Baru-baru ni result JPA keluar. Dan oh ye, jangan curious
sangat, aku masih tak dapat. Miehehe. Pointer tak menyebelahi. Belum rezeki.
But then… ramai kawan aku dapat.
There this friend of mine, frustration dia tu, jelas sangat
masa hari kejadian sebab tak dapat JPA. At one point, memang dia tak boleh nak
bercakap dengan kawan kami yang berjaya dapat JPA tu.
Bukan jeles, bukan dengki, bukan hasad, bukan busuk hati.
Tapi isunya sedih, sebab dia sangat berharap pada biasiswa
tu. Dia macam aku jugak, kosong point something percent lagi nak dapat tu, tapi
orang kata apa, tergelencos.
Sampai masa gap antara tarawih tu, nampak dia masih sugul,
berduka-cita.
Aku gosok-gosok belakang dia. So not me lah, tapi tengok dia
macam tu, aku jadi ikut sedih.
“Lek ah… sem depan cuba lagi. Kipidap!” Aku
cakap kat dia.
“Kau tak apalah mi…” – Dia
“Tak apa amenda?”
“Kau kaya…” – Dia
“Kalau aku kaya aku watlek je tak apply pun. Tapi dah
apply pun belum rezeki kita, nak buat macam mana?”
“Aku betul-betul berharap kat benda ni. Aku bukan kaya pun.
Kesian kat mak ayah aku. Aku tak nak PTPTN, tapi nak buat macam mana, dok
university duit macam air.” – Dia
“Then usahalah. Banyak cara cari duit sekarang ni awok.”
Gelak kejap. Tak nak dia silap paham. Aku tak highlight kan, usahalah, join
powergold, simpan emas, jual emas, emas laku sekarang ni.
IDOK, OKEY. Lain orang lain cara. Aku tahu.
“Nak buat apa? Aku bukan pandai bisnes macam kau.” – Dia
“Belajar. Aku tak pandai pun, tapi rajin mencari, jadi
reti sendiri.”
“Tak pandai…. Tak pandai masalahnya.” – Dia
“Dah tu, bukan bisnes je satu-satunya cara? Kerjalah.”
“Aku memang ingat nak kerja, tapi second year kita nanti
pack gila, kau tahu kan? Berapa credit hour lah nanti.” – Dia
Aku menjuling. “Sempat je kalau keinginan tu ada, awak.
Jangan buat tak tahu. Jangan pejam mata. Jangan nak tutup minda tu. Bukannya
twenty-four/seven kau ngadap buku kan. Tak pun, weekend ada je.”
“Weekend nak kerja? Satu kerja pulak. Tak nak aku. Baik
aku target nak dapat 4 flat, tak payah bayar PTPTN.” - Dia
Bila dia cakap macam tu, aku pun, titikkan conversation dah
lah.
Not condemning others’ principle…
Tapi mungkin ini cara aku. Aku masuk university bukan dengan
harapan aku kena ngadap buku twentyfour/seven, bukan untuk faced pressure nak
kejar pointer… nah totally tak.
Walaupun ya bila tiba musim exam tu aku antara yang muka
macam mak hilang anak, bini hilang laki…
Tapi depression aku tu tak setanding dengan kawan-kawan yang
sesungguhnya aku jeles tengok kegigihan mereka khatamkan buku.
Aku masuk university sebab nak rasa suasana pembalajaran
yang totally lain dari sekolah. Sebelum masuk USIM, jadi satu masalah besar
kalau cikgu suruh terangkan sesuatu topic kat depan kelas. After in USIM,
getting better sebab presentation kalau boleh wajib nak kena buat tiap minggu
kan… walaupun admit it setiap presentation tu aku dok err… er… er… je manjang.
Tapi better than in school dululah.
TAK CUKUP DUIT DALAM ZAMAN SEMUA NAK PAKAI DUIT, SEMUA MAKIN
MAHAL NI?
Ini yang aku cakap…
Sayang, kawan. Kalau umur muda-muda ni kita tak mulakan keinginan
nak cari side income tu. Terpulanglah, lepas grad nanti kamu nak makan gaji
dengan gomen ke tak. Tapi selagi ada peluang, ada tenaga ni, can kita nak
tunjuk taring dulu.
Sayang kalau masuk university memang target nak 4 flat
semata.
Kita kat university 4 tahun, tak rasa terbeban nak hidup 4
tahun dengan target tu?
At least, nanti kita grad, ada something yang lain yang
boleh buat kita rasa, wahhh.
Tak semestinya by starting up a business. Mungkin boleh
kerja bawah orang, kalau awak jenis tak minat risiko kerugian, tak perlu bother
untuk join MLM jugak kalau memang jenis tak nak share apa yang kita buat kepada
orang.
Masing-masing punya cara, just enough by not condemning
others’ style.
Aku ada kenalan di UIA, yang masa second year dia start join
society mengajar anak orang asli. Then up sikit, dia buat part time jadi fasi
untuk junior-junior di UIA. Masa final year, Alhamdulillah dia jadi cikgu
mengaji untuk staff di UIA jugak. Upah yang dibayar aku tak ingat sangat, tapi
lumayan. RM200 untuk beberapa jam, tak silap aku.
Take note, ini bukan isu lumayan atau tak. Tapi apa yang aku
nak bagitahu, pengalaman di luar buku itu, precious! Bertambah preciousnya,
bila kita dapat hasil. Ngeee.
Guess lepas grad dia buat apa, dalam pada menganggur tu? Yes,
jadi cikgu jugak. Apply pengalaman lepas-lepas.
Yang aku nampak, kalau dia tak buat semua part time tu masa kat UIA tu
dulu, mungkin bukan mudah jalan dia lepas grad walaupun untuk jadi cikgu
sementara je.
Ada seorang lagi kenalan di UIA… budak QS. Quantity
Surveying. Tengah releks2 study je, buat bisnes kereta sewa.
“Hoiii jauhnya impian. Aku motor pun tak ada, ni nak buat
bisnes kereta sewa pulak?”
Derr. Kan cakap, kalau nak, kalau reti, semua boleh. Kawan
aku ni, dia bawah orang. Kerja tampal-tampal iklan kat dinding je, then orang
call, dia tolong uruskan. Itu aje. Kereta sepenuhnya milik orang lain.
First month dia buat bisnes tu, boleh RM200. RM200 mungkin
dengar sikit, tapi worth dengan pengalaman dia dapat. Cuba kalau dia apply pengalaman tu, buat
bisnes guna kereta sendiri pulak?
Banyak lagi peluang kalau ikutkan. Kat USIM, sebab payah
transport, ramai buat service prebet. Senior aku lepas grad pun tetap go on
dengan service tu jugak dalam pada dok mencari kerja tu. Rasa kenapa? Orang tak
stick dengan kerja tu kalau income dia ciput. ^_^
Tak ada modal bukan isu sekarang ni. JPA ada. PTPTN ada.
Pinjaman negeri ada. Zakat ada. Kena berani berkorban, kena berani risiko lah.
Risiko modal habis tapi income takdak, kalau business. Dan kalau kerja bawah
orang, risiko tak ada masa untuk layan kemahuan hati.
Tapi… tak perlu over sangatlah. Kerja apa sangat sampai tak
ada masa berhibur tu?
Untuk informasi, staff PLKN tempat makcik aku kerja dah hampir
400 orang kena buang setakat ni. Tak kira staff lama atau staff baru, kalau
buat perangai, kena buang. Terlebih berat badan, pecat. BMI tak kena, say bye.
Tengah ekonomi sedang merudum…
Tengah harga barang semua mahal…
Tengah mata wang makin kurang nilainya…
Tengah inflasi makin meningkat…
Tengah fresh graduate ramai dok tanam anggur je…
Tengah orang gomen pun nak kena buang oleh majikan…
Then awak, sanggup lagi duduk diam, 100% bergantung duit kat
mak ayah dan PTPTN? Tak rasa teringin sesekali balik cuti, kita yang belikan
dorang baju raya? Kita yang bayarkan lauk?
Walaupun bukan tanggungjawab, tapi sesekali, tak salah.
Saya akhiri luahan ini dengan ungkapan, #SayaSyamimi. Kah. Maaf.
Ini sekadar luahan/pendapat/secebis suara, tak ada niat nak buat luahan versi #SayaZahra, sebab
tahu aku belum layak nak sembang macam tu ni. Sekadar untuk meluahkan, aku
cukup kesian bila ada orang dok bersungut, “tak ada duitlah…”, “letihlah nak pikir
duit…”, “aku miskin…”, tapi kerjanya cuma
merungut.
Bila suruh kerja, tak nak.
Bila peluang terang depan mata pun, tetap
cari seribu alasan.
Kekdahnya, sampai masa desperate, cari kawan yang dah lama
tak tegur, nak pinjam duit. --‘
Pinjam duit tak salah, sungguh. Tapi bila orang tahu awak tu
jenis macam mana, orang nak bagi pinjam pun, tawar hati. Paling tak pun, tak
nak kerja, saving kena ada. Jangan hundred percent spend duit biasiswa/pinjaman/belanja
bulanan awak kat belanja samada keperluan atau kemahuan. Spend sikit letak
dalam tabung. Cukup masa simpan bank. Simpan bebetul simpan, bukan simpan untuk
dicucuk balik nanti. Heh.
Kalau aku, simpan duit dalam tabung bedak, cukup masa, beli
gold bar / dinar. Tukar konsep saving. Money saving to gold saving. Nak-nak aku
ahli Power Gold, so dapatlah beli emas murah-murah.
Motif? Faedah?
Kalau
perasan, tahun ni je berapa kali nilai RM kita jatuh. Kalau duit dalam tabung
bedak tu RM100, aku simpan bank pun RM100, agak-agak dua atau tiga tahun lagi
nilai dia tetap RM100 ke? Tak dahh… barang makin mahal, takkan jadinya dengan
RM100 kita boleh dapat lagi banyak barang daripada dulu.
*ZOOM IN*
Tapi dengan simpan emas, umpamanya RM100 tu makin bercambahlah.
Ambik contoh.
1 dinar pada tahun 2000 = RM153
1 dinar pada tahun 2015 = RM729
Cubalah apply matematik tu sendiri. =)
Tapi kalau kita simpan RM153 tu masa tahun 2000, sekarang,
apa jadi pada duit tu? Errr. Kalau aku, aku nangis. Grrr. Tak apalah. Better be
late than never. Sekarang nak maintain kalau boleh suku dinar/bulan pun dah
hokeyyy.
Cukup masa, boleh #SixSibling bergabung tenaga hantar ibu,
abah, dengan tok mek ke Mekah. Hanya guna dinar tu aje. Serious, terbayang di
mata dah. Haduiii.
Oh, nak dapat emas
murah-murah, nak belajar simpan emas sebagai asset masa depan, nak belajar jual
emas atauuu pun minat nak buat networking, boleh whatsapp me.
Wassalamualaikum warahmatullah.
#Syamimigold95 013.967.1749
0 komen:
Post a Comment