Aku Mahu Hanya Kamu 18

by 4:34 AM 3 komen


Bab 18
Langkahnya terhenti di muka pintu. Sekujur tubuh yang mengerekot di sebalik toto di atas sofa itu ditenungnya lama. Novel tertutup yang entah apa tajuknya di tangan kanan dan teddy bear violet dipeluk menerusi tangan kiri. Kaki masih teragak-agak nak menapak masuk ke dalam rumah tu. 
            
 “Abang Amir buat apa kat luar tu?” Noriez terjengul di sebalik langsir pemisah ruang tamu dan ruang rehat keluarga.

 “Shyy...” Amir menaikkan jari telunjuknya ke mulut.

 Noriez kerutkan kening. “Naiklah... kenapa tercegat je tu?”

 Amir cuma mengangguk ala-kadar. Tak disuruh pun sure la aku nak naik. Tiga bulan tak jumpa sayang aku ni, rindu menggunung kot. “Oyiez nak ke mana? Keluar la dulu.”

 Noriez mencebik kecil sebelum keluar ke laman rumah. Nak privacy la kononnya tu.

 Amir akhirnya menapak masuk ke dalam, dan berhenti betul-betul di depan sofa yang menjadi tempat O-leh berbaring. Dia duduk di lantai dan bekal di tangan diletak di atas sebuah meja kecil. Memandang teddy bear yang diberinya kepada Solehah tiga bulan lepas erat didakap Solehah tu, membuat hatinya terdetik sesuatu. ‘I wish Leh, I’m the teddy.’  Badannya disandar pada sofa, berlunjur di atas lantai dengan membelakangi Solehah yang masih lena.

Kenapa aku jadi macam ni Leh? Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni... sebab kau je. Aku takkan buat ‘benda’ tu kat orang lain, just kat kau. Tapi still, aku salah...

“Leh,” tanpa menggerakkan badan, dia memandang muka Solehah dari sisi.

“Hm...”

“Bangunlah.” Toto yang menyelimuti Solehah ditarik.

“Nantilah…”

“Bangunlah, letih aku ni.”

“Paan makannn… makan je la dulu… nanti orang makan...”

Amir sentap. Bibirnya dketap geram. Matanya dipejam rapat. Tiga bulan tak jumpa dan ni yang aku dapat? Siapa tak jealous, buah hati duduk serumah dengan pemain bola pujaan. Dengan Si Paan yang terlebih caring tu lagi... kadang-kadang layanan sebagai abang yang caring pun boleh disalah anggap oleh pihak yang satu lagi tu. 

Arh! Wajahnya diraup kasar. Dengan semua orang kau nak buat hal Mir! Sepupu kau tuh. “O-leh, bangunlah. Aku datang ni.” nadanya naik satu oktaf. Geram.

Mata Solehah lambat-lambat terbuka. Dari keadaan mamai matanya terbeliak luas. “Apa kau buat kat sini?!”
            
 Amir pandangnya lama. Orang serabut kepala otak dok rindukan dia, boleh dia tengking kita macam ni? “Melawat orang sakit.” Jawabnya sarkastik.

Solehah mengeluh. Kekok dan tak tahu nak jawab apa. Badannya ditegakkan dan tudung yang senget dibetulkan agar melepasi dada. Toto itu ditarik biar menyelimuti hampir seluruh badan.
            
 Amir cuma memandangnya lama. Bila terasa lenguh, terus dia bangun mencari sofa yang satu lagi. “Dah berapa lama ni?” akhirnya dia membuka bicara setelah lama sepi mengisi ruang.
            
 “Tiga hari.”
            
 “Ingat tiga bulan.”
            
 Solehah diam. “Kalau aku tak demam, mesti kau tak datang kan?” perlahan suaranya keluar setelah beberapa seketika.
            
 Dalam diam, Amir tersenyum. “Rindukan Izzat eh?”
            
 Solehah tersenyum tawar. Sejak bila la pandai bahasakan diri macam tu... entah-entah baru lepas dating. Hmph! Cemburu tiba-tiba.
            
 Amir muram bila melihat reaksi Solehah. Tiada lagi usikan, tiada lagi cebikan. Kenapa kaku sangat rasanya? Marah lagi ke?
            
 Dan Solehah, jadi ikut serba-salah bila melihat perubahan wajah Amir. Teringat muka letih Amir bila matanya terbuka tadi. Dengan neck-tie dilonggar macam tu, kemeja yang tak dikancing habis… dan aku pulak tambah merimaskan? Dah kira baik orang sanggup datang menjenguk Leh...

