COMMON SENSE TU BIAR ADA, even sikit.

by 1:46 AM 16 komen


Talking about me ( yeah, having a blog means having a space called medan kepoyoan), kalau tengah lepak dengan ex-schoolmate, kalau boleh seboleh mungkin nak elak dari bercerita pasal USIM.

Atau siatuasi lain, lepak dengan roommate dalam bilik, then tetiba nak bukak cerita pasal kos aku – baik dari part hectic life, atau advantages of accounting students, atau apa yang bestnya blabla….

CERITA 1:

Pernah tak kau alami situasi lepak kedai makan malam-malam dengan para roommates yang terdiri daripada kawan satu kos dan juga lain kos, kekonon nak release tension sebab makanan kat kolej kau macam apa je… then kawan kau budak sains mengeluh,
“Haaa, lab report belum siap lagi.”
Then kawan kau budak akaun balas, “Heh, yang kita ni journal kot, macam mana?”
Tak rasa sounds annoying kah kalau kau di situ hanya sebagai pendengar?

CERITA 2:

Aku pernah bercerita dengan seorang kawan—
Dia dari kos lain.

“Takutlah.” - Aku
“Kenapa Mi?” - Dia
“Memang nak cepat-cepat habis sem ni, nak cepat-cepat habis degree. Tapi takut nak face second year.” - Aku

Dia yang elok tadi main handphone, tengok aku, kemudian senyum segaris. Aku anggap mungkin dia mengiakan. Then aku sambung…

“Tadi meeting dengan budak kelas pasal GISO. Tetiba Idham cakap, kalau boleh semua benda pasal GISO ni, kalau boleh settle sem ni, settle terus.  Sebab aku ada sembang dengan senior pasal benda ni… haish, entah ah. Macam ni ah aku cakap, kalau second year korang tak menitik air mata, korang hebat. Tu je aku cakap.

Nota kaki, GISO tu satu program wajib untuk budak USIM. Choices are, LA (Lawatan Antarabangsa), GISO and Matching Grand. Nak buat semua benda tu memang pecah kepala, tapi bestnya semua tu pun pasal oberseas yaw. So pecah tak pecah kepala, semua pun kena rajin. Terpaksa rela. Sape tak nak gi oberseas? Kahkah. Motip aku yang nak kena takut lelebih? Sebab aku S/U bagi benda ni. Motip kalau S/U tu kena overboard lah takutnya eh? Tak pun. Tapi masa memula nak pilih S/U hari tu, Idham pesan awal-awal, S/U bahagian GISO ni kena hardcore betul eh. Takleh main-main.

I was like… okey --“

Habis bercerita tentang meeting, guess what kawan aku tadi balas?

“Tulah. Tapi kan Mi, kalau korang sendiri macam tu, kitorang budak Sains ni lagilah.”

Then I was like… heeerghh *senyum*

Kawan sekalian, being a student, masing-masing tahu apa do’s and don’t’s when talking to kawan lain aliran.

Never—
And ever—
Make comparations of your course and theirs.

Bukan nak sembang sakit hati… Tak. Masa tu aku cuma mungkin tersentap, tapi bukan sebab sakit hati.
Mungkin sebab, aku terpikir, sama kawan-kawan lain, pernahkah aku behave this way?
Astaghfirullah.
Mintak simpang.

CERITA 3:

Reunion dengan kawan sekolah, time makan, sibuk bercerita tentang university masing-masing. Kos masing-masing. Memang bagus, bertukar pengalaman, tapi bagi aku, kebanyakannya lebih kepada ‘I’ve got the A’s’ je. Masing-masing pun nak ceritakan bahagian bagusnya-universiti-aku-ni.

Aku pernah kena potong cakap, tiga kali berturut-turut, sebab bercakap dengan orang yang sibuk nak kempen life dia.

Jadi daripada masing-masing kecik hati, masing-masing annoyed, better elak je lah.

Tak worth nak sakit hati kecik hati dengan kawan sebab show-off. Kahkah.


Walaupun aku cakap aku try elak dari sembang pasal USIM, pasal Accounting, pasal degree life dengan orang luar—

Tapi ni ada cerita.

Masa aku jadi lone ranger pergi UIA sem lepas, sempat sembang dengan budak UKM dalam KTM.

“Study mana?” Ajet-ajet peramah sangat masa tu. Haha.
“UKM.”
Dalam hati, wuuu. UKM tuu.
“Hampa?”
“USIM.”
“Wah, USIM!”
Err… “Kenapa?” Aku tanya sebelum gelak.
“Tak adalah, USIM tu, hebat kot.”
Okey. Gelak lagi. “Saya dengar UKM tu yang kagum. RU kot!” Jujur jelah memuji bila dia kata USIM hebat.
“Eh, pulak. Hampa tau tak, orang kampung kami, kalau dengar ada budak kampung masuk USIM ke, UIA ke, memang kagum. Sebab bukan senang nak masuk situ kan.”
Hm, no comment.
Sembang lagi…
“Kos apa kat UKM?” Aku Tanya.
“Ekonomi. Hampa?”
“Akaun.”
“Seriously, akaun?” Dia tunjuk muka kagum lagi.
“Okey, ni kenapa pulak? Awak tahu tak, kat USIM, kalau tanya rata-rata budak akaun, dorang sebenarnya harapkan ekonomi.”
“Lah, rugi hampa semua ni. Kalau hampa datang UKM, tanya budak yang ambik ekonomi ni, hampa dengarlah. Sebenarnya dorang nak akaun. Kami kalau dengar budak akaun tu, wuuu. Hebat.”

Dengar tu kawan-kawan?

Aku sejak dulu, hidup dalam lingkungan masing-masing mengeluh dengan apa yang mereka dapat.

Kalau dulu, sikit-sikit… “Hailah MPI.”
Ustazah sendiri kalau ada yang tak kena, akan ulang ayat, “MPI kan…”

Sekarang kat USIM, budak-budak kadang dengan bangga sebut, “USIM.” Dengan tangan ke bahu mata ke langit.
Okey mengaku, kadang aku sendiri praktik that habit. Bila ada tak puas hati dengan sesuatu hal.

Tapi bila tahap,
“kalau adik aku nak isi UPU, aku tak bagi dorang isi USIM.”
Masa taaruf… “Kalau ustaz tanya asbab fi ikhtiar USIM (sebab pilih USIM), aku nak cakap aku tak pernah pun pilih USIM.”
“Aku menyesal pilih USIM.”
Masa tu aku rasa, eh, cuba flashback balik musim genting tunggu result UPU dulu? Masa tu bukan mainlah ayat, tolonglah masukkan aku dalam mana-mana U pun. Tolonglah jangan reject aku. Tolonglah~~
Heh.
Kalau awak rasa menyesal pilih USIM, ask yourself, worth ke USIM pilih awak, dari puluhan ribu yang isi UPU tu?
Kadang aku sendiri tak paham apa benda yang teruk sangat sampai tahap M.E.N.Y.E.S.A.L?
Kadang aku rasa, mereka-mereka yang kekonon menyesal ni, just follow the trend.
Trend mengkritik apa yang dalam genggaman sendiri. Sounds cool, sangat -,-

LESSON I’VE LEARNT,
Love what you get.
Work hard to be the best, don’t just sit and critic.

Kawan kat luar ada yang tak dapat sambung belajar pun, awak, dah dapat, nak demand pada benda tak patut.

Oh ye, sembang tentang kawan yang tak sambung belajar, mohon sangat jangan nak bercakap ala educated sangat dengan mereka.

Kadang yang tak further study tu, lebih pandai dari kau pun.
Vocab dorang lagi best,
Grammar dorang lagi tersusun,
Ilmu dorang dapat lagi mantap.
Kadang pun, kalau memang dorang kurang dari segi pelajaran, dorang lagi matang.
Tapi atas sebab rezeki orang lain-lain.
Atau bahasa mudahnya, takdir.

Aku rasa sangat letih bila tengok orang yang belajar tinggi-tinggi, kemudian jumpa kawan lama yang tarafnya berada di bawah sikit saja kalau tengok pada knowledge tu, dahhh mula dah nak sembang kencang dengan segala vocab keluar.

Letih.
Dan kadang rasa malu kalau aku jadi dia.
Motip?

Admit it kekadang tu tabiat, style masing-masing bila bercakap, ada yang memang jenis bercakap ala LONDON (read as: lon-don). Tak leh nak marah sangatlah.

Okey dah takat tu je. Tetiba rasa letih nak menaip panjang-panjang. Heh. Babai.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

16 comments: