Cerita Antara Kita 13

by 3:37 AM 5 komen



                “Weh,” panggil Nash selamba.

Fira angkat muka. Wajah kerek campur berharap Nash yang berdiri di depannya dipandang seketika. Kemudian, dia pandang ke kiri dan kanan pula. Akhirnya, dia angkat bahu sendiri sebelum sambung mengemas beg.

“Hoih,” bahunya pula dicuit Nash.

Pantas Fira menepis. “Apa ni derr, main cuit-cuit segala. Pakai lesen apa? Report kat laki aku karang baru tau.”
  
              Nash mencebik. Mentanglah dah ada laki, nak action habis dengan aku. “Dah aku panggil kau tak jawab.”
  
              “Panggil aku ke?”
  
              “Dah tu siapa lagi kat sini? Mangkuk ayun tu ada ke? Kalau dia ada tak adanya aku nak panggil kau.” Heh, lepas pensyarah keluar tadi, si Cha pun cepat-cepat keluar. Tak tahu kenapa, tak nak diganggu dah kot. Pelik jugak, biasanya dia dan Fira selalu sekali. Kali ni ditinggalkan Fira ni keseorangan.
  
              Sekali lagi, Fira pandang sekeliling. Iyalah jugak. Dalam kelas ni tinggal berapa orang aje. Itu pun tak ada langsung yang melayan Nash ni kat sini. “So betullah panggil aku ni?”
  
              Nash menjegil. “Dah tu siapa lagi?”
  
              Fira angkat bahu. “Manalah aku tahu. Susah payah mak bapak aku cari nama, elok punya nama Fira tu, kau ubah jadi Hoih Weh segala apa hal?”
  
              Mata Nash juling ke langit. Banyak cekadak pulak mamat ni. “Bak nombor Cha kat aku.” Pintanya senada.
  
              Uh? Fira berkerut kening. Muka toya selamba Nash dipandangnya. “Nombor siapa?”
  
              “Nombor Chalah. Kawan baik kau tu. Cepatlah, aku banyak hal ni.” Nash dah siap ready dengan Blackberry di tangan. Diputar-putar ikut sedap rasa. Karang kalau jatuh tu maunya menangis tak berlagu nanti.
  
              Fira tergelak panjang. Nak nombor Cha? Alahai Cha... aku ingatkan aura kau tak pernah melekat dekat buaya ni. Melihat Nash yang masih tercegat di situ, dia menggeleng-geleng. Sudahnya dia bangun, membetulkan badan, begnya disangkut ke bahu sebelum dia menapak menuju ke pintu.
  
              Nash terkebil-kebil. Langkah Fira diikuti. “Hoih, aku nak nombor Cha.” Ulangnya sekali bila Fira memang tunjuk aura tak melayan langsung permintaan awal dia tadi.
  
              Fira berpaling seketika. “Tak ada sebabnya aku nak jaja nombor orang kat tepi jalan. Nak-nak lagi jaja nombor kawan baik aku sendiri, yang buat aku fikir berkali-kali tu pulak, jaja nombor dia kat kau. Haa... memang taklah brother.”
  
              “Eh...!”
  
              “Laki aku dah tunggu tu, bubye!”
  
              Dan memang, tiba di luar, memang kereta Harrier putih itu sudah tersadai di situ. Firas pun dah tercegat di luar kereta tu, seperti sediakala. Melihat Fira yang terkocoh-kocoh keluar itu, dia simpan telefonnya ke dalam saku slek dan hulurkan tangan nak bersalam. Tapi cepat-cepat Fira tolaknya masuk ke dalam kereta. “Eh, kenapa ni?”
  
              “Dah, cepat-cepat masuk. Kita bersalam kat dalam kereta.”
  
              “Kenapa Fira ni? Ada orang gila ke?” tanyanya dalam gelak kecil.
  
              “Bukan orang gila, hero KKS!” tekan Fira.

Nash yang ditinggalkan tadi menderam geram. Blackberry di tangan digenggam kuat.
  
              “Kenapa ni Daniel?” Jiji yang melewati pintu kelas itu menegur pelik. Tegang semacam muka mamat ni.
  
              Nash tersedar. Jiji dan Amy yang tercegat di depannya tu dipandang silih berganti. “Kau ada nombor Cha?” soalnya spontan.
==============================

Dia mengatur langkah tanpa destinasi. Ikut mana kaki nak bawak, di situlah dia pergi. Begnya digalas sebelah bahu. Skrin telefonnya yang dah tertera nombor telefon sesorang itu dipandang sekejap-sekejap. Akhirnya, dapat jugak nombor minah senget pujaan hati ni. Tapi... bila dah dapat, hati mula berbolak-balik.

Nak call ke... SMS ke... or missed call aje dulu?

Mana tahu cair hati Cha bila dia buat missed call aje. Kan orang kata missed call tu ‘panggilan rindu’? Heh. Tu kalau nak difikir ikut minda yang positif, kalau pakai negatif side, mesti Cha akan kata dia kedekut, jimat tak ingat. 

Heh, call ajelah. Butang hijau ditekan sekali. Terus blackberrynya dibawa ke telinga.

“Tuttt... please call later.”

Engaged? Lima minit menunggu, sekali lagi dia menekan punat hijau. Kali ni talian bersambung. “Tutt-tutt... tutt-tutt... tuttt.... this is the voicemail box...”

Adeh, habis kredit aku. Suara mak cik lain pulak yang menjawab. Hesy, tak boleh jadi. Blackberrynya dibawa ke dagu, mengetuk-ngetuk perlahan, isyarat otak sedang bekerja. Tapi tak sempat otak mencapai kata putus, bahunya dilanggar separuh kuat. Dia menyeringai sakit.

 “Der... der, sorry-sorry. Tak sengaja. Aku lorat ni.” Reza dan Muiz tergelak kecil. Bahunya ditumbuk sekali, perlahan.

“Kau nak ke mana ni Daniel, blur semacam aku tengok?” tanya Muiz.

Nash diam. Muiz dan Reza yang cuma memakai jersey lusuh dengan seluar tiga suku dipandang. “Korang nak pergi mana ni?”

“Padang. Bola.” Sepatah-sepatah Reza menjawab. “Kau ni nampak nanar semacam apa hal?”

Nash tersedar. Fokus asalnya...! “Korang ada nampak Cha tak?” soalnya dengan kening terangkat.

Reza dan Muiz berpandangan seketika sebelum tawa kedua-duanya pecah. Adehlah Daniel...

“Ada tak?!” suara Nash naik satu oktaf.

“Alah... kalau tak ada kat sini, trylah cari dekat kafe yang selalu dia lepak tu.” Muiz menjawab selamba.

“Tak payah trylah, memang aku nampak dia pergi situ tadi.” Reza mengiakan.

Nash akhirnya mendengus. Menyusahkan kepala otak aku aje, dia senang-lenang bergumbira dengan mamat tu. “Okey-okey... aku chow dulu.”

Reza dan Muiz mengangguk serentak.
=======================================
enjoy reading. ^_^

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

  1. best!!!heh...kerek gile si nash ni mintak no tel cha kt fira..
    lps ni nash mesti jumpe cha ngan abg rif @ raiq kn????
    angin lg laa mamat ni.. ;)
    ~syahira_ira~

    ReplyDelete
  2. salam.
    awak,tumpang lalu.
    kte nak promote sikit.
    kte ade jual aura white RM130 je.
    free postage + shaker + 5 free gift.
    kalau nak, contact kte ae.
    Diba 012 7009100 :)

    ReplyDelete