Cerita Antara Kita 12

by 1:55 AM 3 komen
 

“Kau nak bawak aku ke mana ni Nash?” tanyanya dengan nada bosan.

Sungguh. Berjam dia dibawa berlegar tanpa destinasi kat kampus ni. Habis round taman dia diheret ke library pulak. Kat situ tak apa, boleh menelaah sikit. Tapi tak sampai seminit dia terpisah dengan Nash dekat library tu, tangan ditarik lagi, ke kedai mamak pulak. Entah berapa lama pulak dia tercongok kat kedai tu, kerjanya cuma merenung orang makan. Lepas tu, dia tak ingat. Lagi senang, malas nak sebut. Tengah frust sekarang ni. Terpaksa berpisah dengan Abang Rifqi semata-mata nak temankan mamat  ni merayau. Uh!

“Nash...” Raina menyeru terus.

“Diamlah.” Sepatah Nash membalas. Dia terus melangkah tanppa destinasi. Kedua-dua belah tangan disorok ke dalam saku jeans.

Raina mendengus. “Kau tarik aku suka-suki ikut kau, sekarang nak suruh aku diam. Isy, malaslah aku nak layan kau ni.”

“Alah, dengan mamat kafe tu boleh je kau duduk tercongok tak buat apa-apa. Terkebil-kebil mata dok merenung saja. Sekarang nak mengungkit kata bosan pulak. Diam sudahlah, telinga aku ni kebal. Bukan makan pujuk.”

“Dengan Abang Rif tu aku lepak berjam-jam tak buat apa pun tak apa, ada faedah.”

“Habis dengan aku?” Nash menjegil. Berani dia kasi jawapan mintak lempang tu kat aku.

Erk, Raina terangkat kening. Lain macam Nash ni hari ni. Dia menngeluh lemah. Sudahnya, dia menggosok-gosok rambut sendiri. Boring sangat tak tahu nak buat apa. Habis kusut. Serentak itu dia mendengar suara orang ketawa. Bila dia menoleh ke sisi, rupanya Nash yang sedang bantai gelak tahap tak ingat tu. Uh! Ambik kau Cha, tadi aku serabaikan rambut mamat kat gelanggang , sekarang rambut aku yang berserabai. Nash masih tak berhenti gelak, buat dia malu. Cepat-cepat dia cari cermin berdekatan. Puas menjenguk, cermin tak ada. Yang ada cuma kolam ikan. Huh, kolam pun kolamlah. Baru tangannya naik nak membetul-betulkan rambut, terasa ada tangan lain yang tambah menyerabaikan lagi rambut ni. Darah terasa menyimbah naik ke muka Raina. Nash!

“Er... aku... aku nak baliklah.” Dah sudah. Gagap pulak aku kali ni.

“Eh, nantilah. Aku dah kata jangan balik selagi aku tak izinkan.”

“Apa ni! Potong stimlah kau! Aku nak dating dengan Abang Rif pun kau kacau, ni senang-senang nak arah aku buat itu ini pulak. Blah ar!” Raina dah melenting. Sebenarnya nak tutup muka yang dah blushing ni aje. Nash senyap. Tapi kening dia tetap terangkat. Terkejut barangkali, bila dijerkah macam tu. Huh. Aku suka jerkah-jerkah orang ni. Hobi aku!

Raina berjalan tinggalkan dia. Merayau entah ke mana. Dia tak kejar. Sepatutnya Raina suka, tapi kali ni terasa macam nak tumbuk orang. Aisy!!

Elok-elok laju dia melangkah, tiba-tiba dia berhenti. Mengejut. Serentak itu tubuhnya dilanggar dari belakang. Raina terkejut dan bila dia menoleh, muka mencuka Nash yang dia nampak.

“Berhenti mengejut kenapa?!” tegang habis muka santai Nash tadi.

“Lah, kau ikut aku kenapa?” Raina berkerut kening.

“Dah senang-senang kau nak blah apa hal?”

Erk... Raina senyap. Tak ada sebab nak layan soalan kategori poyo habis tu. Suasana sepi sesaat sebelum tiba-tiba ada suara lain yang mengganggu tak jauh dari mereka. Serentak mereka menoleh dan bila melihat sendiri babak di depan matanya ni, mata Raina terjegil luas.

Raiqal dengan Pamela!

Raiqal tengah berjalan laju, membimbit beg sukan di tangan. Seluar trek paras betis dan t-shirt yang melekat di badan juga kasut sukan di kaki. Baru habis main bola agaknya. Tuala tu ada kat leher lagi. Perlahan-lahan Raina menapak mengikut langkah mereka. Berjalan berjingkit-jingkit di sebalik dinding, mengelak dari dikesan dua orang itu.

“La... kenapa tak nak pulak?” suara berharap Pamela yang dia dengar.

Matanya mengecil. Apa yang adik aku tu tak nak?

“Dah aku tak nak, apa peduli?” suara kerek Raiqal pula yang membalas. Dia terus maju berjalan sambil dikejar Pamela yang cuba menyaingi langkahnya.

“Aku belanja, nak?”

“Aku ada duit lagilah... tak payah susah-susah nak bersedekah.”

“Aku ikhlaslah.”

Raiqal berhenti tiba-tiba, diikuti Pamela di belakangnya. Raina ikut terhenti dan sekali lagi dia dilanggar Nash. Nash hampir nak mengaduh tapi cepat-cepat bahunya dicubit Raina dengan mata menjegil, isyarat nak suruh diam. Tapi lagi kuat dia mengaduh dengan muka menyeringai. Serentak itu Raina menarik dia untuk menyorok di sebalik dinding. Bila Raina menjenguk ke luar, Raiqal  masih menghadap Pamela dalam posisi tadi. Tak terganggu dengan onar yang dicipta Nash tadi. Fuh... Raina gosok dada.

“Ikhlas tu, kau tau tak?” senada Raiqal ajukan soalan buat Pamela.

“Apa?” terdengar suara Pamela menyoal.

“Ikhlas tu...”

Raina sengih. Kakak borek adik rintik. Aku tahu apa yang Raiq nak kata.

“...ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam pekatnya malam. Tahu?”

Nah!! Kan aku dah kata!

Raina mengintai ke luar, mencari reaksi Pamela, dan dia nampak blur. Haha! Raina ketawa lagi.

“Maksudnya?”

Raiqal tepuk dahi. Kali ni bila Raina mengintai, Pamela nampak sugul. Terus terhenti tawanya tadi. “Kau bila bercakap dengan perempuan, jangan tepuk dahi macam tu. Perempuan tak suka. Rasa diperbodohkan.” Pesannya tanpa menoleh.

“Uh?” Nash yang sudah pun duduk menyandar di atas kerusi yang terbiar di situ nampak blur. “Apa?”

“Diamlah.” Arah Raina akhirnya.

“Dalam kata lain...” Dia fokus semula pada kata-kata Raiqal. “...kau tak payahlah cakap tu ikhlas ke tak. Tak pasal-pasal hilang pahala. Lagipun, jawapan aku tetap ‘no’. Faham?”

“Eeeehh kau ni jual mahal ar.”

“Dah kalau bukan aku nak jual mahal, siapa lagi? Kau? Heh.” Raiqal teruskan semula perjalanan. Pamela mengekor, Raina mengikut dan Nash menyusul. Kerusi tadi diheret sekali oleh Nash.

“Jomlah weh...” Kali ni Pamela menarik baju Raiqal dari belakang.

“Aisy.....!!” Kali ni Raiqal menepis kasar. Rimas agaknya. “Kau ni apa hal?”

“Aku dah beli tiket.”

Tiket?

“Malam ni cerita best. Aku lupa tajuk dia. Cerita orang puteh. Tapi hundred percent aku jamin, best sangat...!”

Langkah Raiqal mati lagi. Dia fokus pada Pamela semula sebelum akhirnya dia mengeluh. “Kau tak pernah baca cerita ke? Dalam panggung wayang orang buat apa? Dalam gelap-gelita tu? Tengah-tengah malam pulak tu? Nak ajak aku tengok cerita orang puteh, dengan pakai baju tak cukup kain pulak nanti? Sebelum si hero tu makan heroin, aku yang makan kau dulu. Tak termakan pop corn nanti. Nak?”

Erk... Raina dan Nash sama-sama terdiam. Cakap tak berlapik si Raiq ni. Bila diintai Pamela, dia turut terdiam. Kelu.

Raiqal menggeleng-geleng sebelum dia terus melangkah. Pamela tak mengikut, cuma tercegat di situ.

Raina mengeluh. Kali ni serius dia tak sokong dengan Raiq. Tak sensitif dengan hati wanita! Dia menoleh memandang Nash yang cuma memandang babak swasta tadi dengan sebelah mata saja. Selebihnya, cuma goyang kaki di atas kerusinya tu. menggosok-gosok kuku dari tadi. Uh, mengalahkan perempuan.

“Satu lagi, dengan perempuan kau jangan nak main geleng-geleng kepala, tunjuk rasa bosan. Kecik hati diorang nanti.”

Uh? Nash mendongak. “Cakap dengan aku ke?”

Haih. Giliran Raina menggeleng-geleng. “Bosan ar kau ni.” Gumamnya ringkas sebelum terus berjalan tak tahu ke hala. Kelibat Raiqal dan Pamela sudah hilang dari mata.

Nash melompat turun dari kerusi dan mengekorinya. “Kau kenapa lega semacam je aku tengok?”

“Siapa?”

“Kaulah.”

“Lega.” Mata Raina juling ke atas, berfikir. “Raiq tak buat hubungan dengan Pamela kau tu.”

Dahi Nash berkerut. “Kenapa?”

“Sebab, tu maksudnya, aku dah bebas! Kau tengok dengan mata kau yang tak rabun tu kan, macam mana Pamela yang kejar Raiq, bukan Raiq yang kejar dia. Okey? Clear?”

Kali ni giliran Nash tayang muka sinis. Apa, Cha nak kata yang si Raiq tu setia ke apa? Heh, bukaklah mata kau Cha, aku kat depan mata ni seribu kali lebih baik dari Raiqal tu. Tak payah nak bertempel sangat dengan budak hingusan tu.

“Hoih,” Raina memanggil bila fikiran Nash bagaikan dah melayang jauh.

“Apa?” Nash menyahut.

“Kira aku dah bebaslah ni eh? Chow dulu okais?”

“Eh, relaxlah. Maksud aku ‘kenapa’ tadi, kenapa kau lega Raiq tak ada hubungan dengan Pamela?” Sebab Raiqal couple dengan kau?

Mata Raina terbeliak luas. Kenapa? Takkan tak boleh nak fikir? “Cuba kau tengok baju dia tu.”

Nash menoleh tiga saat sebelum dia pandang Raina kembali. “Apanya?”

Lah. Pelik aku. Pemandangan biasa ke bagi di? Raina berhenti  melangkah. Tercegat dia berdiri menghadap Nash. “Kau tau tak kenapa orang panggil dia ‘Anderson’?” 

“Er...” Nash berhenti dan pusing ke belakang semula, agak lama sebelum dia pandang Raina kembali dan spontan mata dia turun ke dada Raina.

Makin luas mata Raina menjegil. Dengan beg di tangan dia hempuk kepala kuat kepala Nash. Ambik! “Yang mata tu meliar apa hal?!”

Nash tergelak sambil tangan berusaha mengelak. “Dah kau yang suruh tengok, aku tengoklah. Oh, patutlah. Baru aku sedar kenapa orang selalu pangil dia Anderson. Tengok kau pulak, spontan ar. Nak buat perbandingan...”

“Aisy!!!” Kali ni Raina tak tengok sekeliling sebelum terajang Nash semahunya. Cakap main lepas!

==> happy reading. peace. kalau rajin komen.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. hahaha..ganas gile cha!!!!
    ~Syahira_Ira~

    ReplyDelete
  2. Haha. Adehhh.ngek la nash tu.
    Ha,best2
    -nuyrah-

    ReplyDelete
  3. thnx ^_^
    n3 ni edit sikit2 je dr part2 dlm cerpen ekcelly.. [pendedahan. muahaha]

    tggu yg next ya. huu.

    ReplyDelete