Aku Mahu Hanya Kamu 2 [edited]

by 9:46 AM 3 komen
Bab 2
“Bu, buat air batu kosong...” pinta abah sambil melabuhkan pungung di sisi isterinya di ruang tengah rumah. Solehah dan Firdaus yang berlunjur kaki menonton Spongebob Squarepants menoleh. Kemudian, pandangan ditala semula ke depan. 

            “Tak nak air panas bah?” Ibu menoleh seketika. Tangan masih mengurut-ngurut pangkal leher yang terasa agak lenguh.

             “Tak payah la... panas sangat ni. Bawak air batu kosong je... ibu kan baik. Isteri mithali.”

            “Hm, ya lah.” Ibu bangun dari sofanya menuju ke dapur. Abah ketawa kecil melihat aksi malas isterinya sebelum pandangan ditala pula ke wajah anak bongsunya di atas lantai beralaskan permaidani biru laut itu. “O-leh, pijak belakang abah kejap.”

            Solehah mengeluh kecil. “Abah ni... kan orang yang urut hari tu dah cakap tak baik suruh orang pijak-pijak belakang. Nanti patah tulang tu baru tau...”

            “Tak nak tak payah,” abah dah buat aksi merajuk. Mata dipejam rapat. Kepala disandar ke kusyen sofa. Empuknya... nikmatnya... “yang abah letih badan baru balik kerja siapa nak ingat? Abah suruh ibu buat air... buatlah ibu.” Bebelnya dalam mata tertutup.  “Ada anak dua-tiga orang tapi mana ada sorang pun yang offer diri nak buatkan.”

Solehah menjeling sekilas, lalu kepala tergeleng-geleng. Abah ni kalau dah start nak merajuk tu la...  lalu lambat-lambat Solehah bangun menuju ke bilik.

 “Takde kata ada anak dara boleh anak dara tolong...” suara abah masih sayup-sayup membebel bila kakinya melangkah keluar semula dari bilik.

Merajuk manja la abah ni... mentang-mentanglah ibu kat tepi. Air batu kat depan mata pun tak disentuh lagi... ish.  “Nah,”

Abah membuka mata. Wah!! Bibir mengukir sengih memandang anak bongsunya bila melihat bantal empuk yang dihulur. “O-leh memang understanding la...” terus dia meniarap membiarkan Solehah memijak-mijak perlahan belakang tubuhnya. 

“O-leh!” Lufya muncul di muka pintu bilik mengundang perhatian yang lain-lain. Tapi tak dihiraukan, fokusnya kini hanya pada gadis itu. “Kawan Angah cakap result UPU dah keluar?” soalnya sambil melangkah join mereka.

“Soalan berlapik,” gumam Solehah malas. “UM....” jawabnya lagi.

“UM?” Abah bergerak-gerak, tanda nak membetulkan duduknya. Solehah yang memahami lantas menurunkan kaki dari tubuhnya lalu duduk di sisi Lufya bersandarkan dinding. Abah pula menyandarkan tubuhnya pada sofa. Ibu di atas sofa memicit-micit perlahan kepala suaminya.

“UM kat PJ?” Solehah mengangguk sedikit, agak tertanya-tanya dengan aksi abahnya tadi. “PJ... ingat kan? Abah pernah cakap family Abah ada rumah kat sana?”

Masing-masing berpandangan. “ya...?” panjang nada Solehah menarik. Macam ada plan je abah nih? Pandangannya bertemu seketika dengan mata Firdaus yang mula buat muka suspicious. Oh, okey! Bukan aku sorang yang fikir bukan-bukan. The same goes to along...

“Since abah ni dah sebatang kara, rumah tu automatically jadi milik abah la kan? Then why not O-leh stay sana je? Tak payah membazir nak stay kat hostel segala...”

“Hisy! Nonsense la abah ni... mana O-leh berani tinggal sorang-sorang kat sana. Dahlah tak kenal tempat, alih-alih kena sorang-sorang pulak. Tak nak lah.”

“Lah... siapa cakap kena tinggal sorang-sorang?” Abah menyoal semula.

“Oh... ibu paham.” Ibu mengangguk. “Kira Along je la ikut O-leh stay sana. Boleh along tengok-tengokkan O-leh.”

 Along?? Oh tidak! Why along?

“Kenapa pulak Along? Tetiba je Along terlibat ni...” Firdaus buat muka tak senang.

“Aih? Along lupa apa Along cakap dulu? Along masuk kandang besi tu sebab pengaruh kawan kan? So apa salah kali ni Along buktikan yang along boleh jadi ‘baik’ tanpa kawan.” Suara Lufya mencabar.

Firdaus menjeling sekilas. “Habis Along tak cukup baik la ni kira?”

Lufya angkat bahu. “Persoalannya sekarang nak dapat title ‘baik’ tu layak ke tak dulu, baru kita kira cukup ke tak.” Lufya sengih.

“Kat Kelantan ni pun banyak je tempat along boleh duduk. Tak payah sampai kena berhijrah ke luar...”

 “Along,” suara abah mula masuk ton serius. “Macam mana nak mula hidup baru kalau bayang-bayang lama still menghantui? Apa salah along ikut O-leh pergi sana? Cuba cari rezeki kat sana?”

“Susah la... bukan abah tak tau macam mana perangai Along. Kerja tak pernah tetap. Nanti tak pasal-pasal along kena pecat lagi, abah sanggup ke tanggung along dengan O-leh kat sana? Duduk goyang kaki makan minum, sekadar cukupkan syarat nak hidup. Lagi baik along cari kerja kat sini je... tak pun kat kampung tu. Stay dengan tok mek. Banyak je kawan-kawan along kat sana...”

Solehah senyum hambar. Berderet-deret alasan yang along kemukakan... jelas menunjukkan yang along TAK NAK.

“Oh, kerja dengan kawan? Biar senang dapat anak buah balik? Biar orang semua tunduk?” ujar ibu mula tunjukkan taring.

“Tak ada lah... cuma kat kampung tu senang sikit. Dorang pun okey je dengan along.”

“Macam ibu tak tau, yang kat kampung tu bukan rapat pun kan? Tapi sebab dia orang takutkan along. Along bangga la ada orang takut sampai macam tu?”

Firdaus diam sedang mulut masih mendecit. Geram dengan ibu. Takut dengan respect pun tak boleh nak beza. Budak-budak tu respect along, bukan takutkan along. Walaupun dia sendiri pun tak tahu atas dasar apa yang budak-budak tu nak respect sangat dekat dia ni...

“Dah, dah. Macam ni senang, Along pergi jugak PJ. Tapi Along tak payah kerja dengan orang lain. Along bukak bengkel dekat dengan rumah tu. Bukak kecik-kecik dulu. Along expert dalam bidang ni kan? Then guna apa yang along dapat dalam Giat Mara dulu. Jadi tak payah takutkan bos ke apa. Nanti abah try uruskan.”

Firdaus diam tak menjawab. Lambat-lambat dia mengeluh. “Ikut sukalah.”

Ikut la ikut. Mentang la dengar nama ‘motosikal’ tu terus dia okey. Huh. Kenapa Along... aku nak bergurau one per day pun susah dengan along. Ni kena pulak tinggal berasingan dengan family.  Solehah mengeluh. Entah kenapa dia dengan Along kurang mesra. Sekadar bercakap yang mana patut. Kalau Along dengan Angah... okey je. Rapat. Padahal, aku dengan diorang adik beradik kandung je takde angkat-angkat. Tapi okey la kot, demi kebaikan Along. Along nak berubah tu. Mula hidup baru. Tibatiba dia ketawa kecil membuatkan abah dan ibu berpandangan. Juga Lufya dan Firdaus.

“Kenapa ni?”

“Takde la.” Dia menggeleng. “Cuma... rumah peninggalan. Macam seram je bunyinya.”

“Hesy,” Abah cepat menafi. “Mengarutlah. Abah selalu jenguk situ kalau ada kerja luar. Jiran-jiran pun abah dah pesan suruh jaga. No hal la.”

“Erm...” Solehah mengangguk kecil. Lantas fikiran mencerna sesuatu. “Tapi nanti kat sana O-leh nak stay kat kampus dia ek abah satu dua semester. Nak try la... tak pernah ada pengalaman duduk asrama.”

Abah sekadar mengangguk. Wajah Solehah dipandang sesekali membuatkan si anak tu tak selesa. Akhirnya dia menghela nafas panjang.  “Yang O-leh ni Abah tengok rupa takde gaya orang nak masuk U kenapa?”

“A’ah.” Lufya pula menyokong.  “Mulut tu kalau dijerut boleh dijual. Dua seringgit.”

Solehah mengeluh. “Orang takut la ngah... nanti takde kawan.”

“Lorr... ke situ pulak. Nak dapatkan ijazah tu, lima tahun masanya. Takkan tempoh tu tak cukup nak cari kawan?” Ibu pula membebel.

“Entah, tapi takut la. Roommate nanti mesti perempuan.” Gumamya perlahan. “Acap cakap perempuan ni hati pink.

Habis sahaja ayat tu, pap! Kusyen sofa dah melekat di wajahnya. Lufya tunjuk muka garang. “Amboi... sesedap rasa je dia. Habis awak tu bukan perempuan. Apasal? Dah tak mengaku gender?”

Solehah tergaru-garu kepala. “Ye la... I mean, majoriti perempuan macam tu. Kat sekolah dulu lain la... Acap ada.”

“Dah, dah.” Suara abah menghentikan perbalahan kecil itu. “Ni,” tangannya mencapai paper bag di atas meja kopi di hadapannya.

“Apa ni bah?” soal Solehah teruja bila paper bag itu disua padanya.

“O-leh cakap O-leh teringin sangat MP4 dengan camera kan? Senang cerita, Abah combine sekali. Tak membazir...” lalu kotak Nokia E71 ditayang depan muka Solehah. Lufya sabar menanti, dan Firdaus mula bangun dari baringnya. Masing-masing bersila menghadap Solehah. Menanti empunya badan merasmikan.

Solehah terbeliak tak terkelip. Wah!! Lantas dicapai kotak di tangan abah. “Love you abah!!” jeritnya riang bila handphone Nokia E71 selamat di tangan. “Ya Allah Abah... terharunya O-leh... Abah, senyum sikit bah.” Lantas ditekan punat ‘capture’. “Pergh... mengalahkan cybershot la bah... Abah memang understanding kan bah? Sayang Abah...” hampir saja dipeluk tubuh abah, tapi cepat-cepat abah berdiri.

“Suka la tu. Mentang-mentang la dapat hadiah... dah, abah tak nak peluk-peluk. Busuk. Abah nak kontrak pijak belakang je tiap-tiap hujung minggu sebelum O-leh masuk U. Deal? Okey. Abah setuju. Bye, abah nak masuk mandi.”

Solehah melopong. Tu kira bayaran? Memang la abah ni nak suruh reput tulang belakang. “Ops,” abah muncul di sebalik langsir. “Tiga ratus.” Dia sengih.

Lagi luas nganga Solehah, kali ni mengundang tawa Firdaus dan Lufya. “Macam ni baru adil bah...”

Tiga ratus? Mak aih! Kerja pun tak Nyah! “La... cakap present? Hadiah SPM?”

“Abah beli kat kedai mahal tau. Kira untung la kena bayar tiga ratus. The rest tu baru hadiah... okey?” tanpa sempat menjawab, abahnya sudah hilang di sebalik langsir. Ibu turut hilang ke dapur.

“Hm... hm...” Solehah mengangguk-angguk. Faham niat abahnya. Memang tu je biasanya... tak pernah bagi free-free. Belum sempat digeledah habis isi telefon barunya, lagu Season In The Sun nyanyian Westlife membingit. Solehah tersenyum lagi... abah set lagu kesukaan Ibu. Memang sweet parents aku. Tapi senyum di bibir mati melihat nama tertera di skrin lebarnya.

“Hello!” jawabnya kasar.

“Hello! Leh! Weh! Dengar kata kau dapat UM ek? Amacam?”

Sakit hatinya mendengar suara ceria Asyraf di hujung talian. “Ha suka la kau kan? Lepas ni dah tak payah serabut dengan aku dah... eleh, aman la hidup kau lepas ni... What?!” dia terjerit keil melarikan fokus Lufya dan Firdaus dari kaca tv. Kini memandangnya pula, tapi tak dihiraukan!

“Kau biar betul Cap? Serius?... Ya Allah serius kau kawan terbaik dalam hidup aku Cap... kawan mithali. Tak sesia aku jadi awek kau...” Lufya dan Firdaus berpandangan. “... memang aku sayang kau! bye! Assalamualaikum...” sekali lagi Lufya dan Firdaus berpandangan. Terbeliak lagi.

“Angah!!” dia meluru mendapatkan kakaknya. “Percaya tak... Acap dapat UM jugak. Kalau tak percaya pun kena percaya jugak, sebab borang tu memang dah dapat. Ya Allah, kau dengar doa hambaMu ini ya Allah...”

Lufya tayang muka pelik. “O-leh ni, ada something ke dengan Acap tu?”

“Hisy! Ke situ pulak dia. Takde la... kan O-leh dah cakap, Acap bestfriend O-leh. Dia sorang je kawan O-leh tau?”

“Kalau takde pape, takdenya sayang-sayang tu... dah berapa kali Angah dengar. O-leh tak couple kan? Lover kat high school ni tak boleh percaya sangat. Jarang nak ada yang serius. Angah cuma tak nak O-leh menangis putus cinta masa belajar je... angah tak suka benda macam tu. Umur baru setahun jagung dah tergedik-gedik tak menentu. Adik angah bukan macam tu kan?”

Don’t worry. O-leh adik mithali.” Solehah jawab acuh tak acuh, lebih suka layan Upin-Ipin di tv!

“Eleh...” Firdaus menjuih tiba-tiba. “Along sokong angah. Masa kat sekolah, ambik result tu, ‘sayang’ jugak. Dah tak terkira.” Firdaus menyampuk.

Spontan Solehah ketawa. “Takde la long... masa tu Acap tengah lari dari si Wawa tu. Gedik. Tu yang dia cakap kitorang couple. Ingat lagi muka Wawa masa tu, nak dicompare dengan jeruk manja pun kalah teruk. “ Serentak itu Firdaus dan Lufya tertawa. Memang tak tahan tengok aksi gedik jiran rumah mereka itu. Gediknya... mak ai... tak payah cakap.

Tawa Lufya mati. Tinggal Firdaus yang masih dengan gelaknya teringatkan gelagat Najwa.  Lufya berdehem seketika. Jadi serius. “Jangan suka-suka panggil sayang o-leh... orang lelaki ni perasan. Sekali dengar je terus buat andaian sendiri.”

“Ehem!” Suara Firdaus kedengaran berdehem. Orang suruh bagi nasihat, over pulak dia!

Lufya sengih bila jelingan maut Firdaus sudah menyapa.

“Memang O-leh sayang Acap pun ngah... takdenya dia perasan apa-apa.” Solehah menjawab ala-kadar. Badan dibaring di sebelah Firdaus yang memang dah sedia terbaring. Mata masih di kaca tv. Malas nak layan soalan angah yang nonsense itu. Tangan disilang ke belakang kepala, menjadi bantal.

 Lufya mengeluh. O-leh memang tak tau perkataan sayang ni sensitif. Suka sangat sayang-sayang. “Dah la, nanti duduk tempat orang, biar tau jaga diri.” Risau memikirkan hubungan adiknya yang terlalu rapat dengan Asyraf. Bukan tak percaya... tapi bila fikirkan balik, tak bagus la. Berkawan sampai si Solehah tak pandai nak berkawan dengan orang sama gender.

Solehah angguk, “Angah bila balik UIA? Sempat hantar O-leh?”

Lufya ikut angguk. “Kira one way la..” sekali lagi pandangan menyapa wajah Solehah yang tenang. Uh... “Leh, jaga diri ek?”

Akhirnya Solehah mengeluh juga. “Iye la... kenapa semua orang tak percayakan O-leh ni? Jangan risau okey? Nanti O-leh suruh Acap jaga O-leh.” Ujarnya selamba lalu tertawa kecil.

Lagi sekali Firdaus dan Lufya berpandangan. Dia ingat ni lawak ke apa?

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

  1. nk n3 bru hari2 boleh x...hehehe

    ReplyDelete
  2. boleh...tp kna komen byk2 ler. haha amacam? haeeee....joke. pape pun thnx sudi bace aw!

    ReplyDelete
  3. ye nak entry banyak2...

    ReplyDelete