa berpisah dengan Abang Rifqi semata-mata nak temankan mamat  ni merayau. Uh!

“Nash...”

“Diamlah.”

“Kau tarik aku suka-suki ikut kau, sekarang nak suruh aku diam. Isy, malas la aku nak layan kau ni.”

“Alah, dengan mamat kafe tu boleh je kau duduk tercongok tak buat apa. Sekarang nak mengungkit kata bosan pulak. Diam sudahlah, telinga aku ni kebal. Bukan makan pujuk.”

Aku mendengus geram. Sudahnya, aku gosok-gosok rambut. Boring sangat tak tahu nak buat apa. Habis kusut. Dan-dan aku dengar suara orang ketawa. Aku toleh ke sisi, Nash yang bantai gelak. Uh! Ambik kau Cha, tadi aku serabaikan rambut mamat kat hall, sekarang rambut aku yang berserabai. Nash masih tak berhenti gelak, buat aku malu. Cepat-cepat aku cari cermin berdekatan. Puas jenguk, cermin tak ada. Yang ada cuma kolam ikan. Huh, aku jenguklah jugak. Baru tangan aku bergerak nak betulkan rambut, terasa ada tangan lain yang serabaikan lagi rambut ni. Darah aku naik ke muka. Nash!

“Er... aku... aku nak baliklah.”

Dah sudah. Gagap pulak aku kali ni.

“Eh, nantilah. Aku dah kata jangan balik selagi aku tak izinkan.”

“Apa ni! Potong stim ar! Aku nak dating dengan Abang Rif pun kau kacau, ni senang-senang nak arah aku pulak. Blah ar!”

Aku dah nak marah. Sebenarnya nak tutup muka yang blushing tiba-tiba ni aje. Nash senyap. Tapi kening dia tetap terangkat. Terkejut barangkali, bila dijerkah macam tu. Huh. Aku suka jerkah-jerkah orang ni. Hobi aku.

Aku berjalan tinggalkan dia. Merayau entah ke mana. Dia tak kejar. Sepatutnya aku suka, tapi kali ni aku rasa nak tumbuk orang. Aisy!!

Elok-elok laju aku melangkah, tiba-tiba aku berhenti. Mengejut. Dan-dan tubuh aku dilanggar dari belakang. Aku terkejut dan bila aku menoleh, muka Nash yang mencuka.

“Berhenti mengejut kenapa?!”

“Lah, kau ikut aku kenapa?”

“Dah senang-senang kau nak blah apa hal?”

Erk... aku senyap. Malas nak jawab. Tiba-tiba ada suara lain yang mengganggu kami. Serentak kami menoleh dan memandang benda yang sepatutnya jadi fokus aku sekarang.

Raiqal dengan Pamela!

Raiqal tengah berjalan laju, memegang beg sukan. Seluar trek, tee shirt yang melekat di badan dan kasut sukan. Baru habis main bola agaknya. Tuala tu ada kat leher lagi. Aku menapak perlahan-lahan ikut langkah mereka.

“La... kenapa tak nak pulak?”

Mata aku mengecil. Apa yang adik aku tu tak nak?

“Dah aku tak nak, apa peduli?”

“Aku belanja, nak?”

“Aku ada duit lagilah... tak payah susah-susah nak sedekah.”

“Aku ikhlaslah.”

“Ikhlas tu, kau tau tak?”

Langkah Raiqal terhenti diikuti Pamela. Aku ikut terhenti dan sekali lagi aku dilanggar. Nash hampir nak mengaduh tapi cepat-cepat aku cubit bahu dia dengan mata menjegil, isyarat nak suruh diam. Tapi lagi kuat dia mengaduh dengan muka menyeringai. Serentak tu aku tarik dia menyorok di sebalik dinding. Bila aku menjenguk, Raiqal  masih menghadap Pamela. Fuh... aku gosok dada.

“Apa?” terdengar suara Pamela menyoal.

“Ikhlas tu...”

Aku sengih. Kakak borek adik rintik. Aku tahu apa yang Raiq nak kata.

“...ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam pekatnya malam. Tahu?”

Nah!! Kan aku dah kata!

Aku intai Pamela, dia nampak blur. Haha! Aku ketawa lagi.

“Maksudnya?”

Raiqal tepuk dahi. Aku intai Pamela, nampak sugul. Terus terhenti tawa aku.

“Kau bila bercakap dengan perempuan, jangan tepuk dahi macam tu. Perempuan tak suka. Rasa diperbodohkan.” Aku cakap tanpa menoleh.

“Uh?” Nampak Nash blur. “Apa?”

“Diamlah.” Arah aku akhirnya.

“Dalam kata lain...” Aku fokus semula pada kata-kata Raiqal. “...kau tak payahlah cakap tu ikhlas ke tak. Tak pasal-pasal hilang pahala. Lagipun, jawapan aku tetap ‘no’. Faham?”

“Eeeehh kau ni jual mahal ar.”

“Dah kalau bukan aku nak jual mahal, siapa lagi? Kau? Heh.” Raiqal teruskan semula perjalanan. Pamela mengekor, aku mengikut dan Nash menyusul.

“Jomlah weh...” Kali ni Pamela tarik baju Raiqal.

“Aisy.....!!” Kali ni Raiqal menepis kasar. Rimas agaknya. “Kau ni apa hal?”

“Aku dah beli tiket.”

Tiket?

“Malam ni cerita best. Aku lupa tajuk dia. Cerita orang puteh. Best sangat....!”

Langkah Raiqal mati lagi. Dia fokus pada Pamela sebelum akhirnya dia mengeluh. “Kau tak pernah baca cerita ke? Dalam panggung orang buat apa? Dalam gelap-gelap tu? Tengah-tengah malam pulak tu? Nak ajak aku tengok cerita orang puteh, dengan pakai baju tak cukup kain pulak nanti? Sebelum si hero tu makan heroin, aku yang makan kau dulu. Tak termakan pop corn nanti. Nak?”

Erk... aku dan Nash sama-sama terdiam. Cakap tak berlapik si Raiq ni. Aku intai Pamela, pun dia terdiam. Kelu.

Raiqal menggeleng-geleng sebelum dia terus melangkah. Pamela tak mengikut, Cuma tercegat di situ.

Aku mengeluh. Kali ni aku tak sokong dengan Raiq. Tak sensitif dengan hati wanita. Aku toleh memandang Nash, dia Cuma pandang babak swasta tadi dengan sebelah mata. Selebihnya, Cuma goyang kaki di atas kerusi yang tersadai di situ.

“Satu lagi, dengan perempuan kau jangan nak main geleng-geleng kepala, tunjuk rasa bosan. Kecik hati diorang nanti.”

Uh? Dia mendongak. “Cakap dengan aku ke?”

Haih. Giliran aku menggeleng-geleng. “Bosan ar kau ni.” Gumam aku ringkas sebelum terus berjalan tak tahu ke hala.

Nash melompat turun dari kerusi dan mengekori aku. “Kau kenapa lega semacam je aku tengok?”

“Siapa?”

“Kaulah.”

“Lega.” Mata aku juling ke atas, berfikir. “Raiq tak buat hubungan dengan Pamela kau tu.”

Dahi Nash berkerut. “Kenapa?”

Mata aku terbeliak luas. Kenapa? Takkan tak boleh nak fikir? “Cuba tengok baju dia tu.”

Nash menoleh, tiga saat sebelum dia pandang aku kembali. “Apanya?”

Lah. Pelik aku. Pemandangan biasa bagi dia ke? Aku berhenti  berjalan. “Kau tau tak kenapa orang panggil dia ‘Anderson’?

“Er...” Nash berhenti dan pusing belakang semula, lama sebelum dia pandang aku dan spontan mata dia turun ke dada aku.

Makin luas mata aku menjegil. Dengan beg di tangan aku hempuk kepala dia kuat. Ambik! “Yang mata tu meliar apa hal?!”

Nash tergelak sambil tangan berusaha mengelak. “Dah kau yang suruh tengok, aku tengoklah. Tengok kau pulak, spontan ar. Nak buat perbandingan...”

“Aisy!!!!!” Kali ni aku tak tengok sekeliling sebelum terajang dia semahu aku. Cakap main lepas!
_________________________________________
“Abang Rifqi!!” Aku laung nama Abang Rifqi dengan berlagu. “Ohhhh Aban...”

“Senang hati nampak?” Abang Rifqi terjengul.

 “Rindulah kat abang...” Aku sengih sambil kelip-kelip mata. Tapi sengihan aku tak lama bila memandang raut lemah Abang Rifqi.

“Kenapa ni? Abang Rif demam eh?” aku intai muka dia yang menunduk.

“Tak adalah...”

“Tak ada apanya pucat semacam je ni. Dah makan ubat?” Aku sentuh dahi Abang Rifqi, panas! Tapi panas tu tak lama bila dia menepis.

“Janganlah Cha...”

Aku mencebik. Demam pun nak action lagi.

“Dah makan ubat ke belum ni?”

Abang Rifqi menggeleng. “Dah tu, kenapa tak makan?”

“Tak selera.”

“La... abang ni. Dah demam memanglah tak selera. Cha mintak Anis ambik eh?”

Abang Rifqi pandang aku. “Cha la pergi ambik. Tak larat sangat ni.”

“Eh?” Aku angkat kening. “Boleh ke?”

“Boleh. Masuk je.”

“Cha masuk eh...”

Abang Rifqi angguk. “Buatkan abang air sekali Cha. Nestum ada dalam tin tu.”

“Yalah.”

Aku masuk ke dalam. Nampak Anis dan beberapa orang pekerja lain tengah berborak. Hm, tak ada pelanggan. Aku Cuma senyum. “Abang Rif mintak tolong buatkan air.”

Anis dan seorang lagi pekerja lelaki senyum dan mengangguk. “Mintak tolong kitorang ke...?”

“Eh, tak. Cha sendiri yang buatkan.”

“Oh, okay.” Mereka mengangguk lagi.

Beberapa minit aku di dalam, Abang Rifqi menjenguk. “Lamanya Cha...” Rungutnya.

Aku sengih. “Nestum tak jumpa.”

“La... kenapa tak tanya orang.” Abang Rifqi mampir. Dia menjengket sedikit dan membuka pintu kabinet, mencapai tin nestum dan sebiji botol lain.

“Diorang khusyuk sangat berbual. Tak nak ganggu.”

“Nah...”

Aku menyambut. “Dalam botol ni apa bang?”

“Madu.”

“Oh... so air Cha tu abang taruk madu ni ke?”

“Hm...” dia menjawab ringkas. Beberapa tapak dia melangkah nak mencapai kerusi, entah macam mana sebelah kaki dia tersilap langkah dan dia rebah.

“Abang..!” Aku cepat-cepat menolong.

Abang Rifqi menepis dalam muka lemah. “Takpe Cha...”

 “Isy, lemah macam ni pun nak action.”

“Abang bukan action Cha... ni soal hukum.”

“Iyalah.” Aku mengalah akhirnya tapi tetap memapah dia bangun. Belum sempat dia bangun sepenuhnya, Nash muncul dalam tu dengan muka mencuka.

“Hah! Aku dah agak dah kau ni!” kata dia sebelum dia mencekak kolar baju Abang Rifqi.

“Hei!! Apa kau ni?!”

“Kau ni lah! Buta! Orang macam ni pun nak dibuat kawan!”

“Apa pulak aku?!” Aku tarik balik Abang Rifqi dari tangan dia.

Cengkaman dia terlepas tapi bukan dengan bantuan aku, sebaliknya Abang Rifqi sendiri yang melepaskan tangan Nash dari kolarnya. Dalam tenang dia mengatur langkah mendapatkan kerusi.

Nash menjuih. “Eleh. Tak payah nak berlagak herolah!”

“Apa kau ni?” Aku meradang semula.

“See? Kau ni buta lah! Dah terang-terang dia nak peluk kau, membela apa lagi?”

“Ei!! Mulut kau ni! Aku cili karang.”

“Hah, cililah. Cili! Orang nak jaga dia, tak kenang budi!”

“Budi apanya yang kau tabur tu? Bila masa pulak aku nak kena peluk ni? Fitnah tu kau tahu hukum dia apa? Kau nak dapat dosa macam tu?”

“Yang kau nak membela mamat tu kenapa? Aku datang selamatkan kau pun dah kira okay tahu tak?”

“Hah! Eloklah! Sekarang blah! Ada aku mintak kau datang?”

Mulut Nash terkunci, tapi aku nampak mata dia berapi! Marah sangat tu!

“Blahlah!”

“Kau ni..!”

“Apa?!”

“Daniel!”

Serentak mata-mata di dalam kafe ni toleh ke luar. Memandang dua-tiga orang rakan kamceng Nash yang sedang bersiul.

“Apa korang ni?!” Suara aku dan Nash bergabung. Bila tersedar, kami saling berpandangan. “Argh!!” suara kami bergabung lagi.

“Woi, kawan.”

“Apa?!”

Mereka sengih. “Bagitau jelah... motif asal kau apa?”

Aku pandang Nash, kemudian pandang semula mereka di luar. “Kau nak cakap apa?”
Nash diam dengan bibir terketap, dalam pengaruh amarah lagi tu! Naik turun naik turun nafas dia. “Aku suka kat kau.” ujar dia perlahan.

