Cerpen: Jodoh Depan Tangga

by 9:10 AM 8 komen
Jodoh Depan Tangga

“Siapa tu Cikngah?”

Cikngah pandang mukanya kembali sambil mencapai semula wayar getah yang tadi diguna untuk menyiram. “Anak buah. Tengah cuti sem sekarang ni, datanglah sini. Boleh tengok-tengokkan budak tu.”

“Oh...” Fayyad terangguk-angguk. Kedua-dua belah tangannya mengepit dagu, lalu mendongakkan kepala ke langit. 1, 2, 3, 4... 8... Yang kerek semacam apasal? Tak luak aku nak ayat pun.

“Korang tu belum berkenalan lagi... jangan nak mengata anak dara orang.”
  
Uh? Fayyad tarik sengih. Cikngah ni tau-tau je otak aku. “Yang masuk rumah tak ditegur sepatah dua dengan jiran sementara dia ni, apa kes.” Gumamnya rendah. Datang-datang je peluk-cium Cikngah, then masuk rumah. Aku yang dok tercegat sebelah rumah ni cuma dibiar terkebil. Kalau dibagi senyum sikit pun, boleh je aku offer diri jadi tukang angkat bagasi dia tuh.

“Yard tak ada kerja ke?” Cikngah angkat kening.

Huh? Ayat berlapik nak menghalau aku la tuh. “Hari ni cuti.” Kepala ditunduk ke bawah pula. 1, 2, 3,...8.

“Dah kalau cuti tak boleh nak beriadah?”

“Lorh, orang tengah beriadah la ni Cikngah. Kalau tak dah lama orang seret ASUS tu keluar. Layan YM dengan awek pun bagus jugak.” Hm, rugi pulak terasa. Kalau layan YM dengan Lia kan, bagus.

 “Whatever.” Cikngah berjalan ke deretan pasu di kuda-kuda lain. 

Fayyad cuma angkat bahu, no comment. Minda masih menerawang ke laman YM sebenarnya.

“Cikngah!”

Uh? Fayyad yang baru je nak start jogging keluar dari pagar mendongak. Mencari arah datangnya suara. Lalu gadis kerek yang tercegat di muka pintu Cikngah menjadi perhatian.

 “Apa Qis?” Cikgah memandang sekilas. Sibuk dengan bunganya.

“Dorang mana? Merata cari tak jumpa pun.”

See? Bersungut as if aku bukan depan dorang sekarang ni. Why so difficult to say ‘hi’ or ‘assalamualaikum’?

 “Lah... tu.” Cikngah dilihat memuncung mulut ke arah Fayyad. Erk?

 Gadis itu melihat tempat yang ditunjuk. Dan matanya tiba-tiba bersinar. “Hey!!”

 Fayyad terbeliak bila tiba-tiba gadis kerek itu mendepakan tangan sambil menuruni tangga menuju ke arahnya.
=========================
Yard: Saya ternoda...

 Aulia: Ceh! Bahasa.

 Yard: Betullah! Saye almost nak kena peluk...


Aulia: Oh. I see. Who’s the malang girl uh? *sengih comel*

Yard: Eleh... dalam hati dah berasap.


Aulia: Kejadahnya.

Spontan bibirnya mencebik. Reaksi tak berpatutan betul. Kalau betul aku dah dipeluk orang mau menangis tak berlagu awak Lia...
===========================
“Hey!!” kalau dilihat, dah tak boleh nak kontrol dah speed gadis tu sebenarnya.

Fayyad gelabah. Dah tak ada cara lain! “Cikngah!!”

“Kak Qistin!!”

Ha? Dia terpinga. Gadis kerek dah melepasi dia. Tapi bunyi ribut di belakang menarik perhatiannya. Dia menoleh. Tambah kelam mukanya. Gadis kerek sedang dipeluk-cium budak-budak ribena yang lepak di rumahnya sekarang! Bila toleh ke depan, Cikngah dah terkekek ketawa. Cis!

“Buat apa kat sini? Jom la balik... Kak Qis bawak ole-ole tau.”

“Wah, yaya nak banyak...” Yaya yang umurnya baru nak kenal alam sekolah melompat.

“Isy! Yaya nih!Kan Kak qis dah cakap hadiah kita kongsi... takkanlah Awan dengan Ayo nak main barbie... tak gentle lah!”

 Share? Fayyad mula sengih sinis. Bawak ole-ole untuk dikongsi? Apa kelas.

“Wah, adik Kak Qistin nak jadi gentle la...” tangan si gadis menyucuk-nyucuk pinggang Awan.

“Dia dah ada geyen Kak Qis..” samseng Johor Bharu dah mula bersuara. Ayo, budak yang baru empat tahun mencebik dengan tangan bersilang megah di dada. Gaya gengster tak bertauliah. “Dia cinta dengan cucu Ciksah. Selalu pergi beli aiskrim pop situ. Lepas tu dia ngurat-nguratlah.”

“Ayo!” Yaya menjegil. Bukan nak membela, tapi terpaksa membela. Dah diberi rasuah oleh adik tengahnya tu.

“Mesti dah kering poket umi nih. Tak baik la korang ni... kecik-kecik dah menggatal.”

“Ayo ni... nanti Awan dah tak bagi makan aiskrim baru tau.”

“Tengok!” si gadis menjegil. “Kesian umi letih cari duit.”

“Takde la Kak Qis. Aiskrim tu tak payah bayar. Siti bagi free.”

“Astaghfirullah...” masa tu bukan saja gadis kerek tu je yang tepuk dahi, Fayyad yang sekadar jadi pemerhati pun ikut tergeleng. Patutlah Ciksah selalu mengadu kat kedai dia ada toyol. Rupanya toyol tembam merenyam ni yang bergiat...

“Dah, jom naik. Apa main rumah orang tak kenal ni.”

 Berasap telinga Fayyad tiba-tiba rasanya. Aku lagi rapat dengan budak ni lah!

“Kita kenal dengan abang rumah ni, kan Yaya? Ayo?” Yaya dan Ayo mengangguk laju. Memang kenallah. Abang yang pemurah buatkan dorang kek selalu. And sekarang senang-senang dia cakap rumah-orang-tak-kenal? Uh!

“Whatever.” Tengok, gadis kerek makin kerek bila julingkan mata macam tu. “Dah, jom naik, umi dah lama naik tu.”

“Eh, jom la kenal dengan abang dulu Kak Qis...” Yaya menarik tangan si gadis.
“A’ah. Nanti boleh ngurat-ngurat.” Ayo menokok. Mau berjambul kepalanya diketuk si kerek tuh. Gadis itu tak menghirau, sebaliknya terus menarik ketiga-tiga mereka naik ke rumah.

 Ayo toleh ke belakang. “Abang Yard!! Ni kakak Ayo,”

“Nama dia Qistina...” Awan kenyit mata.

 Bajet abang nak kenal la perempuan macam tu? Huh. Ingat Abang Yard perangai macam kau ke Awan oi.

 Yaya ikut menoleh ketika Fayyad mula tergeleng, nak meneruskan jogging. “Boleh panggil Kak Qis!”

“Budak nih!” pintu terus ditutup. Gedegang!

 Mak aih! Dasar Kak Qis ni memang nak kena kiss dengan aku! 
============================
  Yard: Tapi untung la, dia tak sempat.

 Aulia: Uh. ‘untung la’? Baiknya awak.

 Yard: Yes i am. Takkan baru tau? Tapi kenapa rasa macam ada some sarcastic tone dekat ‘baiknya’ tu eh?

 Aulia: Coz i am menyindir now, mr Yard.

Yard: noe what, everytime awak seru nama saya with the extra ‘mr’ kat depan tu, saya akan rasa saya ni dato’ duda yang botak licin atas kepala dia. kenapa eh?

 Aulia: Must be u really are. Kepala licin pun poket penuh Yard. Dato’ tuh. Haha!  

 Yard: Mind your word la. saya ni nak dibanding dengan mamat depan rumah saya pun berkali ganda saya good-looking tau tak.

 Memang. Memang statement tak boleh diterima akal.
 Aulia: Yang kat depan rumah awak tu spesies mamat punk eh? Sesuai la.

Yard: Lorh. Kenapa babit punk pulak?

 Si Rais tu doktor muda berkarisma Lia sayang. Kalau awak kenal pun gerenti awak berpaling tadah.

Aulia: Mamat punk ada tupai atas kepala. Awak atas kepala botak licin. Memang kena la korang berjiran... teeheee...

 Yard: Lia!

 Aulia: Hehe. Kira okey la. botak tu sexy apa. Bukan senang nak cari romeo sexy sekarang.

 Yard: Lia. kalau saya sulking sekarang, awak nak pujuk ke?

 “Yaya!!” jeritan kuat dari jiran sebelah mematikan gerak jarinya dari terus menaip. 

Bibir spontan diketap geram. Dasar Kak Qis ni memang tak boleh tengok Abang Yard senang. Tak lama masa berlalu, suara tawa Yaya bergema diikuti tawa dua adiknya yang lain. Kemudian sayup-sayup suara Kak Qis tu marah-marah. Ya Allah... kalau Kak Qis tak ada boleh je budak bertiga tu behave. Memang salah ajaran la.

Dia mendengus. Matanya ditala semula ke skrin ASUS 1.5 di depan. Tak ada jawapan dari Lia.

Yard: Liiiaa? R u there?

 Senyap.

Uh! Tak sempat nak merajuk dia dah buat aura merajuk dulu. Heh. Buat kilang taik mata lagi baik.
===========================
 “Kak Qis, jom pergi jumpa geyen Awan.”

 Fayyad yang sedang menyarung kasut mengerling Ayo di rumah sebelah.

 “Tanak.” Sepatah jawab Kak Qis.

“Jom la. Geyen Awan cun tau.”

“Tanak.” Kak Qis terus meniti baris-baris ayat dalam novel di tangan.

 Fayyad garu pelipis dengan jari telunjuk. Rasa meluat dengan Kak Qis pun hilang rasanya nengokkan bebudak ni.

 “Hai Yo.” Sapanya sepatah sebelum menuju ke LCnya.

Ayo menoleh. “Eh, Abang Yard! Assalamualaikum!”

 Uhuk! Uhuk! Uhuk! Kak Qis kelihatan batuk. Budak 4 tahun pun reti bagi salam... Fayyad Cuma menjeling. Memang cari pasal Kak Qis nih. “Waalaikumussalam. Ayo tak ke sekolah ke?”

“La... abang Yard ni lembab la. Sekarang kan holiday...”

 Fayyad mengetap bibir. Tersenyum selebar mungkin sambil mengangguk. Ayo pun dah kena badi ajaran tak boleh pakai gamaknya.

 “Abang Yard tak nak kenal kak...”

 “Ayo...” sayup-sayup suara Kak Qis berbunyi. “Abang nak pergi belajar tu. Nanti dia dah pandai baru boleh ikut Ayo.”

Fayyad mengangguk setuju. “Abang Yard pergi dulu la. Nanti kirim salam dengan kakak Ayo yang dah cukup pandai tu ye.” Tongkat motosikal dinaikkan sambil dialihkan menghala ke pagar.

“Lain kali jangan panggil orang lembab, tak baik.” Perlahan suara Kak Qis menasihati.

 Fayyad senyum segaris. Ada ajaran jugak Kak Qis ni...

“Walaupun orang tu betul-betul lembab.”

 Fayyad senyum mengetap gigi. Memang ada, ajaran sesat!

 “Drum!!!” LC Fayyad hilang di sebalik kereta di jalan raya.

 Ayo pandang Qistin, Qistin angkat bahu. Awan dan Yaya yang baru muncul di muka pintu ternganga. “Superb la Abang Yard! Cayalah lu!”

 Qistin hela nafas. Novel di tangan diturunkan dari muka. Wajah tiga insan terlebih kasih-sayang ditenungnya bergilir-gilir. “Siapa ajar korang bahasa macam ni eh?”

“Taiko Yard.”
===============================
“Fayyad!”

Uh? Fayyad yang santai melepak dengan tiga kanak-kanak itu di atas buai menoleh. “kak qis panggil saya ke?”

 “Who else yang ada nama bersyaddah like that kat sini?”

 “So betul la Kak Qis bercakap dengan saya sekarang?” jari telunjuk dihala ke dada sendiri.

“Oh yeah.” Qistin julingkan mata. “Lain kali jangan ajar budak baya dorang ni makan maggi.”

“La, saya yang masak. Kak qis sibuk apa?”

 “Saya tak sibuk. Tapi nanti kalau dorang lembab, saya yang kena.” Qistin tahan muka toya.

 “Terima kasih tolong ingatkan saya, Kak Qis. Kak Qis sem lepas berapa pointer eh?”

Qistin diam. Kena atas batang hidung sendiri.

 “Oo, ni mesti Kak Qis dapat anugerah dekan ni. Best student eh? Saya bet mesti tak pernah sentuh maggi nih.” Kerat jari la hang kalau dok kampus tak pernah sentuh paket kuning nih.

“Yaya, Awan, Ayo. Jom masuk.”

 “Tanak.”

 “Jom...”

“Tanak...”

Qistin ketap bibir. Fayyad angkat kening. Mewarisi la tu...

 “Jomlah balik. Umi dah panggil tu!”

“Tak nak...!” maggi goreng basah terus dinikmati tanpa hiraukan Kak Qis yang bercekak pinggang.

 “Kenapa degil...”

 Uh? Fayyad mendongak. Pelik kenapa Kak Qis tiba-tiba tersangkut suara. “Kak Qis..?”

Qistin menoleh sesaat. “Handsome kan dia?” mulut Kak Qis memuncung pada Rais yang baru menutup pintu keretanya dengan jubah putih di tangan. 

Fayyad mengangguk-angguk dengan bibir diketap geram. “Memang handsome...” Perempuan semua sama je! Mata tu ada simbol dolar.
============================
Yard: bila boleh jumpa awak eh?

Aulia: jumpa buat apa?

Yard: awak expect kita ni just go on macam ni je ke?

 Aulia: dunnoe.

Yard: liaaa...

 Aulia: awak biasanya kalau nak jumpa mesti ada prob. Tanak saya. Tak pasal-pasal bahu saya ni jadi tempat leleh awak. Eiii...

Yard: ingat saya ni cengeng sangat ke.

 Aulia: tengok dari gaya la.

Yard: awak ni!

 Aulia: *muka cute* jangan ar marah.

Yard: c’mon la. just satu pertemuan okey?

Aulia: 4 what? Nak tengok muka? Saya tak cantik. Nak tengok harta, mak saya nurse je. abah saya bukak business KECIK punya. nak tengok ilmu, saya ni study dalam negara je. so apa yg awak harapkan dgn ‘satu pertemuan’ tu?

Yard: lia. Saya tak hensem. Saya tak kaya. And saya pun tak pernah jejak universiti oversea tuh. Kita sama aje ok. Dun too prejudice la.

Aulia: siapa cakap saya prejudice? Lempang nak?

Yard: your words prove it.

 Aulia: uh. I dont noe. memang saya nak kenal awak. Tapi my aunt says that xproper keluar jumpa lelaki.

Yard: then bawak teman la.

Aulia: sama la. lepas tu kenal-kenal and keluar berduaan. In other word, dating. Awak tak pernah baca ke benda tu semua kat fb. Mula2 jumpa siap pakai niqab segala, then sentuh2 tangan... pastu tu, after that ni, and lastly paham2 r. I hate that way.

Yard: saya just nak kenal hati budi awak.

Aulia: geli je baca ayat awak tu.

Yard: lia....

Aulia: uhm. nak kenal hati budi bukan dalam masa sehari abang oi. Needs the whole life. Kadang2 org yg dah tader pun kita still tatau hati-budi dia lagi. pendek kata bkn sng nak scan hati orang ni... especially me. hehe

Yard: saya stress ni...

 Aulia: i see! Memang dah agak. Awak ni kalau nak jumpa mesti ada yang tak kena. Now who’s that girl.

Yard: lia ni cakap gaya saya ni frust bercintan kali ke-44 kali je.

 Aulia: i dont know hakikat tu betul x. Tp menurut awak awak xpernah couple kan? so xlain xbkn, awak gaduh dengan perempuan mana pulak sekarang?

 Fayyad mengeluh. Awak memang understanding lia.

 Memang aku tak gaduh. Tapi aku benci. Aku benci perempuan yang tengokkan lelaki pada cerah kulitnya. Pada style bajunya. Pada gaya jalannya. Pada spec yang tersangkut di atas hidungnya.

 Aku yang rambut berserabai tak bergel ni haram nak dipandang. Ingat yang tak pakai spec tu tak ada kerjaya lah? Ingat baju tee dengan jeans lusuh ni tak ada class ke? Kena twenty-four/seven dengan kemeja dan slack? Boringnya hidup korang! LC aku tu lagi berharga dari BMW Raislah. BMW rais, pernah stuck di traffic? Sampai kena bantuan pengguna jalan raya lain nak tolak ke tepi. Tak pernah. Tapi LC, dah berkali-kali! Tapi itulah... LC tak menyusahkan sampai kena orang lain yang tolak. Tuan dia tu independent.

 Petang tadi, nampak sangat Kak Qis pun golongan tu. Rasa sakit hati ni tiba-tiba je datang. Agaknya Lia sorang je yang otak boleh pakai. Tapi tak tahulah... kot-kot mind Lia pun sama dengan Kak Qis.
===========================
“Assalamualaikum!” salam diberi disertakan dengan ketukan. Tercegat dia di depan pintu tu menantikan kot-kot ada yang nak membuka pintu.

 “Kejap!!”

 Maunya terjatuh kek di tangan mendengar suara jeritan yang bagai halilintar tu. Tak lama berselang, terdengar lagi suara Kak Qis bercakap-cakap. “Awan! Ambikkan tudung Kak Qis....”

Sabar dia menunggu. Seminit berlalu, pintu pun berkuak. Muka Awan tersengih menyambut dia.  “Yeah! Abang Yard bawak kek!”

Setapak je dia melangkah ke dalam, mulutnya dah terbuka luas. Terlopong. Sebelah tangannya automatik bergerak menutup mulut yang terbuka luas. “Kak...” tak habis ayatnya. Tersekat di kerongkong! “Kak Qis...”

Qistin pandang ke bawah. “Cikngah kat dapur...” suara tak berperasaan. Terus dia menyambung memandang siling semula, fokus pada daun kipas yang penuh habuk.

 “Kaak Qisss buat apa tu?” maunya lenguh tengkuknya mendongak terlalu lama.

 Hm. Qistin mengeluh. Memang pantang kerja dia terganggu. “Ni, nampak orang dok buat apa ni?” cebisan kain buruk di tangan ditunjuk.

 Fayyad tak menjawab, tapi still, mulutnya terlopong memandang qistin dari bawah.

Qistin menggeleng. “Budak-budak tu suruh lapkan kipas ni, habuk penuh. Pasang maxi volume pun tak berasa.”

“Ya ALLAH budak nih!! Turun!” cikngah muncul dari dapur bercekak pinggang.

 Tergamam Qistin di atas tangga besi. “Kan cikngah yang suruh tadi?”

“Kot ya pun biar alert sikit. Pakai tudung dengan bertenggek atas tangga macam tu, bukan anak dara dah gamaknya.” Bebel Cikgah sambil berlalu ke luar rumah, menyarung selipar lalu menyeberang jalan menuju ke kedai runcit berhampiran.

“Orang pulak.” Gumamnya rendah. Tapi dia tak terus turun dari tangga itu, masih nak habiskan kerja membersih kipas yang dah nak siap tu. “Oookies...” akhirnya. Penuh hati-hati dia menapak turun dari tangga besi itu.

 “Nah,”

Uh? Fayyad tersentak. Tangga besi yang disua kepadanya dipandang. “Menda?”

“Tu...” Qistin memuncung bibir pula ke lampu yang tak dipasang.  “Tolong adjust sikit. Tiba-tiba tak menyala.”

 Pulak!

 “Oh!” entah apa yang merasuk, Fayyad meletakkan kek yang dibuatnya di atas meja kopi, dan terus memanjat satu per satu tangga yang diberi sementara Qistin menghilang ke dalam seketika mencari perkakas yang nak diguna. Dalam hati dah terdetik, bengong apa aku hari ni?
============================
“Study mana?” mata masih tak dialihkan dari fokus utama.

 “U.”

 “Tinggal?”

 “Dengan kawan.”

“Dok sini berapa lama?”

 “Depend kat Cikngah.”

“Datang sini naik apa?”

“Train.”

 Qistin terus membelek novel di tangan ke helaian seterusnya. Mata terus meniti, otak ligat mencerna dan mulut terus menjawab.

 Fayyad menghentikan gerak screw driver. Qistin yang tercongok di kerusi menantinya selesaikan kerja ditenungnya. “Kenapa kerek semacam ah Kak Qis nih?”

 Uh? Qistin mendongak. “Then Adik Fayyad nak kak Qis mesra alam yang macam mana eh?”

 Fayyad menggeleng-geleng. Kalau aku dapat awek macam ni dah lama chow. “Dah ada boyfriend?” tiba-tiba terpacul apa yang kat dalam otak.

 Qistin mendongak. “Pardon?”

 “Dah ada pakwe?” Fayyad pasang muka selamba habis. Kalau sekarang kat dalam bilik, nak je rasanya kepit bibir ni dengan playar.

“Hm,” Qistin mengangguk-angguk. “Belum.”

“Pelik jugak...” Fayyad berfikir seminit sebelum bahunya diangkat malas. Lantaklah!

“What’s the pelik?” bacaan Qistin terhenti lagi. Nak ayat aku ke? Dengan ayat ‘takkan-la-gadis-secantik-ni tak-ada-boyfriend...’?

“Biasanya orang yang ada pakwe je yang kerek. Takut cinta beralih-arah.” Dia menyambung kembali kerjanya.

“Pandainya bermadah.” Qistin mencebik.

“Member je yang cakap pun. Tapi tu la, Kak Qis ni tak ada pakwe pun kerek jugak. Memang keturunan agaknya.”

“Mind your words.”

“Dah tu kalau bukan keturunan, kemurungan la?”

“Memanglah saya tak ada pakwe, tapi saya ada orang yang saya suka.”

 “I see.” Fayyad mengangguk. “Siapa? Rais?”

 “Rais?” kening Qistin bercantum. “Siapa tu?”

 Lah. Takkan tak kenal... “Nobody.” Fayyad menggeleng pula. Kalau nama pun tak tau orang tak panggil ‘suka’ la.

 “Excuse me, orang tiga suku je bercakap tak habis. And Kak Qis tak bercakap dengan orang tiga suku. Tell me, siapa Rais?”

 Mulut Fayyad dimuncung ke seberang jalan. “Doktor tu. Cucu Ciksah. Abang siti. Abang ipar to-be awan.”

“Oh...” akhirnya Qistin mengangguk. “Nama dia Rais eh? Boleh tahan. Rais tu ketua la kan. Uhm, ketua keluarga. Oh~ how sweet...”

 Menyenget sebelah bibir Fayyad tengokkan gaya qistin yang memang kontra habis dari kebiasaan tu. Angau ke apa uh? Huh.

 Tiba-tiba Qistin melihat jam. “Oh my!” terus dia menuju ke luar rumah dan tercegat di pintu utama tu.

Fayyad cuma tengok mencebikkan bibir. “Hai Abang Rais...”

Uh? Fayyad hampir terjatuh tangga. Takkan baru tahu nama dah menyapa kot? Sah! Memang Kak Qis tengah beramah-mesra dengan doktor muda tu. Dari atas tangga ni pun boleh dengar bias-bias suara gemersik Rais membalas sapaan Kak Qis. Mengecil mata Fayyad cuba mengintai melalui daun pintu, tapi sukar. Akhirnya, dia terus menyambung kerja sambil mendengar apa yang dibualkan.

“Tengah tunggu pakcik repair lampu...”

 Pakcik?!

“Dari tadi tak siap-siap. Kerja mengalahkan budak.”

Oh my god. Sabar aku semakin cetek.

 “Tak ada la, baru je sampai ni pun...”

 “Kejap je, sementara cuti ni.”

“Kalau Abang Rais nak boleh je Qis dok lama sikit...” Qistin sengih di luar rumah.

Bedebukk!! Bunyi benda berat jatuh ke lantai mengejutkannya. Terus dia masuk ke rumah. 

“Ya Allah!!”
=========================
“Lain kali kalau tak ikhlas tak payah buatlah.” Ditonyoh kuat pipi lebam Fayyad yang tersembam ke lantai tadi. Potong stim betul dia nak beramah dengan Rais tadi.

“Sakitlah Kak Qis!”

 “Tu akibat kacau line saya dengan Abang Rais tadi.”

 “Abang,” Fayyad senyum sinis.

 “Say it again and I’ll let you alone here with your pain.” Mencerun mata Qistin memandang Fayyad.

“My pleasure.”

 “Fine!” Qistin menghempas kain berisi ketulan ais ke meja. Dia menghilang ke dalam bilik.

 Fayyad menghantar Cuma dengan jelingan. Menyampah. Yang Cikngah ni ke mana la lambat sangat balik. Kalau ada boleh je suruh Awan tuamkan. Dia membaringkan tubuh di atas sofa itu. Kain yang diguna Qistin tadi diambil lalu dituam ke pipi sendiri. “Argh...” menyeringai dia menahan sakit.

“Meh sini!” entah sejak bila datangnya qistin, tiba-tiba kainnya dirampas. “Dah tau diri tu sakit nak action lebih.”

 Dia Cuma merelakan di saat tangan qistin mula menuam semula. “Rambut panjang tak ada gaya sudent. Merimaskan betul.”

“Kak Qis memang tunggu dia tiap-tiap petang ke?”

“Uhm. Since first day kat sini.”

 “Buat apa?”

 “Cuci mata. Dah dia handsome sangat.”

 Sekali lagi Fayyad senyum. Senyum sinis. “Apa tadi? ‘Memanglah saya tak ada pakwe, tapi saya ada orang yang saya suka.’ heh.”

“Kenapa awak nih?” senyum di bibir Qistin hilang.

“Apa maksud jawapan kak qis tadi eh? Konon nak setia dengan perasaan la tu. Tak nak mesra-mesra dengan jiran sebelah. Dah tu jiran depan rumah boleh pulak? Ke memang dah set dalam otak kalau lelakinya hensem, kaya, cukup pakej macam doktor tu, then tak salah la kalau cinta Kak Qis tu beralih. Macam tu? Annoying.”

 “Okey.” Qistin menghentikan gerak tangannya. “Now i’m serious. Kalau awak rasa awak hebat sangat, awak buat sendiri. Saya nak masuk bilik.”

Fayyad Cuma mendengus. 
===========================
Yard: lama tak nampak?

Aulia: uh. Now kita pulak yang kena...

Yard:  dah memang betul.

Aulia: saya online tiap-tiap malam okey.

Yard: memanglah. Tapi kita dok tunggu dia tegur kita...

Aulia: kenapa awak tu yang tak tegur dulu? knape mesti tunggu? expect girl to start it?

Yard: lantaklah.

Saya memang sentiasa online Lia, tapi tak tau kenapa mind saya selalu melencong ke rumah sebelah. I‘m sorry. 

Aulia: yard, kenapa ni? 

Diam. 

“Saya berani tegur abang rais tu sebab saya tau memang hati saya takkan berubah. Saya dengan dia berbeza. Kalau dengan awak, kita sama. Tak mustahil untuk saya curang.” Tak tahu kenapa kata-kata Kak Qis tadi menyesakkan dada. Kata-kata yang Kak Qis ungkapkan sebelum berlalu dari situ.

Sedang belajar untuk setia. Kalau dengan Rais, dia memang tau dia takkan jatuh hati. Sebab tu dia mesra alam sangat tadi. Means, dia bukan kerek? Dia bukan penyombong? Sikap dia dengan Rais tadi ialah sikap dia yang sebenar? Kenapa tak diamalkan sikap tu bila dengan aku?!

Aulia: dia buat kacau lagi eh? 

Yes. Exactly. Dia buat kacau dalam hati saya, and now saya keliru antara awak dengan dia.

Aulia: mr yard botak sexy menggoda, r u there... 

Fayyad ketap bibir. Rasa bersalah menerpa diri.

Yard: sorry lia, got to go. 

Klik!
=========================
“Hi,”

 “Shyy,”

 “Buat apa ni?”

“Menyorok. Jangan bisinglah!”

 “Nak join boleh?”

 “Tunggu next turn la.”

 Fayyad garu kening. Tak nak tengok belakang ke Kak Qis nih? Terngendap-ngendap dari tadi.

 “Kalau...”

 “Kak Qistin!!” Belum apa-apa dah terdegar suara melaung dari belakang kedua-duanya.

 “Opocot!”

 Qistin terlompat ke belakang, sikit je lagi nak berlanggar dengan orang di belakangnya, yang sekarang dah jadi hadapan. Pucat tak berdarah mukanya. Awan yang tersengih kemenangan mendekatinya tak dihiraukan, cuma batang tubuh yang betul-betul menghadapnya ni memeranjatkan. 

“Buat apa kat sini?”

 “Nak join. Boleh?”

“Boleh?” Qistin pandang muka tiga kanak-kanak yang menanti.

 “Boleh!!”

 Fayyad tersenyum bangga. Kalau dengan bebudak ni gerenti la lampu hijau Kak Qis...

 Qistin pandang ke depan semula. “Reti ke?”

 “Reti je. Saya pandai mengira, saya pandai mencari, saya pandai menyorok, saya pandai...”

 “Good then. Awak main dengan dorang. Saya nak gi tolong Cikngah masak. Bye...” 
=======================
“Gajah hidung panjang...” Awan memegang botol air dihalakan ke mulut. Kononnya beraksi di atas pentas. “Badan hitam besar.... Kita nyanyi sama-sama...!!”

Gamat ruang tamu rumah cikngah dengan tepukan kakak adik Awan. Yang penonton cuma ketawa terkekek-kekek. Action lelebih awan ni...

 “Gigi gajah tajam.... Kuat gigit orang!!  Ayuh...... Cepat!!!! Kita nyanyi sama-sama!!” Sekali lagi Awan menghalakan botol air ke mulut si penonton.

 Qistin mengelak dalam gelaknya makin panjang. Awan terus menyua, dan Qistin terus menolak. “Kak Qis sakit tekak la awan... Tanak, bagilah orang lain.” Qistin sengih tayang gigi. “Tu, abang Fayyad dah lama kempunan nak pegang mike... Kasi la dia.”

Awan toleh muka pada wajah Fayyad yang jelas leka. “Abang Yard!”

 Fayyad tersentak. Terus dia menoleh. Siot! Nasib tak tertangkap tenung-tenung anak dara orang... “Apa?”

 “Cepatlah, nyanyi pulak...”

 “A’ah, suara abang Yard sedap!!” Yaya dan Ayo bertepuk tangan.

 Fayyad memuncung. Wajah sengih Qistin dipandang geram. Qistin cuma angkat bahu. Akhirnya Fayyad menyambut botol di tangan Awan. “Abang Yard nyanyi, tapi bukan lagu tadi. Okeh?”

 “Ala... Lagu tu la best abang...” Ayo sekali lagi menyilang tangan ke dada.

“Tanak,” Fayyad bertegas dengan jari telunjuk dinaikkan. “Jatuhlah saham Abang Yard nyanyi lagu gajah. Abang nyanyi lagu lain okeh?”

 “Iye la................” Qistin menarik panjang, sengaja nak suruh budak-budak bersetuju.

 Tak sampai seminit, suara nyanyian Fayyad terdengar. Qistin tahan gelak. Action mengalahkan Awan la pulak... Pakai tutup mata segala.

We're a hurricane
so destructive in the way that we do
a little bit insane
but she loves it just the same
and me too”


Pegang botol air diperkemaskan. Nyanyian semakin rancak mengikut alunan nada sendiri. Qistin cuma tersenyum sungging menengokkan aksinya.

“They say love and insanity
are somewhat related
the way that they make us act
but baby girl the love between you and me
is truly the greatest
though sometimes we hate it

they can't tell me nothing about you
'cause you're my
crazy love
can't tell me nothing about how we do
'cause we got
crazy love


Kita nyanyi sama-sama!!”

Dia meniru gaya Awan. Tapi ternyata langsung tak ada sambutan. Macam mana nak bergandingan suara kalau bahasanya masih kekok di pendengaran mereka. Haila... Qistin dah terkekek ketawa.

“I'm intelligent
I'm not stupid
not at all
but my common sense
when it comes to you it falls
then i do something dumb

they say love and insanity
are somewhat related
the way that they make us act
but baby girl the love between you and me
is truly the greatest
though sometimes we hate it

they can't tell me nothing about you
'cause you're my
crazy love
can't tell me nothing about how we do
'cause we got
crazy love”
 

Di saat akhir, keningnya diangkat sebelah pada qistin yang makin hanyut.

“They can't tell me nothing about you
'cause you're my
crazy love
can't tell me nothing about how we do
'cause we got
crazy love”


Mata Qistin direnung dalam. Cuba menyampaikan sesuatu dari panahan mata. Jelas Qistin gelabah.

 “Siapa nak maggi!!” Tiba-tiba Cikngah muncul dari dapur dengan semangkuk besar maggi di tagan. Serentak mereka menoleh.

 “Nak!!”

 “Saya! Saya! Saya!” Seisi rumah bergegar dengan suara nyaring yang tak boleh dipastikan dari anak tekak siapa.

Terasa nak jatuh rahang Fayyad bila tengok gaya mereka terlompat-lompat mendapatkan maggi di tangan Cikngah. Tapi sebenarnya yang memeranjatkan, boleh pulak Kak Qis pi ikut gaya bebudak tak cukup mumayyiz nih!
=============================
“Pukul berapa sekarang?”

 Uh? Fayyad tersentak kecil. Suapan maggi ke mulut sendiri terjeda. “Pardon?”

 “Jam,” Qistin menghala jari telunjuk ke pergelangan tangan. “Berapa?”

“Entah, mak yang belikan.”

 “Mangkuk.” Sepatah komen Qistin. “Orang tanya jam la, dah pukul berapa.”

 “Oh.” Hampir nak tersengih Fayyad menahan malu. “5:30.”

 “Five-what?” Qistin menjerit kecil.

 “Half. Past. Five.”

 “Oh man.” Bergegas Qistin ke pintu rumah. Tercegat macam patung greek.

 Cikngah muncul dari dapur kini dengan dulang minuman pula tergeleng-geleng. “Sudah-sudahlah tu, nampak dek mak-bapak Rais tu naya kamu. Kamu tak cukup terdesak lagi nak amalkan sikap ‘perigi’ qis...”

 Qistin buat don’t know. Setia menanti kot-kot pagar rumah jiran seberang jalan tu terbuka dengan sendiri. Maksudnya Abang Rais dah baliklah tu.

 “Nur Aulia Qistina...”

 “Iye...”

“Masuk.”

 “Tunggulah 5-6 minit lagi.”

 “Haih. Kawan Qis tau ke Qis buat keja ni ah?”

 “Tak.”

 “Kalau Cikngah bagitau maunya menghilang pulak dia. Kali ni biar sebulan, baru kamu tau langit tu tinggi rendah.” Mengugut.

“Orang cuci mata je kot.” Menjawab lagi. “Lagipun cikngah reti ke selongkar pakcik adel Qis...” Gumamnya rendah.

“Amboi!” Cikngah menjegil. “Anak-anak Cikngah siap main ipad lagi, berani lagi kamu nak pandang cikngah takde mata.”

Fayyad buat dek. Malas nak ikut campur. Tapi tiba-tiba dia tersedak kecil. Pantas Cikngah menghulurkan gelas fresh orange padanya. Dia meneguk rakus. Dadanya diurut-urut sendiri. Apa tadi? Nur-Aulia-Qistina. Aulia?! Dia tersedak lagi. Kali ni lagi kuat.

“Kenapa awak nih?” Qistin menghulur segelas lagi fresh orange padanya dengan muka cemberut habis.

“Awak, Aulia Qistina?”

“Correction. Nur Aulia Qistina.” Qistin meletakkan semula gelas di tangan ke dalam dulang. Gelas yang tak bersambut.

“Au-lia?”

“Yeah. Ikut surat beranaknya macam tu la.” Qistin mengangguk pelik. “Why?”

“No,” Fayyad menggeleng cepat. “Nothing.”

Nama almost nak sama, tapi perangai 180o berbeza. Tapi Yard, perangai berbeza bagai langit dengan bumi pun, hati kau tetap terusik. Admit it. Huh.

“Kenapa tak tunggu luar?” Soalnya tak lama kemudian.

“Dah kat dalam rumah agaknya dia. Biasanya 5:15 dia dah sampai.”

Fayyad senyum sinis. Baguslah. Kalau tercegat lagi lama, lagi aku suka. Doktor mana yang nak chow masa jarum pendek still kat nombor 4 lagi?
=============================
Yard: apa status kita sekarang eh?

Aulia: kalau nak fikir balik, saya pun confuse.

Yard: please tell me, saya tak bertepuk sebelah tangan..

Aulia: kenapa kalut semacam je nih? =d

Oh please. Fayyad mengurut tengkuk. Jangan tanya saya such that question, sebab saya sendiri pun takut nak fikirkan motif soalan saya tu.

Aulia: yard??

Fayyad yang hampir terlena dalam baringnya celik semula mendengar bunyi dari asus 1.5nya.

Yard: kita jumpa?

Aulia: uh? Why so sudden?

Yard: lia, cuba scan sikit yang sebelum-sebelum ni. Dah berapa ratus kali saya tanya soalan ni?

Aulia: i mean, biasanya awak berkias dulu kan? Tp skrg, mcm... Awak tengah fikirkan something.

Yard: tau pun.

Aulia: if i’m suppose to know, apa?

Yard: terjatuh cinta dengan someone else.

Diam. Window dari belah sana tiba-tiba suram. Dan Fayyad tiba-tiba terasa macam nak serah diri kat kak qis, biar kena cincang sampai lumat. At least kalau dia mati pun ada yang puas hati walaupun orang tu cuma Kak Qis. Dan rasa bersalahnya pada Aulia hilang ditelan tanah.

Yard: lia, say something.

Seminit menunggu, window aulia muncul semula. Fayyad mengukir senyum.

Aulia: what are you expect me to say?

Yard: kita jumpa, ok? Then after that baru kita decide yg seterusnya.

Aulia: decide everything after satu pertemuan.

Yard: yeah. Salah ke?

Aulia: kalau tak berkenan, hidung kurang mancung, bibir tak merah, mata tak bundar, kulit tak melepak, kira chow. Senangnya.

Haih. Fayyad memicit dahi. Lia ni betul la merumitkan keadaan.

Yard: can u please, stop judge saya macam tu? Saya pun muka sememeh je, tak ada taraf hero hong kong awak tu...

Aulia: then tell me la, apa gunanya ‘pertemuan’ tu? Lepas jumpa macam mana awak expect rasa cinta awak kat ‘dia’ tu boleh hilang?

Yard: lia... Awak ni kenapa lemb** sgt?

Aulia: yeh. So why kalau sy lem*** pun. Awak ada masalah?

Yard: memang sah2 saya yg susahnya. Nak explain one by one kat awak. Awak paham tak, kenal kat sini xsama dgn mata bertentang mata. Berbalas kata melalui jari xsama dgn berbalas suara pakai mulut. Pakai lidah. Xsama. Langsung xsama. Get it?

Aulia: jgn la sentap...

Yard: then awak nk saya senyum? Okey now i’m smiling. Potong rambut kalau saya menipu.
            Dan Fayyad senyum selebar mungkin. Well, aku jujur.
Aulia: yard............

Yard: yes dear.

Aulia: ekcelly awak xperlu nk hurai semua tu kat saya tadi. Saya tau semuanya... Mmg betul pun. Klau awak xckp pun saya tau.

Yard: habis tu knape buat2 tak paham?

Aulia: juz... Sy takut nak jumpa awak.

Yard: c’mon. I’m not a monster. Sy xmakan orang.

Aulia: first, i’m a lady.

Yard: so what? I’m a GENTLEman.

Aulia: second, we have no the ‘pertalian’. Relationship.

Yard: awak tau yg awak tu darling saya satu-satunya kan? Ain’t that a relationship, uh?

Aulia: look. Awak cakap saya lemb**, and now awak buat perangai tu. The bf-gf punya hubungan doens’t mean yg kita boleh buat sesuka hati yard. And ketiga, (jgn potong saya cakap!) Saya takut apa yg org post kat fb tu jadi real. Kita xsedar benda tu, tp bila kita sedar semuanya dah terlambat. Saya xnak semua tu.

Yard: kita jumpa aje kot. Sy lagi rela mkn maggi setahun dr ‘ngap’ org yg saya sayang. Tp klau awak still xpcaya, what if awak kasi alamat awak? Now. Sy tgh pegang pensel ni.

Aulia: nak buat apa? Awak jgn nak buat bukan2. Saya ni masak nasi pun lembik lagi.

Yard: lia sayang, kalau awak dah ready nak jadi bini saya pun, ttp xboleh. Bajet saya xcukup lagi. Now gimme your address. Saya jumpa awak kat rumah awak sendiri, dalam pemantauan parents awak. Okey? 

Fayyad sabar menanti dengan pensel dan kertas di tangan walaupun dah lima minit masa berlalu.

Yard: saya xder sampai tahap berani mati nak pegang-pegang anak dara orang dengan bapak dia tengah pegang parang depan mata saya. Trust me. Saya cuma tanak jadi curang. Lama2 macam ni boleh meroyan saya.

Aulia: tp saya tgh bercuti sekarang. Bukan kat kelantan.

Yard: berapa  byk alasan lagi awak nak kasi ni? Klau awak tgh bercuti pun, cakap je la bila awak balik. Make sure 2 hari lebih awal awak inform saya. Sng sikit nk adjust tiket.

Aulia: uhm. Cuti sem awak lmbt lagi kan? Then awak ambik tiket weekend la senang, minggu ni, hari jumaat, malam. Then sampai kat kltn hari sabtu. Klau nak rehat pun sempat lagi.  Tiket blk, ahad, mlm. Klau awak xpenat la nk g kelas esoknya...

Fayyad pejam celik mata berulang-kali. Awak memang ligat la Lia...

Yard: alamat?

Aulia: kasi phone number awak, nanti saya text.

Fayyad tersenyum lebar. Dengan rela hati. 
===========================
Fayyad bangun esoknya bila suara riuh dari rumah sebelah membingit di telinga. “Kenapa cikngah?” Tanyanya sambil menenyeh matanya. Qistin yang sedang menyarung sandal dijeling sekilas. Stop it Yard, Lia tengah tunggu kau.

“Yard, tak ke kelas ke?” Tanya Cikngah semula, pelik.

“Bangun lambat.” Fayyad sengih. Bangun lambat, sekarang pukul 7 lebih baru kot! Sesekali, wajah muram campur happy Qistin direnung lagi. Apahal tu?

Cikngah mengangguk. “Baguslah. Kalau macam tu, tolong jaga budak-budak ni eh? Cikngah nak hantar Qis ke stesen. Susah nak kawal dorang ni kalau jumpa keretapi.”

“Stesen?” Bercantum sedikit kening Fayyad.

“Qis nak balik Kelantan...”

Fayyad menjeling jam. “Train bukan malam kan?”

“Qis ambik tiket pagi. Kalut nak balik. Qis ni pulak nak cari barang hadiah kat kawan. Takut tak menyempat.” Kalut Cikngah mengusung beg-beg qistin ke dalam kereta.

“Ooh.” Kawan? Fayyad mengangguk ala-kadar. “Kak Qis,” panggilnya. Qistin berpaling sesaat sebelum terus menutup gril rumah.  “Yes,”

Kenapa gabra semacam Kak Qis nih? Mengalahkan aku. Tangan dalam poket sweater ni terketar habis. Tapi dia... Lagi teruk. Berdenting-denting bunyi gugusan kunci tu, nak cakap betapa bergetarnya kak qis masa ni. “Cuti sem dah habis ke?”

“Tak. Lama lagi. Nak balik, Kak O-leh bertunang.”

“Kak O-leh?” Gaya macam sebut nama Ustaz Azhar Idrus tu je. Bajet aku kenal?

“Sepupu.”

“Oh.” Fayyad angguk lagi. “Selamat berpisah la, ampun salah-silap. Kot-kot ada terkecik hati, paru-paru ke, jantung ke. Kasi licin habis la dosa saya kat Kak Qis.”

“O... Key.” Qistin angguk sekali.

“Qis..,”

Serentak mereka berpaling. “Ya?” Qistin angkat kening pada cikngah yang tersengih gaya anak remaja.

“Kan budak tengah tidur tu. Takkan nak diusung tiga-tiga pergi rumah sebelah. Biar Yard jaga dalam rumah je la.”

“Oh, okey.” Qistin mengangguk laju sambil terus ke kereta. Nak naik.

“Qistina...”

“Ya?”

“Kunci rumah tu.”

Qistin memandang kunci di tangan, beralih pada Cikngah yang tersengih, akhir sekali, Fayyad yang terangkat sebelah keningnya. “Oh!!”
===========================
“Hello,” Fayyad menyapa si pemanggil telefon. “Aaa, Cikngah. Kenapa? Kereta stuck ke?”

“Tak ada la. Yaya mana?”

“Yaya... Tengah main game rasanya. Dari tadi dok dalam bilik Kak Qis dia. Kelas la cikngah, tak cakap pun ada laptop baru.”

“Tak ada maknanya. Qis punya tu...”

“Lah, kenapa tak bawak balik?”

“Lupa. Berjaga sampai ke pagi mana nak ingatkan semua barang. Bilik pun tak berkemas.”

“So apanya cikngah call ni?”

“Cakap kat Yaya, Kak Qis suruh tutup laptop and simpan.”

“Nanti yard tolong tutup jap agi. Anything else? Nak Yard hantarkan ke stesen ke?”

“No, tu je. Nanti Qis datang lagi sebelum balik u... Balik tu pun just nak tengok Kak O-leh dia bertunang. Cuma laptop tu qis suruh Yaya tutup sendiri. Yard tak payah nak rajin. Masuk bilik pun jangan. Yard jerit je dari luar, tau la Yaya tutup.”

“Okey.” Fayyad mencebik sambil terus tekan butang merah. Sejak bila cikngah berkira semacam dengan aku ni? “Yaya!!!! Umi suruh tutup laptop!!”
=======================
“Yaya...” Berlagu Fayyad menyeru nama budak tu. Anak-anak cikngah ni memanglah. Maju.

Yaya, degilnya overboard. Tak boleh bertemu laptop. Mesti ada yang nak ditekan. Awan, sibuk dengan sitinya walaupun usia baru nak masuk tadika. Sama dengan kakaknya la budak ni, kalau yaya main laptop, mesti terpekik melolong dia. And now, laptop aku yang jadi mangsa. Bergandingan Pakcik Asus dengan makcik adel kat atas katil bilik qistin dengan penggunanya meniarap sebelah-menyebelah.  

Ayo pulak adik yang paling bongsu, setia dengan sikap gengsternya. Gengster pengecut. Lepas pukul orang mula la nak mengembara sekeliling rumah, tak cukup tanah nak lari. Tak padan dengan umur. Nasib baik budak kecik tu tengah tidur, kalau tak maunya lintang-pukang rumah.

“Kejap la, Yaya dah nak sampai high score nih.”

“Padan muka Yaya, tadi Awan nak main tak bagi.” Awan terus mengawal cursor laptop Fayyad.

“Dah nak habis Abang Yard... Lima minit lagi.”

Fayyad setia menunggu. Melilau-lilau matanya memerhati ceruk bilik Kak Qis ni. Biarlah cikngah larang masuk pun, tetap jugak dia menapak ke dalam bilik ni. Takkan nak tercongok kat luar sedangkan budak bertiga ni tak nak keluar pun dari bilik ni. Alah, lagipun cikngah selalu je tak bagi buat itu-ini, sudahnya bukan kena marah pun kalau kita buat jugak benda terlarang tu.

Pandangan matanya tertancap pada buku yang terbuka luas di bawah bantal. Dengan pensel sekali. Hek eleh Kak Qis, zaman bila lagi orang main aci nyorok diary bawah bantal. Lambat-lambat dia menyentuh hujung buku yang terdedah tu. Nak jugak tau isi otak Kak Qis. Dah tak berjumpa pun lepas ni, apa nak risau... Lagipun jarang orang luah isi hati kat buku macam ni sekarang. Buah fikiran je yang orang layan zaman ni...

Jangan baca!! Kau xkenal lagi sape aulia qistina! Sepatah kau baca, naya otak kau aku libas!!

Gulp. Fayyad telan liur. Bikin kecut aku je Kak Qis. Belum sempat dia membelek ke halaman seterusnya, Yaya dah memanggil.

“Abang Yard, kenapa yang Abang Yard tulis sama dengan yang kak qis tulis?”

“Apa?” Tanya Fayyad semula sambil menyimpan buku ke bawah bantal kembali. Tempat asal.

“Ni,” Yaya memaksa awan bukak window ym di laptop fayyad.

Terbeliak Fayyad. “Korang kacau privacy Abang Yard kenapa?!”

“Ni,” yaya langsung tak menunjukkan reaksi takut. “Kenapa ada jugak kat sini. Tapi yang Kak Qis punya ada lagi kat bawah-bawah...”

Fayyad arahkan matanya ikut setiap yang ditunjuk Yaya. Sekelip mata wajahnya berubah riak. Terus laptop Qistin menjadi fokusnya.

Aulia- Yard- Aulia – Yard. Penuh dengan isi yang dibualkan Yard dengan Aulia selama ini. Sama dengan laptopnya sendiri. Tak kurang tapi lebih. Ya allah...

Aulia = Kak Qis?

Nur Aulia Qistina = my Aulia?

Tapi... Cursor ditarik ke bawah sekali.

Aulia: yard, kalau boleh awak adjust dlm minggu ni jugak. I think i’m in your shoes now..

 Mesej ni... Mungkin dia tertidur semalam. Tak sedar Lia masih online.

Mengecil mata Fayyad membacanya. Still samar-samar. Tiba-tiba otaknya bagai mencerna sesuatu. Lantas buku di bawah bantal tadi ditarik keluar lalu dibelek ke halaman yang terakhir dicatit.


I’m a lady.
I’m a lady in love.
I’m a lady who’s still in learning process. Learn to be loyal to my gentleman.
I’m the lady who’s against cheating.
I’m a lady who’s struggling to avoid cheating.


##  and for that, i have to stay away from him. Yard, i love u and i’ll always be. I hate him. But sometimes he’ll stay in my heart, take the place of your name in my heart. Anyone, tell me how to be loyal. Tell me not to cheat on my buddy. Tell me that every man hate his cheater girl. I don’t want to be the girl. I want always stay in your heart, but fayyad ruined everything! I hate fayyad! But i can’t........ 

Fayyad kaku di atas katil. Lia... Awak, Lia. Lia yang cintakan Yard, dan Lia yang turut cintakan Fayyad.

Dan aku, Yard. Yard yang keliru antara Lia dengan kak Qis.

What’s all this?

“Abang Yard...” Yaya dan Awan sama-sama menggocang bahu Fayyad. Fayyad tersedar. Terus matanya mencari jarum jam. 8:35 a.m.

“Siapa nak pergi tengok kereta api?”
=========================
Yard= dia selalu jaga hati aku. Yang selalu cakap aku as darling dia. Yang serius dengan perasaan.

Fayyad= selalu sakitkan hati aku. Selalu anggap aku kakak dia. Lebih prefer sarcastic tone bila dengan aku.

Yard & Fayyad= tapi both of them dah berjaya buat hati aku tak keruan.

“Saya lebih rela makan maggi setahun dari ‘ngap’ orang yang saya sayang...” Dengan ayat semalam tu, jelas-jelas selama ni dia takk bertepuk sebelah tangan. Yard pun ada perasaan tu. Tapi di saat Yard mula membalas rasa cinta... Keyakinan dia goyah. Tergugat dengan munculnya Fayyad di minda secara tiba-tiba.

Dan sekarang, dia resah menunggu train. Rasa nak lari jauh-jauh dari perasaan tu...

“Hai,” Qistin tersentak. Terus dia mencari arah sapaan itu. “Abang Rais...”
=====================
Dari jauh, Fayyad makin memperlahankan langkahnya. Melayang terbang segala rasa teruja rasanya. Tawar semula hatinya melihat babak di depannya. Aku tak tau pun Rais temankan Kak Qis datang?

“Abang Yard... Jomlah.” Ayo terus menarik tangannya tapi dia tetap kaku. Malas nak bergerak. Orang kata, tak baik kacau daun, nanti tak ada jodoh. Erk? Dari mana pantang-larang tu?
==========================
“Sorang je?”

“Cikngah pergi ladies.” Qistin senyum semanis mungkin. Tak tahu kenapa, kehenseman Rais dah tak boleh tandingi kejengkelan Fayyad. Lia, c’mon. Kau nak balik untuk jumpa Yard, bukan Fayyad. Forget him!

“Oh, Fayyad tak ikut?”

“Fayyad? Tak adalah. Tengah membuta agaknya.”

“Are you sure?” Rais mengangkat kening.

“Yees...” Tiba-tiba jadi teragak-agak nak jawab. Kat belakang Rais tu bukan ke...

“Kak Qis!!” Yaya dan awan menerpanya. Tak lupa Ayo yang masih sememeh mukanya. Tapi Qistin masih fokus pada lelaki yang tercegat sambil menyilang tangan ke dada tak jauh darinya. “Korang datang dengan siapa nih?”

“Lah, tu kan Abang Yard!”
==
“Kak Qis datang dengan Rais ke?” Soalan pertama bila Qistin menyapanya.

“Dah-dahlah tu. Saya ni baya awak je...”

“Tu,” mulutnya muncung pada Rais yang sedang memerhati dari jauh. Langsung tak layan pada larangan Qistin tadi. “Datang sekali ke? Tadi bukan datang dengan cikngah je? Cikngah mana? Kenapa pulak dia kat sini?”

“Cikngah pergi ladies.”

“Then dia datang as a hero nak temankan la?”

“Hantar mama dia naik train.”

“Oh....” Fayyad terangguk-angguk. Jawapan memuaskan.

“Awak datang ni kenapa?” Keningnya dijongket mesra. Tak tahu kenapa, tapi hati ni tiba-tiba jadi ‘happy’ mendengar terjahan-terjahan soalan dari Fayyad. Rasa diri dilindungi.

“Saja, nak hantar awak naik train. Tak boleh?”

“Uh,” Qistin julingkan mata ke langit. “Nak muntah dengarnya. Awak buat apa kat sini?” Gesanya.

“Budak-budak ni merengek nak jumpa Kak Qis... Saya bawaklah. Bosan kat rumah agaknya. Ni pun nasib baik kunci viva cikngah tinggal. Nak naik LC saya tu memang dah lama pejam mata agaknya dorang.”

Ayat-ayat seterusnya, terasa tak sampai ke telinga. Qistin kecewa, tak tahu kenapa. Mungkin sebab Fayyad datang demi budak-budak ni. Demi tak meriuhkan rumah dengan lolongan budak-budak ni.

“La, bila Fayyad datang...” Cikngah muncul.

“Baru je, ni pinjam Viva Cikngah ni. Nanti Yard topup la minyak tuh.” Fayyad sengih.

“Tak kisahlah. Ni Qis, train dah nak sampai tuh. Ready la barang-barang semua... Nanti kirim salam dekat kak O-leh tuh, cikngah tak boleh balik tergesa-gesa macam Qis. O-leh tu pun lah, nak bertunang dibuatnya mendadak. Mana tak kalut.”

Qistin angguk. Angguk. Dan terus angguk. Lambatnya masa berlalu!
================
I proud to have u as my darling.
Qistin senyum membaca paparan mesej dari ‘mr. Yard’ di skrin telefon. Yard, awak memang understanding. Awak muncul bila saya tengah kuatkan hati mengelak dari dia. Seminit kemudian, nada isyarat mesej berbunyi lagi.

N i proud 4 your loyalty. I appreciate it.

Sebelah kening terangkat tiba-tiba. Ligat otaknya berputar kot-kot ada dia tercerita something yang sama situasi dengan Yard. Ada, tapi rasanya tak berbalas.

But actually i dont mind if u fall for him. Instead i luv it.

Hati terasa makin tak keruan. Yard dah berpaling tadah ke? Ligat jarinya menekan-nekan keypad, membalas mesej dari si penghantar.

Yard. Tell me my mind too negative thinking.

Telefonnya bergetar lagi.

Sure. You’re too negative thinking dear.

Then where’s the fire?

Lama menunggu, Yard kian menyepi. Kata orang, kalau Allah tak mengabulkan apa yang kita tunggu-tunggu, tu tandanya suatu yang lebih baik menanti kita. Exactly. Yard memang tak membalas mesejnya, tapi deringan telefon mengurangkan sedikit debaran di dadanya.

“Yard...?”

“Here.” Sepatah Yard membalas.

“Explain please.”

 “Tak ada apa nak djelaskan. Sekarang, tengok kiri.”

Qistin patuh. Dia menoleh ke kirinya. Kelihatan cikngah dan dua anaknya melambai ke arahnya. Dia membalas lambaian mereka. Rasa rindu mencuit hati mengenangkan kenakalan mereka. Tapi dalam diam tercuit rasa pelik, mana Yard tau dia di sini- stesen sekarang? Dan mana Yard tau siapa/ apa di kirinya sekarang?

“Don’t cry.”

Pantas Qistin mengesat mata dengan hujung jari mendengar permintaan Yard. “Saya tak paham.”

“Sekarang awak tengok belakang mereka.”

Sekali lagi Qistin akur. Pucat terus dia melihat Fayyad yang sedang menekap telefon ke telinga sambil membalas renungannya. “Yard, wave your hand.”

Fayyad melambai ke arahnya. Qistin semakin berpeluh. “Apa ni?”

Keretapi mula bergerak. Semakin lama, semakin mengecil mereka di mata qistin. Tapi fayyad terus melambai sehingga bayangan keretapi hilang dari matanya. Esakan kecil dari qistin mula kedengaran di hujung talian.

“Pertemuan 2 minggu saya rasa too short to us. Kalau boleh saya nak ambik seluruh hidup saya untuk mengenali awak Lia. Please, datang lagi lain kali. Cuti awak lama lagi...” Gemersik suara Fayyad di corong telefon dengan mata terpejam. Dia menyandar sambil sebelah kakinya ditekap ke dinding.

“Yard....,” Qistin menyeka mata.

“Yes, someone’s waiting you here. Saya bawak awak jalan dalam kampus saya nanti...” Teringat dulu ‘Aulia’ pernah menyatakan hasrat nak berjalan santai dalam universiti lain selain dari kampus dia sendiri, santai mengalahkan student u itu sendiri. Tapi rasa segan yang membantutkan hasratnya.

“Saya akan kenalkan awak pada gang saya nanti...” Dalam diam, dia merencanakan pelbagai ativiti dia dan Lia nanti. Tak tahu apa, tapi yang pasti tidurnya di malam-malam seterusnya pasti akan lena dibuai mimpi indah.

“Banyak benda yang saya nak buat dengan awak. You’ll not regret for the trip when you have me as the tour guide. Trust me...”

“Yeah, as if awak berani nak faced cikngah. Dalam mimpi awak je semua tu.” Serak suara Qistin berlawak.

“Awak ni...” Fayyad mendengus. Tak bagi semangat langsung. Nak bawak Lia jalan, kena faced cikngah. Nak kenalkan lia pada gangnya, kena bawak gang dia ke rumah cikngah. Huh. “Senang-senang saya bawak awak kahwin kat thailand baru tau.” Ceit, yard merajuk!

“Yard...,” qistin masih dengan esaknya.

“C’mon. Stop crying. Awak buat saya rasa bersalah.” Fayyad tahan gelak. Rasa macam mimpi kan? Kak Qis yang annoying bertukar jadi aulia yang cengeng...

“Dah tu, kalau bukan awak yang patut rasa bersalah, saya la?” Tertahan-tahan Qistin menghembus hingus ke sapu tangan. Memalukan betul!

“Lah,” terus Fayyad tegakkan badan. “Apa pulak saya?”

“Kalau saya tau awal-awal saya kat rumah cikngah lagi sekarang. Saya tak balik kelantan lagi...”

“Habis tu Kak O-leh awak tu?”

“Dorang tunang je...”

“Eh janganlah macam tu. Nanti kita bertunang tak ada jugak yang nak datang. Naya...”
            
“Hm...” Qistin kelu. Fayyad memang laju. Sekilas, kotak kecil di tangan direnung. Saya datang, saya datang dengan hadiah sekali nanti. Janjinya dalam hati. 

 “Saya tunggu awak Lia...” Bisik Fayyad di corong telefon sambil mengatur langkah mendekati cikngah. Tak jauh darinya, Rais menunjukkan thumbs up dengan senyum di bibir dan kening terangkat sebelah.

“Lia...”

“Ya,”

Fayyad tersenyum dengan kepala tergeleng-geleng. Rais... Dia cuma perencah hubungan aku dan dia. Jealous lelebih aku ni. “Rais kirim salam.”

Idea-disember 2011
Idea berkembang-7 jan 2012
Type-7 jan 2012
Finish & edit - 10 jan 2012


P/S: Support me by hit like and yesss, comment means thousandss to me. The tukang tulis. Peace. 

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

8 comments:

  1. sambung, plez....

    dh melayang2 nie. :)

    ReplyDelete
  2. soory ABC n lurun...hehe smbungan da siap,..cuma tgh godek cari lagu sempoi sikit. edit pun belum lagi... huruf besar kecik lintang pukang...n ade yg ckp mnx tukar blog templates..huhu sakit mata eh?? hehe
    oh my. byknya alasan...

    ReplyDelete
  3. cam sweet jeh yard nih. hihi ^_^

    ReplyDelete
  4. @lurun namzar said: tapi ok gak kn klu buat special bab? hehe

    ReplyDelete
  5. mst x sgka rpe2 nye org yg dok chat 2 sblah umh jew..de jdoh la 2

    ReplyDelete
  6. x lah, saya x rasa awak ciplak pun. sape2 boleh buat pasal ym. tp cara olahan tu yang membezakan. best gila cerpen ni. =)

    ReplyDelete