Aku Mahu Hanya Kamu 16

by 5:55 AM 2 komen
Tiga bulan berlalu.  

Nasi di pinggan dikuis-kuis. Aksi sama sejak tiga bulan lalu. Tiada perubahan. Tiga beranak yang turut berada di meja makan itu membalas pandangan. Puan Norish, Farhan dan Noriez. Dan Solehah tidak langsung mempedulikan. Asyik dengan dunia baru ciptaannya.

“Solehah...”

Dia tidak membalas. Mata terkebil-kebil merenung siling, bagai nak tembus. 

“Kak O-leh,” Noriez memetik jari tepat di depan muka mengejutkannya.

“Ya?” soalnya pelik.

“Umi panggil.” Mulut Noriez dimuncungkan menunjukkan Puan Norish yang sedang merenungnya.

“Kenapa Mi?” wajah Puan Norish dipandang pula. Pelik. Semua yang ada pakat buat muka pelik dengan mata cuma fokus pada wajahnya. Tu yang pelik.

“Kenapa tak makan nasi tu? Nasi tak sampai ½ pinggan pun Umi tengok Oyiez bagi O-leh tadi, takkan tak habis jugak?”

 Solehah mengukir senyum, “kenyang la Mi, nanti O-leh habiskan.” Ujarnya sambil sedaya mungkin menyuap nasi ke mulut. Belum sempat suapan kedua mencecah mulut, pinggan nasi ditarik insan sebelah Noriez. 

Solehah mendongak. “Apa ni Paan... tak senonoh la, orang tengah makan kan...” 

“Habis tu awak tu sopan sangat la gayanya makan macam tu? Kalau tak nak straight je senang, membantutkan selera kitorang je.” Farhan menjuih.

“Orang makan habis ayu mengalahkan Nurul pun tak sopan apanya...” pinggan nasi ditarik lagi namun Farhan lebih cepat bertindak dengan pass pinggan tersebut kepada Noriez. “pergi letak dalam sink.”

Husy! Perut terasa berkoncong tiba-tiba, lalu dicapainya laju pinggan di tangan Noriez sebelum sempat Noriez bangun dari kerusi. Noriez tersengih mengangkat bahu memandang Farhan.

Farhan menjuih lagi, “tau pun lapar.”

“O-leh ada masalah ke?” Puan Norish mencelah bila tengok Farhan yang langsung tak ada gaya nak menyiasat. “Kalau O-leh ada problem, cuba cerita. Mana tau kitorang boleh tolong.”

Solehah mengeluh lemah sebelum kepalanya digeleng perlahan, “nothing la Mi. O-leh biasa je, assignment banyak sangat. Kusut jadi fikiran.”

Assignment sampai 2-3 bulan tak siap? Cuba terus-terang... mana tau kitorang boleh tolong.” Tak puas fikir, dah tiga bulan Solehah lain-macam. Agak diam. Lepas kuliah, kalau kerja rumah, kerja dapur dan segala tanggungjawab dah settle, kerjanya yang tinggal cuma berkepit dengan teddy bear barunya sajalah, dah tak banyak cakap macam dulu. Kalau bercakap pun, tegur yang mana patut, tak nak tuan rumah kecil hati. Masing-masing blur, kenapa? Cuma yang pasti, mesti kes anak sedaranya!

“Tak de pape la Mi. O-leh okey je.”

“Biar la Mi... orang tak nak share dengan kita. Dah kira baik dapat abang macam ni, caring.”

Solehah senyum dengan mata berkelip sekali. “Nothing.”

Lagi sekali Farhan mendengus, “kalau dapat abang yang anak tunggal macam Amir tu...” dia mencuri tengok wajah Solehah. Berubah! Tapi tetap diam.

“Oyiez tengok sekarang Abang Amir dah jarang la datang Mi...” Noriez cuba memancing.

Dan umpan mengena! “Biar la dia Yiez, dah orang tak nak datang, buat apa kita terhegeh-hegeh? Mencemar duli.”

Farhan dan Noriez dah bertepuk tangan, Puan Norish tersenyum puas. Akhirnya. “Kamu berdua ada masalah ek? Bergaduh?”

Aduh... Solehah menggaru kening. Kenapa la sporting semacam je Umi ni... dia menunduk. Malas nak jawab.

“Bila last O-leh jumpa dia?”

“Tiga bulan lepas...” Solehah menjawab jujur. Lepas insiden terlepas laku...

Then korang gaduh?” Farhan pula menyoal.

Geleng. Gaduh dalam senyap, aku yang salah...

“Amir tengking O-leh?” Farhan terus mengasak. Bukan boleh pakai sangat si Amir ni, dah tak terkira kaum hawa kena tengking dengan dia. Rimas katanya.

Geleng lagi. Mereka menghembus nafas. “Tak pe la, Amir busy la tu.” Akhirnya Puan Norish memujuk. Pujuk? Why must pujuk? Am I sulking? “Kan Pak Cik Zani sekarang kat Hong Kong, mesti banyak tugas yang Amir kena buat.” 

Yeah right. Solehah angkat muka. “Kenapa cakap pasal dia? O-leh okey la Mi... kitorang mana ada masalah. O-leh serabut sikit dengan assignment.”

Farhan mencebik, Noriez menjuih, “lagi mau bagi alasan...”

“Ye la... kita tukar topik,” ujar Puan Norish cuba mengalah. “So, family macam mana sekarang? Sihat?”

Solehah buat muka, “ni lagi satu... orang baru chatting dengan Angah semalam. And know what? Dia cakap, dia dah bertunang.”

Tiga beranak di depan mata dah buat muka innocent. “Ye la... karang kalau cakap pun bukannya boleh balik. Masa tu musim exam.”

Solehah mencebik kecil dengan mata sengaja dijulingkan. “At least inform la, adik ni.”

“Rasulullah sendiri cakap pertunangan tu better tak perlu dihebahkan, kan?” farhan jongket kening.

“Excuse me?” Solehah menyandar dengan mata turut diangkat. “I’m her sister. Tak perlu dihebahkan jugak ke?”

“Alah...” Farhan mula keluarkan nada suara yang ala-ala nak mengalah. “Tu pun nak jadi isu. Bertunang tu adat je la, bukannya hukum wajib. Nanti dia nikah betul-betul sure O-leh tak ketinggalan punya...”

Solehah mencebik lagi. Ia-ia je dia nak membela angah. Baru saja habis ayat pembelaan Farhan tadi, Sony Ericson miliknya berbunyi nyaring.

Farhan dah tersenyum sendiri menjawab telefon. Mata dikenyit sebelah memandang kepada Noriez dan Umi. “Hello... hm, abang tengah dinner...” terangkat kening Solehah mendengarnya. “... lambat sikit malam ni...” tangan menguis nasi di pinggan dan mata merenung dinding bagai nak tembus. Tiru gaya Solehah. “...ada ni... okey, nanti malam ni abang call lagi ek? Tak manis masa makan. Waalaikumussalam...”

“Orang tak tau pun Paan ada adik lain?” Solehah menyoal tiba-tiba.

Farhan sengih, “rasa-rasa?”

Serious la paan...”

“O-leh rasa kan...” ayat Farhan terjeda. Kasi gimmick sikit... “macam mana kalau Paan kahwin?”

Mata Solehah mengecil bagai mencari kesimpulan. Tiba-tiba mata terbeliak, “Paan... jangan cakap...”

Farhan dah mengangguk. Solehah mendengus. “ni ambil style Angah la ni... nak bertunang bukan reti cakap.”

“Nak cakap macam mana Kak O-leh... kalau muka pun cemberut macam orang mati suami. Twenty four/seven...”

Solehah cuma sengih tanpa niat nak komen. “orang mana?” soalnya khusus pada Farhan.

Lah! Farhan angat muka dari pinggan nasi ke muka Solehah. Blurnya minah ni! Tak catch up lagi rupanya. “Orang kelantan jugaklah.” Jawabnya.

Oh... Solehah mengangguk. “Patut la hari tu Umi dengan ayah ikut sekali bila Paan ada game lawan Kelantan. Ingat nak bagi sokongan moral ke apa...”

“Tak sabar la nak dapat kakak ipar kan Kak O-leh...” Solehah mengangguk-angguk dengan kata-kata noriez. Teruja.

“Oyiez je yang dapat kakak ipar nanti...” ayat Farhan tergantung. Farhan buat selamba gajah bila Solehah mula tersenyum tawar. Sedar diri. Diri Cuma menumpang. “...O-leh dapat abang ipar.” Sambung Farhan di akhir ayat.

Tau la! Angah pun nak kahwin... ingat Paan sorang je ke? “So, who’s your bride?

Huh. Farhan mendengus perlahan. Lembs betullah. “Lufya Salina.”

Dari berwajah sugul Solehah berubah kepada riak tak percaya. Wajah beria Farhan direnung lagi, nak dapatkan kepastian. Sengih Farhan yang berbunga di bibir meyakinkan lagi dia. “Biar betul? Angah dengan Paan?” soal dia akhirnya.

Look who’s speaking la...”

Wajah Solehah kembali ceria. “Macam mana Paan kenal?”

“A’alah... kisah cinta orang, sibuk nak tau...”

“Cakap la abang...” Noriez pasang muka cute.

Farhan tersengih mengada sebelum mengalah. “Met by chance. Simple but lovely.”

“Ew... takkan secara tak sengaja macam tu je Angah boleh suka? Ingat Angah tu main tangkap muat ke apa...”

“Paan terserempak dengan Piya kat kafe HRPZ... then Paan ajak la dia join. Masa tu game tengah tak de, Paan sorang-sorang. And maybe dia tengah tak de kes kot, dia join la.”

“Dah tau sorang-sorang, buat apa pergi sana? Takkan kawan sakit sampai ke HRPZ kena masuk?” Solehah terus mengasak.

“Cari jodoh.” Sengih lagi. “Paan sengaja lepak kat situ, time rehat. Tunggu Piya.”

“Walamak... so romantic la abang. Kan Oyiez dah cakap dulu, lautan api sanggup ku redah. Then?”

“Mmm... after that, Paan rajin-rajin la lawat rumah O-leh. Kononnya nak bagi tau khabar O-leh la... and finally, abah bagi greenlight. Apa lagi... maka bersatulah dua hati.”

The end.” Puan Norish mencelah tepat pada masanya. “Dah dua jam kita kat dapur. Sudah-sudah la...” 
======================= 
 “Dok kat dapur tak baik menyanyi, nanti kahwin dengan otai.” Farhan bagi isyarat mata agar Solehah beralih sedikit. Solehah menurut dan Farhan terus mencuci tangan. Solehah yang tadinya menyanyi-nyanyi kecil di sinki sebelah terdiam tiba-tiba. 

“Leh?” Farhan berkerut kening. “Paan tersalah cakap ke?”

Solehah senyum menggeleng. “Nothing. Just orang teringat kat Along... macam Along punya nasihat.”

“Nanti la cuti semester ni kita balik sekali. Paan pun tak sabar, barang hantaran pun tak beli lagi.”

Solehah cuma mengangguk-angguk. Sebenarnya dalam kepala terfikirkan benda lain. Sekilas wajah Puan Norish ditenung dari jauh. “U...mi.”

Puan Norish menoleh. Buat muka pelik bila panggilan dah lain macam bunyinya.“Yes?”

“Umi kalau serabut ke... apa ke... umi straight je la dengan O-leh ek. Nanti O-leh boleh je balik rumah dulu.”

Tiga beranak menoleh serentak. “kenapa ni O-leh? Lain macam je... ke O-leh yang serabut dengan kitorang ni?”

Bibir mengukir senyuman ikhlas. “tak de la Mi... just O-leh rasa tak sedap la kalau anything yang Umi ke Ayah ke planning nak buat tergendala sebab O-leh.”

Means?” Noriez menyoal lagi.

Hmm... “Senang cerita la. Kalau O-leh pun, O-leh rimas bila orang luar stay kat rumah lama-lama. Tak de privacy.Straight to the point. Bukan macam tu ke? Aku bukannya mesra nak adapt dengan semua orang. Memang adat la kita nak rumah yang tak de gangguan orang luar.

So... agak-agak, nanti wedding abang... masa tu kan SPM dah lepas, Oyiez ingat nak stay kat kampung Kak O-leh. Sekali dengan Kak O-leh. Tapi kena cancel la gayanya. Kak O-leh kan tak suka ada orang luar...”

“Eh!” cepat-cepat Solehah membetulkan. “mana ada... memang akak tak suka orang luar. Tapi kita kan family jugak, Kak O-leh on je. Lagi ramai, lagi tok mek suka.”

See?” Farhan menyamakan maksud kata-kata Noriez. “kalau kitorang bukan orang luar, then  the same goes to you. O-leh pun family ni jugak kan... tak de hal la.”

Solehah tersenyum senang. Korang memang baik. Tapi misi aku lain! “u... mi.” Sekali lagi dia memanggil.

“Hmm?” berlapis dahi insan bertiga melihatnya. “come clean okey? Umi tak pandai la berkias-kias macam ni.”

Actually... O-leh ingat nak stay kat rumah dulu la.”

Puan Norish berubah riak. Kecil hati barangkali. Noriez ikut tarik muka. “So betul la kan Kak O-leh rimas dengan kitorang...”

“Tak.” cepat-cepat Solehah memintas. “Just... O-leh ingat nak stay sana dengan budak berdua tu. Nuyu dengan Auni. O-leh rindu kat diorang la.”

“Berjumpa tiap-tiap hari pun boleh rindu lagi? Habis kitorang ni Kak O-leh takkan rindu la?” nada Noriez bagai orang berjauh hati.

Not that... Mi... Oyiez...” Puan Norish sambung mengelap meja. Tidak menghiraukan panggilannya. “Paan...” Solehah cuba minta simpati Farhan pula. “Orang takde niat pun nak lupa diri.”

Then why? Paan tak reti la nak back up orang. Pujuk-pujuk segala. Kalau O-leh rasa serabut sangat dengan kitorang, pergi je la. Paan tak nak halang. Kalau kat luar boleh bebas sikit kan?” 

Lebih kepada prihatin sebenarnya kata-kata Farhan tu. Lufya dah banyak kali pesan suruh tengok-tengokkan anak bongsu abah tu. Kadang-kadang bukan boleh kawal. Nak-nak dengan Amir yang macam tu... kaku macam mana pun mamat tu kalau jumpa dengan orang yang betul-betul dia sayang, unexpected. Kawan baik sejak kecil, aku kenal sangat.

“Umi tau umi tak de hak nak halang O-leh. O-leh pun menyewa kan? Tapi cuba bagi sebab kenapa O-leh nak stay sana? Suddenly?”  Solehah menumpang di sini bukannya sebulan dua, tapi dekat dua tahun. Umi dah anggap macam anak sendiri. Siapa yang sanggup berpisah dengan anak?

“O-leh...” teragak-agak Solehah bersuara.

And jangan cakap sebab rindu diorang. Geli la. Paan tak kenal dengan O-leh yang jadikan that thing as an excuse. Nonsense.”

Solehah mengeluh. “Sebenarnya... O-leh nak baiki hubungan kitorang.”

Why? Kak O-leh gaduh dengan Kak Oni ke?” 

Biasanya Kak Auni la kalau Kak O-leh ada masalah pun. Tu pun just bergaduh sayang... tapi takkan sampai nak pindah?

“Takde la,” Solehah menggeleng. “Kitorang okey je. Cuma sometimes, O-leh rasa jauh dengan diorang. O-leh rasa terpinggir bila tengok diorang rapat. Rasa macam selfish bila diorang kena stay kat situ, tapi O-leh senang-senang stay kat sini. Maybe diorang terasa ke... mana O-leh tau.”

“Diorang ada cakap macam tu ke? Tak ada kan? Diorang mesti faham. Takkan semua orang nak angkut stay kat sini, botak la kepala ayah. O-leh je kot yang sensitif.”

Solehah memandang Farhan. “Memang diorang tak cakap. Tapi sebelum friendship kitorang makin teruk, orang nak pulihkan. Orang sayangkan friendship kitorang... diorang kawan perempuan first yang orang ada selain yang kat sekolah rendah tu. Kat sekolah dulu, orang just kawan dengan Acap je. Teringin sangat nak ada kawan perempuan, nak share something yang tak boleh share dengan orang lelaki. And now, when I have them, orang tak nak hilang diorang.” 

Kepalanya dipusing memandang Puan Norish, “please? Nanti O-leh janji O-leh takkan buat bukan-bukan kat luar tu.”

Akhirnya Puan Norish mengangguk. “Tapi... not now okey?”

Kening mereka bercantum. “Then?”

“Semester depan. Semester ni kan dah nak habis, nanti lepas Paan kahwin, umi okey sikit. Angah boleh tengok-tengokkan o-leh kat sini. Umi tak larat nak ke hulu ke hilir. Ibu dengan abah o-leh dah amanahkan O-leh kat umi, so O-leh kena ikut je la.” umi guna kuasa veto.

Wajah Solehah kembali ceria. “Thanks Mi...” badan Puan Norish dipeluk tanpa sedar Noriez yang masih tak menarik senyum. “O-leh janji takkan lupakan rumah ni.”

==>peace~! ^v^

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: