Aku Mahu Hanya Kamu 24

by 10:58 AM 2 komen


            “Yiez…” Solehah leka melarikan tangannya ke celah-celah rambut Noriez. Elok aje Noriez di atas lantai dan menyandar di sisi katil dengan Solehah dibelakangnya.

            “Hmm…” Noriez khusyuk membelek-belek album gambar milik Amir. Susah nak jumpa orang lelaki yang ada album sekarang. Orang pakat dok main upload dalam facebook je sekarang ni… Handsome jugak Abang Amir masa dulu… alah, handsome la bila pakai uniform sekolah. Kan lelaki ada aura bila pakai uniform macam tu.

Tapi Abang Amir macam tak ada gang. Rapat dengan semua orang. Kata kaku… hmm, maybe kaku dengan girls je. Tengok album ni pun tak ada gambar perempuan. Takkan tak ada kisah cinta monyet? Sesekali kepalanya bergoyang-goyang, mengikut gerak tangan Solehah.

            “Kalau Oyiez pakai tudung, mesti Umi dengan Ayah suka kan?”

            Hah? Mata Noriez terbeliak. Kak O-leh…

            “…abang pun mesti happy. Cantik pun cantik…”

            “Agak-agak…” keadaan Noriez kembali normal. “Nanti cantik macam ni tak Kak O-leh?”

            Hm… tu mula la nak mengelak tu. “Oyiez ni, orang serious la…”

            “Oyiez serious la ni… cantik macam ni ke?”

Solehah menjenguk ke bawah. Huh?! Terlepas terus rambut Noriez dari tangannya. Oh Allah! OMG! Oh God! “Amenda nih?” album di tangan Noriez dirampas.

            Noriez sengih. Bahunya diangkat-angkat tanda tak tahu.

Hush! Tangan Solehah sibuk membelek-belek album gambar Amir masa zaman remaja-remaja dulu. Argh!!! Izzat… kau memang! Pantas tangan mencapai Nokia E71 di bawah bantal. Kau memang nak kena Izzat…

“Hello Yang… apa hal sampai call segala ni?” suara Amir nakal menjawab panggilannya.

Solehah tahan rasa bengang dengan suara mengada Amir. Dasar! “Jat, turun bawah sekarang.”

            “Mak aih. Takkan dah rindu kot… kan baru je dinner.”  Amir ketawa halus sebelum mencapai mug lalu diteguk. Tapi Solehah cuma diam, muka dah merah menahan marah. Sekali lagi Amir gelak, “weh, relax ar. Apasal kalut semacam nih? Takkan nak dating tengah-tengah malam kot? Kantoi dek Papa baru tau…”

            Ingat aku hadap sangat dating dengan kau?! “Aku cakap turun, turun aje lah!” Pantas panggilan ditamatkan. Dia menoleh pada Noriez di tepi, “jom.” Tangan Noriez ditarik keluar dari bilik selepas tudung dipakai ke kepala. Album gambar dipegang kemas.

            Noriez sekadar menurut dengan rambut cuma didandan sebahagian kepala.
=======================
            “Gila kau, nak dating pun bawak peneman.”

Solehah dan Noriez serentak berpusing kepala ke arah dapur. Amir keluar lenggang dengan 3 mug air di tangan. Sengaja dibancuh bagi 3 orang, tau sangat dengan Solehah. Takkan pukul 2:15 pagi ni dia nak turun sensorang jumpa lelaki even ada hal urusan Paduka Baginda sekali pun.

             “Cepatnya Abang Amir?” Noriez menyambut mug.

             “Abang Amir memang kat bawah tadi. Apesal weh?” Pandangan difokus ke muka Solehah.

            Solehah mengecilkan anak mata memandang Amir. Oo… apesal. Boleh dia buat muka toya macam tu. Memang. Memang kecik besar kecik besar aje muka Amir di mata dia sekarang ni. “Ni. Menda nih?” Album yang dilekat gambar candid dirinya sendiri dibelek satu per satu. Kalau dikira-kira, dekat 6 muka surat. Tu pun gambar yang hampir sama. Ada ke patut?

            Amir telan liur. Lagi sekali jatuh saham aku. Apa kes sampai nak simpan gambar segala? Memang buang karan kau Mir! Kalau ya pun suka, gila apa sampai ada koleksi gambar. Masa form 6 dulu bukan main sembur junior form 2, O-leh la tu. Tapi sekarang… kantoi.

“Amenda? Tu gambar la. Bengap.” Suara bajet macho. Kawal air muka depan dua orang gadis.

            “Kau jangan sampai aku jadi Dracula.” Tanpa nada Solehah menuturkan.

            Dracula hisap darah kan? “Kau selera ke tengok leher aku ni? Aku on je…”

            “Hisy, Abang Amir ni otak kuning betul.” Noriez mencebik.

            Amir cuma sengih. “Relax la wei… aku bukan pergi hantar kat bomoh. Simpan je…”

            “Masalahnya kenapa gambar aku?”

            “Eh, siapa cakap gambar kau?” Album di tangan Solehah ditarik. “Ni,” jari ditunjuk ke gambar sewaktu aktiviti Qiamullail Tahunan kat sekolah dulu. Masa Solehah bercakap dengan sorang kakak AJK Lajnah Peginapan, tanya pasal tempat tidur. “Kan gambar budak cun sekolah kita. Ingat? Minah ni kan ramai peminat. Kawan aku suruh snap gambar dia, diorang nak.”

            Solehah tahan telinga. Dasar orang lelaki. Tak boleh tengok yang dahi licin. “Fine. Yang ni? Aku rasa akak tu tunggu kat dalam sekolah masa sekolah tamat. Means dia takde kat sisi aku.”

            Amir menjeling ke gambar yang ditunjuk. “Ooh… memang la. Tapi gambar ni aku tangkap pasal masa tu bus stop tu baru je lagi kan? Tak jadi mangsa vandalism lagi. Lagi pun aku rasa, kalau benda tu ada mata ada hidung, gerenti tak payah kau nak jadi model bus stop segala. Bus stop tu akan cantik semula jadi.” Kuah kuah kuah… Amir dan Noriez bantai gelak.

            Solehah mendengus geram. Boleh dia bandingkan aku dengan bus stop? “Okeh. Sekarang jangan cakap satay tu sedap mata memandang.” Dia mengunjuk pada gambar sewaktu Majlis Hari Raya Tahunan Sekolah.

            Hm… Amir diam sejenak. “Entah. Tetiba je aku rasa kau cantik pakai baju kurung kain cotton tu.”

            “Ha ha ha, Abang Amir ni… kalau dari tadi mengaku kan senang.” Noriez bangun menuju ke dapur. Tinggal Solehah dengan Amir duduk bertentang.

            Amir merenung Solehah di depannya. Tak de nampak muka marah, malu je banyak. Merah semacam… hahaha cute la pulak aku tengok. Sebenarnya sengaja dia kumpul gambar-gambar tu semua masa tingkatan enam. Lepas dapat tawaran ke UM, cepat-cepat beraksi. Nasib baik masa tu aku badan redaksi. Senang sikit, orang tengok pun takde syak apa-apa. Dah dapat tau susah nak tengok depan mata lagi lepas tu, kena la ada gambar. Lepas ridu. Nak datang Kelantan pun tak de sebab, sebab satu keluarga ikut pindah jugak. Kaum-kerabat yang lain pulak memang buka asal Kelantan, Papa dia aje yang kea berkhidmat kat Kelantan masa tu.

            Memalukan betul. Hilang macho aku. Ni la jadinya bila dah tahap angau overdose. Kalau diikutkan, pelik. Kenapa la boleh tersangkut dengan budak macam ni. Ingat lagi masa kat sekolah dulu... Solehah langsung tak de kawan rapat. Dari pengamatan jauh la. Kalau ada aktiviti pape, bercakap dengan ahli kumpulan je. And then bila aktiviti tu tamat, nothing more la. Study sensorang, pergi kantin sesorang, pergi tandas sesorang. Kesian tengok.

Mungkin tu memang keselesaan dia, kalau tak de kawan rapat, tak de hati yang betul-betul kena jaga. Tak terikat kalau nak pergi mana-mana. Ni tak, nak keluar sikit kena bagitau. Sebab tu la Amir pun tak de gang. Tu persamaan dia dengan Solehah masa sekolah dulu. Tak de geng. No commitment. Cuma bezanya, Solehah tak pandai bergaul dengan semua orang. Kaku. Atau tak mesra. Sedangkan Amir berkawan dengan semua orang. Cuma rapat tu dengan sepupu di negeri lain je masa tu.

            Tapi boleh tarik nafas lega la tengok O-leh sekarang. Dah pandai berkawan. Dengan Nuyu dengan Oni, bukan dengan Acap tu aje. Ingat aku tak jealous apa. Kalau tak mengenangkan Acap tu dah taraf bestfriend dah sekarang, dah lama aku kasi ajar.

            Solehah membalas pandangan Amir dengan geram. “Mangkuk! Yang kau tenung macam tu pesal?” Perlahan-lahan tangannya menggosok-gosok lengan. Bulu roma dah menegak. Dah pukul dua lebih... seram. Jangan la Izzat meroyan ke apa. Sesekali dia menjeling dapur, entah bila Noriez nak keluar.

            Amir ketawa. “Jangan takut. Aku waras lagi.”

            Solehah tersenyum angguk. Hilang habis aksi bengkeng tadi. Masih takut gayanya.

            “Ala kau jangan nak marah la...” Amir balik ke topik asal, tak nak Solehah rasa tak selesa. “Macam aku tak tau, dulu kau sibuk usha aku kan? Skodeng aku dari jauh. Tau la aku macho.”

            “Eleh... tu sebab dulu kau sedap dipandang je.” Tanpa segan Solehah memuji.

            “Ececeh... sekarang?” mata Amir menjegil.

            “Sekarang biasa je. Dulu sebab kau pakai uniform sekolah, okay sikit. Tapi sekarang... Banding dengan Acap, aku tengok handsome dia lagi.”

            Acap lagi. “Tak sayang mulut kau kan...” Amir tunduk membelek album, tahan muka sebal.

            Solehah mencebik. “Betul la... weh,”

            Uh? Amir mendongak dari album. “Menda?”

            “Kasi aku semua gambar aku?”

            “Walamak... suka-suki dia la. Nak buat apa? Takkan kau tak de gambar sendiri kot?”

            Takkan aku nak let go je  orang lelaki simpan gambar aku... “Bagi je la...”

            “Tader-tader... kalau kau nak, ganti balik. Memandangkan tu gambar lama, antik aku kira. Susah nak jumpa balik. Aku ambik 10 hinggit sekeping. Sanggup? Semua sekali, seratus sepuluh.”

            Huh! “Tak teringin aku.” Dia mendengus kasar sebelum memanjat tangga ke bilik tanpa menunggu Noriez lagi.

            Amir tersenyum kemenangan. Tau sangat perangai Solehah yang jimat tak ingat ni. Jangan harap nak bazirkan seratus demi gambar. Hahaha... akhirnya Amir bangun menuju ke bilik dengan album dikepit celah lengan. Tidur ditemani gambar Solehah di sisi.

  # enjoy reading... do comment. peace!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: