Aku Mahu Hanya Kamu 6

by 5:50 AM 4 komen

Bab 6
  Segala gerak kaku Farhan di court basketball dipandang tak lepas. Khidmat Acap dengan Cairo jugak yang menampakkan gaya profesional mengalahkan Farhan di padang bola. Habis cara diguna dua pemain expert tu untuk memberi kefahaman agar si pemain bola sepak tu sedar akan perbezaan antara dua jenis sukan itu. 

“Sejak bila Paan join diorang?” suara Solehah memecah sepi.

             “Entah.” Nurul menjawab. “Tapi aku rasa dah lama la. Sebab Ayie selalu je datang main sekarang.”

             “Ha?” Auni pelik. “Ada link ke statement kau dengan soalan O-leh?”

            “Ye la… kau bukan tatau si Ayie tu sebelum ni bukan main liat bila Acap ajak main basketball. Dia kan tak minat kalau bab-bab yang dia tak expert. So sekarang kalau dia tak putus cerita pengalaman kat court tu, maksudnya ada la orang yang lagi ‘kureng’ dari dia. Tu yang dia sedap duduk sangat agaknya…” selamba Nurul mengutarakan pendapatnya. 

            Ketawa pecah. “Jahat punya buah hati la kau ni. Senang-senang je mengata Pakwe depan member lain, kalau dia tahu memang mampus la…” Auni menggeleng-geleng.

            Nurul sengih. Dah memang betul takkan dikelentong dengan cerita lain pulak. Perbualan mereka terhenti bila suara tawa Farhan di tengah gelanggang itu mengganggu. “aku salute la Paan tu. No wonder la kau fanatic sangat kat dia Leh. Kalau orang lain nak ke turun padang mencemar duli biarkan orang lain pulak mengajar kita. Dah dapat title pamain terbaik tu...”

            Solehah tak membalas. Memang tak salah la bila aku cakap aku fanatic tahap tak ingat kat Farhan dulu... tapi sekarang bukan tu yang ada di fikirannya. “member dia tu join jugak ke?” terpacul soalan itu dari bibir Solehah.

            “Siapa?” serentak keduanya menoleh.

            “Entah.” Kalau buat-buat tak kenal tak pe ke? Dijelingnya Nurul dan Auni yang dah buat muka blank. “cousin dia tu la…”
                        #                                             #                                             #
            Kelibat tiga gadis yang lepak di tepi gelanggang tu menarik perhatianna. Tu bukan ke... Amir yang baru keluar dari tandas lantas berkejar ke situ. Dalam kalut-kalut, terasa bahunya dilanggar seseorang dengan sengaja. “ops, sorry-sorry.” pintanya kalut tanpa alihkan pandangan mata.

            “Takpe. Eh, Abang Amir? Awak Abang Amir kan? Ex-Schoolmates saya?”

            Kening Amir terangkat. Teralih jugak matanya bila ditegur macam tu. “Ya… saya Amir. Then?” jawab Amir siap dengan gaya artis tersohor yang sorok identiti.

            “Saya Wawa.” Najwa mengukir senyum. Amir pandangnya atas bawah. Seluar jeans dengan sweater yang tak dizip habis. Hush! Pakai baju pun tak cukup kain , tak teringin wa nak kenal…. Tergeleng-geleng dia berlalu tanpa membalas sapaan perempuan asing itu.

            Najwa menghantar langkah Amir dengan pandangan sebal. Tambah membara hatinya bila melihat Amir mendekati kumpulan gadis bertiga itu.

            Amir melangkah perlahan mendekati tiga gadis tersebut. “Cousin dia tu la...” ups, cousin? Aku ke tuh? Langkahnya statik.

            “Oh, Abang Amir.” Auni menjawab. 

            “Kau panggil apa? Abang Amir?” Solehah tergelak. “Seram aku dengar…”

            “Dia tu sama tua dengan Farhan. Sedar sikit.” Auni membela diri.

            “Aku rasa ada nampak dia tadi. Sekarang entah ke mana...” Nurul menyampuk.

            “Ada kat sini…” Amir menyengih sebelum duduk bertentangan dengan mereka tanpa dipelawa.

            Nurul dan Auni mengukir senyum. Tapi Solehah diam, matanya difokus ke tengah gelanggang. Berlagak macam tak ada yang menyapa tadi. 

“Abang Amir study kat mana?” Auni yang memang sedia peramah tu mula menyoal.

            “Fresh graduate lagi. Sekarang kira aku baru je start kerja la, dalam pantauan lagi. Entah berapa tahun lagi bos nak lulus bagi kerja tetap. Nak nikah pun susah kalau kerja tak constant.” Amir sengih. Gila ke hapa nikah-nikah segala lagi… otak ni memang. 

Nurul dan Auni berpandangan. Amir tergelak, faham maksud pandangan tu. “tak payah la ‘abang-abang’. Geli la dengar. Tu kan panggilan special, bagi bini je la panggil macam tu.”

            “Oh, the same principe goes to this kid.” Auni memuncungkan mulut pada Solehah. 

             “Oh yeah?” Amir pandangnya, tapi sikit pun tak dibalas Solehah. Dipandangnya Auni semula, “lagipun tak de bakat pun nak jadi abang…” 

            “Thanks god kalau sedar diri.” Tiba-tiba Solehah menyampuk. 

Amir menjeling lewat ekor mata. Tapi jelas responnya macam tadi. Muka tu dipasang innocent habis! amir terdiam lama sebelum wajah Nurul dan Auni dipandang silih berganti.

Dua gadis itu jelas mengerti. Lantas mereka bangun. Baru je setapak mereka melangkah, tangannya disambar Solehah.“Nak ke mana?” 

Nurul sengih. “Beli air. Boring la kat sini…” 

            Huh! “Mana tak boringnya asyik mamat ni je yang menceceh dari tadi.” Dia membebel sendirian.
            Amir merenung solehah geram. Bayang-bayang Nurul dan Auni yang mula hilang diintai. Memang dah lesap! Terus dialihkan punggung mendekati Solehah. 

`“Apa dekat-dekat ni!” Solehah menyinga tiba-tiba.

            “Kalau tak nak tangan abang dok atas bahu awak, please talk to me politely.” Mata Amir dikerdip berkali-kali.
Pardon?” Solehah menjegil. Dulu bukan main skemanya, sekarang miang mengalahkan dato’ kepala botak!

Nothing.” Amir tersengih. “Esok keluar nak?” 

Solehah diam, cuma fokuskan pandangan ke tengah gelanggang. Jelas fokus mereka di gelanggang tak lagi pada bola, tapi pada mereka. Huh!

“Nampaknya awak memang sukakan bila orang ingat kita couple.” Bergerak tangan Amir nak menyentuh bahu Solehah tapi sempat ditepis.

            Amir sengih lagi, “on? Esok ek?”

            Solehah mendengus. “Kau ni pesal ah? Lain macam je. Mana perangai kerek kau tuh?”

            “Ala… mana ada aku eksyen.”

            Solehah senyum sinis, “mana ada? Dah la… aku tak kacau kau pun kan? Blah la… problem kita settled.”

            “Kau kecil hati dengan aku ek?” 

            “Bagi sebab?”

            “Sebab aku cakap macam tu dulu…”

            “Oo sedar pun. Yang kau buat muka innocent tu pesal?”

            “Listen. Aku tak de niat pun nak cakap macam tu. Aku just nak… you know, advice. Cuma aku tak pandai nak cari bahasa bagus sikit. Aku tak biasa… Tapi serius, niat aku ikhlas.”

            “Ikhlas? Yeah right. Tapi yang kau tu baik hati sangat nak ‘bahasakan’ aku kenapa? Dalam banyak-banyak budak tu… teruk sangat perangai aku? Aku rasa aku ni tak de la tergedik-gedik macam diorang tu.”

            Amir garu dahi. Gaya ni boleh dikira tengah pujuk awek merajuk ke? Aisy... serius aku takde pengalaman! “Ala let the go be bygones, okay? Yang penting niat aku ikhlas. And bagi faedah pun kan? See? Kau dapat terbaik tu… aku ni berjasa la jugak. So on? Esok keluar ek?”

            “Nanti la aku tanya diorang.”

            Amir mendengus, “aku tak ajak diorang pun…”

            Solehah ikut mendengus. “Aku takkan keluar, selagi kau tak mintak maaf dengan aku.”

            “La… kan tadi dah?”

            “Tu kes lama. Kes yang kau gelakkan aku dalam restoran dulu tak settle lagi.” jawabnya mengundang tawa kuat Amir. Wajah Solehah merona merah bila mereka di gelanggang mula memandang, beg levi’s di sisi dicapai. Niat nak dibaling kepada Amir, tapi cepat dihalang dengan tangan Amir sendiri. 

“Ye la… sorry. Okey? Esok ek?”

            “Tak cukup. Makan kau belanja. Biar reti serik sikit.” Dalam keterpaksaan Amir mengangguk. Solehah tersenyum kemenangan. “tengok la diorang free tak.” 

“Walaweh...” Amir buat muka, “aku kan ajak kau, bukan diorang.”

            “Kepala otak kau… kau tak kenal aku lagi tau tak? Buatnya aku buat aksi tarzan nanti macam mana? Sanggup?”

            Amir diam. Dalam otak mulaterbayang Solehah bergayut di dahan, ala-ala tarzaness gitu. Tak pe, aku jadi tarzan jantan. Dia sengih nakal. Tapi kat Bandar macam ni mana ada dahan…

            “Chow dulu la weh!” Solehah mula bangun mengatur langkah ke pintu keluar. Tangannya dilambai pada mereka di tengah gelanggang, isyarat sesama sendiri.

            “O-leh!” dia menoleh. “kau tak bagi lagi number kau?”

            Solehah sengih, “aku tak pakai phone. Almaklum, orang miskin. Pape hal aku suruh Acap atau budak-budak ni call la. Dada…”

            Amir mengangguk cuma. Dia pandang Asyraf yang masih lincah membawa bola di tengah gelanggang. Senyuman tanpa sedar mekar di bibir. Acap - bestfriend O-leh. Tak de la susah sangat…
 ##saye mengaku bab ni terlalu boring. Haha! eace~ kalau raji komen eh...

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. yana(chocolate_yana93@yahoo.comApril 30, 2012 at 6:27 AM

    bile nk ad n3 bru..lum abis edit ke..nk bce..:D

    ReplyDelete
  2. yana...., heheh. sorry. n3 baru da masuk... enjoy it yaw...! ^^

    ReplyDelete