Cerita Antara kita 7

by 7:04 AM 2 komen
 

                “Aku dengar kata si Daniel usha kau semalam?” si Fira petangnya ajukan soalan cepumas buat Raina. Mereka baru habis kelas petang sebenarnya. Dan sekarang ni, mereka beriringan nak menuju ke destinasi yang sama. Library. Tapi sebenarnya, Fira sekadar temankan Raina saja. Sementara menunggu suaminya, Firas menjemput, lebih baik ke library daripada melongo tak tahu nak buat apa kat luar tu.

                Mendengar soalan dia tadi, Raina berkerut dahi. Usha la sangat... heh! “Bukan masa tu kau dah balik ke? Ngintip eh?”

                “Choih!” Fira tergelak. “Bajet paparazzi ke nak ngendap segala.”

                Raina mencebik. “Dah tu?”

                “Kecoh satu kelas dah kut.”

                “Iya? Famouslah aku.”

                “Yeah right.” Fira julingkan mata ke langit. “Famous macam tu, tak sudi aku.”

                Sekali lagi dahi Raina berkerut. Baru nak bertanya kenapa, lagu Mine nyanyian Taylor Swift kedengaran membingit. Mata sengaja Raina julingkan.  Dah lali dah lagu ni di telinga aku... aku pandang Fira yang sengih sambil tergesa-gesa keluarkan Sony Ericsonnya dari poket slack. “Kejap eh,” pinta dia.

                “Hm,” ringkas Raina menjawab. Tau dah siapa yang call tu...

                “Hello bang,”

                “Assalamualaikum...” meleret suara Firas di corong telefon. Sound trouble agaknya si Fira ni. Tahap maximum dah kot volume yang dia set tu, sampai suara Abang Firas pun boleh aku dengar jelas. Eh, tapi bila Papa bercakap kat phone pun aku boleh dengar dengan jelas suara orang di talian sana tu. Tapi, Papa tak sound trouble! Ngeee...

                Fira gelak. “Waalaikumussalam. Abang kat mana tu?”

                “Fira dah habis kelas ke?”

                “Dah. Tapi ingat nak teman Fira pergi library kejap. Boleh eh?”

                “Hmm...”

                “Kenapa?”

                “Abang ingat nak bawak Fira dinner malam ni.”

                “Dinner?” asalnya perkataan itu tidaklah jelas sangat, tapi bila Fira mengulang, Raina mula terangguk sendiri. Nak-nak raut Fira pun tampak agak berubah. Bukan excited, tapi makin sugul. Hm... dia jatuh kasihan.

                “A’ah.” Firas mengiakan. “Kalau Fira dah siap, boleh abang ambik sekarang. Balik boleh rehat-rehat dulu, tak adalah semput sangat nanti.”

                Sambil berjalan ulang-alik dari sini ke sana, dari sana ke sini, Raina menjeling Fira yang mula senyap. Huh... dia hembuskan nafas. Pipinya dikembungkan. Tak tahu nak buat apa. Kesian Abang Firas, isteri kesayangan dah mula ‘diam’.

                “Sayang...”

                “Hm,” ringkas aje Fira menyahut. Suara orang mintak dipujuklah tu. Raina senyum sendiri. Teringin nak merajuk macam tu! Memang tak susah. Merajuk ajelah. Tapi bagi aku, kalau aku merajuk macam tu, alamatnya makan hati berulam sambal kerabu lah jawabnya! Merajuk memanjang bukan ada yang nak pujuk. Harapkan Abang Rifqi? Heh. Harap!

                Bahu Fira ditepuknya sekali dan Fira berpaling. Raina sengih. “Kau bercakaplah dulu. Aku tunggu kat sana.” Jari telunjuk dihalakan pada taman bunga, tak jauh dari tempat mereka sekarang.

                Fira angguk sekali. Terus Raina hayunkan kaki ke tempat yang ditunjuk. Meninggalkan Fira dan suaminya sendirian. Bagi privacy!

                Sebagai kawan baik, aku bukan baru kenal Fira satu minggu. Sudah bertahun! Sejak mula semester satu lagi aku berkawan dengan dia. Dan, bila aku kata aku berkawan dengan dia, maknanya aku juga berkawan dengan suaminya. Cuma tidaklah serapat aku dengan Fira.

                Dan, sebagai kawan baik juga, aku tahu bila Abang Firas sebut ‘dinner’ itu, ada maknanya. Sebab itu Fira berubah 900 moodnya. Selalunya, bila Abang Firas ada tugas di luar negeri, maka sebelum itu pastilah Abang Firas akan bawa Fira dinner di luar. Untuk menceriakan isteri dialah agaknya. Begitulah yang aku perasan. Dan biasanya, rumah akulah yang jadi mangsa setiap kali Abang Firas outstation tu! Tapi tak apalah, kawan siapa? Kawan aku jugak kan?

                Sudahnya dia bersandar pada dinding saja. Nak maju ke taman bunga, semua kerusi batu di situ sudah dipenuhi. Tak apalah, paling tidak pun sejuk jugak mata dok di sini. Bunga warna-warni. Dia kerling Fira, nampaknya tak habis lagi sesi memujuk. Sekali lagi dia menghembus nafas. Bilalah aku nak ada orang macam Abang Firas tu di sisi aku? Sesekali bila tengok gelagat Fira dan Abang Firas, melihat cara Abang Firas melayan Fira, hati mana yang tak cemburu. Bukan cemburukan Fira, cuma cemburu pada kebahagiaan dia. Memandang pada wajah dia pun, ada seri seorang isteri di situ.

                Pandangannya ditebarkan ke depan semula. Ternyata, apa yang tersaji di depan mata merosakkan keindahan taman bunga ini. Nash Ahmad Daniel, hero KKS tu sedang bersama dengan si Anderson di salah sebuah meja batu di situ. Barangkali dari tadi lagi mereka di situ, dia sendiri yang tak perasan. Nampak Nash sedang cuba mengumpan Pamela untuk bergurau, tapi Pamela cuma tunjuk gaya ada-aku-kisah dia tu. Dia terus menunduk membaca sesuatu di tangannya. Tapi, Nash boleh ketawa pulak! Kesian, sendiri buat lawak, sendiri yang ketawa. Jelas sangat tahap KKS dia tu.

                Tiba-tiba Nash alihkan mukanya, memandang Raina yang masih berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding tu. Dan-dan itu raut wajah dia berubah. Dari apa kepada apa, susah nak dinyatakan! Tapi nyatanya, tangan dia yang sedang cuba nak menggapai tangan Pamela tadi ditarik balik.

                “Eh, buat apa tercegat?” tayangan ala-ala pawagam di depan mata tadi terganggu tiba-tiba, bila ada yang menegurnya. Cepat Raina berpaling.

                 “Lah, Raiq!”

                Raiqal tergelak. “Terkejut kenapa? Ni mesti ada buat salah ni?”

                “Eh... tak adalah. Nak balik dah ke ni?”

                “Haah... nak join sekali?”

                Raina garu pelipis. Balik sekali tu, memanglah nak. Letih pulak nak exercise kaki hari ni. Tapi, dia harus ke library dahulu. Ada buku yang perlu dia pinjam. “Tak apalah. Ingat nak ke library kejap.”

                “Lama ke? Kalau kejap, Raiq tunggu pun okey aje.”

                Raina sengih. Inilah adik aku...! “Serius?”

                “Apanya?” Raiqal nampak pelik.

                Raina sengih lagi. Excited overboard aku ni. “Dalam setengah jam boleh?”

                “Gila sekejap!”

                Heh. Menyindir. “Aku dengan Fira sebenarnya ni, dia tengah borak dengan husband dia. Tu yang tunggu sini dulu.”

                Raiqal mengalih pandang pada Fira yang baru sudah bercakap itu sebelum mengangguk-angguk. “Tak apalah. Raiq pergi jumpa Luq dengan Aiman kejap. Dah siap nanti, Cha call ajelah.”

                Haa... elok jugak. Tak adalah nampak kejam sangat aku sebagai kakak. Raina angguk cepat. Raiqal terus berlalu. Tak jauh Raiqal pergi, Pamela yang tadinya di kerusi batu perasan akan kelibatnya. Terus dia bangun, mencapai begnya dan berlari-lari anak mengejar Raiqal.

