Cerita Antara Kita 2

by 11:52 AM 0 komen

                “Macam mana?” mama bertanya dari hujung talian.

                Sambil menelentang di atas tilam empuk dalam bilik itu, Raiqal menghembus nafas perlahan. Cermin mata berbingkai hitam yang tersangkut di atas hidungnya dari awal tadi ditanggalkan lalu diletak di atas meja lampu di sisi katilnya. Cermin mata itu antara persamaan antara dia dan Raina. Persamaan kedua, tidak selalu cermin mata itu tersangkut di atas hidung mereka. Kakak-adik rabun!  Memang genetik agaknya. Mama dan papa pun bercermin mata jugak. Agaknya sejak zaman Tok Ki dan Opah dulu lagi, entah-entah mereka tu siap pakai lens lagi! Haha! Kalah dia dan Raina yang Cuma memakai lens time tertentu sahaja ni. “Ma...” serunya berharakat.

                “Haaa.... Raiqal Ammar, jangan nak kata fail sijil kamu tertinggal. Mama dah pesan awal-awal lagi, barang-barang penting tu letak setempat. Bila dah jadi macam ni, mulalah...”

                Raiqal pejam mata lama. Rasa macam dah bertahun tak dengar mama membebel, padahal tak sampai dua hari pun. “Rindulah ma.” Ujarnya ringkas, sekali gus menghentikan leteran mamanya yang dah macam machine gun tu.

                Adawiyah di hujung sana mengecilkan anak mata. “Barang-barang kamu semua dah okey?”

Raiqal tergelak. “Dah mem.”

“Tak ada yang tertinggal?”

“Tak.”

“Good.”

Raiqal senyum. Mama ni, kalau orang kata rindu sikit, mulalah nak tukar topik. Cuba kata, ‘mama rindu Raiq jugak...’, kan boleh dia tidur dengan sengih lebar malam nanti? “Ma...” seru dia lagi, berharakat.

“Iye...”

“Rindulah.”

“Haisy, kamu ni. Dah besar panjang pun nak berkepit celah ketiak mama lagi.”

“Apa salahnya? 18 tahun Raiq hidup bawah ketiak mama aje, tiba-tiba kali ni kena berpisah. Mamalah, orang lain kalau anak dapat masuk U, berderetan kereta mak-pak saudara konvoi nak hantar sekali. Barulah ada semangat! Ini tak, sudahlah nak datang pun naik bas aje, hari pendaftaran pun tak ada yang hantar.”

Adawiyah terkedu. Bukan dia sengaja nak biarkan Raiqal terabai macam tu, tapi... bersebab. Dia pun pernah memasang angan untuk bersama Raiqal memijak lantai universiti pada hari pertama nanti, tapi, dia tak mampu. “Alah, Kakak Cha kan ada.”

Mendengar panggilan yang diguna mama, Raiqal tahan gelak. ‘Kakak Cha’, supposed to be so. Tapi, aku-kau, sangat tak sesuai. Tapi... nak buat macam mana? Tuan punya badan yang offer kata ganti diri macam tu, ikut ajelah.

“Cha tu memanglah, dia tu kakak Raiq, tambah-tambah pulak nak jadi senior Raiq pulak nanti, memang tak lengkaplah kalau tak ada dia. Ni, yang Raiq kata, mama. Sibuk aje nak sebut nama orang lain...”

“Dahlah.” Adawiyah ketawa hambar. “Kakak Cha macam mana? Sihat?”

“Sihat walafiat... Raiq baru je habis berborak dengan dia tadi. Ada je kat luar tu rasanya. Nak Raiq pass phone bagi dia?”

“Eh, tak payahlah. Bagi dia rehat, ready minda dia. Cuti pun dah nak habis tu. Raiq pun rehatlah, jauh berjalan tadi.”

“Hm, yalah.”

 “Mama letak dulu ya, ada kerja lagi kat dapur tu.”

“Okey.” Ringkas jawapan Raiqal. Tapi tetap dia menunggu, sehingga betul-betul keluar bunyi ‘bipp’ yang panjang tu, barulah dia akan letak. Tapi sampai sekarang, bunyi tu tak muncul. Yang ada, bunyi seseorang bernafas. Raiqal senyum. “Ma,” panggilnya.

“Ya?”

“Miss you.”

Adawiyah tergelak. “Mengada kamu ni.”

Raiqal tak letih senyum. Mama gelak. Tapi, dalam gelak mama, ada juga bunyi asing yang kalau diperhati betul-betul, adalah bunyi hingus yang tersekat di hidung.

Mama menangis, simpulnya.

“Dah, kirim salam assalamualaikum kat Kakak Cha nanti ya. Bagitau dia mama rindu sangat dekat dia.”

“InsyaAllah.”

“Assalamualaikum.”

Belum sempat Raiqal menjawab salam yang dihulur, bunyi ‘bip’ panjang tanda talian di sebelah sana sudah diletakkan berbunyi. “Waalaikumussalam.” Raiqal menjawab perlahan sebelum telefonnya diletak di sisinya.

Nak mandi... nak solat... dan, nak tidur. Tapi sebelum tu, perut ni kena diisi dulu. Wajib! Agak-agak stok budu cap Ketereh ada tak kat dapur tu? Mana tahu... Cha tu dalam surat beranak je lahir dekat Kelantan, tapi duduk dekat luar Kelantan ni dah lebih 10 tahun. Sejak kecil pulak tu. Entah-entah dah tak tahu macam mana cara nak makan benda alah tu dengan cara paling heaven pun. Hai... Raina Aisyah berpisah dengan budu, macam tak boleh imagine je. Berlawanan dengan logik akal tu. Dia tergeleng sendiri dengan sengih tersungging di bibir. Lambat-lambat dia bangun dari tilam nikmatnya itu, dan bila tombol pintu ditarik, batang tubuh Raina yang sedang menyandar di dinding luar biliknya menyapa mata.

“Hai,” sapa Raina terkejut. Gaya seolah-olah mereka ni jiran bilik sebelah-menyebelah, yang sedang menyewa hostel.

‘Hai’? Raiqal berkerut kening. Musykil ni. “Hai.”

“Mama call?”

Dan dengan soalan itu, barulah Raiqal tersedar sesuatu. “Yep, mama ada tanyakan Cha, tapi dia tak nak kacau Cha rehat. Sudahnya, mama kirim salam aje.”

“Waalaikumussalam.” Sepatah Raina menjawab sebelum berlalu.
  
==> agak ok ke prmulaan ni? heek. rasa slow semacam je.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment