21 March 2013. SPM. (",)

by 1:32 AM 0 komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Result berapa hari bulan Da?" - Abah

"Uhm, 20 ni. Rabu." 

"Eh, hari abah?"

"Haa..."

"Uda nak masuk U ko?"
Ehh... mesti!

"Uda, kalau boleh 6 macam trial jugak nak ke mana sangat..." - Ibu nyampuk. Mencabar.

"Ehh, kalau 6 tu dah boleh dah abah pass samsung Y abah ko Uda."

Lepas tu, bila aku perasan mata2 sekeliling dah tak tengok aku... laju je mata aku berair.
==================
21 March 2013. Bagi setengah orang, mungkin dah alert, tu tarikh apa.

And aku, setiap kali teringatkan tarikh tu, serius, serius, serius rasa mata panas semacam. Berdebar.

Ibu dengan abah fokus kat 6 A. Minimum habis dah tu kut, bagi mereka.

Tapi aku rasa macam... 6?

Serius kata bila teringat balik sebulan masa yang aku habiskan untuk exam tu, layak ke aku untuk dapat 6?

Jujur, sepanjang aku form 5. Ini yang ada dalam mindset aku...

BM - Aku orang melayu, kata cikgu, kalau aku sebagai orang melayu pun takleh A, shame on you lah.

BI - Ini subjek feveret aku sejak sekolah rendah. InsyaAllah aku mampu. Kalau biasa aku boleh, why not this time?

PQS & PSI - Aku orang Islam, itu satu hal. Tambah lagi, aku sekolah arab sejak form1 lagi, sangat-sangat rugi lah kalau subjek yang simple ini pun aku takleh nak skor.

Mate - Cikgu Anwar kata, matematik ni... kalau awak tak dapat A, malu kat orang. Tapi kalau awak dapat A pun, jangan rasa diri pro sangat. Mate ni celah gigi aje.  Makna kata, mate ni sangat mudah dan sangat tak logik kalau aku takleh skor A.

Akaun - Sejak aku masuk Changgong, aku jadi yakin yang aku boleh. Boleh. And boleh. tengok gaya Cikgu Ezani ajar, serius sangat mudah.

Arab - Heh. Yang ni... Ustaz Nor kata dia dah sehabis mungkin tolong kami,.. kalau takleh A jugak, memang sangat pffft.

Sejarah - Kalau korang tengok betapa bersungguhnya Cikgu Rusmani press kitorang, korang akan tau kenapa aku sangat target aku dapat A untuk ni.

Add Math & Sains - Kalau ada pun subjek yang aku takleh go, dua ni lah. sangat jammed. 

Itu, apa yang terselit kat minda selama setahun ni lah.

Tapi... lepas aku dah faced sendiri SPM tu. Masuk dewan tu. Sedang menunggu result ni... aku rasa,

BM? Soalan pasal nilai kemanusiaan pun aku boleh blur.

BI? Aku asyik dok guna look, look, look. Setapak keluar dewan, barulah vocab sesimple 'stare' tu datang dalam kepala aku. Serius rasa weng kepala otak. Sampai tahap nak cari perkataan untuk 'menuduh' pun, aku kata 'saying those bad things'... bukan 'accuse'. 

 Akaun? Tak tahu nak kata apa.

Sejarah? Aku dok dalam dewan dengan frust, pasal terkejut dengan soalan yang langsung tak serupa dengan apa yang cikgu jangka. Sampai tahap soalan KBKK yang offer aku lebih 10 markah tu pun boleh aku abaikan. 

Arab? Yang ni... paling aku weng. Sampai tahap keluar dewan, aku nangis. Classmate aku yang sangat peramah tegur aku dari jauh pun, aku boleh tengok dia dengan muka kosong. Tengok dengan gaya langsung tak ada niat nak membalas teguran dia tu. 

Kenapa? 12 markah yang sepatutnya aku memang dapat paling kurang 10/12 pun, tetiba jadi 0. 

0/12.

Topik yang sangat-sangat cair dalam kepala aku sepanjang dua tahun aku belajar arab ni. Isti'arah.

........................

Dan sebab utama aku jadi weng, mata panas, kepala berat ni, bila fikir... semua tu, kesilapan yang langsung tak patut aku buat!

Dan aku sendiri sampai sekarang blur, kenapa aku jadi macam tu?

Betullah kot kata Bonda: Jaga perangai. Sekarang ni, kalau awak pandai tahap mana pun... tapi kalau dalam dewan, Allah nak bagi gelap mata, tak paham soalan yang sangat kacang, mudah, celah gigi tu... baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah.

Dan mungkin betullah. Ada yang aku buat yang Dia tak restu. Bukan MUNGKIN, tapi memang PASTI.

Tolong, 

tolong doakan aku.

Whoever you are.

Reader tegar saya, silent reader, FB's friends, blogwalker, kakak, abang, adik, awak, whoever you are, tolong, tolong doakan me and my friends untuk hari tu.

Doakan result saya. 

Saya bukan sedang mengerah orang ramai untuk buat solat hajat di rumah sedangkan saya cuma tercongok bergoyang kaki kat suatu sudut, bukan. 

Saya doa, tapi saya jugak mengharapkan doa kalian. Usaha, saya dah usaha. tugas saya sekarang, cuma tawakkal.

Bukan untuk samsung Y... bukan. Tapi untuk abah and ibu sendiri. 20 March birthday abah. And 21 March, result keluar. I just thought how happy he will be kalau result tu jadi hadiah hari jadi dia. And also, untuk ni...
 
 
tengok ni pun rasa nak nangis. kenapa? "....." speechless.

 Aku nak masuk U.Yeah. Dengan STAM pun boleh apa. Memanglah. Tapi untuk sekarang, let's hope aku boleh masuk U dengan result ni. 

Ameen.

Thanks sebab sudi menghabiskan masa baca bebelan ni. tak terbalas. thanks. thanks. thanks.

- Kota Bharu -
- 170313 -

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment