Aku Mahu Hanya Kamu 27

by 10:23 AM 2 komen
 

            “Hai everybody.” Mereka yang sedang sibuk memunggah barang ke dalam bumper kereta terpanar melihat insan di muka pintu tu. Noriez... muncul dengan imej baru. “Amacam? Cantik?” dia berpusing-pusing menggaya pakaian. Blouse pink dengan jeans putih bukan tarikan, memang Noriez minah pinky pun... tapi tudung merah jambu kat kepala tu!

            “Apasal macam nampak hantu ni? Reaksi tak berpatutan la... cantik ek?”

            Sleepwalking yiez?” Farhan berseloroh.

            Noriez tarik muka masam. “Oyiez dah decide la nak cover my aurah from now on... sebelum ni...” ayatnya tergantung. Takkan nak mengaku jahil? “Whatever la. Pokoknya, Oyiez nak berubah. Cheese...” dia buat muka comel.

            “Biar betul?” wajah Puan Norish ceria namun jelas lagi kehairanannya. Selama ni bukan tak pernah disuruh Noriez menutup auratnya, tapi alasannya... “Nanti la...” dia yang sememangnya tak suka bekeras akur.

            “Seru dah sampai mi...” dia tersengih. “Jangan la tengok macam tu, bagi spirit la.”

            Mereka senyum. Farhan angkat bahu. “Takkan nak puji lebih-lebih.” Ketawa pecah. Mereka menyambung kerja yang tergendala. Noriez berjalan menghampiri Solehah yang masih tak hilang reaksi pelik. “Kenapa akak?”

            “O-leh... pakai ni, dengan rela kan?”

            Means?” kening Noriez berkerut.

            Solehah menghela nafas. “Oyiez ingat kan, Kak O-leh cakap dulu. Kalau kita buat satu-satu perubahan tu, tanpa rela diri, tapi sebab lain... Macam... orang yang kita sayang suruh ke... or whatever, benda tu mesti takkan kekal. So what about you?”

            “Kak O-leh jangan risau. Oyiez memang dah lama planning nak pakai, tapi takut. Sekarang okey je. Lagipun sepatutnya dah lama Oyiez patut tutup aurat kan...”

            Solehah akhirnya senyum. “You know what?” bahu Noriez dirangkul.

            What?”

            They are right.”

            Right?”

            “Oyiez kebanggaan kami.”

            Noriez sengih malu. Malu dipuji depan-depan. “Thanks Kak O-leh.”

            “Makin sayang la Acap kat  Oyiez lepas ni.”

            Huh? “Apa Kak O-leh?” selamba je suara Kak O-leh tadi.

            Solehah sengih menggeleng, “nothing.”

            Bunyi lagu Umiku Sayang dari handphone Noriez menyentakkan suasana. Noriez membaca mesej yang baru diterima.

            Oyiez, kasi nfon kat kak o-leh. NOW.

            Isy, tak de orang lain la... sejak semalam lagi Abang Amir ni. Entah apa kes lagi diorang ni...

            “Nah,” Noriez menyua. Solehah menggeleng. Noriez tetap menyua. Dan Solehah tetap menggeleng. Sehinggalah lagu Umiku Sayang sekali lagi membingit.

            Message or calling?” Solehah menjenguk.

            “Abang Amir call, hello.”

            Hello? Oyiez? Kan abang suruh bagi Kak O-leh...” Amir membebel di hujung talian.

            “Dia tak nak la...” Solehah curi dengar. “Kenapa sebenarnya? Mm... lambat lagi kot... Kak Ana? Mmm... bye.

            Noriez menyimpan handphone ke dalam beg kecil.

            Solehah diam.

            Dan Noriez turut diam.

            Masing-masing mengunci mulut.

Lima minit kemudian...

            “Kak O-leh tak nak tanya Abang Amir cakap apa?”

            “Apa?”

            “Dia suruh tungu, dia bawak Kak Ana datang sini, sepuluh minit lagi sampai.” Selamba dia menuturkan. “Tapi sekarang dah tinggal lima minit.” Sambil mata merenung jam.

            Automatik Solehah bangkit dari kerusi batu. Ditarik tangan Noriez ke kereta. “Paan, jom la. Semua dah siap.”
=============================
            “Yah...”

            Uh? Encik Fattah yang sedang memandu menoleh sekilas ke tepi, menunggu kata-kata Farhan yang seterusnya. Tapi bakal pengantin itu hanya diam, buat orang lain suspens je. “Ni apa cerita ni, Piya okey je kan? Ayah tak nak dengar nak postpone segala lagi.”

            Solehah di tengah-tengah seat belakang mendekatkan bibirnya ke cuping Noriez. Tak berhasrat nak dengar perbualan anak-beranak. Kalau Angah mintak tangguh pun, ada la sebab  kot. Tak ada hak aku nak ikut campur. “Yiez... nak earphone.” Noriez menghulurkan dan Solehah terus menyumbat telinganya.           

Farhan tergelak. Ke situ pulak... takkan la Yah, Piya takkan nak tangguh lagi. Hati dia dah terikat dengan abang. Abang sorang je. See the leg la... “kalau ayah nak ajak family mak datang majlis tu nanti, ajak la. Abang tak kisah.”

            Encik Fattah yang sedang mengawal stereng menoleh terus. Puan Norish yang hampir terlena dan Noriez yang tengah layan novel menjenguk serentak ke depan. “Abang?”

            Tapi ternyata Farhan cuma pasang muka toya suci. Muka tak bereaksi.

Encik Fattah berdehem beberapa ketika. “Abang, majlis tu nanti hari bahagia Abang. Ayah tak nak Abang buat sesuatu secara terpaksa, yang boleh merosakkan mood abang semata-mata nak jaga hati Ayah. Ayah tak paksa anak ayah buat sesuatu yang dia tak suka. Abang ada hak.”

Solehah menyandar kepala di cermin kereta. Perbualan anak-beranak tu langsung tak terlekat di telinganya. Cuma bias-bias yang masuk. Volume MP3 milik Noriez dipasang maximum.  “Siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni ni?!” dia cakap aku kurang ajar, sebab aku nak selamatkan pemberian abah. Matanya dipejam rapat.

Farhan senyum. “Abang tak terpaksa Yah. Memang wajar pun apa yang Abang buat ni. Selama ni, Abang buat perangai budak-budak, sampai Umi dengan Ayah dah ada cucu pun...” wajah Haikal yang kian membesar terbayang di minda. “Abang still terikut-ikut dengan persepsi orang sekeliling pasal orang kahwin dua ni gatal. Abang tak sedar, sepatutnya kalau berpoligami tu tak jadi larangan dalam agama, siapa Abang nak pertikaikan hukum tu kan?”

Sebab telefon tu kau nak tengking dia sampai macam tu? Apasal bodoh sangat kau ni?” Bodoh ke orang pangil macam tu? Yeah! I got it. Bibir spontan mengukir senyum tawar. Maybe aku bodoh sebab tengking buah hati dia... sekali lagi lagu Umiku Sayang berdendang, membingit di telinga Solehah. Untung je dah disumbat earphone... takde la ganggu konsentrasi orang lain. Solehah memandang skrin. Huh. Mamat ni lagi. Pantas ditekan punat ‘REJECT’.

“Abang tak salah,” bias-bias kata-kata Ayah hinggap di cuping telinga. Tapi yang mendengar dan fokus hanyalah Farhan, Umi dan Noriez. “Abang anak sulong, mesti Abang takut, ayah pilih kasih. Tapi alhamdulillah, hari ni pintu hati Abang terbukak nak terima diorang. They must be appreciate it.” Bahu Farhan ditepuk-tepuk.

“Nanti suruh mak bawak Haikal sekali yah. Dah lama tak jumpa dia.”

“InsyaAllah. Tapi rasanya diorang tak datang kot.”

“Kenapa?” Farhan pasang muka tak senang. “Ayah marah Abang lagi ke?”

Si Ayah senyum. “Takde la... Wedding Abang kan dua hari lagi, susah sikit nak plan last minute. Nanti lah majlis kat rumah kita, maybe tak ada masalah. Biar ayah cakap kat mak.”

Farhan angguk akhirnya. Kecewa sebenarnya. Dah lama tak jumpa Haikal. “Okey.”

“Tapi... ayah pelik la.” Encik Fattah cuba kembalikan mood bercakap. “Perubahan mendadak. Ada somehing yang Ayah missed ke?”

Farhan senyum tipis. “Abang rasa kalau Abang still tak boleh terima diorang, sama macam Abang tak boleh terima family bakal wife Abang. Ibu Piya kan dari second wife... tapi family diorang yang sana tu okey je datang majlis bertunang hari tu. Piya pun pernah bawak abang jumpa family Ma dia, memang layanan adik-beradik dari sebelah sana tu first class. Macam diorang tu kawan baik. Tu la yang buat abang fikir balik... kalau adik-beradik Piya yang sana boleh je terima family piya, why not abang do the same.”

Encik Fattah angguk mengerti.

Puan Norish mengukir senyum panjang. Bersyukur dengan perubahan mendadak anak-anaknya hari ni. Dalam dua saat, wajah-tak-tahu-apa-apa Solehah di sebelah dipandang. Dia tersenyum lagi. “Lagipun... diorang ni dah kena kaunseling sebenarnya yah.”

“Kaunseling?”

“Kaunselor tak bertauliah.” Noriez menyampuk sambil mengherot mulutnya ke tepi. Encik Fattah angguk lagi. Mereka merenung Solehah, “hm... patut la senyap. Telinga dah tersumbat rupanya.”

Solehah yang asyik melayan perasaan terangkat kening bila empat pasang mata mula merenungnya, “er... volume over limit ke?”

kalau ada yg aware, update blog ni mmg skrg ni xnaik kat dashboard dah. so, tgk2 kat FB je lah eh kalo2 ai dah update ke belum.. sy sndiri pom xtau nak ejas mcm mana. kalo ada yg tau macam mana nak fix masalah 'update blog xnaik link kat follower's dashboard' neh, or ada yg pernah faced situasi mcm ni and tau cara nak atasinya,.. roger2 eh! xde semangat weh nak update snyp2 mcm ni. ahhak! peace! komen yah!

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. aah. update x naik. sebab tu dah berzaman baru tau kewujudan novel best ni. hahah. next... pendek la pulak yang ni =)

    ReplyDelete
  2. best la... sambung la lagi...

    ReplyDelete