Aku Mahu Hanya Kamu 9 [edited!]

by 7:52 AM 2 komen
BAB 9
“Ya Rabbi… Solehah!!! Bangun-bangun-bangun!! Wake up girl!” 

Urk! Spontan badannya tegak di atas katil mendengar jeritan yang dah macam machine gun tu. Sebelah tangan dibawa menenyeh-nenyeh mata yang kuyu melihat Nurul yang tengah kalut menyimpan barang ke dalam beg. “Pehal lu?” Solehah mula berang. Kacau mood mimpi aku jumpa Prince Charming la…

“Pehal kepala otak kau!” Dalam kalut, tak dengar kasar pun ayat Nurul tu. “Bangunlah mangkuk. Pergi kelas. Dah lewat!”

Solehah mengeluh. Lantas badan dibaring semula atas katil. “relax la… Oni mana?” matanya meilau ke segenap ruang bilik itu, mencari batang tubuh Auni.

“Dah pergi. Takkan nak tunggu kau. Mau kena lecture dengan Miss Zana.”

Sekali lagi, Solehah tegak semula. “hari ni kuliah mak cik tu ek?” matanya ditenyeh kasar. 

Nurul menggeleng-geleng. “Sumber ilmu kita jugak tu…” main hentam aje dia nak menggelar orang.

Dan Solehah terus tarik sengih sambil beristighfar dalam hati.

“Dah, bangun mak cik oi. Tak de masa aku nak layan mamai kau tu. Bangun la!” dibaling pula sebiji bantal busuk bila Solehah masih dengan lagak mamainya.

“Iye la…” Solehah bergerak malas walaupun dalam hati dah runsing teringatkan muka Miss Zana. “Kau tak nak tunggu aku ke?” soalnya semula bila melihat Nurul dah siap dengan shawl yang dipin kemas di kepala. Tapi nampak muka macam… 

“Tak ada masa aku nak tunggu. Aku sendiri pun dah lewat ni… dada…”

“Yu!!! Kau dah mandi ke tak tu?!”

“Tak sempat dowh…”
# # #

“Hai…” Solehah tidak membalas sapaan yang entah dari siapa tu. Tangannya sibuk menekan-nekan keypad telefon, mencari lagu yang menarik. “O-leh!” si pemanggil menguatkan suara.

Solehah mendongak. Dilihatnya Amir sedang menongkatkan lengan pada bumbung Honda CRV sambil tesenyum. Solehah buat muka bosan, “apa dia?”

“Buat apa kat sini?” Solehah memandang sekeliling bila diaju soalan macam tu. Dia tak nampak kot sign ‘bus stop’ tu… “Jual ikan.”

Amir menggaru-garu kepala. Baru sedar soalan ‘kurang cerdik’. “Jom la aku hantar. Aku pun on the way nak pergi office.”

“Tak payah la. Bas dah nak sampai.” Dia mengerling jam di tangan. 

“Tengkorak kau kelabu. Bas baru lepas. Kalau nak tunggu, sejam dua lagi la…”

Sekali lagi Solehah mendongak memandangnya. Peluh di dahi dikesat. Tak pecah rekod ke kalau aku terima je pelawaan tu? Seumur hidup tak pernah-pernah naik kereta dengan orang yang tak kenal… lelaki pulak tu. Haish.

“Jomlah.” Amir terus mengajak. “Bukannya aku nak jual pergi Lombok pun.”

Uh… peluh yang terus mengalir dikesat lagi. “Okey.”
# # #

 “Leh, sorry ek pasal semalam?” Amir start mengayat. Tangannya sibuk mengawal stereng.

Sorry apa lagi. Berapa banyak dosa kau dengan aku, kan semalam dah mintak maaf.” Ala-kadar dia menjawab.

“Semalam pakai phone, hari ni face to face. Banyak bezanya.”

“Tau pun. Habis tu pepagi buta kacau masa aku buat apa.” Gumam Solehah perlahan tanpa memandang wajah Amir.

“Kau jangan buat aku rasa bersalah sangat boleh tak?”

“Tadi beria-ria sangat minta maaf, sekarang tak mengaku salah. Apa kes…” Solehah masih mengekalkan nada sinisnya.

Amir menoleh duasaat sebelum menekan brek kakinya. Kereta berhenti di bahu jalan. “Si Acap cakap kau mudah je sejuk kalau marah. Yang sekarang ni susah sangat kenapa? Aku dah mintak maaf kan?” wajah Amir tegang.

Solehah turut memusing kepala menghadap Amir. “kau nak tahu kenapa? Sebab aku tak suka orang yang close-minded. Tak boleh tengok lelaki dengan perempuan rapat sikit, terus fikir negatif. Dalam otak tu, lelaki dengan perempuan tak boleh ada hubungan lain selain daripada couple or whatsoever. Wei kalau aku ada pape dengan Cairo tu pun, aku takkan suruh kau jadi wakil masuk merisik dia la…” nadanya keras. Dikutip semula apa yang diborak dengan Nurul dan Auni semalam. 

Amir diam. Dan Solehah mula serba-salah. Lambat-lambat dia mengeluh. “aku dah boring, kat sekolah dulu tiga tahun aku kena gossip dengan Acap. Sampai cikgu-cikgu pun aku rasa pandang serong kat aku. Diorang ingat aku nak cari perhatian. Publisiti murahan.” Suaranya kembali kendur.
“Okey, sekarang aku betul-betul minta maaf pasal tu. Kau tahu kan, aku bukan ada kawan perempuan pun, so aku tak sedar benda tu. Sorry, again?” dia mencari anak mata Solehah. “You thought it’s the beginning right?” keningnya diangkat-angkat.

Akhirnya Solehah menguntum senyum, “okey ar. Tak de hal, aku yang emo.”

Amir turut mengukir senyum, “aku tau kau budak baik…”

“Er… aku rasa… the engine, dah boleh start kot.” 

Alright.” enjin kereta dihidupkan. “hm… Leh,” panggilnya lagi bila kereta dah meluncur laju.

“Apa lagi…” Solehah menjawab malas.

“Kau still marah lagi ke pasal yang dulu tu?”

“Ee? Yang kau nak ungkit-ungkit tu pehal? Kan aku cakap dah settled.”

“Kalau settled, kenapa kau cakap macam tu semalam? Sound like dendam je… kau benci dengan ‘Amir’ kan?”

Serta-merta Solehah ketawa. “Hancus la kau ni… kau nak tanya aku marah lagi ke nak cakap kau terasa ni? Cuba straight.”

“Tak de la…” Amir berdalih. “Cara kau jawab Nuyu tanya tu macam merujuk kes dulu je.”

“Tak de la Jat. Semalam kan aku tengah berasap, so aku sebut je la ikut keluar mulut. Tapi serious la, tu bukan cara nak nasihat orang.” Solehah sengih. “Dia kena ada skill nak nasihat orang ni… main psycho la wei.”

“Habis kenapa kau still panggil aku ‘Izzat’?”

Hisy! “Bisinglah kau ni… dulu sebab aku tatau nama kau Izzat Emir. Aku sempat baca Izzat tu je kat name tagthen aku panggil Izzat la. Bila lama-lama, aku rasa janggal la nak panggil Amir. Dah la tu, nama pulak ala-ala hero novel gitu. Kenapa? Ada masalah? Okey. Aku panggil kau Amir. Noktah. Puas hati?”

“Jangan la berasap macam tu. Aku tanya je, panggil la apa kau nak. Aku saja je nak make sure dosa aku kat kau dah tak de.” Amir sengih. “Well, mesti kau kecewa tak ingat kan sebab tak sempat baca habis nama aku dulu?”

“Euw… soooo perasan.”

“Perasan tak perasan. Betul apa? Kau suka kat aku dulu kan?”

“Huh… thanks god kau tambah the ‘dulu’. Adat la wei junior skodeng senior.”

“Sekarang?” Amir still tak puas sengih.

“Malas aku nak layan. Ting-tong kau ni.” Volume phone dikuatkan.

“Okey… budak dua orang tu ke mana?” Amir tukar topic. Tak nak isi masa dengan sepi je.
Solehah menjuih. “diorang tu pun satu. Bangun awal bukan nak kejutkan. Senget betul…” Amir menjelingnya sekilas. Dah sejuk la kot… dia senyum sendirian. 

“Yang kau senyum sorang pesal? Ingat makwe?”

