Ada Cinta By Rina Farizq

by 3:25 AM 6 komen
Assalamualaikum!

 

 Tajuk Novel : Ada Cinta
Karya : Rina Farizq
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009

Bermula dengan sebuah tragedi, sebuah kisah cinta tercipta. Dalam marah dan benci, ikatan yang terjalin menambah sakit di hati. Namun akhirnya hati terpaksa akur, di suatu sudut yang paling dalam, rasa kasih dan sayang tidak dapat dipendamkan lagi.

Namun, bibir tidak mampu mengucapkan kata cinta. Hati tidak tertahan menanggung beban perasaan.

Dia sedar, cinta bukanlah segalanya. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Sebelum menemukan cinta sejati, cintakan Allah adalah kunci utama sebuah kebahagiaan yang hakiki.
 
sinopsis dari aku?

ringkas cerita, Qasrina seorang pompuan 17 tahun yg minat gila2 dengan kereta n seumpamanya accident dilanggar Danish. dari benci, Danish mula jatuh sayang. tapi, cintanya buat Qasrina tak dapat dibalas bila suatu hari Qasrina ditangkap berkhalwat dengan his Papa, Azahari. bermula dari situ, terlakarlah kisah cinta dua jiwa neh. 

dua jiwa mana? 

Qasrina and AZAHARI! 

novel terbitan feb 2009. novel lama.

teeet.

mungkin, kalau novel ni aku nampak tersusun atas rak kat kedai buku, aku akan pandang sekali lalu aje. tak pun, tgk, ambik belek2, baca sinopsis dan letak balik. bukan tak suka, tapi tak sampai tahap nak beli. sebab sinopsisnya terlalu simple. atau dalam mind aku masa mula2 pegang buku ni, too jiwang!

TAPI!!

thanks god aku nampak novel ni kat tangan bestie aku. pinjam! heek.

beberapa hari sebelum ni, ada dlm 6 bijik novel tersadai atas meja studi aku. aku habiskan satu per satu, dan dalam hati aku, mmg dah set ADA CINTA ni novel last yg akan aku baca. sebab? dari kata kawan aku tu, novel ni sgt dia tak suka! thats whylah, karang kalau aku baca awal2, takut swing mood.

tapi lepas baca habis buku ni, aku tertanya, kawan aku tu, dia tak suka cerita ni sebab memang tak best ke atau terlalu emosi bila baca?

serious best giilakk ini cerita doh!

1 - sekali tengok novel ni, nipis je kot? tp bila dibaca, rasa macam terlalu panjang kisah mereka ni.

2 - ayatnya serius simple. dialog nak kata kurang tu tak, tapi lebih banyak dialog penulis lakarkan dalam bentuk perenggan. kalau biasa2nya, boring. tapi kali ni, tak wujud rasa tu.

3 - aku start baca hari sabtu [2 hari lepas] dalam pukul 11 pagi, habis hari sama pukul 3:30 pagi.. start pukul 2 pagi lagi aku dah set dalam hati, "ok, sampai m/s ni je, lepas tu tido. esok skolah." and kept repeating the same words sampailah perkataan tamat tu aku baca. tak boleh nak berenti kut!

4 - tengok dari sinopsis yg aku buat pun dah tau kan, heronya lelaki tua. taraf papa Danish tu. berkawan baik pulak dengan papa Qasrina sendiri. bila fikir memang geli, tapi kan, cara penulis garapkan watak Azahari tu, serius bikin wa melting. hakk. adeh... apa jadi ngan aku ni.
[[ yg x menahan kawan baik Qas, Darwina tu cucu Azahari. automatically Qas jadi nenek Win. ekekek. ]]

5 - memang ayatny asimple. tapi bila time watak-watak dalam tu berbalas kata, serius aku suka dengan kata-kata tu. antara yg aku suka...

"Qas tak paham, kenapa tiba-tiba abang marah?"

"Kenapa? Lelaki tua tak boleh marah?"

"Bukan begitu..."

"Habis tu? Lelaki tua hanya boleh melihat dan tersenyum saja..."

"Qas tak maksudkan begitu."

"Lelaki tua juga ada perasaan..."

"Kenapa cakap macam tu? Sepanjang perkahwinan kita, Qas tak pernah persoalkan pun tentang usia abang."

"Tapi hakikatnya memang abang dah tua..." Azahari tergelak.

"Qas tak fahamlah, tiba-tiba abang terasa hati sampai begini sekali."

"Lelaki tua memang sukar untuk difahami." bidas Azahari mendatar.

"Tolonglah bang, jelaskan apa yang dah berlaku ni."

"Apa yang berlaku hanya aliran rasa ketidakpuasan hati yang tidak bermakna apa-apa untuk dimengertikan."

"Ketidakpuasan hati yang macam mana?"

"Ketidakpuasan hati... yang hanya orang tua saja yang boleh merasainya."

"Ya Allah! Apa sebenarnya ni? Tak boleh ke cakap terus-terang?"

"Semua tu tak penting. Lelaki tua selalu tak dapat difahami biar pun seribu penjelasan diberikan."
"Lelaki tua..." Qasrina tergelak sinis. "Lelaki  tua seharusnya matang, berani meluahkan perasaan. lelaki tua tak seharusnya terus tua menyimpan perasaan. Kenapa lelaki tua rasakan dirinya kalah pada lelaki muda yang tak tahu apa-apa... yang cetek akal dan pengalaman.? kenapa harus merakan dirinya kecil sedangkan dia matang seiring dengan usia yang makin meningkat? mana semangat lelaki tua yang sebelum ni menjadi pendorong untuk isteri muda ni? setakat simpan cemburu pada Danish takkan mengubah apa-apa."

"Hello? sejak bila pula lelaki tua pandai cemburu ni?"

"Hey!"

Azahari memandangnya.

"Kenapa sekarang berlagak tenang sedangkan tadi kemarahan meluap-luap macam menunggu masa nak berperang?"

"Cukuplah Qas. kesabaran itu ada hadnya. tak perlu diuji dan dicabar lagi."

kesimpulannya, novel ni sangat best dan kalau dalam lima bintang, maybe... 4 3/4 star? hee. bukan tak cukup best, sgt best tapi aku muak bila dengar istilah lima bintang ni. anggap ajelah macam BM penulisan. karangan tu impossible nak dapat 100% penuh. karang tahap best tak de salah grammar langsung the highest pun 99%. kan?
hahak.

#aku baru lepas baca sebijik novel best-seller. yg tebalnya 1000++. BEST-SELLER kawan, BEST-SELLER. tapi lepas aku baca, aku tertanya macam mana novel tu boleh jadi BEST SELLER?

and then, aku baca novel ni. mula2 baca halaman pertama tu, aku tak expect lebih. atau lebih senang, aku dah sediakan jiwa raga untuk bertambah moody, janji habis semua novel atas meja studi tu. dah first impression aku ttg novel ni mmg tak sedap dah, nak expect lebih tak la kan? tapi, hasil pembacaan aku tu, sungguh 180 darjah berbeza. novel ni yang bagi aku tak femes mana, jarang orang bercakap, tak capai tahap best-seller, tapi isinya lagi banyak yang boleh diguna pakai berbanding novel best-seller tadi.

kalau aku dibagi pilih free antara novel ADA CINTA yang tebalnya 400++ ms ni dengan novel best-seller 1000++ ms tu, aku lebih pilih ADA CINTA.

aku say free, sebab kalau aku disuruh bayar tu sah2 aku rembat yg lagi murah!

p/s: penulis novel best-seller tu, one of my feveret yeah. aku tak niat nak jatuhkan dia, or sape2 yg lain, cuma aku nak korang nampak, BEST-SELLER tu bukan penentu kualiti sesebuah novel.

peace yo.

*dont forget lawat laman web kaki novel untuk order online novel ni! hikk. serius best n tak rugi beli!

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

6 comments:

  1. Hai...thanks sbb sudi baca dan mengulas ADA CINTA...terharu gile.....:) - RINA FARIQ -

    ReplyDelete
  2. hehe.. no hal sis..

    benda best tak syok pendam sorang2..
    kekeke.

    ReplyDelete
  3. Akak boleh tak akak tulis cerita tu dekat sini sebab saya dah cari kt semua tmpat siap order online lagi tapi semuanya dah habis stok. Please akak..

    ReplyDelete
  4. Hai alif. Akak xboleh siar cerita tu kat sini, tp nnti akak cuba usahakan cari mana2 online store kot ada. :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih akak. Apa2 hrp akak boleh contact saya. Add wechat saya boleh? Aryssa_comel

    ReplyDelete
  6. akak xde wechat. miehehehe. kuno sikit.

    psl nvel tu dah cuba tny rina farizq sndiri, dia pun kata KN dah xcetak dh skrg. kalau awk insist jugak, awk boleh try g grup preloved novel kat fb cuba2 risik kalau ada.

    ReplyDelete