For me ek?” Tanya Solehah sambil bekal yang berisi mushroom soup dipandang. Saja mau ambil hati.
            
 Amir kembali senyum. Bekas yang diletak di atas meja tadi diambil, lalu sudu yang dah terisi dengan sup dihala ke mulut Solehah. Solehah yang memahami isyarat itu pantas mengambil sudu dari tangan Amir.

“Aku demam je la... no need la sampai nak bersuap-suap segala.” Dia tergelak kecil sambil menghalakan sudu tersebut ke mulut sendiri. Best siot! Kali ni bukan lagi lakonan, memang mushroom soup itu kegemarannya. Tambah-tambah buatan Mak Cik Rina, memang terbaik dari ladang.
            
 “Betul ke kau demam ni? Orang demam tak selera makan la... tapi kau lain macam je? Ke ni propa nak jumpa aku je...” Amir mengusik. Tak lagi dengan panggilan manja tadi.
            
 “Aku lapar la, tiga hari aku demam. Seksa tau? Kau apa tau?”
            
 “Apa hal? Aku tengok kau bahagia je landing sini dengan Oyiez sibuk mengemas dapur.” Amir mencebik.
            
 “Tu la kau dirabunkan. Aku ni kira kes dera la... nak buat kerja diorang tak bagi. Nak makan pun, kena yang tawar-tawar je. Tak de yang spicy. Mengalahkan hospital.”
            
 “Diorang ke mana?” Amir melilau ke dalam. “Tak nampak batang hidung pun?”
            
 “Cari barang hantaran.” Ringkas. “Kau tau Paan nak kahwin dengan siapa?”
            
 “Siapa lagi, buah hati dia la. Bongok punya soalan.” Amir gelak.
            
 Hisy! “Tau la yang tu. Tapi kau tau tak siapa buah hati dia?” Solehah buat suara suspens. Tapi tak disangka...
            
 “Piya.” Selamba Amir menawab membuatkan Solehah terbeliak.

“Kau tau?”
            
 “A’ala... aku kan sahabat dunia akhirat dia. Takkan Paan nak main aci nyorok dengan aku.”
            
 Kini Solehah mula pasang muka tak puas hati. “Asal tak cakap?”
            
 “Tak suspen la nanti.Nak dengar love story diorang?”

Solehah mengangguk-angguk. Tak sabar. Amir menceritakan dari A ke Z setakat yang dia follow. Mana tak terperinci, dia yang jadi orang tengah bila berjumpa. Cuma yang tak dicerita, setiap kali Farhan ke rumah buah hatinya, Amir tumpang sekaki, ambil hati bakal in-law.

Sesekali Solehah ketawa mendengar gelagat Farhan dan Angah. How loving Paan ni... dulu selalu je berangan aku di tempat angah. Haha! Tapi sekarang… kalau ada pun angan macam tu, rasanya bukan lagi Farhan yang jadi wataknya. Tapi mamat di depan dia inilah!

Dalam diam Solehah merenung Amir. Baru saja lagu Hatimu Milikku nyanyian Nera nak berdendang di hati, matanya terbeliak luas. Tiba-tiba mukanya yang pucat jadi bertambah pucat. Sebiji pil putih di tangan Amir direnung lama. “Apa tuh?” tanyanya datar.

Cerita dari mulut Amir terhenti. Muka Solehah dipandangnya pelik, “panadol?”

Kepalanya digeleng, dan Amir tetap dengan muka blur. Masih tak faham. “Kau nak buat apa dengan panadol tu?”

Oh... Amir mengangguk sebelum menghulurkan panadol yang dah dibuka dari papannya itu kepada Solehah berserta segelas air putih, “makan, nanti cepat kebah.”

Solehah menggeleng cepat. “Nanti aku sembuh sendiri. Dah biasa dah demam.”

“Makan.” Amir tetap mengarah. “Dah tiga hari kau demam. Takkan nak tunggu sampai seminggu. Mahu terencat dulu otak kau.”

Solehah tetap menggeleng. “Kau tau kan panadol pun boleh bagi side-effect bila kita tua...”

“Makan sikit bukan bagi effect buruk pun, makan je.”

Solehah menggeleng lagi. “Tak nak.”

“Kenapa degil sangat ni? Makanlah.”

“Tak nak.”

“Makan.”

“Tak nak...”

“MAKAN AKU KATA!”

Solehah tersentak lalu cepat-cepat halakan mata ke arah lain. Adehlah mata ni. Jangan nak buat cengeng sangatlah! Tapi logiklah, dah lama tak kena tengking macam tu since masuk U...  “orang cakap tak nak, tak naklah.” Tolaknya lagi bila air mata mula nak mengalir di pipi.
            
 Amir diam. Manja. Kena tengking sikit pun dah sentap. Kutuknya dalam hati. “Aku sayang kau Leh... makanlah. Biar nanti cepat kebah.”
            
 Solehah mendongak. Sayang? Amir sayang aku? Kepala digeleng perlahan. Beranganlah Leh... dia sayang kau sama dengan dia sayang orang lain. Jangan mengharap kasih orang. Jangan bertepuk sebelah tangan!

“Tak nak... aku tak pandai telan.”
            
 Amir mendengus. “Susah la cakap dengan orang keras kepala macam ni. Aku blah dulu la, banyak lagi benda nak kena buat kat office tu.”
            
 Solehah cuma diam. Sekadar memandang batang tubuh yang berjalan keluar. Panadol yang dihulur tadi dipandang lama sebelum diambil dengan hati berat. Terbayang wajah kusut Amir tadi, kalau dia sangup korban masa sikit, kenapa aku tak boleh. Mata dipejam rapat sambil panadol disumbat ke mulut. Tanpa menunggu sesaat pun, air putih diteguk rakus. Lagaknya tak ubah macam minah yang frust nonggeng dengan kes lovey-dovey yang dah puas hidup dan rasa amal jariah dah penuh dalam poket. Rasa pahit yang menguasai tekak membuatkan dia berlari laju ke bilik mandi utama.
            
 Amir yang baru sahaja selangkah menapak keluar dari rumah terkejut bila suara pintu dihempas kuat dan suara orang muntah kedengaran. Dia menoleh, dan serta-merta akalnya mencerna: O-leh! Lalu cepat-cepat dia mengatur langkah ke dapur, mencari arah suara muntah tadi.

“Leh,” pintu bilik mandi diketuk. Tiada jawapan tapi suara muntah masih kuat.
            
 “Leh, kau okey tak?” makin cemas suaranya.
            
 Berkali-kali dia mengetuk kuat pintu itu, akhirnya pintu terkuak dan Solehah muncul dengan wajah yang basah. “Aku okey.” Ringkas dia menjawab sambil menghayun kaki menuju ke water boiler, nak meneguk air suam. Amir memandangnya tak berkelip. Solehah yang menyedarinya sekali lagi bersuara, “balik la... aku okey, jangan risau.”
            
 Di luar, lima orang sahabat satu kepala yang baru saja tiba dah dapat menghidu sesuatu melihat dari suasana rumah itu. “Kenapa tu?” Cairo bertanya bila Noriez ikut mereka menapak ke dalam rumah.
            
 “Entah,” Noriez mengangkat bahu. “Tadi ada dengar diorang gelak. Dah lama tak dengar Kak O-leh gelak macam tu lately...”
            
 “A’ah.” Auni mengiakan. “Kat kelas selalu je aku tengok dia murung sekarang.”
            
 “Habis tu takkan daripada gelak boleh jadi dingin macam tu?” Ayie pula menyoal.
            
 “Abang Amir tengking dia tadi.”
            
 “Ceh...” Asyraf menjuih. “Budak ni la...” tau sangat perangai Solehah yang kalau orang tak kenal dia memang takkan sangka O-leh ada perangai macam tu. Manja. Dalam bengkengnya, kalau dah leleh, masak la  siapa nak pujuk. “Then tak pergi tengok?”
            
 “Oyiez malas nak campur tangan rumah tangga orang.”

Selamba Noriez membalas membuatkan mereka tersengih. Asyraf menaikkan ‘thumbs up’, “that’s my girl.

##hai. hee. he. he. ekcelly sy pun xsedar dah 3 mggu ( or 2mggu?) xapdet belog...n xtahu ada org lain sedar x. kehkeh. tp lps ada org PM tny psl ijat... tgn ni rajin nak melawat dashboard n tekan edit post.
wat ever it is, enjoy n do komen yeah!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. I love it...tq cik writer...........muaaahhhh.......

    ReplyDelete
  2. Best...
    Seriously saya pun benci makan ubat...hehehe XD

    ReplyDelete
  3. anon,. make sure you're a girl. haha.

    NurAtiZa,... kan? haha. kalau kena inject tu pun jauh lg baik dr kena telan ubat. seksa hidup!

    ReplyDelete