Amir tersentak, “mengarut la. Aku mana ada makwe semua tu…”

“Ooh…” Solehah mengangguk. “weh! Aku baru ingat. Aku nak tanya ni…”

“Apa dia?” Amir merenungnya sesekali.

“Um…” Solehah sengih. Buat muka comel. “betul tak apa yang aku cakap semalam? Kau perasan. Perasan bagus. Perasan skema. Perasan handsome.”

Amir menjuih, “ye la kau! Aku handsome apa… kalau tak tak adanya budak tu gugup sangat bila aku ajak borak dulu…”

Gulp. Solehah Cuma diam.
# # #

“Dah… sampai!” Amir menoleh ke sebelah. La… patut la dari tadi senyap semacam. “Leh,” bahu Solehah ditepuk perlahan. Solehah senyap. “leh…” sekali lagi dia menepuk. Masih tiada respon. Huh! “Lehhh, bangun. Dah sampai ni.” Akhirnya bahu Solehah digoncang-goncang. Tidur ke mampus ni?

Solehah tersentak, “apa ni!” tangan Amir yang melekap di bahu ditepisnya. Dia segera turun dari kereta Amir berlalu ke dewan kuliah. Amir yang terjerit-jerit memanggilnya langsung tak dihiraukan.
Dari jauh, sudah dilihatnya Miss Zana sedang menunjuk-nunjuk ke arah skrin LCD di hadapan. Ha sudah… “assalamualaikum.” Berpuluh-puluh pasang mata memandangnya.

so… Widya Solehah. Any explanation?” datar Miss Zana menyoal sambil menjawab salam Solehah tadi di dalam hati. Memang pantang baginya ada penuntut yang lewat ke kelas dia.

Solehah mengesat peluh di dahi. Izzat punya pasal… nak buat drama tak kena masa. Dah la berhenti kat bahu jalan, pastu senang-senang sentuh aku pulak. Dah la tu, potong stim pulak aku nak sambung mimpi pagi tadi… Kau memang nak kena izzat…

“…Solehah?”

“Tayar train bocor.” Argh!!! Tak nak… Miss Zana, I’m so so so sorry. Tersasul. Miss Zana merenungnya tajam. Hah! Memang nak kena!

# # #
“Leh, dengar cerita ada orang naik train bocor datang kuliah. Apa jadi?”

Solehah yang sedang meniarap di atas katil Nurul sambil menghadap laptopnya menoleh ke arah Nurul di meja studi. “Nothing,” Selamba dia menuturkan. 

Nothing?” terjengul kepala Auni dari katil bawah. “Takkan kot?”

Solehah angkat bahu, tarik sengih. “Mood dia baik kot...”

“Gi-lak! Tak aci dol. Nanti kalau aku lewat, pergi kelas, aku nak lipat dia cakap basikal habis minyak. Agak-agak camane?” 

Lagi sekali bahu Solehah dihenjut-henjut. “Try la buat.” Kalau nak merasa pagi petang siang malam muntah keluar isi assignment. Huh, mau tak tercabut jantung bila Miss Zana bagitau pagi tadi yang dia kena tambah assignment yang tajuknya susah tahap petala kelapan. Nasiblah ada partner. Tapi aku bab-bab kerjasama ni la buat pening kepala. Ingat lagi Kerja Kursus Akaun kat sekolah dulu, mau berpecah geng kamceng sekolah bila kena bekerjasama dalam group. Dalam group ni la yang boleh kita tau perangai member group kita. Lagi haru bila sesuatu team tu memang tahap teamwork yang ada cuma… zero. Hampeh! 

Tapi sengaja tak dibeitahu kat dua orang roommate ni, kalau tak mesti dipaksa ke bilik Alia sekarang. Bincang assignment. Baru tak kalut. Tapi sekarang… aku nak YM! “Never do a job in messed, or else it’ll be twice.” Tiba-tiba satu pepatah rekaan sendiri meniti mulutnya.

“Banyak la kau punya falsafah. Jealous betul la aku tengok kau ni…aku ni serabut habis.” Rungut Auni sendirian.

“Entah,” Nurul menyokong. “kau ni relax je kerjanya. Tapi assignment memang complete. Memang tabik spring la aku.” Solehah diam tak melayan, matanya khusyuk menghadap laptop. Tiba-tiba…

^emiruzzat^ - hye!

Huh! Pendatang asing mana pulak mencerobohYM aku ni… takkan Acap dah tukar nama kot?
^dya_o-leh^ - mcm familiar je nama ni. Siapa ek?

^emiruzzat^ - it’s me. This morning punya mamat…

Owk alos! Orang suruh Acap yang online…

^dya_o-leh^ - ceh~ apa hal? xde keje nak buat ke?

^emiruzzat^ - Sound like halau je…

^dya_o-leh^ - xde la. But kalau yes pun, aku no hal. 
 
^emiruzzat^ - Weh, sorry ek tadi. Tak de niat pun nak ambik kesempatan. Just to wake u up…

^dya_o-leh^ - Kau ni tak habis-habis dengan sorry. Tak de hal la, Cuma other time, paham2 la. Limit tu jaga…

^emiruzzat^ - Kenapa ek?

^dya_o-leh^ - Why y?

Solehah dah berkerut kening.

^emiruzzat^ - Yeah, why kau tak bagi orang sentuh kau?

^dya_o-leh^ - Soalan macam tu, aku memang kena jawab ke? (tarik nafas tahan perasaan.)

^emiruzzat^ - Wui mesti. Since jawapan dia tak ikut skema, so wajib jawab.

Solehah mengeluh perlahan. 

^dya_o-leh^ - Aku rasa banyak lagi soalan yang boleh buat pecah kepala nak fikir, so bagi soalan kau ni… it’s up to u la nak judge camane. Cuma kau fikir sendiri ar, kalau each part of body aku ni orang senang-senang nak sentuh, tok kadi tu aku agak makan gaji buta kot. Pasal semua orang dah buat aksi laki-bini. Kalau pompuan lain, maybe dia ‘let go’ je kau nak buat camtu, tapi dengan aku, over my dead body first la to get the license. I’m only owned by the-one.

^emiruzzat^ - The-one? Sape tuh? Duan? Boyfriend girl ke? Gurl ade boyfriend lain ke selain abang? Ah baby?

Euh. Suka-suki dia cakap aku girlfriend dia.

^dya_o-leh^ - Husband la senget!

^emiruzzat^ - Oh… eh leh! Hehe Tapi serius aku cakap ek, aku tak pernah pun buat apa yang kau cakap tu seumur hidup aku.

Solehah tergelak.

^dya_o-leh^ - Yang kau cakap macam gaya aku ni pegawai pejabat agama je apahal?

Di sebelah sana, Amir senyap. Mungkin terasa, kecil hati bila Solehah langsung tidak mempedulikannya. 

^dya_o-leh^ - Jat! Kau ada lagi kan?

^emiruzzat^ - (Sepi)

^dya_o-leh^ - Oooo jat?

^emiruzzat^ - (Masih sepi)

^dya_o-leh^ - Wei, on9 lagi kan?

^emiruzzat^ - (Amir mula menaip…) aku blah dulu r. ada kerja.

Tidak lama kemudian, Solehah tersenyum sendirian. Nak offline takkan takkan ada ‘available’ lagi kot…

^dya_o-leh^ - Ek eleh kau pehal jat? Nampak gaya macho sangat…

^emiruzzat^ - (Masih diam)

^dya_o-leh^ - Ala bucuk-bucuk… x sweet r boy sulking.

^emiruzzat^ - (mula terhibur) ada ke patut panggil aku bucuk2… aku ni regular user perfume idaman wanita tau.

^dya_o-leh^ - (senyum,sambil menguap. kira dah okey la tu kot…) eh, aku blah dulu la. Ngantuk!

^emiruzzat^ - A’alah tadi bukan mainnya comfort aku.

^dya_o-leh^ - Dah kau da ok kan? Kay rh! Aku tak boleh tahan ni, nak tidowwwww!!!!!

Matanya semakin berat. Akhirnya dia terlelap dikatil Nurul.
 #komen sikit! @_^

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. jenguk cari entry baru, tapi perasan benda lain. kaver baru?? COMEL!

    ReplyDelete
  2. basikal habis minyak..hahaha..betul la minyak rantai..

    ReplyDelete