Aku Mahu Hanya Kamu 8

by 6:40 PM 3 komen

Bab 8
How’s date?” bahu Nurul ditepuk sekali. Belakang badan disandar pada sisi meja Nurul yang bersepah dengan segala kertas. Mug radix dihulurkan. Kesian, ni la risiko jadi budak AED. Aku ni tahan je tiga empat malam nak stay up pun, boleh pulak budak ni tiap-tiap malam dia ambik tugas pak guard berkawal. Tanpa sedar dia menggeleng-geleng mengenangkan nasib roommatenya itu. Biasalah… macam Along cakap, adat menuntut.

            “Thanks…” mug radix diambil. Nurul menggeliat seketika, membetulkan urat-urat yang terasa tegang. Kemudian dia memandang Solehah lama. “Kau tanya apa tadi? Dating?” keningnya diangkat sebelah.

            Solehah buat muka bosan. “Boleh pulak tanya aku. Tadi la… dengan Ayie.”

            Nurul merenungnya pelik, “biar betul kau bagi aku soalan ni? Acap cakap kau anti budak couple?” 

            “Alah… tu kat sekolah dulu. Kau sendiri nampakkan sebabnya, macam mana bebudak sekolah couple. Just for isi masa lapang… kalau tak bengong apa lagi namanya tuh.” 

            “And now?”

            “Depends.” Solehah angkat bahu. “Aku tak berani nak komen lebih-lebih, takut benda tu berbalik kat aku sendiri. Kadang-kadang mulut ni ikut suka je apa nak keluar, sampai la kena atas batang hidung sendiri. Baru tahu langit tinggi rendah kan? Cuma kalau aku tak cakap pun, mesti kau tahu kan… batas-batas dia. Nak buat something tu, fikir dulu effect dia kat sekolah, member-member, family. Mostly, ingat the Creator.”

            “Tau…” Nurul mengukir senyum. “Kau ni nampak je brutal kan? Tapi kalau bab kaunseling, hush… superb.”

            Mata Solehah juling ke atas. “Ada la tu nak bodek pape tu… cerita la macam mana dating.”

            Nurul sengih tiba-tiba. “Aku balik naik Lancer putih tadi.”

            Solehah kerutkan kening beberapa saat sebelum dia terbeliak luas. “Paan hantar?”

            Nurul angguk jahat. Saja nak buat budak seorang tu jealous.

            Solehah menggumam tak puas hati. Aku yang fanatic tahap tak ingat, dia yang dijemput. Haih. “Ceritalah dating petang tadi tu. Malas aku nak dengar pasal Lancer tak Lancer segala…”

            Nurul ketawa, “hancos!”

            “Kenapa pulak…?” 

            “Masa jalan-jalan tu…” Nurul menyandarkan badan. “Kitorang lalu la sebuah kedai ni. Girls Love It… rasanya nama kedai tu. You know… underwear punya kedai. Masa tu pulak, ada ke patut ada seorang mak cik tu, dia suruh anak dia buat experiment kat tengah-tengah umum macam tu. Anak dia tu pulak dengan innocentnya ikut, dia try la bra tu kat ‘aset’ dia tu. Huh! Bukan reti nak masuk bilik persalinan diorang tu… aku ni tahan muka je la depan Ayie.”

            Solehah ketawa mengekek-ngekek. “then Ayie macam mana?”

            “Dia pun ketawa sakan jugak. Dia suruh aku relax, macam ni dia cakap… ‘Yue, relax ar. Kalau kau nak tau, kat rumah aku tu jadi tempat lelong benda ni time-time musim hujan’. Hm, about like that la…” 

            “Habis kau jawab apa?”

            “Aku tak respond lagi masa tu. Tebal lagi muka aku masa tu. Lepas tu dia cakap lagi, kalau aku rasa stok kat kedai tak cukup, boleh pergi bertandang rumah dia. Dia buat promosi kalau dengan aku, dua singgit.”

            Terus pecah ketawa solehah yang tadinya hanya perlahan. “Bangang betul budak tu…”

            “Tu aku boleh tahan. Yang buat aku rasa nak ketuk kepala dia, dia tanya aku apa kau tau?” Solehah mengangkat kening, isyarat bertanya. “Dia tanya aku masa first pakai pun macam tu jugak ke. Aku pun blah la, tinggal dia sorang-sorang…” terus pecah kuat tawa Solehah akhirnya.

            “Woi! Senyap la. Orang nak tidur pun tak senang.” Nurul dan Solehah saling berpandangan. Sengih. Nak tidur ye… perlahan-lahan mereka mendekati katil Auni lalu menggeletek pinggangnya. Auni mengelak. 

            “A’alah… sudah-sudah la buat muka ketat macam tu cik adik manis cutie wei…”

            “Tah.” Nurul menyokong. “macam mana nak lena, sedar sikit sekarang baru pukul dua suku… kau tahu tak hari ni hari apa?” 

Spontan Auni melipat sila di atas katilnya mendengar soalan Nurul. Hari ni hari apa? “korang punya pasallah ni! Habis schedule aku. Malam ni aku kena study la…”

            “Tu la, layan lagi hati pink kau tu.” Solehah mencebik.

            “Macam mana tak jealous kalau…”

            “Tempoh aku kenal dia sama dengan tempoh kau kenal dia. So tak de apa yang kau nak jealous la.”

            “Kau ni suka sangat potong orang cakap.”

            Solehah sengih, “lagipun kita kenal lebih sehari dari kita kenal Cairo. Means dia kenal aku tak lebih dari dia kenal kau. Sama je. Trust me, taste aku bukan orang macam Cairo la… kalau aku nak berlaki pun, aku nak cari yang handsome sikit dari si Cairo tu… lepas tu senyuman dia, charming…” Nurul dan Auni julingkan mata ke langit. Nak start berangan la tu… “paling penting, romantic. Tak handsome pun tak pe… aku malas nak berebut pulak nanti.”

            “Ahah!” Nurul memetik jari. “macam Amir kan?” 

            “Huih…” mulut Solehah menjuih panjang. “apa kes mamat tu yang kau sebut.”

            “Betul la. Tang bab romantik tu aku ingat dia…” 

            “Mamat kaku macam tu kau cakap romantic? C’mon. Betul kau sewel.”

            “Kaku dengan perempuan lain. Kalau dengan kau, lain wei. Betul tak Oni?” Auni mengangguk yakin. Sekali lagi Solehah mencebik. Nurul ikut mencebik, “bukan main nasihat orang. Yang kau tarik muka tadi apasal?”

            Solehah mendengus, “malas aku layan orang macam tu. Cara dia cakap tu macam aku ada scandal hot dengan Cairo. Aku tak suka la… dah la kat sekolah dulu teruk diorang shoot aku dengan Acap. Gossip tak sudah…”

            “Tapi kan,” mengecil mata Nurul merenung Solehah. “aku tak rasa kau bengang sangat tadi just sebab tu. Kau tak secengeng tu kan?”

            “Kau tak dengar dia cakap apa tadi? Disgusting. Huh. Aku tak tau tang mana yang disgustingnya bila seorang kawan just datang tolong another kawan dia yang kesusahan, walaupun yeah, aku admit si Cairo tu lelebih sikit tadi.” Solehah angkat bahu. Pelik mengenangkan perangai Cairo tadi. 

            “Tapi serius, cara dia tu macam nak cakap yang dia hina aku kat sekolah dulu tu, tak salah. Tak disgusting. Mana lebih disgusting korang rasa? Walaupun aku rasa the word- disgusting tu tak sesuai dengan keadaan, tapi biarkanlah, dah dia yang guna perkataan tu. Yang penting sekarang aku tadi or dia dulu yang lebih disgusting? Ah?”

            Nurul dan Auni terkebil-kebil. Emonya O-leh malam ni… “Aku tak tau asal-usul cerita sebenarnya pasal korang dulu tu…” Nurul bersuara teragak-agak.

            “Nothinglah,” Solehah sengih. Pandai-pandai bangkit cerita lama tap bila ditanya tak nak hurai. Mangkuk betul kau O-leh! 

“Tapi apa-apa hal sekali pun, aku ada hak marahkan dia. Kau tahu life aku dulu macam mana kan?” Solehah membalas perlahan. “Kau tahu, masa kita semua setuju nak keluar semalam, aku dah pasang angan yang kita semua boleh jadi kawan. Aku ingat life aku kat sini tak sesunyi kat sekolah dulu. Paan… Izzat semua tu. Semua boleh jadi kawan kita walaupun tak satu gang. Aku just nak kawan, not a gang.” 

            Nurul senyum segaris. Bahu Solehah ditepuk mesra. “Jangan risau. Kitorang still ada untuk kau. No need beribu kawan kalau lagi banyak cons dari prosnya.” 

            “Kenapa? Korang gaduh ke tadi?” Auni memandang mereka silih berganti.

            Nurul mengangguk. “Diorang ni la buat drama. Rugi tau korang balik awal… Amir buat pengakuan luar alam.”

            “Apa dia?” serentak dua gadis itu bertanya. 

            Nurul tersentak. Me and my big mouth… dia sengih, “tak de pape la. Saja aku buat gempak. Boring-boring ni.”

            Dalam keheningan suasana pagi, mereka dikejutkan dengan deringan dari telefon Nokia E71. Serentak mereka memandang Solehah yang sudah mencapai telefonnya. “Siapa pulak meroyan call time-time macam ni.” Skrin telefon dipandangnya, unidentified number. Pantas ditekan punat hijau. “hello.”

            “Helo…” 

Solehah tersentak. Macam kenal je… “siapa ni?”

            “Aku la.” 

Hah! Memang sah. “Pemilik nombor ini tidak berada dalam mood yang bersesuaian. Sila cuba sebentar lagi. Harap maklum.” Entah skrip operator mana yang dirembat. Telefon dilempar ke atas katil. 

            “Siapa wei?” serentak mereka bertanya.

            “Izzat la. Tertelan pil kuda agaknya, masa ni pun tak tidur lagi.”

            “Apa punya mulut kau pakai ni. Buatnya masin mulut tu…” Nurul memarahinya. 

            “Sorry, tak sengaja.” Solehah garu kepala. Entah kenapa laser sangat mulut ni. 

            “yang kau bengang sangat dengan Amir tu kenapa wei?” auni pula minta penjelasan. 

            “Aku tak suka la orang macam tu! Tak boleh tengok orang rapat sikit, fikiran tak open langsung.” Sekali lagi telefonnya bergetar. Terus dia mendengus. “kalau aku ada scandal hot antarabangsa sekali pun dengan Cairo tu, aku takkan susahkan mak bapak dia la tolong masuk meminang.” sempat lagi dia menghamburkan kemarahannya sebelum punat hijau ditekan. “hello! Kau tak paham bahasa ek?”

            “Sebab aku paham bahasa la aku call ni. Tadi kan kau suruh aku try again, and I’m success.” Solehah sekadar diam membisu. “Leh…”

            “Apa dia? Nak cakap, cakap aje la… tak payah nak menggoda macam tu.
            “Sorry ek, pasal tadi?”

            “Nak sorry apanya. Raya lambat lagi…”                       

            “Tak payah nak loya buruk. Kira dah ampun la ni ek?”

            “Suka hati la kau. Eh, aku tidur dulu la. Sekarang ni time to sleep. Chow! Assalamualaikum…” tanpa sempat Amir menjawab salamnya, punat merah ditekan. 

            “Aku nak tidur la… Yue, malam ni kau tidur kat katil aku ek? Aku malas la nak beralih…” Nurul mengangguk sambil menekan-nekan keyboard laptop, menyambung kembali tugasan asal. Tidak lama, telefon Auni pula berdering. Solehah tergelak, “gila ke apa Cairo malam-malam macam ni..” Auni pula menjawab dengan muka pelik tanpa melihat skrin.

            “Leh… kenapa ek kau panggil dia ‘Izzat’? Korang ada cerita lama ke?” soal Nurul tanpa mengendahkan Auni yang terdiam sambil menekapkan telefonnya ke telinga. Cairo tengah mengadu barangkali…

            Solehah yang sudah menarik selimut menyelimuti tubuhya tergelak, “mengarut la kau.” Kening dahi sudah berkerut. “habis tu kenapa?”

            Mata Solehah dijuling ke atas. “ada masalah ke? Dulu aku panggil Izzat sebab tersasul. Then bila lama-lama, rasa janggal pulak nak panggil Amir. Lagipun… aku rasa kan, ‘Amir’ tu… sinonim sangat dengan orang yang perangainya close minded. Perasan, perasan warak, perasan skema, perasan handsome, perasan bagus. And so on la… cukup package aku bagi.” selamba dia menjawab. 

            Tiba-tiba Auni mendekatinya, lalu dihulurkan Sony Ericsonnya. Solehah pelik, “aku ke kau yang angau ni?”

            “Ambik je la…” Auni menggesa. Cepat-cepat dia mengambil telefon di tangan Auni, “hello! Apahal?”

            “Ulang balik apa kau cakap tadi.” 

Meremang sebentar bulu romanya mendengar suara di hujung talian. Izzat? “A… ap… apa? Aku cakap apa?”

            Amir ketawa sinis. “Takkan tu je? Tak nak tambah banyak lagi? Pergi bukak kamus dewan, cari la banyak-banyak lagi perangai buruk-buruk. Boleh buat buku scrap nanti.”

            “Kau pehal?” mak ai, garangnya. ah… biarkan. Dah terjerat dah pun. “Nak cari pasal? Aku no hal. Lepas ni buat-buat lost contact. Ingat aku hadap sangat ke dengan stok expired macam kau tu… blah la…” punat merah sekali lagi ditekan sebelum sempat Amir membalas kata-katanya. Hanya terdengar ayat tegantung, “Leh, aku…tut-tut-tut.” Solehah tersenyum puas. Ambik kau! Selimut Nurul ditarik ke katilnya, “cancel. Aku lebih lena kat katil aku.” 

            “Selimut aku?”

            “Guna la kain batik ke… selimut aku kat dobi.” Selamba dia menjawab. Nurul cemberut, dia memandang Auni yang hampir telelap. “Weh! Nak dengar cerita tak?”

            “Time to sleep!!!” laungan dari katil Solehah membantutkan hasrat Auni untuk terus menadah telinga. Tidak lama kemudian, telefonnya bergetar nada isyarat mesej. Takkan tak puas-puas lagi tanya khabar O-leh… dia merenung skrin. 

            From: si gadis aYue
         Amir admit dia suka o-leh! =>    

Auni memandangnya minta kepastian, Nurul mengangguk sambil tersenyum nakal. Tangannya membentuk thumbs up. Pengakuan Amir petang tadi diimbau semula.
                        #                                             #                                             #
            “Aku…” Amir mengetuk jemarinya di meja. “aku suka kat dia la…”

            “Dah agak dah…” Asyraf bersiul. “cara dia cerita pasal kau dulu pun aku dah nampak.”

            “Dia ada cerita pasal aku ke?” ceria nampaknya wajah Amir. 

“Mmm… selalu. Pasal kau tunjuk hebat pergi cabar dia dulu.” Amir kembali muram. 

            “Aku pun dah agak, tak payah la tunggu kau confess. Cuma tak sangka boleh dengar dari mulut kau sendiri.” Cairo bersuara. 

            “Aku pun tak pernah tengok sepanjang hayat aku ni, kau boleh bergurau macam tu dengan girls. Kira tu special case la.” Farhan mencebik. 

            “Aku bukan nak halang kau Mir, cuma nak nasihat sikit la. Kalau setakat suka and rasa nak dibuat couple ke apa… memang berangan la kau. She’s not the type sepanjang aku kenal.” Asyraf menepuk bahunya. 

            “She’s in my type.” Amir membalas penuh makna.

            “Sebelum ni aku ingat kau tut-tut…”

            “Woit woit,” Amir menjegil. “Mulut tu jaga.”

Farhan sengih. “Dah tu, kaku semacam je.” 

            “Entah… masa kat sekolah dulu, aku suka tengok dia. Dia selalu mengelak bila menghadap aku. Lalu depan aku… last-last aku nak bercakap, kena aku la menghadap.” 

            “Takkan sebab tu je kot?” Cairo menyoal lagi.

            “Entah…”

            “Come on Mir. Jangan cakap ni first sight love…” Nurul ketawa.

            “Aku tak tau…”

            Huh! “Kena la korang. Sorang tak pernah bercintan, sorang tak reti bercintun.” 

            Ketawa pecah.

## bg yg pm tny psl cte ni,...heheh. sorry a lot. cite ni da lama siap edit ekcelly. cuma a bit *malu-malu* nak post n3 baru kat sini,... you know,.. hikayat o-leh dgn ijat ni sejak taun lepas agy... sampai la skrg blog ni still dgn cite ni. haha! 
takut korang boring jeh. lagi pun mana tau ade segelintir yg menunggu...haha! okey. tu ayat pembelaan diri. jelaslah. huuuu^^okey bai! enjoy it! nanti komen brg sepatah dua ookies...?
___ and sorry klau sedikit nota kaki tu bikin tekakmu loya. haha.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. lama betul xde update.. cik writer mrajuk ke? :hihi:
    #iamalwayssupportthisstory

    ReplyDelete
  2. update la cte nie best plak..sy pmbca bru kt cnie smbung ag ea

    ReplyDelete