Aku Mahu Hanya Kamu 23

by 3:25 PM 0 komen


“Hai Yang...” Amir tercongok di kerusi makan sambil memilih new game bagi bomberman di Nokia E72nya. Punggung dilabuhkan di atas meja makan.

            Puan Rina tergelak sendiri. Amir... Amir... kalau dah angau tu. Solehah yang mendengar sapaannya menoleh tanpa menghiraukan panggilan yang diguna. “Weh,”

            Tanpa sempat dia bersuara lanjut, Amir dah mengangkat tangan isyarat ‘wait a minute’. “Ma, Papa cakap kalau siap buat kerja, pergi kat Papa. Papa rindu, seminggu lebih tak jumpa.” Dia menyembunyikan tawa. Pandai-pandai aje aku buat nasik tambah.

Puan Rina menoleh ke tepi, “O-leh dah siap?”

            “Dah makcik. Tinggal ikan ni je, baru nak goreng. Mak cik pergi la dulu pak cik panggil tu.”

            Puan Rina mengangguk berlalu. “Oyiez mana?” Amir menyoal sambil fokus pada skrin telefon.

            “Toilet.” Amir cuma mengangguk. Tak de topik nak dibualkan.

“Weh...” panggil Solehah terlebih harakat bila Amir terus fokus dengan gamenya.

“Hmm?” Amir mendongak.

“Kau kena bancuh ek?” sebelah mata Solehah dikenyitkan.

            “Hmm...” pandangan kembali fokus pada bomberman yang melepaskan double bom... hah. Mampus kau kelawar.

            “Best?” sebenarnya tau sangat, mana ada orang best bila kena bancuh. Tapi since dah tak de Era F.M kat dapur ni, apa salah kacau orang untuk menghilankan bosan sendiri.

            “Hmm...” Amir masih buat dek.

            “Pasal apa?” Solehah masih tak boring.

            Amir sekali lagi mengangkat kepala, melihat Solehah yang dah tersengih. . Sibuk je... “Kau nak tau? Sebenarnya kitorang bercakap pasal hal sulit. Hal sulit kaum adam. Kau nak tau? Aku cerita ek. Macam ni...”

            “Eh!” cepat Solehah memintas. “Tak pe-takpe, mesti kau letih kan? Rehat la...”

            Amir tersenyum kemenangan melihat Solehah yang dah berpusing badannya menghadap kuali panas.

“Aku benci la pisang ni, sadis semacam...” rungutan saja-saja, sebab tu Solehah tak berpaling. “...kelawar ni pun, aku lari dia tak kejar, dia lari aku kejar. Last-last aku yang kena block.”, “bunga ni pun, buang anak merata. Ta berwawasan langsung.”

            “Jat, pinggan ni kalau letak ikan panas tak pe ke?” Solehah mencelah.

            “Try la, kalau pecah tukar.” Ala-kadar Amir membalas. Tangannya masih ligat menekan keypad.

Solehah menggeleng. Huh! Kalau main Need For Speed tu logik akal la dengan gender tu...

“Tapi kan, aku suka naga ni. Mencabar.”

            Solehah tetap diam tak membalas. Tiba-tiba... ping! “Mak jatoh!!”

            Amir terkejut memandang Solehah. “Ya Allah!” kalut dia menyimpan handphone ke dalam kocek slack lalu mendapatkan Solehah. “Kenapa ni?”

            Solehah kaku dengan wajah pucat. Amir memicit-micit kaki Solehah yang tertusuk kaca dalam, “feel something?” dalam gila kaca ni masuk, darah pun meleleh-leleh.

            “Takut.”

            Uh? “Takut?” dia mendongak.

            Serentak itu Puan Rina dan Encik Ezany memasuki dapur mendengar jeritan Solehah tadi. “Kenapa ni?” Puan Rina bertanya walaupun dah nampak benda depan mata.

            Serta-merta Solehah jadi kalut. “Sorry mak cik, pinggan tu pecah. Malam ni tak de lauk...” dia tunduk mengutip serpihan kaca tanpa menghiraukan keadaan kakinya serta Amir yang duduk bertongkat lutut di sebelahnya.

            “Mangkuk!” Amir merampas serpihan pinggan di tangan Solehah dengan kasar. “Jangan buat lawak boleh tak? Kaki kau macam ni, kau sibuk pasal ikan tu! What an idiot!”

            “Kaki aku macam mana?” Solehah melihat kaki sendiri. What??? “Tepi la!” tangan Amir ditepis kuat tanpa sikit pun cover walaupun mama papa anak manja tu sekarang di depan mata.

            “Ya Allah... jangan nak cari pasal boleh tak?!” herdik Amir kuat.

            “Yang kau sesedap rasa pegang kaki aku apa mandat?!” tak kurang kuat Solehah membalas.

            Amir merengus. Dia berlalu keluar dan sebentar kemudian kembali dengan kotak first aid di tangan. “Bak sini kaki tuh.” Dia mengeluarkan alat membalut luka dari kotak.

            “Tak payah. Bak sini peti tu,aku boleh buat sendiri.”

            “Bak sini...” Amir bertegas. “Nanti makin dalam kaca tu masuk.”

            “Ibu dengan angah aku kerja kat HRPZ la... aku tau camane setakat luka macam ni.”

            Amir ketawa halus. Saja, nak menyindir. “Anak nurse takut makan ubat. Adik doktor sanggup meringkuk atas katil tiga hari gara-gara takut.”

            Solehah terkedu. “Apa kau cakap?”

            “Betul kan? Nak telan ubat pun tak berani, ada hati nak merawat diri pulak?”

Aiseh man! Dia sindir aku la... wa tengok muka lu kecik-besar-kecik-besar la der!

Amir terus menarik pergelangan kakinya bila Solehah tak de gaya nak menjawab. “Bak sini kaki tu aku cakap.”

“Aw! Sakit la bangang!”

“Dah tau sakit duduk la diam-diam!”

Ketawa Encik Ezany pecah. Uh? Kedua-duanya menoleh. Malunya... kenapa boleh bertekak depan mama papa dia... tapi bukan itu isunya. “Pak cik?” saja dia menegur, mana tau kot-kot Pakcik Zany dalam separuh sedar ke. Jangan-jangan si Izzat ni mewarisi dari bapak dia.

Tapi Encik Ezany tak menjawab. Terus ketawa dan ketawa. “Papa?” Amir pula menegur. Tak rela papa dituduh kureng.

“Tak de... papa kelakar tengok korang ni.”

“Apa yang kelakarnya bang?”

Dalam hati Solehah menyokong Puan Rina. Aku tengah-tengah pedih boleh dia sebut the funny thing.

“Kan papa dah cakap... kaki luka sikit pun nak kalut.”

Ouch. Jatuh saham aku. Amir menjeling Solehah di tepi. Nasib baik dia buat muka blur. “Abang,” Amir mendengar Puan Rina protes dengan reaksi suaminya. “Tu...” matanya mengisyaratkan tangan Amir yang masih setia di kaki Solehah.

“Amir...” suara Encik Ezany datar. Sebenarnya kalau diikutkan orang dah tak pakai nada tu nasihat anak usia 25 tahun, tapi demi air muka anak...

“Kenapa ni mak su?” Noriez muncul sambil membetulkan ikatan rambut.

            “On time. Oyiez pergi ganti tempat sepupu Oyiez tu. Tangan tu tak boleh kawal... takkan setiap masa nak mama cakap pasal limit-limit segala. Amir tu dah berapa tahun? Sedar sikit...”

            Noriez mendapatkan Solehah sambil menepis tangan Amir yang masih tak de aura nak dialihkan. “Best? Gatal tak sudah Abang Amir ni... tengok, dah tak terkata kakak Oyiez.” Sindirnya bila Puan Rina dan Encik Ezany ke ruang tamu.

            Memang pun. Amir menoleh tengok muka Solehah, tak boleh tafsir. Sakit ke? Kenapa tak nangis... or jangan-jangan...

            “Jom naik bilik Yiez.” Solehah berusaha untuk bangun.

            “Sorry,” Amir bersuara.

            “Hurm...” Solehah terus ke bilik.

            Sorry Leh... lagi sekali aku tak kawal diri.

hit like and do comment tanda sokongan. =)

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment