Aku Mahu Hanya Kamu 13

by 7:39 AM 2 komen
ps: Cheknie, baru baca komen awak. hehek. dah update pun. happy reading uolz!


Bab 13
“Hel.lo!” Noriez melangkah masuk ke ruang tamu banglo sederhana itu. Rambut yang panjang diikat ekor kuda. Wajah yang cerah jadi makin merah dengan cuaca di luar. “Awal balik?” soalnya lagi.

Solehah yang tengah khusyuk layan Danny Phantom di TV menoleh dua saat, “orang masuk rumah bagi salam la cik adik.”

Noriez sengih, “Assalamualaikum.."

“Hmm, waalaikumussalam. Baru je balik.” Soalan Noriez tadi dijawab. “Camne sekolah?” soalnya pula. Soalan rutin sejak menginap di sini.

“Macam tu la. Hari ni banyak cikgu tak masuk, tak adalah semput sangat.” Jawab Noriez malas. “Tapi yang semputnya lepas ni la nak kejar syllabus segala lagi. Haih.”

“Hmm… masa ni je la yang nak rasa semua tu… lepas ni rindu.” Solehah membalas lagi. Dikutip balik apa yang pernah dikata along waktu di rumah abah tak lama dulu.

Noriez cuma angguk mengiakan. Bila Kak O-leh dah mula bagi ceramah… memang malas nak balas!

“Abang jemput? Dia masuk?” Solehah bertanya balik setelah beberapa lama masing-masing cuma diam. Kepalanya dijenguk keluar, mencari-cari kelibat Farhan. Lantas dicapainya tudung yang tersangkut di kepala sofa bila disedari dari hujung mata yang Noriez dah mengangguk dengan mata dari tadi tak berkelip  memerhati dia. “Kenapa?” soalnya sambil membetul-betul tudung di bahagian dada agar tak terbentuk ‘aset’nya.

“Er…” Noriez garu kepala. Tersedar! “Kenapa Kak O-leh pakai tudung jugak masa dalam rumah? Tak rimas ke? Dah berbulan-bulan Oyiez tengok, masa dinner pun Kak O-leh pakai.” Soal dia akhirnya.

Solehah berkerut dahi, pelik dengan soalan yang baru diterima. “Sebab ayah dengan abang Oyiez tu ada lah. Kenapa?”

“Tapi takkan la kat dalam rumah pun kena pakai jugak? Tak rimas?” 

Solehah pandang Noriez. Baru dapat tangkap maksud dari soalan Noriez tadi. Sabar Leh… budak lagi tu. Erkk… budak? “Tak ada la rimas sangat, akak dah biasa. Lagipun tutup aurat dengan orang bukan mahram kan wajib tak kira tempat.” 

Noriez diam tiba-tiba. Dia cuma mengangguk slow dengan jari-jemari mula bermain-main dengan zip beg sekolah.

Serba-salah Solehah jadinya. Salah fakta ke?

“Kak O-leh tak malu ke kawan dengan Oyiez?” Noriez bersuara lagi. Kali ni makin slow ton suaranya. “Kak O-leh bertudung litup, Oyiez pulak freehair. Kalau berjalan, orang mesti compare.” Perlahan dia menuturkan.

Erk… Solehah terkedu. Bibirnya mula terkunci rapat. Selama ni dia bertudung litup pun, tak pernah ada yang bagi soalan jenis tu. Dah memang orang sekeliling pun bertudung. Jadi sekarang, skema jawapan yang macam mana Oyiez nak sebenarnya? Kat sekolah dulu jadi PRS pun tak pernah tercalon, ni kan pula nak bagi dakwah. Aduh!

“Apa pulak malunya. Kak O-leh ni pakai tudung pun tak hundred percent perfect pun. Kat luar sana tu, berlambak yang pakai tudung tapi perangai ntah pape. Tak solat pun ada. Tapi Oyiez solat kan? Oyiez ni berganda-ganda lebih baik dari diorang. Yang solat lima waktu kat luar tu pun bukannya betul segala hal Yiez. Kadang-kadang tak semua bertudung sebab tuntutan agama, tapi majoritinya bertudung sebab adat keluarga. Tak pun ikut fashion. It’s happened, kan? Terang-terang depan mata kita Yiez.” 

“Jadi maksudnya…” ayat Noriez terjeda. Jauh matanya merenung tanda dia sedang mencari rumus dari kata-kata Solehah.

No,” pintas Solehah cepat. “Don’t take that Kak O-leh nak cakap freehair tu tak apa, tak. Tu memang hukum agama yang Oyiez pun sedia maklum, kan? Tapi…” Solehah menggaru pipi. Cuba mencari-cari dalam kepala sendiri kut ada ilmu yang selama ni boleh dimanfaatkan. Can’t find it! Aduh…

Semalam! Semalam dia ada blogwalking ke blog yang boleh-dikira-famous, terjumpa satu entry yang mungkin ada kaitan dengan hal ni. Yang isinya mengatakan kita wajib bertudung walaupun dalam keadaan terpaksa. Wajib solat walaupun terpaksa. Wajib berpuasa walaupun terpaksa. Sebab kewajipan tu kadang-kadang memang sifatnya terpaksa. Dari terpaksa itulah slowly akan temukan kita degan hikmah yang akhirnya menjadikan hati kita ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Kalau nak ditunggu aje keikhlasan tu datang tanpa beribadah dulu, sampai bila kita nak menunggu? Hidayah tu dah macam makanan, kalau tak disuap, manakan ia masuk ke mulut. Hidayah bukan untuk ditunggu, tapi untuk dicari!
 
“Kak O-leh..?” Noriez pandangnya pelik. Termenung pulak?

You know what…” Solehah mencari ayat. “Semalam Kak O-leh ada jumpa satu blog ni…” lalu diulang semula kata-kata yang dibaca semalam. Anggukan dari Noriez walaupun agak lambat, tetap melegakan dia. Paling kurang Oyiez faham! “Oyiez tahu tak kenapa kubur jenazah wanita Islam digali tujuh kaki?”

Uh? Noriez angkat sebelah kening. Soalan dari topik sama ke? Lalu dia angkat bahu dengan muka tertanya-tanya sebagai jawapan. “Kenapa?”

“Sebab, in case la kalau berlaku banjir ke, apa ke… jenazah tu akan terapung kan? Tapi bagi jenazah wanita yang dah ditanam tujuh kaki tu, dia takkan terapunglah. Sekaligus takkan terdedah aurat si mati tu. Tegok betapa Islam jaga aurat kita sampai roh kita tak bersama dengan jasad pun, Islam still tutup aurat kaum wanita.”

Noriez tersenyum menyenget. 

“Cuma… Kak O-leh percaya yang Oyiez tahu apa yang terbaik bagi diri Oyiez sendiri. As a sister, sister not by birth, Kak O-leh cuma boleh kata setakat yang tahu je. Kak O-leh tak berhak, kan? Tapi… I’m glad, everyone akan happy,  kalau Oyiez cuba. Slowly… mana tahu boleh?” 

Noriez senyum lagi walaupun dah makin hambar. Terharu! “Akak tau tak? Dulu Oyiez ingat akak ni sombong tau? Bercakap pun sepatah dua je, dengan Abang Amir pulak, main hentam aku-kau-aku-kau je. Tapi sekarang baru Oyiez nampak, yang Kak O-leh ni memang ada aura la…” bahu Solehah dipaut mesra. 

Solehah ketawa kecil, “mengada la. Adat la kan, takkan la baru kenal pun nak mesra semacam, orang panggil penginap Tanjung Rambutan namanya tu.” Pelukan Noriez dibalas mesra.

“Memang best Kak O-leh stay kat sini.” 

Kata-kata akhir dari Noriez membuahkan senyum lagi di bibir Solehah. Teringat perbualan antara diadan ibu beberapa bulan lepas.
____________________________________
 “O-leh okey ke nanti along balik Kelantan?”

Dia mendongak. “Kalau for along’s sake, boring sikit tu tak de hal la Bu. Lama-lama nanti biasa la…” bohong!!

“Kalau Abang Farhan ajak stay dengan family dia, nak?” 

Mata Solehah yang tadinya mula nak layu kini terbuka luas. Ibu ni sedar ke tidak? Tapi terpandangkan rut ibunya yang langsung tak ada aura main-main tu, dia tahu ada yang tak kena. “Tak proper la Bu stay rumah anak teruna orang…” dalih dia akhirnya.

Puan Zakiah tersenyum penuh makna. Macam pelik je dengar ayat O-leh tadi. “Yang O-leh ke hulu ke hilir dengan anak teruna orang tu tak pe ke? Ibu ada ajar macam tu?”

Solehah garu kepala. Serba-salah. “Ala… Ibu kan tahu, diorang je kawan O-leh. Plus Oni dengan Nuyue. Lain dah tak de…”

Puan Zakiah mengeluh. “Ibu just nak O-leh ingat apa yang ibu abah ajar selama ni. Jangan langgar batas. Orang kalau nak mengata tu, bukan kaji selidik dulu… so how? Nak ke tak nak stay dengan Abang Farhan?”

Solehah mendengus pula. “Paan tak de ajak pun, ibu je yang sibuk.” Gumamnya rendah.

Terus bahunya ditepuk perlahan. “Dah orang tanya ni kira Abang Farhan dah ajak la. Ibu bukan apa, ibu risau kat O-leh. Dok sorang-sorang. Kan along dah cakap, banyak hal kawan dia tak settle lagi. Tapi kalau dia stay sini pun, tak ada yang berubah.”

I’m already twenty Bu…” 

Puan Zakiah buat muka sebelas. Solehah mengeluh. Ibu ni memang la… “Ye la, O-leh ikut Ibu je.” Dalam hati sedikit gusar, agak-agak macam mana la perangai family dia? Agak-agak ada tak aku kena layan macam anak tiri? Agak-agak ada jadi cerita macam novel tak? Agak-agak possible tak kalau tetiba aku jatuh chentan dengan Paan? Macam dalam novel? Spontan dia ketawa, kuat. Terpinga-pinga ibu sekejap. 

“Permintaan Ibu ni tak buat O-leh stress kan?” stress pun takkan sampai jadi ting-tong?

Solehah menggeleng-geleng. Lawak. “Tak de la… takut je imagine masa depan.” Ada ke patut aku bercinta dengan Paan? Tak masuk akai! “Tapi kut ya pun jangan la panggil Paan abang, lain macam bunyinya.” Dia sengih.
__________________________________
“Sudah-sudah la tu buat dramanya. Pergi masuk mandi. Malam nanti ada yang nak dinner sekali.” Puan Norish yang baru keluar dari dapur menyapa.

“Siapa Umi?” soal Solehah.

Special guest.” Balas wanita itu sambil mengenyit sebelah mata. Noriez tersengih.

“Kacau daun betul la, ingat boleh relax sikit malam ni.” Solehah bersungut sambil melangkah ke bilik tamu.

Umi= Puan Norish= umi kepada Paan dan Oyiez. Kadang-kadang dia terpikir jugak, kenapa Ibu boleh senang-senang je ‘let go’ aku stay sini. Tapi lama-lama, tak pe la… at least aku bahagia. Diorang baik. Nak cakap aku ni muka tembok, tak boleh. Sebab aku bayar tiap-tiap bulan kut walaupun Umi cakap tak payah. Kononnya menyewa la, hahaha.
______________________________________
“Assalamualaikum! Mak long!!”

Solehah yang tengah membantu Puan Norish di dapur tersentak. Macam kenal je suara tu… langkah Puan Norish ke ruang tamu diekori. Eh? “Jat! Buat apa kat sini?”

Amir yang baru menapak masuk ke dalam rumah tergelak. “Buat apa? Dinner la… kau lupa ek?” soalnya pula. Agak dah! Selama ni dah berbulan-bulan O-leh tinggal di rumah ni pun, tak pernah dia bercerita apa-apa pada Amir atau pun sebaliknya. Kononnya aku tak kenallah umi ni siapa. Nampak sangat lupa apa hubungan Amir dengan farhan.

Kening Solehah bercantum melihat Amir dan Puan Rina, tetamu yang dimaksudkan, “Lupa?”

Farhan muncul dari tingkat atas, “kitorang cousin. Kan dulu Amir dah cakap.”

“Lorh…” Solehah hampir ternganga. Kenapa tak tahu pun? Ke lupa? Erk…

“Eh jom la. Makanan dah siap, Mak Long dengan O-leh baru je siap menghidang.” Ujar Puan Norish sambil berlalu ke dapur diikuti yang lain-lain.

Amir tergelak dalam proses menyaingi langkah Solehah, “kau masak Leh? Biar betul…”

Solehah menjelingnya sekilas, “kau jangan pandang aku tak de mata.”

“Tak de la, si Acap cakap kau tak suka masak.”

Solehah merengus, “Acap lagi! Dasar Astro Awani betul ar… tang kau dengan Paan ni sepupu tak ada pulak dia bagitau aku.”

“Nak bagitau apa lagi memang dulu  aku dah cakap apa. Kau tu nyanyuk.”

“Ya la, aku mengaku, aku menghidang je. Yang masak tu Umi dengan Oyiez.” Solehah berlalu ke dapur diikuti Amir. Tangan masing-masing ditadah membaca doa makan yang dikepalai Farhan.

“Kenapa kau tak suka masak leh?” Amir mengungkit lagi. Wajah Solehah yang bertentangan dengannya dipandang sambil nasi terus disuap ke mulut.

Noriez dan Farhan serentak ketawa. “Pecah rahsia Kak O-leh.” Wajah Solehah berubah merah. Macam mantak malu kalau dah soalan sensitive tu dia aju depan golongan makcik-makcik. Memang sure aku kena shoot teruk!

“O-leh tak suka masak?” sekali lagi Puan Rina pula menyoal. Huh! Memang dasar Ijat!!

“Bukan O-leh tak suka, just… O-leh slow sikit dok kat dapur. Masa kat rumah dulu,ibu masak laju sangat. Tak sempat nak catch up, so sampai sekarang O-leh tatau sangat. Sekarang ni pun tau 2-3 jenis je, lepas tengok Umi yang masak.”

“Kenapa tak masuk kelas masak?” hisy! Paan ni… ingat dah tutup kes.

“Dulu pernah sekali masuk, tapi tak tahan, mak cik sorang tu kecoh sangat. Sudahnya O-leh ‘tuang’ je la kelas tu…” 

“Kenapa? Mak cik tu cakap apa?”

“Masa mengajar tu, dia laju sangat. Tak sempat nak catch up, so O-leh tengok je la apa yang dia buat. Alih-alih dia cakap, ‘takkan semua benda kena cakap?’. Tapi masa tu O-leh steady la, sebab memang semua orang cakap macam  tu kat O-leh. Tapi lepas tu, bila O-leh cuba buat apa yang O-leh rasa patut buat, like basuh pinggan dalam sinki, dia marah lagi. Dia cakap, ‘kalau tak tau buat, jangan memandai.’ Dah tu, dia banding pulak O-leh dengan sorang penuntut kat situ jugak. O-leh memang tak suka orang banding-banding, sudahnya, ponteng jalan terbaik.”

“Dah namanya pun ‘cikgu’ Leh… memang tu cara dia la kut. Tak berkat nanti O-leh dok mengumpat belakang macam ni.” 

Solehah cuma tersengih senget sebagai respon pada komen Puan Rina. Memang aku spesies budak-lupa-diri. Padahal masa Cikgu Imah ajar masak dulu pun enjoy je aku layan. Aih.  

“Patut la Umi tengok o-leh blur semacam je kat dapur. Asal masuk dapur je, pergi  kat sink.” Solehah sengih sumbing. Dah tu je tempat yang tak payah suruh buat. Takkan pinggan mangkuk kotor pun kena fikir empat belas juta kali sebelum basuh? “Kenapa tak cakap je O-leh nak belajar masak, macam mana nak nikah kalau masak pun tak reti.” 

Kan? Mesti topik ni akan timbul punya! “Apa pulak melalut sampai ke situ Umi… tapi kan Mi, ustazah ada cakap dulu…”

“Apa?” tak sabar-sabar Noriez bertanya. 

Solehah sengih, “tapi korang boys jangan marah la ek?” 

“Apa dia?” Amir mendesak.

“Sepatutnya kan…” Solehah buat aksi suspens. “masak-memasak ni semua tugas suami. Jaga anak semua, memang tugas suami. Tugas isteri just layan suami. Cuma sekarang dah jadi adat macam tu… ikutlah. So sepatutnya masak tak jadi kes la kan?” Dia sengih.

Serentak ketawa pecah. Alasan semata-mata! “Apa la kau… tak aci la kiranya. Habis takkan tugas penat-lelah laki tu, isteri just tugas tu je?” Amir menghirup air dalam gelas untuk menenangkan dada yang terasa sesak akibat ketawa yang kuat tadi.

“Apa kau ingat tak penat ke layan laki? Orang lelaki ni cerewet tau tak? Maunya nak teman makan lagi… pilih baju lagi… pakaikan tie lagi. Lebih dari penat tu. Kaum kau, kau tahu jelah macam mana perangai. Yang korang lelaki silap sikit dah tercabut gigi kena lempang.”

Amir sengih, “ye la… kau menang. Tapi takkan tu je kategori ‘layan suami’?” Sengihnya makin melebar jadi segih nakal.

Solehah menggaru-garu kepala. Terlebih cakap da… “Tu je la kot. Aku tak de pengalaman lagi, kalau kau nak tau kau nikah je la senang. Tak de merenyam sangat aku tengok perangai kau nanti.” Selamba dia menuturkan sambil tersengih.

“Eh aku memang dah lama ready. Kau tu je, on ke?”

“La aku pulak. Siapa nak nikah dengan kau?”

“Kau la.”

“A’alah… baik aku nikah dengan Acap dari kau. Ayie ke… ada gaya prince charming mamat tu.”

“Amboi tak sayang mulut kau ek.”

“Er… Leh.” Panggil Farhan tiba-tiba dengan suara yang agak lain-macam membuatkan hasrat Amir nak menyambung kata terbantut.

Solehah mendongak, “apa?”

“Er… O-leh jangan kecik hati kalau Paan tanya ek?”

“Macam serius je…”

“Dulu… Paan ada dengar Wawa cakap yang Abah O-leh kahwin 2. Betul ke?” serentak seisi ruang makan itu merenungnya tajam.

“Abang…” datar Puan Norish menegur. Apa laser sangat anak umi ni…

“Oh, a’ah. Betul la. Kitorang second punya.” Bersahaja Solehah menjawab.

“O-leh?” Puan Norish berkerut dahi. Tak de rasa malu ke budak ni?

“Apa?” dia buat muka blur.

“O-leh… tak malu ke?” soal Farhan teragak-agak. “You know, orang selalu cakap. Yang… bini muda tu…”

“Farhan!” suara Puan Norish mula meninggi. Sepi jadinya ruang makan itu. Masing-masing diam membisu. Umi mula naik angin, Farhan yang selama ni sopan jadi agak biadap.

“Perampas?” Solehah membalas lagi.

Farhan serba-salah. “Leh, Paan just tanya. Nak make sure. Tapi serius, Paan tak de maksud pun nak hina ibu O-leh. Serius Paan cakap.”

Solehah tergelak kecil, “hey, relax ar. O-leh okey la. Kenapa ketat semacam je O-leh tengok muka Paan?”

“Leh, fius kau tengah rosak ke?” berkerut dahi Amir jadinya.

“Entah Kak O-leh. Takkan tak rasa marah orang mengata parents macam tu?”

“Bila masa Paan mengata pulak?” Solehah pandang kedua-dua wajah itu.

“Tapi tadi Paan tanya pasal tu? Takkan O-leh tak malu abah kawin 2?”

“Betul la abah kawin 2. And ibu second punya… tapi buat apa nak malu, diorang kan KAHWIN? Bukan main hubungan haram… lagipun family kitorang dengan anak-anak Ma tu mana ada buat gaya bawang merah bawang puteh pun. Cuma Ibu dengan Ma tu je, baik macam mana pun, mesti la tak boleh kamceng. Dah namanya madu. M.a.d.u. Paham-paham la…”

Walau seribu atau banyak mana pun ayat yang Solehah keluarkan, tapi Farhan tetap dengan muka bersalahnya. “Takkan something like that tak bagi effect langsung kat O-leh?”

Solehah menghela nafas, buat muka bosan. Kat sekolah dulu pun ada yang macam kerut dahi bila tau abah nikah dua. Tu belum tau kes dia dari second party lagi. Hina sangat ke poligami? “Paan tau tak kahwin 4 tu sunnah nabi? Selagi mampu, tak salah kan? Tapi alasan kena konkrit r… baru tak de kes kepala botak tanpa nazar. Siapa suka diduakan tanpa sebab…” Dia sekadar sengih bila sedar lawaknya tak menjadi.

Farhan still dengan muka sebelas, muka mintak ampun. Solehah bersuara lagi, “ala… lagipun sekarang ni nisbah girls dengan boys 37:1 tau tak? Mana nak campak perempuan tak laku nanti? O-leh jugak la yang salah satu mangsanya…” terpaksa la jatuhkan saham sendiri bila tengok Farhan idola terulung mula pasang muka bersalah macam tu. Tak sanggup!

“Tak pe leh, aku ada.” Amir menyampuk tiba-tiba dengan sengih di bibir.

Huh! Rosak mood aku la… “masalahnya siapa nak kau?”

“Kau la.” Sekali lagi jawapan ringkas itu diberi.

Mata Solehah dijuling, “ye la… tapi nanti aku tak nak bermadu dengan Wawa.”

Spontan Amir ketawa tanpa ingat keadaan sekeliling. Ada ke patut minah ‘gewdikz’ tu dia bagi kat jejaka idaman Malaya nih? Terus dia menggeleng-geleng. “So… agak-agak, kalau aku pasang lagi satu kau on tak?” bibirnya masih tak penat dengan sengih. Please say no

“Bongok la kau. Tanya la mem kau nanti. Tapi aku rasa, tak de perempuan yang sanggup kena tarik rambut dengan Wawa tu…” kali ini seisi ruang itu ketawa. Hilang suasana sepi tadi.

“Hisy! Bengap betul la kau ni. Okey la, let say, ‘the-one’ nak pasang cawangan lain, amacam?”

Over my dead body.” Masing-masing berpandangan sesama sendiri mendengar suara yang datar itu. Apa kes ni? Tadi lain sekarang lain. Cakap tak serupa bikin la… Solehah mendongak sedikit. Ketawanya pecah terus melihat riak tak percaya mereka. “Gimmick tak?” bibirnya dihiasi sengih. “joking la… O-leh malas lagi la nak fikir benda ni semua. Belum sampai masa lagi nak bercucu –cicit pun.”

Sekali lagi ketawa pecah. “Tapi kan…” masing-masing memfokus pandangan mendengar ayat Solehah yang tergantung. “kenapa paan tanya macam tu? Ye la, rasanya dah lama Wawa cakap tu, tak tau Paan still ingat.”

“Oh…” suara Farhan teragak-agak. “Tu sebab…”

“Sebab abang still tak boleh nak redha ayah nikah dengan Mak kan? Sedangkan dah lama benda tu, sampai ayah dah dapat cucu sebesar Haikal pun abang still macam tu kan? Nampak je matured… Umi sebagai isteri Ayah pun boleh terima. ” Langsung tiada reaksi marah dari farhan melihat cebikan Noriez.

“Oh! Ayah pun macam abah jugak ke? Patut la jarang nampak kat rumah.” Spontan reaksi Solehah.

“O-leh!” teguran Amir menyedarkan dia.

“Er… sorry,” Solehah tunduk dengan muka seposen.

Puan Norish tersenyum, “tak pe. Kan O-leh dah cakap, ayah pun ada sebab dia kahwin lain. Kita tak berhak menilai orang kalau tak tau akar-umbi.” Anak mata tepat menusuk mata Farhan.

Farhan mula tak senang duduk, “Umi… abang mintak maaf. Abang tak de niat pun nak buat Umi sedih. Abang Cuma…” kepalanya digaru, hilang terus lagak maturednya selama ni.

“Umi faham. Abang sebagai anak sulong, mesti kecik hati kan dengan ayah. Tapi kan ayah dah buktikan, dia mampu berlaku adil. So apa salah kita terima je diorang?” Farhan diam mendengar pujukan Umi.

“Er… agak-agak biadap tak kalau O-leh nak mintak tutup kes?” Solehah pasang muka sebelas. Konon muka berharap, tapi nyata dia pelik bila semua mata mula beralih memandangnya. Solehah sengih. That means biadap ke? 

“Maksud O-leh… ni kan cerita dalam family. Tak manis O-leh pasang telinga kat sini. Kalau O-leh pun, O-leh malu bila kena marah depan orang luar.”

“Berapa kali Paan nak cakap?” Farhan pandangnya geram. “Awak tu adik Paan jugak, kakak Oyiez jugak. Sekali lagi Paan dengar O-leh cakap macam tu, memang O-leh tak kenal siapa Paan.”

Hm… aku jugak kena. “okey.”

So okay, bakal menantu mama mohon kes ditutup, lulus je la…” Solehah menjeling sekilas Amir yang tersenyum menggoda di depannya. Orang tengah serius pun sempat lagi nak tunjuk mereng dia.

Alright.” Tanpa banyak soal Farhan menurut. “Next week abang ingat nak pergi Kelantan. Ada hal.” Ujarnya buka topic baru.

“Kan baru je game lawan diorang?” Noriez menarik perhatian mereka yang lain. “Ouch!”

“Kenapa?” kalut Puan Norish seketika.

“Tak de pape Mi. Ada semut gatal kat zon larangan… hm, so… kan baru je lepas?” soalannya tetap sama.

Farhan mendengus, “ada kerja sikit la…”

“Kerja? Atau pun…” Noriez sengih. “Biasanya la… lautan api sanggup ku redah.”

“Abang?” Farhan mengeluh. Kalau Umi dah keluar kuasa veto, memanglah. “abang nak tanya khabar kawan. Dah lama tak jumpa dia.”

“Fulamak! Caring cousin aku!” sebuah cebikan lagi dari Noriez mendengar pujian Amir. Tak logic. Zaman sekarang mana ada turun padang nak tanya khabar. Facebook ada… myspace ada… skype ada… boleh pulak dia bagi alasan tu. Tak pintar…

#_#_# have fun! KOMEN eh.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. aik dtg klntan sbb nk jmpe fmly o-leh ke

    ReplyDelete
  2. hahaha...ada-ada je paan nie..sbenarnya ad niat lain tu

    ReplyDelete