                “Wow.” Ucap Raina sepatah. Barulah aku tahu kenapa Nash marah sangat kat aku sekarang ni. Kekasih hati berpaling tadah rupanya. Tapi... ada aura jugak si Raiq ni ya?

                Tak dapat tahan, dia tergelak, sekali gus mengundang pandangan tajam Nash buatnya. Hush... tajam kot renungan tu! “Ops,” sebelah tangannya naik menutup mulut. Sengaja. Dia tahan gelak sebelum angkat bahu lepas tangan. Sudahnya, Nash mendengus marah saja sebelum berlalu. Tak menahan Raina hamburkan tawa. Kesian...!

                “Apa yang happy sangat?” Fira yang baru sudah sesi memujuk tadi menegur pelik.

                “Tu, kes KKS!”

                “KKS?”

                “Kurang Kasih Sayang!”

                Fira ketawa. “Macam-macamlah kau ni. Dahlah, jom. Firas dah nak sampai katanya.”

                “Eh, dah cerah balik matahari kita?” Raina menyindir.

                “Mengada.”

                “Eleh.” Dalam sengih Raina mencebik. “Jomlah.” Bahu Fira dipautnya sebelum terus berjalan. Kali ni bertentang arah dengan laluan tadi.

                “Eh, nak ke mana?” Fira nampak pelik. “Bukan ke library dulu?”

                “Tak apalah... demi sahabat dunia akhirat aku ni, aku lambat ke library pun tak apalah. Karang kalau suami dia sampai, dia tak ada lagi kan merindu pulak kawan tu...”

                “Eh, mengadalah kau.” Kepala Raina ditunjal sekali.

                “Betul apa. Tu, kau tengok tu?” Raina memuncungkan mulut bila melihat sebuah Harrier putih sudah tersadai tak jauh dari mereka. Pemandunya yang segak dalam kemeja kerja dengan lengan disinsing ke lengan sudah tercegat di luarnya.

                “Eh, abang!” Fira memanggil separuh melaung sebelum dia berjalan laju mendapatkan suaminya.

                “Hello sweetheart.” Sapa Firas lembut sebelum tangannya disalami Fira. Kemudian, dia tunduk mencium dahi Fira. Raina tersenyum nipis. Selamba saja diorang ni. “Cepatnya. Kata nak pergi library dulu?” soalnya, kali ni buat Raina.

                “Tak apalah. Orang pergi sorang pun tak apa. Dengar kata ada orang nak pergi dinner malam ni. Korang baliklah, karang kalau lambat kan tak jadi pulak.” Sengih.

                “Hai, dengar macam ada orang nak join je?” Firas angkat sebelah kening.

                “Kalau ada orang nak join pun bukan dialu-alukan pun kan? Mujur ajelah.”

                “Eh, kalau nak, seluas padang UiTM ni abang dan Fira tadahkan. Balik bersiaplah, malam ni kitorang jemput.”

                Raina ketawa. Lebih kepada mengejek sebenarnya. “Sembanglah. Dah sembang tu tak payah pakai duit kan. Korang balik ajelah, karang kalau orang balik bersiap sungguh, naya korang jugak. Tak boleh nak beromantika.”

                Firas ketawa akhirnya. “Understanding eh Cha.”

                “Well...” Raina tunjuk gaya yang selalu diguna artis, ‘no comment’.

                “Dahlah bang, layan si Cha ni, sampai ke malam pun tak sudah.”

                Firas mengiakan saja bila sudah ditolak isterinya masuk ke dalam kereta. Kemudian, Fira bersalam tangan dengan Raina pula sebelum dia ikut menghilang ke dalam Harrier suaminya itu.

                Sebelum start enjin, sempat Firas jatuhkan cermin keretanya sebelum mengukir senyum. “Bye.”

                Raina julingkan mata. Tegur isteri dia tadi bukan main. “Assalamualaikum!” balas Raina selamba.

                Mereka serentak tergelak sebelum menjawab salam. Sebaik saja Harrier putih itu hilang dari mata, Raina senyum lagi sebelum kepala dia gelengkan sekali. Bahagianya bila disayangi...!
 
==>peace. jangan lupa komen. =)

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: