Aku Mahu Hanya Kamu 19

by 2:11 AM 3 komen

Amir merenung Solehah yang tercegat di kabinet itu, menunggu air menggelegak. Nampak sangat tak tau nak buat apa. Nampak sangat tak de kerja lain. Nampak sangat nak mengelakkan aku.

“Ehem!” kelima-lima mereka yang terjengul di sebalik langsir menonton drama live itu serentak mengangkat kening bila Amir dan Solehah menoleh.

Amir tak melayan, sebaliknya wajah Solehah dipandang semula. “Leh...” dia tayang muka seposen. “Kitorang semua sayangkan kau, sebab tu kau kena makan tu. Bukan aku saja-saja nak dera kau.” 

 Solehah menarik senyum melihat mukanya tanpa mengeluarkan suara, tanda dah okey. Harapnya Amir akan berlalu, tapi Amir pula yang diam dengan mata sayu merenungnya. Akhirnya Solehah mengeluh, “aku okey. Jangan risau. Benda tu tak keluar pun masa muntah tadi, dah sampai perut. Esok lusa okey la aku. Kau boleh balik okey?”

Dengan satu keluhan kecil, Amir berlalu. “Nanti aku datang lagi.”

Solehah mengangguk. Datanglah, datang tiga bulan lagi. Sinis hatinya megutuk. Tapi entah macam mana, suara yang disangka cuma bermain dalam hati itu terlantun keluar dari bibirnya sendiri.

Amir yang baru nak keluar menoleh bila mendengar suara sinis itu. Solehah memalingkan wajah ke lain, mengelak dari memamerkan sebarang riak. “kan?” tanyanya semula tanda dia tak salah.

Amir menyembunyikan senyum. Tadi bukan main halaunya... “I will.

Lima penonton tadi menggeleng-geleng kepala. O-leh dah pandai merajuk. Macam laki-bini pulak tengok diorang ni...

“Kenapa Mir?” Auni menyoal perlahan.

“Masalah sikit, aku blah dulu la. Ada kerja sikit kat office.” Teringat tugas yang bertimbun di office. Ala-kadar jawapannya membuatkan Auni mencebik. Malu kot bila dilayan nak tak nak je. 
  
Cairo dah tergelak besar. “Padan la kau, sibuk nak korek hal rumah-tangga orang.”
============================
“Apa la masalah korang ni sebenarnya Leh...” Nurul mula membebel.

“Tak de pape.”Solehah dah selamat landing di sofa tadi. Time-time macam ni la rasa macam nak peluk je teddy ni... tapi malu. Mulut diorang bukan bayar insurans. “Korang dari mana ni?” mesti baru lepas study group, or window shopping. Bestnya kalau boleh join... tapi stay kat rumah Umi mana boleh balik ikut suka masa. Orang panggil tak sedar diri namanya.

“Kenapa?” soalnya bila Nurul dan Auni saling pandang-memandang, tak menjawab soalannya. Biasanya diorang la yang kecoh.

“Tu...” Nurul menjuih mulut ke sebelah Solehah. “Aku tak pernah tengok pun dulu?” terangkat keningnya bila melihat tangan Solehah leka membelai bulu-bulu teddy itu dengan mulut sibuk melayan perbualan.

Solehah dah garu kepala. “A... aku... aku baru beli.”

Auni pula pelik, ‘kau beli benda ni? Mengarut la. Bukan aku tatau, nak beli topup pun jimat habis.”

Solehah sengih pula. “Tak de la. Ada kawan bagi.”

“Siapa?” Ayie turut menyibuk.

“Er...” Solehah cuba perah otak. Tak tau! Dia bukannya jenis mesra alam macam Nurul. 3-4 tahun masuk U pun masih tak pandai bergaul. “Nobody.” Dia cuba mengukir sengih pula.

“Nananana...” Auni menolak bahu Nurul. Ayie menyiku rusuk Cairo dan Cairo menumbuk bahu Asyraf. “Aku tau...”

Masing-masing dah tersengih mengangguk. “Gila punya membazir Amir. Dekat seratus tu.” Cairo menggeleng-geleng dalam sengihnya.

“Kau ni pun la...” Asyraf mengetuk kepala Cairo. “Tak paham-paham...”

“Paham apa?” Cairo buat muka blank.

“Orang tengah mabuk cinta tu...”

“Ceh, mana aku tau. Tak de pengalaman lagi.” Cairo sengih tanpa menyedari Auni dah tersenyum tawar.

Solehah menggeleng. Cairo ni memang la... kalau bab macam ni lembab. Tak de gaya macho mat motor moden. Tak ke tersangkut dengan muka idaman mamat-mamat kuliah macam Auni ni? Muka Auni tu dah kira stok idaman lelaki dah pun. Orang dok sibuk terkejar Auni, dia boleh  buat dek dengan feeling Auni kat dia selama ni.

“Weh, kau pernah bercinta tak?” Nurul menyoal Cairo yang jelas mula tersengih. Solehah mengangkat kening menanti jawapan, malas nak komen apa yang dikatakan Asyraf.

Cairo tergelak. Bercinta? “Killer soalan kau...”

“Pernah tak?” gesanya. Niat di hati nak menyatukan dua insan la kononnya.

“Tak de masa aku nak layan...” Cairo berpeluk tubuh menyandar pada sofa.

Nurul di kanan Solehah pantas mengambil teddy bear di tangan Solehah lalu dilempar tepat ke muka Cairo tapi cepat dihadang lengan Ayie.

“Hisy...” Ayie buat muka.

Nurul sengih dimarah buah hati. Asyraf dan Cairo buat thumbs up. “Cuba kawal sikit perangai tu... macam budak-budak.”

“Saya tanya aje la... susah sangat nak jawab kenapa? Ego lelaki.”

“Aku tau la kau dah nak bertunang Yu. Tapi tak perlu la kot sampai nak tolong carikan aku jodoh. Aku ada aura tersendiri la...” Cairo menjuih. “Aku rasa kau ni dari jadi arkitek, baik kau bukak agensi cari jodoh. Sibuk aje hal orang.”

“Aura la sangat... tak de sorang pun yang melekat.”

“A’a la weh,” Solehah mengiakan kata-kata Nurul. “Aku tengok kau dengan Acap je yang blank. Nuyu dah nak bertunang... korang bila?”

Raut wajah Cairo berubah. “Aku dengan Acap je? Auni pun nak bertunang jugak ke?” Solehah mengangguk sebelum sempat Auni menjawab. “Siapa?” Cairo menyoal lagi.

Solehah menoleh pada Auni. “Siapa weh nama dia? Aku tak ingat la... entah, ingat-ingat lupa.”

Menjegil Cairo memandang Auni. “Ingat-ingat lupa?! Kau ingat tunang ni main aci ada orang je ke?”

“Ah? Er...” Auni garu dagu. Wajah dua kawan yang tahan muka selamba di sisinya dipandang. Tolonglah...

“Mak dia pun yang kenalkan... padanlah dia tak ingat sangat.” Nurul menyampuk.

“Awak...” Ayie meleretkan suara.

“Eh betullah Yie,” Solehah membela. Dah ada... tapi bertunang tak plan lagi.” Jawabnya macam dia pulak di tempat Auni. 

Cairo kerutkan kening. Sesuka hati mak dia aje nak tunangkan anak sendiri. Belajar pun tak habis lagi! “Alah, yang kau cakap aku dengan Acap je pehal? Kau dengan Amir tu memang dah declare ke?” balasnya cuba menukar topik.

“Wusy, mengarut gila kau.” Pipi Solehah mula membahang. “Aku dengan otai tu? Takde taste betul. Aku ni memang dikhaskan untuk single. Dulu-dulu aku tunggu Paan masuk meminang, tapi since Paan dah nak jadi bro in-law aku, aku nak stephen chow. Tapi lepas grad la...” Dia sengih. Memang dulu selalu bagi jawapan tu kat Angah bila diorang tanya pasal dia dan Acap.

Masing-masing terlopong. “Serius?”

Solehah sengih. “Pakcik tu dah nikah la bro...”

Tiba-tiba dia mengaduh bila terasa ada tangan yang meliku kuat kepalanya. Tapi tak dapat dikesan siapa, antara Nurul dan Auni. “Apa hal kau ni?” tanyanya bengang.

“Cara kau cakap macam sure je pakcik tu nak datang minangkan?” Ayie tergelak.

“Dah tu, yang korang pasang muka tak percaya tu apa hal? Dah terang-terang statements karut.”

“Tak, cuba kau ulang balik yang kau cakap tadi. ‘Since Paan nak jadi brother in-law’? Serius?” Cairo menjelaskan.

Solehah sengih lagi. “See the leg la.”

“Yang otai tu la kau dok ceritakan aku dulu... asyik-asyik nama dia yang kau sebut.” Asyraf yang terdiam lama tadi mencelah.

“Tu pasal aku bengang la... sekarang kan dah okey. Korang sudah-sudah la dok gossipkan aku dengan dia, dia pun ada hidup sendiri jugak. Dengar dek awek dia tak ke naya...”

“Amir ada girlfriend ke weh?” Ayie menyoal dua lelaki di depannya.

“Bukan kita je kawan dia bongok. Dia pun ada hidup dia...”

“Hmm...” Asyraf menggeliat. Boring dengar ayat sama. “Aku nak cari air jap.”

Mereka serentak memandangnya. Pelik. Buat macam rumah sendiri... Asyraf tergelak kecil sebelum kelibatnya hilang di sebalik dapur.

Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Suka-suki dia aje!

##peeps! komen yeah! heehe.  to those regular kaki komen, i owe u much! thnx! heheh!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. hehehehe.. best.. tapi cam keliru skt.. ke sy yg otak mereng.. huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. hehe. mmg 1st post dulu pun org kata blur sikit part ni. tp ni dah fifth touched up u! huhu. xtau mana yg blur lg.

    ##maybe masa taip tu my hand terketar2 kot. haha.

    ReplyDelete