Well whoever you are.

by 5:34 AM 0 komen
Aku panggung kepala dalam pada mulut dah nak mencebir. Tapi senyuman tu tersungging jugaklah, tak mau kawan sebelah ni perasan kesinisan dalam hati ni. "So he is a motivator now." Rumus aku.

"Aah. Malam lusa ada majlis kat Dewan Jubli Perak, dia antara yang dijemput."

Ooo.

"Tak pergi ke?"

Pergi? Betul dia motivator. Tapi maaflah, aku pun bukan berminat sangat nak dimotivasikan sekarang ni. Lagi-lagi dai tu jenis...

1 - Orang yang jumpa cikgu lama, bercakap sopan tapi dengan bahasa 'ana' sebagai saya. Sopan, islamik, tapi entahlah, bagi aku antara pelajar dan (bekas) guru itu ada sesuatu yang jadi jurang antara mereka.  'Ana' itu ada tempat yang tak digalakkan juga, contohnya dengan cikgu lah.

"Ana sekarang jadi motivator, ustaz." @ "Saya sekarang jadi motivator, ustaz."

Well, aku pilih second sentence. 

2 -  Bersalam BERJABAT TANGAN dengan cikgu lama. Hey, he/she is your muallim. Bukan member lama. Bila kau salam dan kau CIUM or at least tunduk lekapkan tangan si muallim tu dengan dahi kau sikit pun, mata aku akan jadi sejuk memandang.

Dan sebenarnya, aku tertanya...
Atas lesen apa dia jadi motivator tu? Seingat aku kebiasaan dia bila sekolah dulu, muka dia pemes bila ada event aje. Sibuk ke sana ke mari jadi sukarelawan. Masuk bilik guru, jadi bualan para guru. Bualan tak senang pastinya.

"Wei..."

"Hm."

"Nak pergi ke tidak, boleh pergi sekali."

"Motipnyer aku nak pergi?"

"Yelah dengar motivasi..."


"Tak apalah. Aku rasa aku dah cukup bagus sekarang. kalau aku pergi takut jadi makin bagus, bahaya..." Aku gelak-gelak je.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komen:

Post a Comment