Aku Mahu Hanya Kamu 26

by 6:50 AM 1 komen


Bab 23

“Jat...” Solehah merengek di hujung talian. Buat suara manja sekali-sekala. Adat memujuk. Badan dah basah dengan peluh. Nasib la ada stok butterfly dalam beg.

            “Kalau kau ada nak bodek pape, lepas ni aku call balik okeh? Aku ada kerja ni.” Handphone dikapit dengan bahu. Tangan sibuk membelek kertas-kertas kerja di depan mata.

            “Ala kalau kejap lagi baik tak payah. Aku dah sampai rumah...” Dia bersuara penuh berharap. Mana taknya, sudah setengah jam menunggu, bau asap hitam bas pun tak ada lagi. Nama je bus stop.

            “Apa hal sebenarnya ni?” Seketika, Amir fokus pada perbualan. Badan disandar pada kerusi, nak hilangkan lelah. Ana, si personal assistant yang tengah sibuk check file kerja kat depan mata tak dihiraukan.

            “Hari ni aku balik awal.” Tuturnya berhati-hati. “Please... dah setengah jam aku tunggu, bukan setakat bas, taxi pun tader.”

            Got it. Amir memicit dahi. “Dah call Paan belum?”

            “Belum...” perlahan Solehah menjawab.

            “Try la call dulu. Aku banyak kerja ni.”

            Solehah menggaru-garu kepala. “Sekarang kan lunch hour?”

            “Tau... tapi aku ni je kena berkurung dalam office.” Ana pun kena tempias pasal sibuk dok report pasal aku kat Papa dulu sebearnya. “Nak kena settle kertas kerja sebelum cuti.” Atau dalam kata lain, aku taubat. Nak jaga anak orang mana boleh main-main lagi buat kerja... “Apsal tak call Paan je?”

            “Kesian la. Kan dia baru je lepas game... lelah pun tak hilang lagi. Kau sibuk ek?” lagi sekali Solehah bertanya.

            Amir diam sebentar. Berfikir. Sikit pun tak perasan Ana tengah khusyuk perhatikan dia. Okey! “Half an hour. Boleh tunggu? Aku nak siapkan sikit je lagi... yang lain aku sambung karang. Beres?”

            Solehah mengetap bibir. Betul la aku jenis menyusahkan. Tak paham-paham orang tengah busy. “A... kau busy ek? Never mind la. Anggap je aku tak pernah call. Sorry... ha! Bas dah sampai. Chow!” Punat merah ditekan cepat.

Uh... mata ditala ke jalan raya di depan. Agak-agak kalau berjalan kaki ada tak gaya dari rumah ibu ke rumah Tok Mek? Kota Bharu ke Wakaf Bharu? Naik jenuh aku! Masa ni la rasa macam nak suruh Acap tukar LC dia dengan Kancil termurah kat pasaran... dan boleh aku tumpang balik rumah. Erh!

            Amir merenung skrin. Dah mula dah... bas la konon. Didail semula nombor dalam call lognya, “tut tut... tut tut... helo! Aku dah naik bas dah... jangan risau. Pakcik!! Laju sikit pakcik! Ha, jangan risau.”

            “Bas... bas... tau la kau anak bongu, no need la nak buat manja keledek gitu. Tak habis-habis nak sulking. Tunggu, ten minutes aku sampai.” Kertas-kertas di atas meja dikemaskan ala-kadar sebelum dia bangun menuju ke pintu office tanpa hiraukan Ana langsung! Tapi di muka pintu, bila menyedari dia bukan keseorangan, automatik dia berpaling ke belakang. “Ana!”

            Uh? “Yup?” Ana memutar kerusi.

            “Awak check dulu mana patut. I’m going to fetch her. Pasal lunch jangan risau, nanti saya tapau.” Tanpa mendengar balasan dari Ana, dia keluar. I’m going to fetch her... paham la kot dia. Macam mana boleh tersasul ‘her’ tu.

            Ana mengangguk-angguk patuh walaupun sedar bos dah tak ada depan mata. Tak lama, dia menggeleng-geleng pula. Ush... betul la bos dah angau. Siapa la agaknya budak tu? manja betul. Yang bos pulak concern terlebih. Kalau dengan perempuan lain... haram.
 ============================
            “Hai...”


            Solehah mendongak dengan mata mengecil, effect dari sinaran mentari. “Yes?” dia meminta kepastian bila pemuda yang menegurnya sekadar senyum. Tayang muka handsome.

            “Tak balik lagi?” Pemuda yang tadinya sekadar berdiri kini mendekati Solehah di bus stop itu, lalu duduk di sebelahnya. Tanpa teragak-agak.

            Solehah berengsot ke tepi sedikit, dengan muka tak selesa. Lalu fokus pada earphone semula.

            “Tunggu bas?” soal si pemuda itu lagi.

            Solehah menarik nafas, kuatkan kesabaran dalam hati. Orang tengah panas, boleh dia temu ramah kat sini. “A...” ayatnya tergantung. Tak! Tak! Stop guna ‘aku’. Dah banyak orang cakap kau takde adab Leh! “Tak, tengah tunggu train lalu.” Ujarnya dengan senyum manis tersimpul di bibir.

            “Oh... nama saya Dahlan.” Pemuda itu memperkenalkan diri dengan tangan disua ke arahnya.

            Solehah memandangnya, senyum dan mengangguk. Lalu fokus pada audio player kembali.

            “Sombongnya...”

            Solehah mendongak, bibir bergerak ingin membalas, tapi bunyi hon kereta di seberang jalan membantut hasratnya. Dia tersengih lebar. “Chow dulu, driver train dah sampai.”
   ===========================
            Solehah dah buat muka bosan kat sofa tetamu. Boring... boring!!! Dah aku cakap biar, means ‘biar’ la. Rajin-rajin je dia. Kalau jemput aku hantar ke rumah boleh tahan, ni siap bawak datang office. Kena quarantine pulak dalam office dia! Buat gaya macam aku ni bini dia... “buat je pape, aku tak larang. Tapi jangan keluar dari office. Paham?” Mulut terkumat-kamit dok ulang ayat Amir tadi. Macam la aku budak 5 taun. Dah la dalam kereta tadi senyap tak terkutik aje. Entah apa salahnya.

            Dijeling Amir di mejanya yang sedang... mengarah maybe, kepada seorang perempuan yang menghadapnya. Dan perempuan tu... angguk. Kemudian mereka tunduk, menyambung kerja.

            Cantik. Tudung pun ala-ala gadis melayu terakhir, macam Nuyu. PA kot... and maybe ni bakal bini dia tu. Biasanya PA la yang bos selalu sangkut. Tapi tegas semacam je si Izzat tu... takkan buat aksi macam tu dengan wanita idaman? Mm... dalam novel biasanya pun hero buat lagak dingin. Baru gentle. Hundred percent yakin, dia perempuan tu! Sengaja je buat aku jealous.

            Argh! Biar la diorang... yang pasti, aku dah boring tahap tak ingat sekarang. Dia bangkit dari sofanya, lalu perlahan-lahan mengatur langkah medekati mereka. “Jat...”

            “Hmm...” Amir merenung skrin komputer tanpa dialihkan matanya menghadap orang yang memanggil.

            Huh! Depan-depan perempuan ni dia tak layan aku. Malu betul! Solehah memandang perempuan tu, Ana mengukir senyum. Wah, patut la Izzat berkenan. Cun gila... sombong pun tak. Dijeling pula bracelet di tangan Ana, ‘HANA’. Sweet. Senyuman Ana dibalas ikhlas.

            Solehah fokus semula pada Amir. “Jat... boring la.”

            Amir mendongak, “kan aku dah bagi mandat geledah je office ni. Boring apa lagi... pergi la cari buku ke... kan kau selalu kata membaca tu gudang ilmu. Aku banyak kerja ni.”

            “Rak buku kau bukannya ada stok novel. Apa ke jadah aku nak baca buku bussiness management. Building renovation. Bukan taste aku...”

            “Then?”

            “Aku nak keluar?” Kalau tak sebab kenang budi, jangan harap aku nak mintak izin segala.

            “Ahh...” Amir buat muka garang. “Jangan mengada. Nanti kecoh satu office aku kidnap anak orang.”

            “Kalau kau kurung aku macam ni lagi la orang panggil kidnap. Bengap.”

            Sekali lagi Amir mendongak, “apa kau cakap?”

            Solehah yang berdiri di sebelah Ana sengih. “Ala nanti aku cakap la aku buat practical ke... apa ke... boleh la...” Amir menggeleng-geleng. Muktamad. Tau dek Papa aku bawak O-leh datang tak ke naya... masa masuk tadi pun nasib je staff lain tak balik dari lunch lagi. Solehah still tak puas memujuk, “then biar aku jalan-jalan kat  luar je la? Aku cari masjid, Asar  dah nak masuk. Boleh?”

            “Asar tak masuk lagi. Tapi kalau kau nak solat sunat dulu pun tak pe... ruang solat dah ready kat bilik ni. Dipersila...” ala-kadar Amir membalas.

            Solehah buat muka. “Susah la kau ni. Okey last aku mintak, biar aku balik sendiri. Ek? Aku cari bus stop kat area ni.”

            “Tak payah!” kali ni lagi tegas Amir melarang. “Balik sendiri ke kau nak that budak hingusan fetch kau?”

 “Budak hingusan mana pulak ni... banyak assignment tak siap lagi la, sia-sia je masa habis macam ni.”

            “Kau kan bawak lappy. Switch on je la kat sana. Kan dah ada meja...” assignment la sangat. Buat gaya macam aku ni tak pernah study kat U. Seminggu nak habis semester, lecturer mana nak bagi assignment?

            “Yang kau ni payah sangat nak jawab ‘yes’ pesal?” suara Solehah bertukar nada. Dah tak de aura memujuk. “Nak balas dendam aku kacau kau kerja? Okey then, after this aku takkan ganggu dah. Aku nak blah la.”

            Ana menahan tawa. Tadi bukan main manjanya. Ujian betul bos. Amir kekal nada malas menjawab soalan Solehah. “Kalau kau kena pape kat tengah jalan tak ke teruk aku kena kat Paan? Duduk je la dulu... dah nak siap ni.”

            Solehah mengeluh, dah habis gaya aku guna. “Control macho la konon depan buah hati. Tak nak berpisah cakap aje la... payah.”

Uh? Ana terbeliak. Amir terangkat kening. “Siapa buah hati aku?”

“Kat sini sekarang siapa? Takkan aku nak cakap aku? Bongok.”

 That means... Amir ketawa kuat. Apa punya taste aku dengan ana... Amir menggeleng-geleng. Kesian si ana... “Dah dah. Kau pergi duduk diam-diam. Buah hati pengarang jantung aku nak tolong aku kerja. Makin kau kacau, makin lambat siap. Choose.”

Argh... Solehah mendengus. Jealous! Tetiba je rasa macam tersiat-siat hati ni. Bergaya bahasa... akhirnya dia berlalu ke tempat asal. Memasang laptop. Sign in blogger...
==========================
Ah... lega. Amir menggeliat. Ana menyusun fail-fail kerja untuk keluar. Memang lega. Sumpah lepas ni dah tak nak report bukan-bukan pasal bos dah... bagi hukuman macam dia bos besar kat sini. “Bos nak saya kejutkan dia ke?” soalnya sebelum keluar.

Seketika Amir memusing muka, memandang Solehah yang tengah nyenyak tidur. Dia menggeleng, “No need. Penat sangat agaknya. Saya pun nak tidur kejap.”

Erk? Ana merenungnya. Cuak. Takkan la bos...

“Apahal?”

Ana menggeleng. Nothing.

Amir mendengus, “otak awak tu kena kasi basuh sikit. Ntah pape fikiran. Saya bukannya tidur lentok kat bahu dia...”

Ana tersengih mengangguk. “Beres bos.”
============================
Amir terkebil-kebil merenung siling office dengan lengan dilipat ke atas dahi. Dari tadi landing punya la aman atas sofa panjang yang selang sebiji sofa lain dengan sofa Solehah, tak seminit pun matanya terpejam. Selesa la kalau nak dicompare dengan O-leh yang nampak sangat seksanya dengan kepala senget kat sofa sempit tu. Kalau dah nikah kan senang... lena je tidur dengan kepala kat bahu aku. Berkat. Dapat pahala lebih lagi manja-manja dengan suami.

Amir sengih sendirian. Memang la kau ni Mir... tadi bukan main ceramahkan Ana.

             Uh... lima minit berlalu. Baru la tau macam mana O-leh rasa tadi. Boring tak hengat! Badan yang tadinya terbaring di atas sofa itu digerakkan dengan malas. Wajah Solehah yang tenang tidur direnung lama. Kenapa pending sangat? Takkan sikit pun tak jealous kalau dia ingat aku ada ‘something goes wrong somewhere’ dengan Ana.  Kepalanya digeleng-geleng. Sampai bila nak macam ni? Untung je aku jenis sabar.

            Dah tak ada kerja. Dia mencapai laptop Solehah yang terpasang di atas meja di depan. Berkerut dahinya membaca entry di blog Solehah.

            “Bos nak...”

            “Shyyp.” Jari telunjuk dibawa ke bibir sambil memandang Ana yang terjengul di muka pintu. “Apa hal?” soalnya perlahan, tak mahu Solehah tersedar masa laptop di ribaannya. Tapi terlambat, Solehah dah sedar dan tengah menggosok-osok mata yang bepinar.

            “Tadi bos suruh bancuh air. Just need to know... tea or coffee?”

            Amir menoleh ke wajah Solehah, “teh ke kopi?”

            Huh! Siap translate lagi. Ingat aku tak lulus BI ke... “Fresh orange.” Ringkas jawapannya dalam mamai sambil menggosok perut.

            Nak cakap tak lunch lagi la tuh... sekilas dia memandang Ana semula, “tak pe. Cancel.”

            Ana mengangguk. Sebelum dia berlalu, namanya diseru semula. “Yes?” soalnya mnta kepastian.

            “Tu...” jari dihala ke atas meja utama. “Nasi goreng. Tadi saya janji nak gantikan masa awak.” Ana mengangguk sambil bergerak ke meja.

            Amir tunduk merenung skrin semula, tapi kemudian dia mendongak kembali. “Kenapa?” soalnya melihat Solehah diam sambil merenungnya sejak sedar tadi. Nak cakap marah sebab laptop kat riba Amir, tak nampak pun aura marah. Nampak macam...

            Solehah menggeleng, “nothing. Sweet couple aku tengok korang ni. Concern. Caring.” Yang tu tolong bancuh air... yang ni belanja nasi goreng. Dia tersenyum tawar.

            Amir tergelak halus. Baru dapat detect aura jealous. Time ni la rasa macam nak melompat sakan.

            “Tapi tak romantic.” Sempat lagi Solehah menambah.

            “Buat apa... kalau dengan kau boleh la nak romatik sikit.” Amir dah tersengih menggoda.

            “Pelik la aku kau ni. Tadi bukan main gentlenya. Tegas bukan main. Kalau kau buat perangai macam tu bila Kak Ana nak tau kau ada hati kat dia?”

            “Yang kau panggil dia ‘kak’ pesal? Sejak bila Angah ada partner as your sis?”      

“Bengap. Tengok gaya pun aku tau dia sebaya kau...”

            “Then panggil la aku abang...” mata dikerdip-kerdip. Buat gaya cute.

            “Euw... kau memang. 180o  bertukar watak. Hypocrite la... eh bila dah nikah dia mesti tau la perangai kau. No need la sampai buat aksi beku macam tu.”

“Hisy. She’s not the girl la. My girl tu mesti la muda sikit dari aku... bila dah tua nanti baru la aku tak cari lain. Kau tau kan, boy ni lebih charming dari girl di usia tua.”

Solehah tersenyum tawar. Boy and girl di usia tua... tak suit la bro. “Tadi aku strict macam tu...” Amir menyambung. “Pasal tadi kan office hour. Lagipun dengan si Ana tu, tak boleh lembut. Pijak kepala. Dulu aku tak tegas, suka-suki dia report pasal aku kat papa.”

Solehah mencebik. Alasan semata-mata!

And...” Amir main tarik tali. “Tak rasa nak cakap ke, siapa mamat tu?”

“Siapa?” soal Solehah semula. Dari tadi lagi dok sebut ‘mamat tu’...

Amir angkat kening berkali-kali tanpa keluar suara.

“ Oh! Tadi? Entah. Sekuliah dengan aku rasanya. Tetiba dia tegur aku, aku senyum je la.” Jawabnya ala-kadar.

Amir mengangguk-angguk. Bibir dah mencebik bila fikiran buruk melintasi benak.

“Apa,” kening Solehah terangkat melihat gerak bibir Amir. Tiba-tiba mata dijuling ke atas, “euh, tak payah nak buat aku perasan la. Bertuah sangat la aku kalau straight mamat-mamat handsome buat aksi tadi nak usha aku. Tak payah susah-susah aku nak fikir jodoh... jom la balik.” ujarnya sambil menyandang backpack ke bahu.

Pardon?” lagi jelas cebikan Amir. “Macam tadi kau cakap ‘handsome’? In that case... mesti aku ni sepuluh kali handsome bagi kau kan? Macam tu pun boleh dia cakap handsome... eii geli aku.”

“Jomlah balik.” Solehah sudah tegak berdiri.

“Okay.” Amir bangun dalam keluhan. “Pasal entry kau ni... kalau kau tak nak delete gambar pun, delete description pun jadi la.” Jari dituding ke skrin laptop. Ada ke patut dia post gambar Amir dan Ana tengah berdiskusi tadi. Entah bila dia snap. Yang specialnya, entah bila Amir ada tahi lalat berbulu kat hidung. Siap ada description lagi: ‘si bajet hensem dengan buah hati. Pasangan hypocrite sedunia.’
===========================
“Weh,” Solehah memandang Amir yang berpusing dari depan menghadapnya.

“Amenda?”

“Kunci kereta... entah kat mana aku taruk.” Ujarnya sambil meraba saku seluar. “Kau dok kat tempat Ana tu kejap, aku masuk cari.”

Solehah mengangguk sambil berjalan ke meja Ana yang tengah sibuk mengemas.

“Kak Ana,” pangilnya perlahan.

Ana mendongak. Dia mengukir senyum, “duduk la dulu. Sorry la meja ni berterabur sikit. Bos tu la, menyusahkan. Mentang-mentanglah anak bos...” Bebelnya selamba. Hilang terus ‘silencer’ tadi. “Bos kat mana?” suaranya diperlahankan. Awas. Takut bos tengah pasang telinga. Tak pasal-pasal kena dera lagi...

“Tertinggal barang. Er...” dia duduk, sambil cuba menyusun kata. Berduaan dengan Kak Ana, memang bertukar watak la. Aku bukannya jenis ramah tak kira orang. Untung je sekarang office tengah lengang. Kalau tak lagi la... “Kak Ana.”

“Ya? Apa gaya menggoda ni dik? Jangan... akak bukan songsang tau.” Selorohnya.

“Kak Ana tak ada rasa ape ke kat bos Kak Ana tu?” Straight je la. Nak tolong satukan dua hati. Pahala lebih sikit... tengok gaya Kak Ana pun jenis kecoh style mesra alam kalau bukan kat depan bos. Okey la kot. At least Izzat dapat yang baik.

“Rasa apa? Manis? Memang dia manis pun... correction, macho.”

“Rasa... selesa? Suka? Sayang? Tak pun... cinta?” suaranya terus bertukar nada menyebut yang last tu. “Kak Ana tak kecik hati kan O-leh keluar dengan Izzat selalu? Orang bukan nak rampas pun...”

Ana menggeleng-geleng, “nonsense la. Bab bercintan dengan anak bos tu cerita dalam novel je la Leh. Lagipun Abang Izzat awak tu, siapa yang berkenan? Seram akak tengok.”

“Dalam novel tu anak bos syarikat besar-besaran. Bos kaya-raya. Izzat tu biasa-biasa jek. Kira logik la kan?”

“Nananana... logik. Tapi to me, tetap no. Akak tak ada hati kat bos tu. Tak gentle.”

Solehah menarik senyum segaris. Masih tak yakin sebenarnya, tapi malas la nak panjang-panjang kes. Nokia E71 dikeluarkan, earphone disumbat ke telinga untuk menghilangkan bosan.

Ana merenung lama gadis di depannya yang dah terpejam matanya. Kesian bos... kenapa la bengap sangat budak ni. “Leh...” niat nak bercerita tentang lagak angau Amir tadi masa menjawab panggilannya. Tapi Solehah tak menjawab. Volume tahap maximum gamaknya... “dik,” masih sama. “Solehah!”

             Solehah tersentak. Handphone yang tadinya dalam gengaman menggelunsur jatuh ke lantai. Lantai mozek. Ah... Abah. Your gift...  Direnungnya wajah Kak Ana yang mula terbit riak bersalah di tepi. “Apa hal Kak Ana ni?! Kalau ya pun marah kat saya, tak payah la hadiah abah saya jadi mangsa.” Kuat bercampur keras suaranya.

            “Solehah, Akak...” berubah terus riak wajah Ana.

            “Kalau akak awal-awal cakap marah kan senang? Saya tak kacau si Ijat tuh. Heh! Ntah macam mana Izzat boleh suka kat akak.” Lantang suaranya, mujur je tak bergema office tuh.

            “Solehah!”

            Kedua-duanya berpaling. Memandang Amir yang tegak dengan mata tak berkelip memandang Solehah.

komen yeah. peace. ^_^

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: