thanks, for representing us there.

by 2:36 AM 2 komen


Assalamualaikum.

Bismillah...


Saya pernah acah-acah nak stop pikir politik, stop sembang politik, dekat facebook ni, sebab biasa yang menghuru-harakan keadaan penyokong-penyokong ni je, biasanya. Over react. Sangat. Pemimpin atasan bila jumpa boleh je salam tangan tepuk bahu gelak-gelak macam tak ada masalah. Tapi kita, bercakar kat pesbook. So not worth it. Pada hemat saya, masa tu.

Tapi kan, bila dengar orang cakap...

"Kesian tengok Melayu sanggup tidur di jalanan."

Tak boleh nak pendam lah.

Depa tidur di jalanan, bukan depa mengemis. Depa bela nasib kita. Depa tuntut hak, wakil kita. Depa nak suara KITA didengar. Depa tak cetus kekacauan, kalau tak ada pihak start dulu.

Depa tak dibayar.
Depa tak dipaksa.

Kalau takdir kena gari tangan masuk lokap...
Kalau takdir kena gas pemedih mata...
Kalau takdir pengajian kena gantung...
Kena kat dorang. Sebelum pergi kena maklum dah hal tu, tapi depa sanggup.

"Nak berjuang tuntut keadilan bukan begini caranya. Bukan dengan kekerasan. Please obey our law."

I can't see any sign of kekerasan. Kalau demonstrasi tu digelar kekerasan, then haven't we tried the legal way? Mintak dengan baik, dia tak endah. Siap pungpang kat paper kata ekonomi makin bagus sejak pemerintahan dia lagi. Tak cukup dengan tu, nak mengungkit pemberian yang terang-terang bukan harta sendiri jugak. Tun M sendiri mintak dia turun, orang bawah dia sendiri hantar memorandum mintak dia berehat, dia boleh buat tak endah. Dah nak guna proper way takat mana sangat?

"Tak tau lah. Malas nak campur lah politik sekarang. Politik kotor... Banyak lagi benda lain boleh buat."

My two cents... السياسة ni wujud sejak zaman Rasulullah awak. Semua sedia maklum politik jangan disukukan dari agama, so be our life. Awak lepas tangan politik negara, then please be prepared to face segala kekacauan dalam negara, TANPA MERUNGUT.

Come on. Masa depan negara perlukan awak. Jangan takat tahu kompelin harga barang mahal, harga minyak naik, kereta mahal, gaji tak mampu tampung hidup... Tapi you just do nothing.
Sibuk dok muak dengan politik, cukup masa serabut sangat, bina hidup baru di oversea, dan Malaysia masih Malaysia.

Again nak ulang, politik tak kotor. Orang dalam tu yang mengotorkannya. Says Mathlutfi's mama.
Politik yang boleh dibersihkan lagi pun, akan terus kotor kalau orang pakat nak peratiii je, tak nak campur.

I am not from Muslimat, Puteri, Jemaah, Pemuda, etc. Saya bebas. Tapi tu dari lubuk hati saya, bila orang dok sibuk kata kesian Melayu kita ni, sibuk dok merusuh, tidur tepi jalan, buat kacau, apa nak jadi. Apa la orang luar kata dengan Malaysia ni.

Tolonglah bang. Jangan terhadkan pandangan pada buletin TV3 dengan paper kerajaan je. Rajin-rajin surf apa negara lain buat berdepan situasi macam kita.
P/S: sebenarnya nak ucap terima kasih kat Bersih 4.0 participants. Terima kasih wakilkan kami.

AlFatihah Hassan

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. Salam dik,

    Title tu sepatutnya Thanks for representing us there.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete