Aku Mahu Hanya Kamu 3 [edited]

by 9:48 AM 1 komen


Bab 3
Solehah mengatur langkah slow ke bilik yang dah tak jauh di depannya. Bagasi beg yang dipacking bersama angah beberapa hari lalu kini di tangan. Dari yang tak berapa penting hinggalah ke yang terlalu mustahak isinya. Koleksi novel adalah yang paling mustahak! Kalau tak ada yang itu, maunya tak masuk ilmu dalam otak. Tu dikira pengubat stress!

Dua batang tubuh kini menyapa mata. Dua gadis yang sibuk mengemas katil masing-masing. There they are! Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Excited kot nak dapat kawan baru. Nervous pun ada. “Hai! Aku O-leh. Nice to meet you.” Dia membuka bicara.

Dua gadis yang sibuk mengemas itu berpandangan sebelum fokus padanya semula. Nampak macam orang timur, kulit sawo matang, siap bertudung litup lagi. “Assalamualaikum. Saya Nurul Edziera.” Nurul membetulkan.

Solehah tersengih menggaru-garu kepala di muka pintu. “Sorry, Waalaikumussalam…”

“Aku Auni.” Ujar gadis comel di sebelah Nurul.

Solehah mencuri pandang ke arah mereka. Auni- comel. Aku bet mesti jadi rebutan abang-abang senior punyalah. Paling tak pun student sesama batch.

Nurul- kulit cerah macam orang cina, badan langsing tinggi lampai, gaya pulak ayu semacam. Memang perfect matchlah nak dibuat menantu. Tapi… dahinya berkerut. “Nurul Edziera…” nama itu diulang-ulang. Bukan ke…

“Ha! Betul la tu…” Nurul mengiakan apa di fikirannya. “Apa la, schoolmate sendiri pun tak kenal.”

Solehah menepuk dahi. Patut la rasa macam kenal… “Sorry, dah selama ni asyik dengar nama je. Bersua-muka susah sangat. Kalau sekolah tu cuma ada dua blok je boleh la nak ingat muka.” Tersengih dia menjelaskan situasi. Kut la ada yang terasa.

“Banyak la alasannya, Asyraf dapat mana?”

Belum pun dia menjawab, suara Westlife membingit lagi. Solehah tersengih, “panjang umur. Hello! A… dah masuk dah. 2 orang, sorang kau kenal. Hmm, okey la kot. Tak de hal… okekeh, aku nak mengemas ni. Dada!”

“Asyraf… mamat yang kau berkepit sejak tadi ek?” Solehah angguk menjawab soalan Auni.

Dahi Nurul mula sudah berkerut,”dia dapat kat sini jugak? Fuh, memang kuat la jodoh korang…”

Solehah tergelak, “mengarut la. Dia tu bestfriend aku la…tak de maknanya couple-couple tu. Dia je reka.”

Wait-wait… aku tak faham. Korang bertiga ni satu sekolah ek?” Auni buat muka blur.

“A’ah.” Nurul menjawab. “dan O-leh ni memang famous dengan Asyraf tu…”

Solehah buat muka. “Macam mana kau tau ek?”

“Kalau dah tahap kena bedal kat assembly pun sekali, memang terlelap la siapa tak kenal korang.”

“Kena bedal? Kenapa?” Auni bersila di hadapan mereka.

“Dah-dah! Ni bukan sesi mengenang memori lama…” Solehah menghalang niat Nurul untuk bercerita. “kira aku, kau dengan Acap ni wakil sekolah ar kan? Bangga sekejap aku…” 

“Tak lah. Plus Wawa sorang lagi…” Nurul tersengih. “aku nampak dia register tadi…”

Mata Solehah terbeliak, “memang cukup korum la ada budak tu.”

“Ulat bulu versi perempuan tu ex-sekolah korang jugak ke?” Nurul mengangguk. “dari dulu lagi aku tengok, dia anti dengan kau Leh. Nasib la kau…”

            #                                             #                                             #

“Cairo.”

Mata Asyraf menyorot jatuh pada tangan yang dihulurkan. Tanpa teragak dia menyambut huluran tangan yang disua. “Asyraf, tapi member-member semua panggil Acap je.” Asyraf menerang serba-sedikit. Tanpa sedar empunya badan dia merenung lelaki selamba yang memegang helmet di tangannya itu. Hm… mat motor, memang taste nak dibuat clan.

Pintu bilik dikuak dari luar. Ayie masuk menggalas begnya. Bila mendongak, terkebil-kebil dia bila menyedari bilik itu sudah berpenghuni. “Er… aku terlepas sesi orientasi ke?” serentak pecah tawa ketiga-tiganya. “Aku Zairul. Susah-susah panggil Ayie je la…”

Asyraf dan Cairo mengangguk-angguk. “Chop!” Asyraf angkat tangan. “aku nak buat call jap, excuse me.” Mereka mengangguk.

“Hello! Leh, kat mana sekarang? …roommate okey? …Tak de masalah la? Nurul? Hmm … okey ar. Selamat berkenalan la korang.”

“Awek tadi ek?”soal Cairo merujuk kepada solehah.

“Tadi?”

“Yang kau berkepit tadi.”

“Oh! A’ah. O-leh. Bestfriend aku…”

“Yang kau sebut Nurul tu…” ayat Ayie tergantung. “Nurul yang tadi pakai tudung pink putih tu eh?”

Roommate dia.” Cepat Asyraf menjelaskan. “ex-schoolmate kitorang.”

Roommate? Senang la kerja aku…” Ayie mula berseri-seri.

“Hai, takkan hari first pun dah terpesong niat?” Cairo angkat kening.

Ayie sengih, “tak de la. Aku nampak nama dia kat borang tadi. Lagi pun aku ni bukannya jenis player pun…”

“Lagi aku pelik, ada aku tanya pape ke?” kening diangkat makin tinggi mengalahkan kakak Anuar Zain. Sekali lagi Ayie sengih. Cairo cuma angkat bahu akhirnya. “Suka hati la. Asal kau tak lupa niat asal kau kat sini sudah.” Bahu rakan bilik baru itu ditepuk mesra.

No hal. Eh, aku ada banyak lagi barang tak cukup, prepare last minute. Esok keluar eh?”

“Kepala otak lu.” Selamba Cairo menuturkan. “kita ni junior, orientasi la weh. Takkan mentah-mentah lagi nak tuang program kot…”

“A’ah ek. Aku lupa ar…” Ayie menggaru-garu kepala.

Next week je la. Aku pun nak cari helmet sekali. Esok-lusa parents aku hantar motor. Nanti aku bagitau O-leh.” Asyraf memutuskan. Ayie diam berfikir. Menimbang-balik kut esok lusa tu dia pula yang ada program. “Maybe dia bawak member-member dia sekali!” terus Ayie angguk bersetuju.

Cairo tersenyum sinis. Hari pertama jejak kaki dah mula nak cari jodoh. Anak mak. Malam ni ada la yang meleleh-leleh kes homesick nih.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: