Cerita Antara Kita 4

by 9:26 AM 0 komen


                Minggu orientasi bagi freshie baru saja tamat. Raina dan Fira pula, baru saja nak mulakan semester baru. Tapi, walaupun semester baru ni baru saja masuk gear satu, aura-aura syaitan pengganggu tu nampaknya dah mula aktif dalam perut Raina. Tengok sekarang nilah, lecturer sedang bersyarah di depan tapi dia sedang leka menggoyang-goyangkan pen di tangan. Bukan menyalin nota tapi menconteng tak tentu hala. Bukan tak mahu fokus pada syarahan Dr. Fazley nun di hadapan sana, tapi sebenarnya fikirannya sarat dengan benda lain. Dan bukan sengaja pun dia nak mengasakkan minda dengan perkara-perkara pelik sebegini! Kalau diikutkan, lagi baik dia fokus pada Dr. Fazley di depan. Kalau tak pada syarahan dia pun, paling tidak pada wajah dia tu. Hensem tak mengalah!

                Tapi... minda ni terganggu! Teringatkan kejadian beberapa hari lalu. Papa ke rumah dia, singgah kata papa, alang-alang ada kerja kat area situ. Dan kebetulan waktu itu, dia dan Raiqal ada di rumah. Sedang bersantai di halaman rumah. Tidaklah jadi isu apa yang mereka buat waktu itu, tapi yang dia kenangkan sekarang, sikap papa terhadap Raiqal. Seolah-olah... entahlah. Susah nak digambarkan. Yang sempat dia lihat, papa layan Raiqal seolah Raiqal ni bukan adik dia, bukan anak bongsu dia sendiri. Walaupun dalam diam, ada juga pandangan redup dari mata papa tu untuk Raiqal yang dia perasan.

                Dan Raiqal pula, macam biasa, cuma menyapa, dan bila papa kalih pada dia, dia menunduk. Hesy! Aku pun geram jugak. Mestilah papa pun jakun jugak, sekian lama tak bertemu muka. Cubalah Raiqal tu menceriakan suasana sikit... okeylah agaknya!

                “Okay class, you guys may dismissed now.” Suara Dr. Fazley jelas di telinga. Dan saat itu juga, mata yang baru nak lali ni tercelik luas. Akhirnya... perkataan yang sangat dia nanti-nantikan itu terluah juga dari mulut lecturer!

                “Dismissed!” dia ulang perkataan itu dengan muka yang berseri habis. Laju aje dia kemaskan segala buku di atas meja ini ke dalam beg. Tak sabar nak keluar dari kelas ni. Fira di kerusi sebelahnya dah tergeleng kepala.

                “Yang kau kalut sangat ni kenapa?” Fira tunjal perlahan kepalanya.

                “Menyibuk ajelah kau. Aku nak ajak Raiq jalan hari ni.”

                Fira tampak pelik. Buktinya, handphone di tangan boleh dia abaikan dan renung Raina dalam-dalam. Rela tak layan mesej dari suami kesayangan tu semata-mata nak bercakap dengan aku. Heh! Raina cuma sengih tayang gigi, buat don’t know.

                “Merana Abang Firas dok tunggu kau reply tu...” handphone di tangannya Raina tolak, cuba tarik perhatiannya yang terleka tu.

                “Kau nak ajak Raiq keluar ke mana?”

                Aku angkat bahu. “Ada cadangan?”

                Dahi Fira jadi makin berkerut. “Bukan nak pergi kafe?”

                Raina sengih. Mentang-mentanglah selalunya habis kelas je aku lepak kat kafe Rifqi kesayangan aku tu... “Tak.” Jawabnya ringkas.

                “Tak balik ke rumah?”

                Biasanya kalau aku malas nak ke kafe, aku akan ambil jalan mudah. Balik rumah, baring atas katil, berjemur bawah kipas. Fuh... nikmat! Tapi sekarang, misi aku, hiburkan hati Raiqal. Melihat dia dilayan endah tak endah oleh papa tempoh hari, hati aku ikut terasa. Inilah orang kata, jalinan ikatan adik beradik tu erat. Adik yang kena, kakak yang terasa! Atau mungkin, orang lain tak ada pun macam ni, aku je yang terasa. Aku kan kakak mithali...!

                Untuk soalan Fira tadi, Raina geleng lagi.

Kali ni Fira mencebik. “Eh Cha, aku ni sejak lahir lagi ada adik tau, tak adalah semacam macam kau ni.”

                “Inilah orang panggil menghargai.” Selesai mengemas, dia pandang Fira dan tersenyum lebar. “Dalam kelas ni pun dah tinggal berapa orang saja lagi. Maka eloklah kita berangkat. Tuan hamba dah bersedia?”

                “Sudah, tuanku.” Fira bangkit. Sebelah tapak tangannya disua pada Raina dan Raina menyambut sebelum bangun. Berdaulat!

                “Terima kasih. Beruntung sungguh suami tuan hamba memperisterikan tuan hamba.”

                “Tidak syak lagi, tuanku.” Dalam tak malunya Fira mengangguk.

                “Choih!!” Raina julingkan mata ke langit dan Fira gelak mengekek. “Chow la weh!”
 ==============================
                Dari jauh, kelibat Raiqal dan dua orang rakannya sudah boleh dilihat. Sedang bersantai di atas padang bola. Sedikit rasa jengkel muncul dalam hati Raina. Matahari tegak atas kepala boleh mereka lepak kat tengah padang ni? Bajet diorang tengah lepak kat London yang dihujani salji kot tu... Haih!

               “Hoih,” panggil Raina berserta dengan tepukan di bahu Raiqal sebaik tiba berhampiran mereka.

               Raiqal berpaling. Dua rakan kembarnya ikut berpaling. Kedua-duanya memakai jersey rasmi pasukan bola sepak universiti kami. Seorang darinya, yang memakai jersey bernombor sepuluh, itu namanya Aisar. Disuruh panggil Sar saja. Dan seorang lagi, memakai jersey bernombor tujuh, itu Aiman. Nickname, entahlah. Tak ada pulak Raiqal khabarkan. Susah-susah panggil Ai je. Biar sekali panggil tu dua-dua kepala terhantuk. Hahak! Muka copy-paste aje kedua-duanya, Cuma yang dapat dia bezakan adalah tahi lalat kecil di hujung mata Aisar itu. Nampak manja seorang adik.

               “Tak ada kelas ke?” Raiqal pandang Raina pelik.

               Raina cebirkan bibir sebelum ikut duduk tak jauh dari dia. Kedua-dua belah lutut aku lekatkan ke dada. “Baru habis. Jom jalan.”

               Jelas terentang kerut di dahi Raiqal mendengar ajakan kakak yang seorang tu. Pelik. Segar ke tidak ni? Sebelum ni tak pernah-pernah ajak aku jalan-jalan ‘dating’ segala. Kalau pernah pun, ajak lepak kat luar sebab boring sangat dok terperap rumah. ini, habis kelas aje ajak jalan-jalan ni, bikin musykil! “Fira mana?”

               “Jomlah. Boring ni.” Raina menggesa. Soalan Raiqal dibiar tak berjawab. Pada Aisar dan Aiman dia hulurkan senyum juga. “Jom, KFC. Aku belanja.”

               Aisar dan Aiman berpandangan serentak. Hah. Free, siapa tak nak kan? Aku kalau laki si Fira, Abang Firas tu nak belanja makan warung tepi jalan pun sanggup, atas tiket ‘free’. Inikan pulak KFC. Tolak rezeki namanya tu. “Jomlah...!”

               “KFC kitorang dah selalu pergi. Naik muak tekak ni. Mc Donald ajelah...” si jersey sepuluh, Aisar meminta.

               Amboi demand! “Aih, McD tak boleh. Mengkhianati saudara seislam namanya!” Cepat Raina canggah.

               Memicing mata Aisar memandangnya. “Amenda tu?”

               Amenda? Amenda apanya? Raina angkat kening. Selang beberapa saat barulah dia faham, dan spontan dia tergeleng. Tak tahu hal ehwal semasa ke apa mamat ni? “Boikot la ngek, diorang seksa saudara kita kat Palestin nun. Takkan sesenang hati kita nak suap diorang? McD tu penyumbang terbesar diorang, tahu tak?”

Kali ni terkebil-kebil mata mereka memandang Raina, buat dia tersedar, bersemangat sangat ke aku ni? “Kalau nak, Domino pun okey. Nak?” dia menawar lagi.

               “Kenapa tak kafe abang Rifqi je?” Raiqal menyampuk tiba-tiba.

               “Eh, aku no hal. Ingat nak belanja lain dari yang lain sikit. Ikut kau orang la.” Jawab Raina.

               Rifqi pandang Aisar sekali imbas sebelum dia pandang Aiman pula. “Suka hati la. Aku tak kisah. Bukan aku join pun...”

               “Eh!” Raina terbeliak. “Dah aku ajak ni, maksudnya kau kena join sekalilah.”

               “Entah kau ni,” Aiman membela. Aku sengih. Ada supporter. “Bila lagi weh...”

“Takkan nak harap si Pam tu belanja kitorang? Memang taklah.” Aisar pula menyokong, tapi kali ni dibalas dengan jegilan daripada Raiqal.

               “Pam?” Mengecil anak mata aku memandang Aiman tiba-tiba. Kemudian, aku pandang Aisar yang buat muka saya-tak-tahu-apa-apa sebelum akhirnya matanya mendarat di wajah Raiqal sendiri. “Pam mana ni?”

               “Pamela tulah, girl yang hot sekarang ni.” Aisar menjawab bagi pihak Raiqal.

               “Hot chick.” Aiman mencebik sambil mengangguk mengiakan.

               Pamela? “Si Anderson tu?”

               “Anderson?” serentak Aisar dan Aiman mengulang nama itu. Raiqal pulamemandangnya pelik.            

               Raina dah ternganga sendiri. Tergapai-gapai nak cover mulut yang tak pernah bayar insurans ni. “Pamela freshie tu ke? Yang...” ayatnya tergantung. Tak tahu nak wakilkan Pamela ‘Anderson’ tu dengan perwatakan apa.

               “Haa... freshie.” Kali ni pun bukan Raiqal sendiri yang menjawab.

               Melihat Raiqal diam, dia bertindak balik ke topik asal. Memang dia tak senang dengan isu sekarang ni, tapi nampaknya Raiqal lagi tak selesa kalau dia terus-menerus diasak begini. Jadi Raina bertindak membiarkan saja dahulu. “Dah ar. Jom gerak.”

               Raiqal nampak keberatan, siap berdecit lagi mulutnya tanda nak menolak tanpa perlu keluarkan perkataan yang boleh bikin hati Raina jadi sakit. “Raiq ingat nak main bola je petang ni.” Beralasan lagi!

               Raina memandangnya tak puas hati. Bola di tangannya yang digolek-golekkan berhampirannya tu pun Raina pandang sekali. “Apasal pulak kau main bola sepak? Biasanya kan kau main netball?” Raiqal bukan aktif pun dalam bola sepak ni. Tengok baju yang dia pakai pun jersey asing. Bukan jersey rasmi seperti  yang dipakai Aisar dan Aiman.

               “Saja. Kadang-kadang nak tukar angin jugak.”  

               “Lain kali kan boleh, jomlah. Jarang sekali tau boleh aku belanja ni...” 

               Kali ni pelik Raiqal merenung kakaknya tu. Siap dengan kening terangkat sebelah lagi tu.

               “Apa?” Raina tak kalah.

               “Kita dok satu rumah Cha.” Ujar Raiqal tanpa nada. Nak menyedarkan kut, tentang ayat pujukan yang Raina gunakan tadi.

               Raina menjuih. “Iyelah. Maksud aku, biasanya kan kau makan yang aku masak je. Nak boleh aku belanja, bukan selalu. Jomlah... cuba jadi adik mithali sikit.”

               “Malaslah Cha.” Raiqal buat muka. Tak faham ke, orang malas. Malas! Tak ada mood.

               Raina mendengus. Heleh! Mentang-mentang sekarang ni dah ada member ramai, boleh dia buat tak layan aku kakak dia ni. Orang nak tolong pujuk hati dia yang lara gara-gara papa aje pun! Sudahnya dia bangun saja dari rumput itu sebelum mengesat-ngesat debu tanah yang melekat di punggung.

               “Eh, nak ke mana?” Kini giliran Aiman menyekatnya.

               “Nak merayap ke lainlah. Dok kat sini bukan korang layan.”

               “Kata nak treat kitorang Domino?” Bersungguh dia menuntut janji.

               Eh...! Lebar Raina sengih pada dia. “Sorry sikit! Si Raiq tak ada, tak ada maknanya!” ujarnya sebelum berlalu.

               “Halah! Kau ni Raiqal...!” sempat dia dengar Aiman dan Aisar membebel pada Raiqal. Gara-gara Raiqal mereka tak dapat rasa makan free. Hah, rasakanlah. Siapa suruh ajak Raiqal main bola tak kena pada waktunya?
 ============================
                “Cha...!” Terdengar seperti bias-bias suara seseorang memanggil namanya. Raina berhenti melangkah dan cuba memandang sekeliling.

               “Cha!”

               Hah! Tu dia...Reza, si classmate. “Apa?” Raina menyahut.

               Reza yang sedang melepak dengan beberapa orang  gengnya di meja batu tak jauh dari padang tempat Raiqal dan dua orang rakan dia tadi itu sengih. “Ada orang titip pesan.”

               Berkerut dahi Raina. Lain macam dengarnya. Tanpa bergerak setapak pun mendekati dia, Raina angkat kepala, isyarat bertanya. “Amenda?”

               Makin lebar sengih Reza. “Pandai kau pilih anak-anak ikan.”

               “Anak ikan?”

               “Ha... handsome! Sekali pandang tak nampak macam anak ikan pun.”

               “Amenda kau merepek ni?” suara Raina naik satu oktaf. Tak faham dah satu hal, nada cakap tu pun macam nak ajak aku berlawan. Kalau nak lawan cakap la der, boleh awal-awal aku cabut!

               “Cha...” Kali ni suara Raiqal yang memanggil. Raina kalih ke belakang, pandang mereka yang masih statik seperti posisi tadi. Cuma kali ini pandangan mereka semuanya ke arah dia saja. Bila dia angkat kepala lagi pada Raiqal, Raiqal menggerakkan kepala sekali dengan muka tak senang. Isyarat untuk dia berlalu saja tanpa mengendahkan kata-kata Reza tadi.

Hampir lima saat Raina berkerut dahi sebelum memahami situasi sebenar. Baru faham apa yang Reza cuba katakan. Lantas dia pandang Reza semula. “Ha... tengoklah sugar mummynya siapa. Aku kalau nak cari anak ikan, kena cari yang macam tu, hot. Takkanlah nak cari yang macam korang, kan? Entah-entah kena jentik sekali dah teriak nama mummy kat rumah.” Aku tuturkan pada mereka sebelum berlalu.

Petang-petang hari ni memang panas semacam aku ni!
*****************
==>happy reading! FYI n3 yg dah publish dlm belog ni, pesen skali view lepas taip je. edit mengedit, x sempat. heh. sorry kalo ada yg agak lost dgn teknik yg eden guna. heee.
##do drop your komen yeah? jasa anda amat dihargai.
==> peace.  =)

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment