Aku Mahu Hanya Kamu 21

by 1:55 AM 1 komen
ps: ini sambungan bab lepas. sengaja dipendek2kan. =)
 



Amir sengih memandang Solehah yang sibuk mencedok lauk yang dipilih ke dalam pinggan, lalu disua kepada Amir. Macam loving suami-isteri pulak rasanya...

“Kalau macam ni hari-hari kan best?”

             “Jangan nak mengada, makan cepat!”

            Amir mencebik, “mengalahkan Rika Sumantho la kau ni.” Nasi disuap ke mulut. “Kau masak ek.” Terangkat keningnya bila menyoal.

            “A’ah. Gandingan mantap aku dengan Oyiez. Amacam, best?” Solehah menongkat siku ke meja, tapak tangan menampung dagunya.

            “Kau taruk apa dalam ni?” muka Amir jelas berkerut, menggambarkan teruknya rasa makanan itu. 

            Solehah berubah riak, “apasal? Masin sangat ek?” tangannya reflek menyenduk sedikit kuah Tom Yam ke atas tapak tangan lalu dihirup perlahan. “Okey je?”

            Amir sengih. “Takde la, aku rasa macam makin sayang kat kau. Taruk ubat guna-guna ek?”

            “Ceh, aku cepuk jugak budak ni karang...” Solehah menggumam perlahan. “Tapi still ar, tak boleh lawan mama kau punya mushroom soup. Five star.”

            Mushroom soup?” Amir kerutkan kening. “Sedap ke?”

            “Kau ni la... tak menghargai. Kalau aku la ada family yang boleh buat mushroom soup macam hari tu, tabik spring aku. Memang terbaik la. One day mesti aku kena berguru dengan dia.”

            Sekali lagi suapan Amir terhenti. Mata merenung dinding bercat biru laut di depan. Lama bagai sibuk fikirkan masalah negara. Tak lama kemudian, dia bangun menuju ke sinki. Pinggannya dibasuh. “Pergi salin baju, then ikut aku.” Dia mengarah pula.

            Berkerut dahi Solehah jadinya. “Nak ke mana?”

            “Kau nak bawak lari ke mana chef aku tu? Sungai Golok?” Farhan muncul di pintu dapur. 

            “Er...” kacau daun betul la! “Belajar masak.” 

            “Aku kan dah cakap aku tak suka masuk kelas masak!” protes Solehah. Dia berpaling memandang Farhan, minta simpati.

            “Belajar dengan mama aku la bengap!”

==> heheh. sory2. sy tahu mmg bila baca pun, ada yg akan lost cerita apa ni. lupa nak update. ini pun lps ada org tnya psl izzat baru terlintas nak publish. 
exam cuti 11 hari, so kalau sy bukak lappy insyaAllah sy update lg.
do comment yeah. 
=)
peace.




Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. cool. :)
    kalau bleh updet la slalu ye.
    lama sgt nak tunggu...
    hihix2.

    ReplyDelete