Aku Mahu Hanya Kamu 14

by 6:06 AM 2 komen

Bab 14
Solehah menyandar di kusyen kereta. Sesekali kepala di goyang-goyang, hilangkan lenguh. Amir yang tenang memandu sesekali menjeling sebelum menggeleng-geleng sendiri. Muka dah lelah macam tu pun ada hati nak tolak orang tumpangkan dia…

“Jat, tadi aku mimpilah.” Solehah pasang muka empat belas menarik perhatian Amir untuk toleh sesaat padanya.

“Gila kau, dalam kelas ada masa mimpi lagi eh?” Amir ketawa halus.

“Kau tak nak tanya ke aku mimpi apa?”

“Apa?” Amir layan nak tak nak.

“Aku mimpi minum fresh orange masa hari panas terik. Sebijik macam sekarang cuaca dia Jat.”

“Oh,”

“Jat…….,”

“Iye…”

I’m thirsty.”

“Oh…” Amir mengangguk lagi.

Solehah pejam mata rapat-rapat. Sabarlah! “Jat, aku dahaga, aku nak minum fresh orange. Kempunan ni.”

Amir menjeling sekilas. “Aku ketuk budak ni karang. Iyelah, cuba bawak bersabar. Nanti singgahlah mana-mana.”

Solehah sengih. Dalam tekak macam dah ada rasa air batu mengalir laju. Hu…. Nikmat. “Tapi kalau ada orang yang belanja lagi aku suka Jat. Tambah pulak orang tu kau.” Hee…. Sengih lagi. Tapi dalam beberapa saat sengihnya mati.

“Kau marah ke?” tanyanya bimbang.

Uh? Amir menoleh. “No.., kenapa?”

“Kenapa kau berhenti sini?” dia memerhati sekeliling. Semak-samun penuh. Kenapa la mesti ada tempat macam ni di antara kampus dengan rumah Umi.

Amir diam seketika dengan tangan memutar-mutar kunci kereta sebelum dia menggeleng berkali-kali. “Aku rasa…”

“Apa?”

“Aku lupa isi minyak. Kalut sangat jumpa client tadi.” Terangnya serba-salah.

“Lah,” Solehah tepuk dahi. “So sekarang macam mana?”

Amir  memicit-micit pangkal hidung seketika. Solehah ketap bibir, tahan rasa bersalah. Nampak sangat lelahnya, aku pulak buat gaya mendesak… “Jat, okey ke?”

Amir menoleh, bibir mengukir senyum. Senyum lelah. “Okey, kau okey aku keluar jap? Kat depan tu ada petronas rasanya..” 

“Kalau kau tak larat aku pergi pun tak pe.” Sekilas dia menjeling ke luar, mak aih! Cancel! Apasal tempat ni sunyi gila… petang-petang hari pun nampak seram. Kenapa la tempat macam ni kena jadi pengantara rumah umi dengan kampus. Sekali lagi dia ulang keluhan sama.

Amir menggeleng, “tak pe, muka kau pun merah menyala tu.  Biar aku pergi…” kepalanya terjenguk sekali ke dalam kereta sebelum berlalu. “lock pintu, jangan keluar. Tahan sikit panas, kat sini port ‘diorang’.” 

Solehah mengangguk. Nokia E71 ditekan-tekan sebelum Perfect Two dari Auburn menjadi pilihan. Dua puluh minit berlalu, batang hidung Amir pun tak nampak lagi. Tubuh mula dibasahi peluh… “Tahan sikit, jangan keluar, bahaya.” Pesanan Amir berlayar di minda, sengaja untuk menambahkan tahap kesabaran. Tiba-tiba cermin kereta diketuk dari luar sekali gus memecah segala lamunan. Seorang lelaki yang mungkin sebaya senyum terlebih gula bila cermin kereta diturunkan. “Solehah?

Solehah angkat kening dari dalam kereta. Famous sangat agaknya aku ni sampai ada orang sanggup berpanas terik ketuk cermin kereta just sebab nak tahu nama… kepalanya diangguk laju. “Ada apa ya?”

“Boleh kita bincang sekejap? Kat luar?” 

Tanpa banyak soal dia keluar dari kereta. Entah bila pesanan Amir hilang dari benaknya.

Beberapa minit berlalu, lelaki itu sekadar senyap tanpa sepatah suara. Rasa bosan mula menyelubungi diri, “Hal apa ya?” dia menyoal lagi.

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bibirnya mengukir senyum sambil merenung Solehah atas bawah. Plan asal dah berubah bila mata dah terbayang lekuk tubuh gadis di depannya.

Bulu roma Solehah pula mula tegak berdiri. Serba tak kena segala tingkah-lakunya. “Kalau tak de pape saya masuk dulu la encik.”

Pintu kereta dibuka cepat, tapi cepat ditutup kembali oleh lelaki misteri itu. “Nak ke mana? Kenapa kalut sangat ni… kita berseronok la dulu.”

Solehah dah planning nak buka langkah, bercadang untuk melarikan diri tapi sepantas itu juga tangannya dicengkam kuat oleh lelaki itu. “Tolonglah, saya tak de duit sekarang. Kalau nak, nanti saya call mak bapak saya. Tapi tolonglah, jangan sentuh saya…” mukanya dah tak tau nak cakap macam mana.

“Kau patut merayu kat abang kau, jangan cari pasal dengan aku. Sekarang tengok  aku, serabai tak? Semua geng dah kena cekup. Tu semua pasal abang kau yang jahanam tu!”

Solehah tersentak. Dialog along dengan abah dulu terakam di minda. Mungkin ni dia orang yang Along cakap dulu… ‘Wasiat’ Along sebelum pulang ke Kelantan juga menghambat diri. “Lari Leh, jangan dilawan.” Along, nasihat along selalu macam tu.

Kekuatan mula terkumpul, lelaki di depannya direnung sinis. “Memang patut pun dia report pasal korang. Orang macam korang tak patut hidup. Kalau tak sayang hidup sendiri tu, jangan rosakkan abang aku. Tak pasal-pasal dia kena bermalam kat kandang besi yang sepatutnya jadi tempat kau tu!” Serentak tu kakinya bergerak menendang celah kelangkang lelaki itu.

Huh! Puas. Nasib baik angah pernah pesan dulu yang tempat-tempat tu yang wajib jadi ‘main-part’ time-time macam ni. Nasib je aku tak practice semua yang diajar tu kat Acap dulu, kalau tak mahu haru jadinya.

Bibir terus mengukir senyum puas melihat lelaki itu terduduk menahan pedih di ‘part’ tu. Padan. Tak berzuriat kau lepas ni… Cepat-cepat dia melangkah berlalu namun gerakannya yang agak lambat sekali lagi memberi peluang untuk lengannya ditarik kasar.

“Kau memang kurang ajar! Macam abang kau!” serentak itu tudungnya ditarik kasar. Lengannya dicengkam ke belakang lalu tubuh Solehah ditarik kasar ke dalam semak yang berhampiran.

Ya Allah… Solehah menangis tiba-tiba. Apa semua ni… “Lepaskan aku! Lepas!!! Lepas bodoh!!”

“Diam!” Solehah tetap bergelut. Kepalanya digeleng-geleng, mengelak dari bersentuh dengan muka lelaki itu yang mendekat. “Aku cakap diam!!!” akhirnya lelaki itu hilang sabar lalu pipi Solehah ditampar kuat. “Diam aku cakap!” lalu baju Solehah dikoyak kasar.

Solehah semakin panik, lalu kakinya sekali lagi bergerak untuk menendang ‘main part’ tapi ternyata usahanya gagal bila lelaki itu lebih cepat mengelak. "Tolong!!!" pedih di tekak cuba ditahan bila tempiknya memecah sepi. "Izzat!! Tolong aku!!" lagi jeritannya disusuli esakan. Sekali lagi pipinya ditampar, dan rambutnya ditarik kuat. “Diam bodoh!!!”

“Ya Allah… tolong…” Solehah makin lemah, kudratnya hilang. Apa yang termampu hanya menangis dan berdoa. Matanya terasa semakin sepet. Pandangannya kabur, tapi di depannya jelas lelaki itu sedang menanggalkan butang kemeja di badan sendiri sambil tersenyum seram.  “Izzat…” bisik Solehah perlahan. “Aku takut… aku tak nak…” dia bersuara lagi sebelum terkulai layu. 

DO komen please!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. oh no...cpat la izzat smpai tlg soleha nie..soleha jgn mgalah truskn lwan

    ReplyDelete
  2. Alahai O-leh kenapa bukak pintu tu tadi...-_-#
    Harap Izzat sempat tolong O-leh...

    ReplyDelete