Aku mendengus. “Rimas tau tak? Nak berbisik segala dengan aku. Kau nak cakap apa, cakaplah! Dah terang-terang si Raiq tu tak suka Anderson tu kan, yang kau nak menempek kat sini apa hal? Hutang aku dah lepaskan?”

“Aku sukakan kau! Kau tahu tak?”

Aku terdiam. Giliran aku yang mengetap bibir. “Apa kau cakap?”

“Suka! Aku suka kau! Yang orang panggil cinta tu, tahu? Aku suka, cinta kat kau! Nak aku guna bahasa apa?”

“Hooray!!!” terdengar suara orang bertepuk tangan. Di luar dan di dalam kafe. Aku pandang mereka. Aduh! Aku terlupa ni kawasan Abang Rif. Penuh dengan rakan-rakan kerja dia.

“Balik ar. Kau tu, marah sangat tu sebab Pamela tak layan. Tu yang jadi suwei semacam aje tu.”

“Aku nak dengar komen kau.”

Bahu aku jatuh. “Kau buat status apa sampai kena like komen bagai?”

“Tengok ar! Dah terang-terang aku cakap suka, kau buat macam ni. Nak jugak menempek kat mamat ni.”

“Yang kau nak babitkan abang hensem aku apa hal pulak?”

Nash makin kusut. Habis rambut dia kucar-kacirkan. Dah serabut sangat agaknya. “Tak kisah ar dia hensem ke aku hensem ke, sekarang aku nak jawapan kau.”

“Jawapan apanya...” Aku berdalih. Blushing!

“Jangan nak banyak songeh boleh tak?”

“Dah kau cakap benda macam tu pun tengking-tengking, aku nak jawab macam mana? Tak feeling langsung.”

Aksi Nash terhenti. Memicing mata dia memandang aku. “Maksudnya...?”

Huh! Lembab. “Tak ada apa-apalah!” Aku toleh pada Abang Rifqi, yang dah terkulai lemah. Kesian. Inilah jadinya bila jarang-jarang demam. “Abang Rif, Cha balik dulu eh. Esok Cha datang.”

“Cha....!” Nash memanggil bila aku mula keluar. Eleh, memandai panggil nickname aku. Aku tak layan.

“Cha.., kau suka aku ke tak ni?” Dia mengekori aku.

Dari jauh dapat dengar suara kawan-kawan dia yang tadi ketawa. Tu kan? Kawan pun ketawakan dia.

“Cha............!” Sampai depan aku, dia depangkan tangan. “Hm...,” dia garu-garu kepala. “Kau... kau suka aku ke tak ni?”
Dalam cuba dok mengawal, akhirnya aku senyum juga. Comel aje Nash masa ni.
“Hah, aku tak bertepuk sebelah tangan kan?” soal dia bila aku tersenyum malu macam tu.
Argh! Potong stim ar soalan dia tu.
“Kalau aku tak jawab tak apa kan?”
Dia berkerut dahi sesaat, sebelum akhirnya dia sengih jua. Dia toleh belakang lama sebelum menjerit kuat. “Yahoooo!!!”
“Wuit, malu kat orang ar kau ni.”
“Tak apa, aku kebal.” Dia tersengih-sengih.
Aku mendengus, mendengus manja orang panggil, sebelum melangkah balik ke kampus. Sahlah, lepas ni mandi aku tak basah, tidur aku tak lena, dan makan aku tak kenyang. Aku kerling sebelah. Nash masih tersenyum sorang-sorang. Memandang dia, aku jadi nak ketawa. Last-last aku hamburkan jua. Hahaha!
“Apanya?”
“Kau comellah.”
Nash tak melawan. Sebaliknya Cuma tersenyum blushing. “Tengok ar boyfriend siapa...”
Erk.. giliran aku blushing.
-4 Jun 2012-
-9: 31 p.m.-

P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace. 

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

6 comments:

  1. pening ckit baca cite..x brpa nk faham lerrr..

    ReplyDelete
  2. a'ahh..starting tu xberape nk faham sgt.yg psal pamela tu...anyway,lawak arhh..

    ReplyDelete
  3. ehehk. sorry. latar belakang cite neh mmg dah dlm kepala,.. lps baca balik byk kali pun sy xtau mana yg blur. xleh nak baiki....maybe cara persembahkan 'aku' tu kut. hehe.
    neway thnx komen! heheh.

    ReplyDelete
  4. Diorang x faham tapi i faham....
    Memang best....hahahaXD

    ReplyDelete
  5. statring die kurang paham sikit , but dah lame tu ok sikit :D

    ReplyDelete
  6. suka2...=D >> KSJx

    ReplyDelete